You are on page 1of 14

BBHI4103

OUM BUSINESS SCHOOL

JANUARI / 2019

BBHI4103

PERHUBUNGAN INDUSTRI

MATRICULATION NO:
IDENTITY CARD NO. :
TELEPHONE NO. :
E-MAIL :
LEARNING CENTRE :
BBHI4103

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.....................................................................................................................................1-2

SUMBER-SUMBER PERSEKITARAN EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK YANG MEMPENGARUHI


PERHUBUNGAN INDUSTRI..................................................................................................................3-5

BAGAIMANA EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK MEMPENGARUHI PERHUBUNGAN INDUSTRI............6-8

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK UNTUK PERHUBUNGAN


PERINDUSTRIAN...............................................................................................................................9-10

KESIMPULAN..................................................................................................................................11-12
BBHI4103

PENGENALAN

Syarikat Telekom Malaysia (TM) pada mulanya dikenali sebagai Jabatan Telekom
Malaysia sebelum diswastakan pada tanggal 12 oktober 1984 dan kemudiannya disenaraikan
dalam Bursa Malaysia pada 9 september 1990, ini sekali gus menjadikannya sebuah syarikat
yang memiliki reputasi yang gah selama 34 tahun dalam arena perniagaan di Malaysia.
Pengenalan sistem komunikasi di negara ini bermula pada era penjajahan British pada abad
ke 18, dimana pemasangan rangkaian telegraf dibawah seliaan Jabatan Pos dan seterusnya
berkembang sehingga ke hari ini seterusnya menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di
Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan komunikasi,
termasuklah jalur lebar, talian tetap dan perkhidmatan pelanggan. Setelah mengambil alih
Celcom Berhad, TM memiliki hak monopoli bagi penyediaan rangkaian telefon darat serta
komunikasi telefon mudah alih dengan menggabungkannya dengan perkhidmatan yang sedia
ada. Produk pertama syarikat ini adalah TMnet, yang merupakan perkhidmataan
telekomunikasi bersepadu dan diikuti perkhidmatan jalur lebar bagi penduduk umum
(Streamyx). Pada tahun 2010, TM telah melancarkaan perkhidmatan Unifi yang terdiri
daripada tiga serangkai internet, suara dan perkhidmatan Televisyen Protokol
Internet (dikenali sebagai HyppTV). Ianya merupakan satu perkhidmatan televisyen digital
yang disampaikan menggunakan Protokol Internet merentasi sebuah prasarana rangkaian
yang boleh merangkumi penyampaian melalui sambungan jalur lebar. Memetik laporan
akhbar Berita Harian bertarikh 8 mac 2018 melaporkan, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
Huawei Technologies (M) Sdn Bhd (Huawei) menjalin kerjasama bagi meningkatkan capaian
jalur lebar dan ekonomi digital negara untuk berganding bahu dalam pelbagai aktiviti usaha
sama, memanfaatkan kepakaran dan keupayaan teras masing-masing bagi meluaskan capaian
rangkaian jalur lebar fiber, sejajar dengan langkah kerajaan untuk memacu ekonomi digital di
Malaysia. Bermula 15 ogos 2018 yang lalu, TM telah menawarkan produk “Unifi Turbo”
bagi kelompok berpendapatan sederhana dan tinggi serta akan dinaiktaraf secara berperingkat
sejajar dengan seruan kerajaan dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar mampu milik dan
berkelajuan tinggi. Telekom Malaysia Bhd (TM) juga memeterai memorandum persefahaman
(MoU) bagi melaksanakan lima kluster yang bakal meningkatkan kecemerlangan operasi dan
mempertingkatkan pengalaman antara mereka dan syarikat Petronas menurut petikan akhbar

1
BBHI4103

Berita Harian bertarikh 25 april 2018. Bagi menggalas tanggungjawab korporat terhadap
masyarakat, TM telah mendirikan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Yayasan TM. Di
bawah yayasan ini, pelajar yang cemerlang dan berpotensi dalam pelajaran akan dibiayai
sepenuhnya dengan pemberian biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Yayasan
ini juga bertanggungjawab memperuntukkan sumber-sumbernya untuk seni, budaya dan
warisan dan menempatkannya di dalam Muzium Telekom sebagai tempat pameran. Dalam
merancakkan lagi pembangunan sukan negara, TM telah bekerjasama dengan Majlis Sukan
Negara(MSN), Persatuan Bola Sepak Malaysia(PBSM) dan Majlis Olimpik Malaysia(MOM)
dengan melancarkan projek “Team Malaysia” yang dikonseptualisasikan untuk
menggerakkan, menganjurkan dan memberi tenaga kepada penyokong dan atlet negara. Pada
masa kini, Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob merupakan pengerusi syarikat bagi
memacu syarikat ini terus berjaya di masa hadapan.

CARTA ORGANISASI LEMBAGA PENGURUSAN SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

2
BBHI4103

SUMBER-SUMBER PERSEKITARAN EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK


YANG MEMPENGARUHI PERHUBUNGAN INDUSTRI

Persekitaran ekonomi memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan


perhubungan industri. Peningkatan ekonomi yang semakin meningkat di Negara kita selaras
dengan Revolusi perindustrian 4.0 telah mempengaruhi peningkatan dari segi sektor
pembuatan yang turut mempengarugi bilangan pekerja dalam sektor ini.

Kemelesatan ekonomi pada tahun 1997, jelas menyatakan bahawa persekitaran


ekonomi mempengaruhi perhubungan industri. Ini kerana, banyak kilang pada ketika itu telah
mengambil langkah drastik untuk mengurangkan kos seperti penamatan kerja kepada
pekerjanya. Disamping itu juga, terdapat banyak institusi kewangan telah bergabung untuk
membentuk satu institusi baru bagi mengurangkan kos.

Selain itu, kerajaan memainkan peranan penting dalam menangani masalah


kegawatan ekonomi yang menimpa Negara kini. Penurunan nilai Ringgit yang turut memberi
kesan yang tidak kurang beratnya dalam peningkatan ekonomi Negara. Keadaan nilai tukaran
mata wang Negara yang menurun memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi
Negara. Majikan atau pemilik syarikat yang mengimpot barangan dari luar Negara turut
terkesan akibat daripada nilai mata wang ini. Akibat daripada ini, syarikat terpaksa menurun
kos syarikat dan terpaksa menarik balik beberapa faciliti untuk pekerjanya dan ini dapat
menjejeskan perhubungan industri syarikat tersebut. Oleh itu, Kerajaan perlu mengurangkan
kos sebagai contoh menswastakan lebih banyak agensi tertentu, disamping itu kadar cukai
koprat boleh diturunkan pada kadar yang minimum agar membantu syarikat dengan aliran
tunai yang lebih baik yang membantu Negara merangsang ekonomi yang lebih berkesan.

Tambahan, Dasar monetari boleh menjadi pengembangan atau penguncupan. Dasar


pengembangan ditujukan kepada perkembangan ekonomi, yang melibatkan peningkatan
bekalan wang untuk menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan. Bekalan wang boleh
memberi kesan langsung kepada hubungan buruh apabila peningkatan bekalan wang
mengakibatkan kesan inflasi. Ini boleh menyebabkan peningkatan tuntutan gaji di mana
pekerja menuntut gaji yang lebih tinggi untuk menampung penurunan kuasa beli. Situasi
sedemikian boleh membawa kepada pergolakan yang semakin meningkat di tempat kerja dan
menjejaskan hubungan majikan dan pekerja. Sebaliknya dasar penguncupan mengurangkan
3
BBHI4103

bekalan wang dan tidak menggalakkan perbelanjaan untuk mengekang inflasi. Ini mungkin
menyebabkan syarikat membekukan upah.

Terdapat banyak isu sosial yang mempengaruhi hubungan buruh. Perselisihan dalam
mana-mana persekitaran sosial ini dapat mencerminkan diri dalam hubungan buruh. Walau
bagaimanapun, persekitaran sosial juga membentuk hubungan buruh di negara ini.
Masyarakat British telah mentarifkan aktiviti ekonomi juga merupakan dasar daripada nilai
social manusia. Oleh hal yang demikian, masyarakat kini telah menjadikannya sebagai satu
prinsip kerja yang menjadi tunjang kepada dasar kerja kini.

Selepas kejadian Perang Dunia Kedua, penyusunan telah dilaksanakan dengan


membangunkan nilai sosial dalam kalangan masyarakat dan bukan tertumpu kepada ekonomi
semata-mata. Ini bertujuan untuk mengimbangi kelemahan dalam masyarakat. Bukan itu
sahaja, kerajaan turut memainkan peranan yang penting dalam penyediaan prasarana
pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial yang lain.

Pengganguran yang berlaku kini bukan sahaja disebabkan oleh peningkatan atau
pengurangan struktur kerja, malah turut dipengaruhi oleh perubahan dalam sumber manusia.
Perubahan seperti penambahan pekerja wanita, faktor demografi dan penambahan pekerja
sambilang atau sementara adalah contoh yang jelas dalam perubahan sumber manusia. Ini
secara langsung mengubah perhubungan industri.

Perubahan kerja yang lebih kepada mesin merupakan perkembangan sektor


perkhidmatan kerajaan dan swasta. Pembangunan kemahiran teknikal, profesional,
pentadbiran dan pengurusan merupakan faktor yang terlibat dalam penyusunan semula gerak
kerja masa kini. Perubahan yang terjadi dalam persekitaran kerja juga mempengaruhi
perhubungan industri.

Persekitaran politik turut mempunyai kesan kepada perhubungan industri, akan tetapi
persekitaran politik ada sukar untuk ditangai. Hal ini kerana; persekitaran politik turut
menjejaskan persekitaran ekonomi dan sosial sekali gus. Kalau dilihat dari segi pelaksanaan
politik, hanya mereka yang mempunyai kuasa dan autoriti yang boleh membuat keputusan
yang melibatkan pihak-pihak yang tertentu dalam melaksanakan proses ini.

Politik dapat dibahagiakan kepada dua bahagian penting iaitu persekitaran dalaman
sesebuah organisasi yang boleh mempengaruhi proses membuat keputusan dan persekitaran
4
BBHI4103

luaran dimana melibatkan aktiviti politik, peraturan dan undang-undang kerajaan.


Persekitaran politik wujud apabila masyarakat mewujudkan institusi bagi menyuarakan
pendapat demi untuk mencapai aspirasi mereka. Tetapi, ideologi kerajaan sangat
mempengaruhi sesuatu keputusan yang dicapai. Perbezaan ideologi politik dalam kalangan
masyarkat dan pemimpin akan menimbulkan isu politik. Isu politik timbul sekiranya terdapat
perbezaan pendapat dari segi tanggungjawab kerajaan dalam mengawal kadar pengganguran,
keseimbangan antara kerajaan dan swasta, peruntukan undang-undang serta dasar kerajaan
yang mempengaruhi masyarakat.

5
BBHI4103

BAGAIMANA EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK MEMPENGARUHI


PERHUBUNGAN INDUSTRI

Salah satu aspek persekitaran yang boleh mempengaruhi perhubungan industri ialah
aspek ekonomi. Kekangan ekonomi, tekanan dan insentif mempengaruhi sistem perundangan
kolektif (Bendix 1989). Pertumbuhan ekonomi yang tidak memberangsangkan boleh
menjejaskan hubungan perindustrian secara negatif kerana ia boleh mengundang
ketidakupayaan syarikat untuk mengekalkan kakitangan mereka. Oleh hal itu, maka ia akan
membawa kepada kadar pengganguran yang tinggi. Selain itu, kadar pertukaran mata wang
pula merujuk kepada pertukaran mata wang Negara dengan mata wang Negara lain.
Sekiranya kadar pertukaran mata wang meningkat, maka itu akan mengakibatkan kos
pengeluaran tinggi dan barangan akan dijual pada harga yang tinggi. Apabila hal ini berlaku,
pekerja mahukan kenaikan gaji, kerana gaji nominal mereka tidak mencukupi. Ini sekali gus
dapat menjejaskan hubungan perindustrian.

Dasar kewangan pula merujuk kepada hasrat dan rancangan kerajaan untuk mencapai
matlamat dasar ekonomi makro, seperti kestabilan harga, pertumbuhan ekonomi yang positif
dan pekerjaan penuh. Sebagai contoh, sekiranya berlaku ketidakstabilan harga dalam pasaran
Negara, TM turut mengalami kerugian kerana, pelangganya akan memberhentikan langganan
mereka kepada perkhidmatan internet yang diberikan oleh syarikat TM. Dasar kewangan juga
dirujuk sebagai Rizab Persekutuan. Ini merujuk kepada istilah luas yang digunakan untuk
dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan. Pelbagai alat dasar yang digunakan untuk memupuk
matlamat berkanun bagi pekerjaan maksimum dan kestabilan harga dalam Rizab Persekutuan.
Salah satu dasarnya ialah sasaran untuk kadar dana Persekutuan, dimana kadar yang pihak
bank kenakan untuk satu sama lain untuk pinjaman jangka pendek dan kadar faedah jangka
pendek utama. Kawalan Rizab Persekutuan terhadap kadar dana persekutuan memberikan
keupayaan untuk mempengaruhi tahap umum kadar faedah pasaran jangka pendek. Dengan
menyesuaikan tahap kadar faedah jangka pendek sebagai tindak balas terhadap perubahan
dalam prospek ekonomi, Rizab Persekutuan boleh mempengaruhi kadar faedah jangka
panjang dan harga aset utama. Perubahan dalam keadaan kewangan kemudiannya
mempengaruhi keputusan perbelanjaan isi rumah dan perniagaan terutama industri.
Manakala, kadar inflasi pula akan membawa kesan di mana pekerja akan mencari
peningkatan terhadap gaji mereka untuk menampung harga barangan yang tinggi. Ini turut
6
BBHI4103

menjejaskan perhubungan industri kerana wujud sikap tidak puas hati pekerja kepada
majikan. Ini turut menjejaskan sistem perhubungan perindustrian syarikat TM yang
disebebkan oleh kadar inflasi yang meningkat.

De Villiers (1992) telah berpendapat bahawa sistem perhubungan perindustrian untuk


sesebuah Negara akan mencerminkan ideologi politik Negara tersebut. Kualiti kepimpinan
sesebuah Negara akan mencerminkan ketelusan perhubungan perindustrian Negara itu.
Sebagai contoh, rasuah yang berlaku di Negara ini akan menjejaskan rakyat jelata dan
menyusahkan mereka. Malah rasuah turut menjejaskan perhubungan industri akibat daripada
sesetengah pemimpin yang mengamalkan rasuah. Pelabur mengeksploitasi ekonomi dengan
menggunakan alasan kepimpinan buruk untuk mendapatkan lesen untuk syarikat mereka
mengimpot barangan ke dalam Negara dan Berjaya. Selain itu, sistem kerajaan yang
berasakan pemerintahan liberal atau mengamalkan sistem pemuliharan juga menentukan
sistem perhubungan perindustrian yang bermasalah atau bersifat santai.

Tambahan, ideologi politik parti pemerintah seperti manifesto, agenda dan program
yang dibuat oleh parti pemerintah tidak akan meneruskan rezim berikutnya oleh pihak lain
atau bahkan pihak yang sama yang akan menyebabkan gangguan dalam sistem hubungan
perindustrian. Institusi undang-undang negara perlu menyediakan pratonton dasar awam
mengenai hubungan pekerjaan dan bertindak pelaku institusi utama dalam pasaran buruh.
Pihak kerajaan diwujudkan sebagai badan untuk menetapkan gaji minimum, harga komoditi,
membuat undang-undang dalam ekonomi dan menubuhkan agensi untuk memastikan
undang-undang yang dibuat oleh kerajaan dipatuhi untuk memastikan keharmonian negara
terjamin.

Swanpoele (1989) menyatakan bahawa orang yang mempunyai nilai, latar belakang
budaya yang berbeza, kepercayaan dan nilai-nilai bekerja sama adalah merupakan punca
kepada konflik industri. Tetapi, sekiranya pihak penggurusan memahami tentang budaya dan
latar belakang pekerja, ia dapat membawa kepada hubungan yang lebih baik. Institusi dalam
masyarakat seperti badan kehakiman, polis, angkatan tentera dan lain-lain sangat
mempengaruhi sistem perhubungan perindustiran. Ini kerana, institusi masyarakat dapat
mengawal sifat dan kelakuan manusia secara umumnya.

Tahap pendidikan hari ini memang sangat pesat. Perlumbaan untuk mendapatkan
ijazah sangat tinggi hingga bilangan pelajar di IPTA meningkat. Bilangan pelajar yang
menggangur turut meningkat, oleh itu ini sangat mempengaruhi perhubungan peridustrian.
7
BBHI4103

Oleh itu kerajaan perlu mengatasi masalah pengganguran agar sistem perhubungan
perindustrian dapat dikawal ke tahap yang minimum. Tambahan lagi, tanggungjawab
korporat adalah untuk mengembalikan kepada masyarakat dan sekiranya ianya tidak diurus
dengan baik, ia akan menyebabkan kekacauan di tempat kerja seterusnya menjejaskan
perhubungan industri.

8
BBHI4103

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN EKONOMI, SOSIAL DAN


POLITIK UNTUK PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN

Kalau dilihat dari segi aspek sosial, kita boleh mengambil kira mengenai kesatuan
sekerja. Kesatuan ini bermaksud persatuan atau kombinasi pekerja atau majikan di Malaysia
Barat, Sabah dan Sarawak. Dengan adanya kesatuan sekerja ini, dapat membantu untuk
mempromosikan lagi perhubungan industri yang lebih baik dalam kalangan majikan dan
pekerja itu sendiri. Selain itu, kesatuan ini juga mampu meningkatkan suasana bekerja yang
lebih positif dan kemakmuran perhubungan industri itu terus terpelihara. Kesatuan ini dapat
membela nasib pekerja atau majikan sekiranya berlakunya pertelingkahan industri yang
sekali gus dapat menjejaskan perhubungan majikan dan pekerja. Dengan adanya peningkatan
kesatuan sekerja ini dapat membawa suara pekerja untuk diajukan kepada mereka yang
berkenaan.

Bukan itu sahaja, untuk majikan juga boleh menaik taraf atau menambah fasiliti
untuk kegunaan para pekerja seperti bilik reakrasi, kantin dan lain-lain. Ini dapat merangsang
para pekerja untuk lebih produktif dan mampu mengalas tanggungjawab dengan baik kerana
adanya faciliti yang baik. Selain itu, kadar stress turut dapat dikurangkan sekiranya terdapat
bilik reakrasi yang dikhususkan untuk para pekerja untuk menghilangkan stress mereka. Ini
sekali gus dapat meningkatkan tahap perhubungan perindustrian syarikat. Kita dapat melihat
pekerja di sesebuah syarikat datangnya daripada latar belakang budaya, agama dan
kepercayaan masing-masing. Pihak pengurusan perlu peka terhadap isu-isu ini supaya tidak
ada pertelingkahan antara majikan dan pekerja. Pekerja yang ingin menunaikan
tanggugjawab agama masing-masing perlu memberikan peluang kepada meraka supaya
untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Ini dapat membina hubungan yang baik antara
majikan dan pekerja sekali gus menjaga hati kedua belah pihak.

Tambahan lagi, politik turut memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengekalkan dan memperbaiki hubungan perindustrian. Kerajaan pusat perlulah mengambil
langkah yang bijak untuk menentukan gaji minimum yang lebih bermanfaat kepada para
pekerja dan juga majikan di Negara ini. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan gaji
minimum kepada RM 1100 sebulan yang selari dengan iklim ekonomi masa kini dan
Kerajaan telah memilih angka yang sesuai agar pihak majikan juga tidak terkesan akibat

9
BBHI4103

daripada sistem yang baru ini. Malah syarikat seperti TM juga tidak ketinggalan untuk
menggunakan dasar baru ini kepada kakitangannya dimana dasar ini dapat mengekalkan
perhubungan perindustrian ke tahap yang baik.
Di samping itu, kerajaan juga boleh mengurangkan kadar inflasi. Di mana, inflasi
boleh menjejaskan masyarakat terutama mereka yang berpendapatan rendah. Sekiranya kadar
inflasi tidak dikawal oleh kerajaan, ini sekali gus akan membebankan rakyat kerana kos sara
hidup meningkat. Para pekerja juga tidak akan berpuas hati dengan gaji yang mereka terima
daripada majikan mereka. Pekerja akan mendesak untuk kenaikan gaji atau pun beralih
pekerjaan kepada yang lebih menguntungkan. Ini sekali gus dapat menjejaskan hubungan
majikan dengan pekerja.
Kadar pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan sekiranya berlaku penggurangan
kadar cukai. Penggurangan kos peminjaman perlu dilaksanakan dan mempertingkat
perbelanjaan serta pelaburan pengguna atau lebih dikenali sebagai peningkatan kuasa beli
pengguna. Sekiranya kuasa beli pengguna meningkat, pekerja dan majikan khususnya akan
lebih berpuas hati sekaligus dapat meningkatakan perhubungan perindustrian yang positif.
Bukan itu sahaja, penigkatan gaji sebenar melebihi inflasi boleh dilaksanakan untuk
mengalakkan perhubungan perindustrian yang baik. Ini kerana, sekiranya gaji minimum
pekerja dapat ditingkatkan kepada angka yang debih berpatutan, pekerja akan lebih berpuas
hati dengan gaji mereka kerana kos sara hidup mereka dapat ditanggung dengan kadar gaji
yang lebih baik. Pihak majikan juga tidak akan terjejas akibat peningkatan gaji pekerja kerana
ia diselaraskan dengan iklim ekonomi masa kini.

10
BBHI4103

KESIMPULAN

Perhubungan perindustrian merujuk kepada kajian perhubungan majikan dengan pekerja


dalam suasan pekerjaan (Maimunah, 1999). Bukan itu sahaja, perhubungan perindustian juga
adalah sebagai kajian perhubungan di antara pekerja, majikan dan Kesatuan Sekerja dalam
undang-undang Pekerjaan Malaysia dan perhubungan perindustrian, 1996.

Syarikat Telekom Malaysia Berhad merupakan salah satu syarikat di Malaysia yang
menawarkan khidmat komunikasi. Syarikat ini berkembang maju sehingga mampu
mengekalkan reputasi syarikatnya selama 34 tahun di Malaysia. Hari ini syarikat ini
merupakan yang paling besar di Malaysia dan ketiga terbesar di persada antarabangsa.
Syarikat ini juga menjalin hubungan dengan syarikat komunikasi yang lain seperti Huawei
bagi meningkatkan lagi mutu khidmat telekomunikasi di Malaysia khususnya.

Terdapat beberapa sumber persekitaran yang boleh mempengaruhi perhubungan


industri iaitu ekonomi, social dan politik. Melalui tiga sumber ini mampu memberikan kesan
yang positif dan negatif kepada penrhubungan industri khususnya di Negara ini. Penurunan
nilai ringgit dan dasar monetari merupakan contoh persekitaran ekonomi yang dapat
menjejaskan perhubungan industri syarikat di Negara ini. Dari segi aspek persekitaran sosial
pula, perubahan struktur kerja yang tidak seimbang mampu merosakan hubungan
perindusrtian seperti lebihan pengambilan pekerja wanita berbanding pekerja lelaki dan
sebagainya. Selain itu, perubahan kerja yang banyak melibatkabn mesin yang tidak lagi
memerlukan tenaga professional sangat menjejaskan perhubungan industri. Dari aspek
persekitaran politik pula, peraturan dan undang-undang yang baru diterapkan kepada
syarikat-syarikat yang secara langsung memberi impak kepada kakitangan syarikat tersebut
dapat menimbulkan kekecohan di tempat kerja.

Pertumbuhan ekonomi yang tidak memberangsangkan menyulitkan syarikat kerana


mereka tidak dapat mengekalkan pekerja berkemahiran mereka. Peningkatan kadar inflasi
turut menjejaskan perhubungan industri. Ini kerana; pekerja akan mendesak untuk kenaikan
gaji atau pun beralih pekerjaan kepada yang lebih menguntungkan.
Kualiti kepimpinan dan sistem pemerintahan kerajaan juga memberi impak kepada
perhubungan perindustrian. Contohnya, pengamalan rasuah boleh menjejaskan pemerintahan
negara. Oleh hal yang demikian, peningkatan ekonomi turut terjejas sehinggakan terjadinya
11
BBHI4103

inflasi. Inflasi secara langsung menyusahkan rakyat demikian mereka yang bekerja dengan
majikan. Para pekerja akan mula merungut dan menjejaskan hubungan industri sesebuah
syarikat.
Perselisihan antara kaum lain di tempat kerja akan menimbulkan kekacauan di tempat
kerja. Ini mampu mewujudkan persekitaran kerja yang tidak aman yang menjejaskan
hubungan industri.
Sebagai menambah baik hubungan industri kesatuan sekerja perlu diwujudkan untuk
mendengar luahan setiap pekerja ataupun majikan. Selain itu, pihak penggurusan boleh
menaik taraf fasiliti yang ada di tempat kerja untuk keselesaan pekerjanya. Bukan itu sahaja,
pihak penggurusan atau majikan perlu peka tentang persekitaran bekerja yang terdiri daripada
pekerja yang berbilang kaum agar keharmonian dapat dipelihara bersama.
Penambahbaikan dari segi politi pula dapat dilaksanakan melalui peningkatan kadar
gaji minimum yang diterima oleh pekerja. Dasar baru perlu dibuat agar pekerja dapat
membiayai kos sara hidup mereka tanpa juga mengabaikan kepentingan majikan. Malahan,
kadar inflasi boleh diturunkan kerana sangat membebankan majikan dan juga pekerja.
Dari segi ekonomi pula, penggurangan kadar cukai koprat dan sebagainya dapat
memelihara perhubungan industri. Kenaikan gaji kepada pekerja sangat penting bagi agar
mereka lebih berpuas hati untuk lebih tekun bekerja untuk majikan mereka.
Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu dalam memelihara perhubungan industri
agar kepentingan pekerja dan majikan tidak akan terabai.

12

You might also like