You are on page 1of 16

SEMESTER JANUARI 2020

SBFS1103

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

NO. MATRIKULASI : 830429085071001


NO. KAD PENGNEALAN : 830429085071
NO. TELEFON : 013-6232769
E-MEL : shahrilsaad@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SEREMBAN


SENARAI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 1
2.0 PENGENALPASTIAN DAN PENGANALISAN MASALAH/ ISU 1
3.0 PENGAPLIKASIAN EMPAT PERINGKAT PENYELESAIAN 2

MASALAH
4.0 PERKAITAN DENGAN KITARAN MEMBUAT KEPUTUSAN 4

BERPANDUKAN BUKTI
5.0 KESIMPULAN 7

BAHAGIAN 2

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 8
2.0 PENGENALPASTIAN DAN PENGANALISAN MASALAH/ ISU 8
3.0 PENGGUNAAN SATU ALAT PENYELESAIAN MASALAH 9

ATAU STRATEGI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK

MENYELESAIKAN ATAU MEMUTUSKAN MASALAH / ISU


4.0 HURAIAN TENTANG PENYELESAIAN KEPADA MASALAH 10
5.0 KESIMPULAN 12
6.0 REFLEKSI SENDIRI 13

RUJUKAN
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Tugasan pertama ini akan memfokuskan kepada penyelesaian masalah bagi sebuah kajian kes
yang diberikan. Penyelesaian masalah didefinisikan sebagai sebarang perbuatan, tindakan
ataupun aktiviti yang meliputi teknik dan strategi tertentu bagi menyelesaikan sesuatu masalah
(Mohammad Aziz & Nazariah, 2008).

Objektif penulisan dalam tugasan ini ialah untuk menghuraikan mengenai proses-proses
penyelesaian masalah yang merangkumi pengenalpastian dan penganalisian masalah,
pengaplikasian penyelesaian masalah serta perkaitan dengan kitaran membuat keputusan
berpandukan bukti. Kesemua huraian proses tersebut adalah berdasarkan kepada kajian kes yang
diberikan dalam soalan tugasan iaitu masalah yang dihadapi oleh Halimah.

2.0 PENGENALPASTIAN DAN PENGANALISAN MASALAH/ ISU

Berdasarkan kepada kajian kes tersebut dapat dikenal pasti bahawa Halimah adalah merupakan
seorang pelajar kolej yang ingin merancang perkahwinan dengan Johan, seorang Juruteknik
Teknologi Maklumat (IT) di kolej dimana Halimah belajar, mereka berdua merancang untuk
berkahwin pada tahun hadapan.

Masalah mula timbul apabila ibu bapa Halimah tidak bersetuju dengan rancangan
perkahwinan tersebut kerana Halimah baru sahaja berusia 19 tahun, ibu bapanya berpandangan
dia masih terlalu muda untuk mendirikan rumahtangga.

Ibu bapa Halimah sangat berharap Halimah dapat dapat membantu keluarganya. Apa
yang diharapkan ialah Halimah sepatutnya memanfaatkan masa mudanya untuk meneruskan
pengajian kolej danberusaha mencapai keputusan cemerlang, dengan harapan mendapat
pekerjaan yang baik kelak.
Memandangkan Halimah adalah merupakan anak sulung daripada 7 orang adik-beradik,
ibubapanya mengharapkan Halimah dapat menggalas tanggungjawabnya sebagai anak sulung
bagi membantu meringankan beban keluarga.Justeru keadaan ini membuatkan Halimah dalam
dilema, sama ada meneruskan rancangan berkahwin dengan Johan ataupun terus menuruti
harapan ibu bapanya untuk dia meneruskan pengajian kolejnya.

3.0 PENGAPLIKASIAN EMPAT PERINGKAT PENYELESAIAN MASALAH

Menurut Mohammad Aziz dan Nazariah (2008), penyelesaian masalah melibatkan beberapa
peringkat tertentu, iaitu memahami masalah, mengenal pasti dan membina penyelesaian yang
terbaik serta memilih pilihan penyelesaian masalah yang sesuai. Huraian peringkat penyelesaian
masalah dalam bahagian ini pula adalah bersandarkan kepada empat peringkat penyelesaian
masalah yang terdapat di dalam modul, iaitu;

a) Mengecam dan mendefinisi satu masalah

Bagi mengaitkannya dengan kajian kes yang diberikan, pertama sekali Halimah perlu mengecam
dan mendefinisikan masalah yang dihadapinya, sebagai contohnya dalam kajian kes tersebut,
masalah utama yang dikenal pasti ialah ibu bapanya tidak bersetuju dengan keputusan Halimah
yang merancang perkahwinannya dengan Johan. Dalam hal ini Halimah perlu membuat pilihan,
sama ada meneruskan rancangan berkahwin dengan Johan ataupun terus menuruti kemahuan ibu
bapanya untuk meneruskan pengajian kolejnya.

b) Mencari kemungkinan penyelesaian

Terdapat dua pilihan disini iaitu meneruskan rancangan berkahwin dengan Johan ataupun terus
menuruti kemahuan ibu bapanya untuk menyambung pengajian kolejnya. Kedua-dua pilihan
mempunyai pro dan kontranya. Sebagai contohnya sekiranya Halimah memilih untuk teruskan
rancangan berkahwin dengan Johan, maka Halimah dapat mencapai kepuasan hati kerana dapat
hidup bersama dengan pilihan hatinya, di sudut yang lain pula dikhuatiri pilihan tersebut dapat
membuatkan hubungan dengan ibu bapanya renggang kerana tidak menurut nasihat ibu bapanya.

Manakala pilihan kedua pula ialah menuruti kemahuan ibu bapanya untuk meneruskan
pengajian kolejnya. Sekiranya opsyen ini yang dipilih maka Halimah berpeluang mendapat sijil
kelulusan yang bermanfaat untuk mencerahkan peluangnya mendapatkan kerja di masa hadapan.
Namun di sudut yang lain pula sekiranya opsyen ini yang dipilih maka dia terpaksa menahan
perasaannya untuk berkahwin dengan Johan.

c) Memilih penyelesaian terbaik

Justeru dalam situasi ini, Halimah perlu memilih penyelesaian terbaik, misalnya memilih opsyen
yang lebih mengurangkan kesan negatif dan dalam masa yang sama memilih opsyen yang lebih
memberikan kesan positf. Contohnya dalam situasi ini Halimah memilih untuk meneruskan
pengajian kolejnya, dengan harapan dapat merealisasikan hasrat ibu bapanya dan membantu adik
beradiknya dengan meringankan beban keluarga apabila mempunyai sumber kewangan yang
stabil kelak.Hasrat untuk berkahwin dengan Johan pula boleh ditangguhkan apabila Halimah
menamatkan pengajian kolej.

d) Melaksanakan penyelesaian

Setelah pilihan dibuat maka tindakan seterunya ialah melaksankan penyelesaian, sebagai
contohnya opsyen yang telah dipilih oleh Halimah ialah meneruskan pengajian kolej, maka
perkara pertama yang perlu dilakukannya ialah memaklumkan kepada ibu bapanya tentang
pilihannya, dengan adanya tindakan seperti ini ianya sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan
ibu bapanya, dan kemudian Halimah memaklumkan pula kepada Johan tetang keputusannya
untuk meneruskan pengajiannya, sebaiknya berunding dengan Johan tentang penangguhan tarikh
perkhawinan mereka apabila Halimah telah berjaya menamatkan pengajian kolejnya. Setelah
semua pihak yang terlibat dalam masalah ini telah diberikan penjelasan dan penerangan, maka
perkara utama yang perlu dilakukakan Halimah kini ialah fokus kepada pelajarannya.

4.0 PERKAITAN DENGAN KITARAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERPANDUKAN


BUKTI

Rajah 1.0: Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti


Berdasarkan kepada rajah 1.0 diatas, terdapat tiga tahap utama dalam kitaram membuat
keputusan berpandukan bukti, ianya adalah berpandukan kepada kajian kes masalah yang
dihadapi oleh Halimah, berikut adalah merupakan penerangannya:
a) Langkah permulaan

i) Pencetus: Pencetus kepada masalah kajian kes ini ialah Ibu bapa Halimah tidak
bersetuju dengan rancangan Halimah untuk berkahwin dengan Johan atas
beberapa sebab, antara sebab yang dikenal pasti ialah ibu bapanya merasakan
Halimah masih terlalu muda dan sebab kedua pula ialah ibu bapanya
mengharapkan Halimah dapat membantu adik-adiknya apabila dia telah berkerja
kelak.

ii) Meneroka: Halimah meneroka apa-apa sahaja yang mencetuskan proses bagi
menentukan pendekatan terbaik.

iii) Menyoal: Halimah bertindak menentukan apa keputusan yang perlu dilakukan
dan apa yang sebenarnya diharapkan olehnya. Contohnya menyoal adakah pilihan
untuk berkahwin dengan Johan dapat membahagiakan dirinya?, adakah hubungan
dengan ibu bapanya masih baik sekiranya Halimah meneruskan juga perkahwinan
mereka?, apakah nasib adik-adiknya sekiranya dia tidak meneruskan pengajian
kolejnya?. Persoalan-persoalan tersebut adalah merupakan contoh-contoh soalan
di peringkat ini.

b) Memperoleh maklumat

i) Mengumpul: Halimah mendapatkan semua data dan bukti yang akan digunakan
olehnya dalam proses pembuatan keputusan. Contohnya adakah terdapat bukti
bahawa graduan daripada kolej akan mudah mendapat pekerjaan pada masa kini
sekiranya dia meneruskan pengajian. Begitu juga dengan bukti berkenaan statistik
kebahagiaan rumah tangga bagi pasangan yang mempunyai jarak umur yang
berbeza, kerana usia Johan adalah lebih 10 tahun berbanding Halimah.

ii) Menganalisis: Halimah menganalisis data dan maklumat yang telah dikumpul
untuk menjawab soalan yang dikemukakannya.
iii) Menginterpretasi: Halimah mengumpulkan jawapan-jawapan daripada analisis
yang telah dibuat, contohnya apa yang data dapat sampaikan kepada Halimah,
misalnya adakah ibu bapa Halimah akan memberikan keizinan sekiranya dia tetap
juga meneruskan perkahwinan dengan Johan? Atau apakah Johan sanggup
menerima cadangan untuk menangguhkan rancangan perkahwainan mereka
berdua setelah Halimah menamatkan pengajian kolejnya?. Tahap ini adalah
merupakan tahap dimana perkara penting bagi meneliti maklumat secara kritikal.

c) Mengubah dan menilai

i) Intervensi atau Implementasi: Tindakan yang diambil oleh Halimah mestilah


berasaskan keputusan, iaitu sesuatu yang bersifat praktikal. Sebagai contohnya
sekiranya dia memilih untuk berkahwin dengan Johan dia seharusnya
memberitahu ibu bapanya agar mereka sedia maklum tentang tindakan yang
diambil oleh Halimah. dalam hal ini persetujuan pihak-pihak yang terlibat secara
langsung perlu ditekankan, sebagai contohnya persetujuan daripada ibu bapa
Halimah dan juga persetujuan Johan sekiranya mereka merancang untuk
menangguhkan dahulu perkahwinan mereka ke satu masa yang lebih sesuai.

ii) Menilai: Halimah menilai keputusan yang telah dilakukannnya, adakah ianya
baik ataupun sebaliknya. Contohnya adakah Halimah berpuas hati setelah dia
memutuskan untuk meneruskan pelajarannya dan menangguhkan perkahwinan
dengan Johan.

iii) Refleksi: Halimah dapat membuat penilaian kesilapan dan pelajaran yang telah
dipelajari, sekiranya ada maka menjadikan pengalaman tersebut untuk
penambahbaikan pada masa hadapan.

5.0 KESIMPULAN

Tugasan bahagaian pertama ini telah menghuraikan mengenai penyelesaian masalah berdasarkan
kepada kajian kes yang diberikan iaitu masalah yang sedang dihadapi oleh Halimah. Terdapat
tiga bahagian utama yang dihuraikan dalam tugasan ini. Poin pertama yang dihuraikan ialah
mengenal pasti dan menganalisis masalah yang dihadapi oleh Halimah. Bahagian ini penting
dalam menilai dan meneliti ‘root of cause’ ataupun ‘akar masalah’ yang sebenarnya dihadapi
oleh Halimah.

Bahagian kedua pula menjurus kepada pengaplikasian empat peringkat penyelesaian


masalah. Ianya merupakan satu prosedur sistematik bagi memecahkannya kepada beberapa
peringkat penyelesaian yang boleh dilakukan oleh Halimah bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

Bahagian terakhir pula lebih menjurus kepada analisis masalah dengan menggunakan
Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti. Kitaran tersebut dilakukan dengan membina
sebuah rajah bagi menilai proses-proses yang berlaku bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh Halimah, ianya disertakan dengan penjelasannnya dari satu proses kepada proses yang
seterunya berdasarkan bukti.
BAHAGIAN 2

1.0 PENGENALAN

Penulisan dalam tugasan ini memilih isu berkaitan dengan penyebaran maklumat ataupun berita
palsu. Dengan mengambil kira terhadap isu semasa yang berlaku di negara ini, pada penghujung
tahun 2019, dunia digemparkan dengan penularan wabak Coronavirus 2019 (Covid-19) yang
bermula di Wuhan, China. Wabak tersebut telah tersebar di kebanyakan negara seluruh dunia
termasuklah Malaysia. Tidak dinafikan wabak ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan
rakyat Malaysia, laporan kes postif Covid-19 dan kes kematian disebabkan oleh wabak tersebut
terus mencatatkan peningkatan setiap hari. Kerajaan melalui pihak keselamatan dan kesihatan
telah dikerah mengambil tindakan berhati-hati bagi mencegah wabak ini dari terus menular,
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, mengambil kira tentang situasi
semasa, Perdana Menteri mengumumkan lanjutan PKP sehingga 14 April 2020.

2.0 PENGENALPASTIAN MASALAH/ ISU

Penembusan media sosial dan aplikasi pemesejan masa kini membolehkan sebarang maklumat
tersebar lebih pantas dan lebih meluas. Media sosial dan aplikasi pemesejan telah menjadi
sumber maklumat utama kepada rakyat awam. Kemajuan teknologi komunikasi ini telah menjadi
platform yang mana maklumat dimanipulasi sehingga boleh mempengaruhi perspektif rakyat.
Dari segi implikasinya berita palsu ini boleh memberikan kesan negatif tertentu, contohnya
seperti menjatuhkan reputasi seseorang individu dan organisasi, mempengaruhi kempen pilihan
raya, memberi kesan kewangan kepada perniagaan, dan mewujudkan atau meningkatkan lagi
ketegangan kaum dan agama dalam kalangan masyarakat (Moonyati, 2019).

Mengambil kira tentang situasi semasa dimana negara sedang berhadapan dengan
penularan wabak Covid-19, penyebaran berita palsu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab
ini sememangnya tidak dapat dibendung, ianya datang dari pelbagai sudut dan memaparkan
berita-berita berkenaan sesuatu isu semasa, sama ada berkenaan wabak ini, pelaksanaan PKP,
begitu juga dengan khabar angin berkenaan bekalan keperluan asas rakyat seperti beras, sayuran
dan sebagainya. Sekiranya ianya tidak dibendung, ianya dikhuatiri boleh mendatangkan suasana
panik dalam kalangan rakyat di negara ini.

3.0 PENGGUNAAN SATU ALAT PENYELESAIAN MASALAH ATAU STRATEGI


MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENYELESAIKAN ATAU MEMUTUSKAN
MASALAH / ISU

Rajah 1.1: Analisis Sebab dan Kesan bagi Penyelesaian Kepada Berita Palsu
4.0 HURAIAN TENTANG PENYELESAIAN KEPADA MASALAH

Alat penyelesaian masalah yang dipilih dalalam tugasan kedua ini ialah Analisis Sebab dan
Kesan pada seperti mana yang dilakar dalam rajah 1.1 di atas, terdapat empat faktor utama yang
dikenal pasti bagi penyelesaian kepada berita palsu, antaranya ialah:

a) Penguatkuasaan Undang-undang

Terdapat dua akta utama yang menjadi rujukan bagi menjalankan siasatan dan pendakwaan
terhadap pesalah yang menyebarkan berita palsu, iaitu Seksyen 233 Akta komunikasi dan
Multimedia 1998 bersama Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Bagi Akta Komunikasi dan
Multimedia misalnya sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan menyebarkan berita palsu di
bawah Seksyen 233, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun ataupun kedua-duanya sekali (Muhammad Adnan &
Siti Zobidah, 2019). Sekiranya penyebaran berita palsu ini tidak juga menujukkan tanda-tanda
berkurang, apa yang dicadangkan ialah ahli-ahli Dewan Rakyat berusaha menggubal ataupun
meminda rang undang-undang bagi menambahkan lagi tempoh hukuman dan jumlah denda
sebagai bentuk hukuman yang lebih tegas terhadap penyebar-penyebar berita palsu.

b) Pengukuhan Peranan Badan Pelaksana

langkah seterunya ialah memperkukuhkan peranan badan pelaksana yang


bertanggungjawabdalam mengawal berita palsu, iaitu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). SKMM misalnya
ditubuhkan untuk menyelia, mengawal dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan aktiviti
komunikasi dan multimedia di negara ini. Begitu juga dengan pihak polis yang mempunyai
kuasa untuk menyiasat dan menangkap penyebar berita palsu yang menggunakan medium media
sosial dengan menggunakan kaedah forensik digital melalui Unit Forensik PDRM (Muhammad
Adnan & Siti Zobidah, 2019). SKMM misalnya perlu merekrut pegawai-pegawai yang
mempunyai kepakaran dalam mengesan medium yang digunakan oleh penyebar berita palsu,
contohnya IP address bagi mengenal pasti identiti sebenar penyebar palsu, manakala polis pula
menggunakan media massa sama ada elektronik, bercetak dan media sosial sebagai medium
untuk menyampaikan amaran dan penegasan terhadap orang awam yang berniat untuk mencipta
ataupun menyebarkan maklumat dan berita-berita palsu.

c) Galakan kepada Rakyat Mendapatkan Saluran Sahih

Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada tahun 2017 telah mengambil inisiatif mencipta
portal yang dinamakan ‘Sebenarnya.my’ bertujuanmenyalurkan berita yang sahih kepada rakyat.
Sebarang berita, sama ada yang sahih ataupun yang palsu yang bercetak ataupun dalam talian
yang tular dalam kalangan rakyat akan dikumpulkan, dianalisis, disahkan dan seterusnya
diterbitkan pada portal untuk tatapan awam. Ini memastikan bahawa berita yang disampaikan
tersebut benar-benar berasal dari pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap maklumat
tersebut (Mahyuddin & Sonny, 2020). Inisiatif dari kerajaan ini seharusnya diteruskan secara
konsisten, saluran rasmi dan sah ini dapat membantu orang ramai bagi mendapatkan maklumat
semasa dan terkini, sebagai contohnya statistik kes Covid-19 terkini, dan dalam masa yang sama
memaklumkan bahawa berita-berita tertentu yang tular di media sosial adalah benar ataupun
palsu, ini penting bagi memastikan rakyat tidak berasa bimbang dan panik dengan berita-berita
yang belum ditetentukan kesahihannya.

c) Kempen Kesedaran

Langkah lain bagi membendung penyebaran berita palsu ialah dengan mengadakan kempen
kesedaran kepada masyarakat dan pengguna media sosial, contohnya kempen penekanan konsep
3R sebelum menyebarkan sebarang maklumat atau berita di media sosial. Konsep 3R merujuk
kepada tiga amalan penting iaitu Research (Penyelidikan), Responsibility (Bertanggungjawab)
dan Report (Lapor). Ianya adalah penekanan yang diketengahkan dalam Forum Kandungan
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), objektifnya adalah untuk menyedarkan kepada
masyarakattentang kepentingan kepada pengguna untuk memeriksa terlebih dahulu kesahihan
maklumat sebelum ianya disebarkan kepada pengguna lain (Norhafzan et al., 2018). Ini penting
kepada pengguna untuk besikap berhati-hati dan tidak bersikap semborono berkongsi apa sahaja
maklumat yang sampai kepada mereka kepada kenalan, ahli keluarga, kumpulan dalam media
sosial dan sebagainya, ini kerana dikhuatiri berita yang sampai tersebut adalah tidak sahih dan
mereka berisiko untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

5.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya tugasan kedua ini telah menghuraikan mengenai penyelesaian masalah bagi
isu berita palsu yang tular di Malaysia pada masa kini. Terdapat tiga bahagian utama yang
dihuraikan dalam tugasan ini, bermula dengan pengenalpastian isu penyebaran berita palsu yang
semakin membimbangkan masa kini, ditambah lagi dengan situasi global masa kini yang
berhadapan dengan wabak virus Covid-19, dimana negara kita tidak tekecuali daripada
menerima kesan daripada wabak ini. Bahagian seterusnya menumpukan kepada pengunaan satu
alat penyelesaian masalah, justeru itu analisis sebab dan kesan telah dipilih sebagai alat
penyelesaian yang relevan dalam menghuraikan masalah penyebaran berita palsu. Bahagaian
ketiga pula adalah merupakan penjelasan berdasarkan kepada analisis sebab dan kesan yang telah
dibuat, huraian adalah berdasarkan kepada fakta dan contoh-contoh yang relevan. Penekanan
terhadap isu yang diketengahkan dalam tugasan ini sesungguhnya telah memberi kesedaran
kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya menjadi warganegara yang
bertanggunjawab dengan tidak menjadi pencetus ataupun menyebarkan berita ataupun maklumat
yang tidak dapat dipastikan kesahihan dan kebenaranya, ianya hanya menambahkan
kebimbangan dan kegusaran dalam kalangan rakyat apatah lagi dalam situasi masa kini yang
mana pihak kerajaan dan barisan hadapan seperti pegawai perubatan dan anggota keselamatan
bertungkus lumus dalam membendung wabak Covid-19 di negara ini.
6.0 REFLEKSI SENDIRI

Dari sudut refleksi sendiri, penulisan berkaitan dengan penyelesaian masalah yang ditekankan
dalam isu ini membolehkan saya dapat menggunakan analisis sebab dan akibat sebagai salah satu
alat penyelesaian masalah bagi mengatasi penyebaran berita palsu, sebagai contohnya ianya
membantu saya menilai sebab-sebab dan akibat bagi poin-poin penting yang mana kesemua poin
tersebut dapat dipecahkan lagi bagi menilai seberapa banyak cara bagi mengatasi penyebaran
berita palsu. Melalui tugasan ini ianya secara langsung memberikan satu panduan berguna
kepada saya bagi mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari untuk mencari jalan penyelesaian
bagi setiap masalah yang dihadapi, ini termasuklah dalam isu masalah peribadi saya sendiri.
Melalui teknik-teknik saya mendapat idea merancang penyelesaian secara sistematik dan
berkesan, ianya dapat mencegah saya daripada mengambil jalan penyelesaian masalah secara
tergesa-gesa. Justeru itu saya bersetuju bahawa teknik-teknik penyelesaian masalah ini
ditekankan dalam kursus-kursus bagi pelajar pengajian tinggi untuk berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan realiti kehidupan yang memerlukan kita sekurang-kurangnya mempunyai ilmu dan
kemahiran berkenaan dengan teknik penyelesaian masalah.

Pautan muatnaik video :

https://drive.google.com/open?id=1o1Nn1oz4NRUwL0A4zzG5kHFkvwSEmnZY

SBFS1103_830429085071001_SHAHRILSAAD.mp4
RUJUKAN

Haresh Kumar Kantilal & Anton Espira. (2012). Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah.
Selangor: Open University Malaysia (OUM).

Mahyuddin Daud & Sonny Zulhuda. (2020). Regulating the Spread of False Content Online in
Malaysia: Issues, Challenges and the Way Forward. International Journal of Business and
Society, 21(1): 32-48.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip & Nazariah Abdul Samad. (2008). Fasilitator Efektif dan
Dinamik. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Moonyati Mohd Yatid. (2019). Truth Tampering Through Social Media: Malaysia’s Approach in
Fighting Disinformation & Misinformation. The Indonesian Journal of Southeast Asian
Studies. 2(2): 203-230.

Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobidah Omar. (2019). Dasar Keselamatan Siber Malaysia:
Tinjauan Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-undang. Jurnal Komunikasi Malaysia,
35(1): 103-119. doi: 10.17576/JKMJC-2019-3501-08

Norhafzan Jaafar, Wan Noor Hayati Wan Alias dan Mohd Aizat Shamsuddin. (2018, Mac 8).
Amal 3R sebelum sebar maklumat di media sosial. Berita Harian Online. Diakses pada
Mac 29, 2020, dari https:// www. bharian. com. my/ berita/ nasional/2018/03/397326/amal-
3r-sebelum-sebar-maklumat-di-media-sosial

You might also like