You are on page 1of 18

HIBAH DI DALAM INSURANS TAKAFUL DAN PERMASALAHANNYA

A. PENGENALAN

1. Definisi dan Konsep Takaful

Menurut Akta Takaful 1984 (Buku Panduan Asas Takaful, 2007), istilah Takaful membawa maksud satu
skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan
kewangan kepada peserta- peserta jika diperlukan di mana peserta sama- sama bersetuju untuk memberi sumbangan
bagi maksud itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bermaksud untuk menjamin, menjaga atau memelihara.
Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya memberi erti
saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara1.

Secara asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan
saling membantu di antara peserta-pesertanya selaras dengan konsep ta’awwun iaitu bekerjasama. Dalil yang
menyatakan mengenai memelihara dan menjaga iaitu di dalam Surah Al Imran, ayat 37 yang mana menyatakan
bahawa “Maka ia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan
dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria”.

Definisi lain, takaful ialah kontrak, iaitu apabila seseorang bersetuju memberikan sejumlah wang dalam
tabung yang diuruskan di dalam syarikat takaful.2 Apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kerugian yang
mungkin berlaku kepada pemberi wang maka beliau akan dibayar ganti rugi daripada tabung tersebut dengan
persetujuan pernyumbang lain. Dia juga bersetuju untuk menyumbangkan sebahagian daripada pemberiannya itu
kepada penyumbang lain apabila suatu kemalangan atau kerugian menimpa penyumbang lain. Bersesuaian dengan
konsep ta’ min ijtima’i, wang simpanan peserta akan dikendalikan oleh pengendali takaful bagi tujuan mencari
keuntungan melalui perniagaan dan pelaburan.3

2. Sistem dan Pelaksanaan Takaful di Malaysia

Secara umumnya, objektif dalam industri takaful tidak mempunyai perbezaan dengan industri insurans
konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana
ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan
risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup
menerima pemindahan risiko ini. Kedua- duanya berasaskan satu konsep yang sama, malah konsep insurans
sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1400 tahun dahulu lagi.

Terdapat tiga model dan beberapa variasi bagaimana takaful boleh dilaksanakan iaitu melalui model
mudharabah, model wakalah atau kombinasi kedua-duanya. Pengendali takaful merupakan pentadbir dana dan

1
Joni Tamkin Borhan & Che Zarrina Sa’ari, “The Principle of al-Takaful (Collective Responsibility” in Islam and Its Practices in the Operations of
Syarikat Takaful Islam Berhad” dlm. Jurnal Usulludin Bil. 17, hlm 33 - 56, 2003
2
Ab Murnin Ab Ghani, 1999. Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hlm 5.
3
Ahmad Hidayat Buang, 1996. “ Takaful: Akad Insurans atau Mudarabah?” dlm Jurnal Syariah 4:1, hlm. 139. Kuala Lumour: Universiti Malaya.
menguruskan dana bagi pihak peserta atas kepercayaan yang diberikan, dan kontrak antara peserta dengan
pengendali ditetapkan berdasarkan kontrak mudharabah atau wakalah.

Mudharabah memberikan hak kepada pihak pemegang kontrak untuk berkongsi keuntungan, manakala
tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh peserta; dan di bawah model wakalah, pengendali takaful dibayar fi
untuk perkhidmatan yang diberikan, manakala tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh peserta. Fi mungkin
berbeza-beza berdasarkan prestasi pengendali takaful. Fi tersebut boleh dalam bentuk jumlah yang tetap atau
berdasarkan nisbah yang dipersetujui daripada keuntungan pelaburan atau lebihan dana takaful.

Berkenaan model Wakalah, pada dasarnya, konsep wakalah ialah hubungan ejen-prinsipal, dengan
pengendali takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta dan menerima bayaran fi atas perkhidmatan yang
diberikan. Fi tersebut boleh dalam bentuk jumlah yang tetap atau berdasarkan nisbah yang dipersetujui daripada
keuntungan pelaburan atau lebihan dana takaful.

Dan untuk mudharabah, di bawah kontrak tersebut, pengendali takaful bertindak sebagai mudharib
(pengusaha) dan peserta sebagai rabbul mal (pemilik modal). Kontrak ini menentukan bagaimana lebihan daripada
operasi takaful dibahagikan antara pengendali takaful dengan peserta. Kerugian adalah ditanggung oleh peserta
sebagai pemilik modal. Walau bagaimanapun, untuk melindungi kepentingan peserta, pengendali takaful perlu
mematuhi peraturan kehematan termasuk peruntukan pinjaman tanpa faedah oleh pengendali untuk dana risiko
takaful sekiranya terdapat kekurangan dalam dana risiko takaful.

3. Definisi dan Konsep Hibah

Hibah berasal dari bahasa Arab iaitu ( ) kata ini merupakan mashdar dari kata ( ) yang
bererti pemberian. Apabila seseorang itu memberikan harta miliknya kepada orang lain secara sukarela tanpa
mengharapkan apa-apa balasan, perkara ini boleh dianggap sebagai penghibahan atau pemberi tersebut telah
menghibahkan hartanya. Justeru itu, hibah juga mempunyai pengertian yang sama dengan pemberian.

Hibah yang membawa maksud yang sama dengan pemberian juga bermakna bahawa pihak penghibah
bersedia melepaskan haknya ke atas harta benda yang dihibahkan. Dengan erti kata yang lain, hibah merupakan
salah satu bentuk pemindahan hak milik jika ianya dikaitkan dengan perbuatan.

Terdapat sebahagian jumhur ulama yang mendefinisikan hibah sebagai akad yang mengakibatkan pemilikan
harta tanpa ganti rugi yang dilakukan oleh seseorang dalam ketika hayatnya kepada orang lain secara sukarela.
Manakala ulama mazhab Hambali pula mendefinisikan hibah sebagai pemilikan harta dari seseorang itu ketika
masih dalam hayatnya kepada orang yang lain yang mana mengakibatkan orang yang diberi hibah tersebut boleh
melakukan sesuatu tindakan terhadap harta tersebut, sama ada harta tersebut bersifat secara fizikal atau tidak.

Selain daripada itu, dengan erti kata yang mudah difahami di masa sekarang, hibah boleh dianggap sebagai
pemberian, sedekah atau hadiah yang melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta
kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Telah dinyatakan di dalam ayat 177 surah al-Baqarah bahawa hibah adalah diharuskan dan terdapat hadis
berkaitan urusan hibah yang mana Rasullulah SAW bersabda bahawa “Berilah hadiah, kamu akan berkasih
sayang”.4 Selain itu, adalah sesuatu perkara yang sangat penting untuk diambil berat apabila seseorang itu telah
menghibahkan hartanya kepada orang yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut
kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang
menjilat kembali muntahnya".5 Baginda SAW juga turut bersabda bahawa "Seseorang tidak boleh meminta balik
hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya".

Selanjutnya, setiap kontrak yang wujud dalam sistem kewangan dan perbankan Islam mempunyai rukun-
rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah. Akad hibah tidak akan wujud sekiranya
keseluruhan rukun-rukun dan syarat-syaratnya tidak dipenuhi. Oleh itu, adalah suatu kemestian untuk
melengkapkan rukun-rukun dan syarat-syarat tersebut untuk mewujudkan hibah yang sempurna.

Rukun-rukun bagi hibah adalah terdiri daripada pemberi hibah iaitu al-wahib, penerima hibah atau al-


mauhub lahu, benda yang dihibahkan atau al-mauhub dan penawaran dan penerimaan iaitu ijab dan qabul atau
dikenali sebagai sighah. Seterusnya, merujuk pula kepada syarat-syarat sah hibah, pertamanya, adalah penting
untuk memastikan pemberi hibah tersebut merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan serta
tidak dihalang oleh sesuatu perkara.

Pemberi juga hendaklah merupakan seorang yang telah baligh dan hibah yang dibuat perlulah dibuat secara
suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibahkan atau menghadiahkan hartanya kepada orang
lain, secara automatik hibah tersebut akan terbatal. Kedua, merujuk pula kepada penerima hibah, syarat-syarat
penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang
yang ingin dihibahkan ialah ianya mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki
oleh pemberi hibah.

Penerima hibah juga tidak boleh menerima hibah barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; seperti
Mikael menghibahkan pensel Jemaima kepada Deria. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pensel tersebut adalah
dimiliki oleh Jemaima dan bukan kepunyaan Mikael.

Apabila sesuatu akad hibah telah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan
pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka
akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam
miliknya.

4. Pelaksanaan Hibah di Malaysia dan Aplikasi Hibah di dalam Takaful

Secara realitinya, Hibah di Malaysia melibatkan dokumentasi. Dokumentasi hibah ini merupakan suatu
prosedur khas yang digalakkan untuk pelaksanaannya oleh penghibah semasa dalam hayatnya. Di dalam kes CIMB
Islamic Bank Bhd lwn LCL Corp Bhd & Anor6, Yang Arif Hakim telah menyatakan bahawa hibah bermaksud
memindah milik sebuah aset atau harta milikan tanpa sebarang pulangan semasa hayat penghibah. Aset tersebut

4
Riwayat Al- Bukhari
5
Riwayat Al-Nasa’i
6
[2012] 3 MLJ 869
dipindah melalui dokumen hibah yang dinamakan sebagai surat hibah. Fungsi dokumen ini ialah untuk memastikan
harta yang diberikan kepada penerima atau orang tersayang diterima tanpa boleh dicabar oleh waris lain.

Seterusnya, melihat pula kepada pelaksanaan hibah di dalam industri Takaful, kebiasaanya hibah kerap
digunakan di dalam kebanyakan produk Takaful Keluarga. Dalam produk-produk Takaful Keluarga tersebut,
peserta takaful boleh mengguna pakai hibah sebagai salah satu cara untuk mengagihkan manfaat takaful kepada
penerima hibah ketika berlaku kematian dalam tempoh caruman iaitu sebelum sijil Takaful tersebut matang. Majlis
Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia di dalam mesyuaratnya yang ke-34 pada 21 April 2003 telah membuat
ketetapan bahawa wang pampasan manfaat takaful boleh dihibahkan oleh peserta takaful kerana ianya merupakan
sebahagian haknya.

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk difahami bahawa pemberian hibah di dalam industri Takaful
adalah berbeza dengan hibah yang biasa dilakukan. Hibah dalam Takaful ini tidak sama dengan pemberian wasiat
kerana ia adalah hibah bersyarat iaitu penerima hanya dan akan memiliki manfaat tersebut apabila peserta takaful
meninggal dunia. Perkara ini adalah jelas berbeza dengan hibah biasa yang mana hibah biasa dilakukan semasa
hayat pemberi hibah.

Terdapat tiga (3) kaedah yang diaplikasikan oleh syarikat takaful dalam melaksanakan hibah iaitu
pertamanya, menggunakan kaedah penama sebagai wasi atau pelaksana yang membahagikan manfaat takaful
kepada ahli waris mengikut faraid, kedua dengan menggunakan kaedah hibah bersyarat untuk memberi manfaat
kepada penama sebagai benefisiari yang mana boleh ditarik balik dan diubah kepada penama yang lain selagi
peserta belum meninggal dunia dan yang terakhir, penggunaan kaedah hibah secara mutlak yang tidak boleh ditarik
balik.

5. Amalan Hibah di Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini yang mana hibah banyak diguna pakai di dalam produk-produk
Takaful Keluarga, hibah ini telah diadaptasikan sebagai konsep tambahan kepada produk-produk Takaful dan
diamalkan oleh kebanyakan pengendali Takaful seperti produk Pelan Pendidikan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Dengan merujuk kepada amalan hibah di Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd, produk ini telah ditawarkan
kepada ibu bapa yang mempunyai anak. Ibu bapa tersebut akan bertindak sebagai pembayar sumbangan atau
pemberi Hibah dan anaknya pula merupakan peserta Takaful atau penerima Hibah. Hibah seperti ini diharuskan
kerana ianya memenuhi dan melengkapi semua rukun dan syarat-syarat hibah

Selain itu, Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd telah mengaplikasikan Kaedah ‘Cadangan Hibah’ yang mana
melalui kaedah ini, peserta takaful akan mengisi Borang Cadangan Hibah di mana di dalam kandungan Borang
tersebut hanya akan mencadangkan kepada Tabung Akaun Khas Peserta (Tabung Tabarru’) satu atau lebih individu
yang akan menjadi benefisiari kepada manfaat takaful beliau.

Secara prinsipnya, hibah tersebut belum lagi berlaku, sebaliknya hanyalah sekadar “cadangan” daripada
peserta supaya Tabung Tabarru’ ini akan menghibahkan kepada benefisiari yang dicadangkan apabila berlaku
kematian peserta tersebut sebelum tempoh matang. Bahagian yang tertakluk kepada hibah adalah wang manfaat
takaful akibat kematian peserta daripada Tabung Tabarru’, manakala bayaran daripada akaun peserta adalah
menjadi pusaka dan akan diagihkan kepada waris peserta mengikut hukum faraid.

Benefisiari7 kepada manfaat tersebut hanya dihadkan kepada ibu bapa, pasangan yang sah, anak-anak dan
adik beradik seperti yang boleh dimaktubkan dalam Borang Cadangan Hibah. 8 Penetapan benefisiari ini adalah
bertujuan menjaga kepentingan keluarga terdekat yang berada di bawah tanggungan peserta.

Perkara ini, secara jelasnya walaupun bercanggah dengan peraturan hibah yang memberi kebebasan kepada
pemilik harta untuk memberikan hibah kepada sesiapa yang dikehendaki, namun tindakan mengehadkan individu
tertentu yang boleh menjadi benefisiari di sini boleh dianggap sebagai selari dengan prinsip maslahah. Hal ini
kerana alasan menjaga kepentingan individu-individu yang dianggap sebagai terkesan di atas kematian peserta dan
berada di bawah tanggungan peserta terutamanya anak-anak dan isteri.

Selain itu, juga sesuai dengan matlamat daripada penyertaan seseorang peserta ke dalam mana-mana skim
takaful atau insurans, iaitu untuk memberi perlindungan kepada diri dan keluarga yang berada di bawah tanggungan
peserta apabila berlaku kematian atau keilatan ke atas peserta. Konsep perlindungan ini dikenali sebagai
“Kepentingan Boleh Takaful” dan ia adalah bersamaan dengan konsep “Kepentingan Boleh Insuran” atau Insurable
Interest dalam konteks insurans konvensional9.

Kesimpulannya, Kaedah Cadangan Hibah yang digunakan oleh syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. ini boleh
dianggap sebagai alternatif kepada isu hibah yang mensyaratkan pelaksanaannya tertakluk kepada kematian peserta
seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Penasihat Shariah BNM di atas.

6. Amalan Hibah di dalam Takaful selepas Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (AKPI) 2013.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) telah dikuatkuasakan pada 30 Jun 2013 yang mana secara
keseluruhannya telah memperlihatkan perubahan landskap kerangka undang-undang yang mengawal selia sistem
kewangan Islam di Malaysia. Akta tersebut telah memansuhkan Akta Bank Islam 1983 (ABI) dan Akta Takaful
1984 (AT) dan sekaligus menyediakan kerangka pengawalseliaan aktiviti kewangan Islam oleh institusi-institusi
yang berada di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Aspek Penamaan Benefisiari di bawah Hibah Bersyarat telah dititikberatkan dan perkara ini merupakan satu
perubahan yang paling ketara di dalam undang-undang takaful yang baru ini yang mana ianya berkenaan kuasa
membuat penamaan. APKI memberikan hak perundangan kepada peserta takaful yang berusia 16 tahun dan ke atas,
yang mengambil takaful keluarga atau takaful kemalangan diri ke atas hayat dirinya, serta berhak untuk menamakan

7
Penama atau Penerima Manfaat
8
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
9
Seksyen 152, Akta Insurans 1996.
individu yang akan menerima manfaat takaful tersebut, yang akan dibayar atas kematiannya, sebagai benefisiari di
bawah hibah bersyarat10

Selanjutnya, manfaat takaful tersebut tidak akan menjadi harta pusaka peserta yang meninggal dunia dan
tidak tertakluk kepada hutangnya11. Individu yang menerima manfaat takaful sebagai wasi hendaklah
membahagikan manfaat takaful tersebut mengikut wasiat peserta yang meninggal dunia ataupun mengikut undang-
undang berhubung pembahagian harta pusaka yang terpakai bagi pentadbiran harta pusaka peserta tersebut12 .

Penamaan akan terbatal jika penama meninggal dunia ketika peserta masih hidup, atau peserta membatalkan
penamaan tersebut melalui notis bertulis yang dikemukakan kepada pengendali takaful atau peserta membuat
penamaan yang baru.13 Peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan hak peserta yang membuat penamaan
benefisiari di bawah hibah bersyarat ini dilihat dapat memberi ruang kepada peserta untuk memastikan bahawa
manfaat takaful yang akan dibayar atas kematiannya nanti akan diperoleh sepenuhnya oleh penerima hibah tersebut.
Hak ini boleh dimanfaatkan untuk memelihara kepentingan keluarga terdekat peserta takaful seperti pasangan suami
isteri, anak-anak atau ibu bapanya.

Sebelum Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013) dikuatkuasakan, para pemohon Takaful
Ikhlas perlu mengisi dua borang penamaan iaitu Borang Penama dan Borang Cadangan Hibah. Bagi orang Islam
yang dinamakan di dalam Borang Penama, beliau bertanggungjawab menguruskan pampasan yang diterimanya
untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum Faraid atau apa-apa arahan dari mahkamah
sepertimana yang dinyatakan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-49 pada 10 September 2000.

Manakala penama yang dinamakan di dalam Borang Cadangan Hibah, adalah dikira benefisiari dan
peratusan yang ditentukan untuknya adalah dikira miliknya. Setelah APKI 2013 dikuatkuasakan, Borang Cadangan
Hibah ditukar kepada Borang Penamaan Hibah Bersyarat. Peserta yang ingin menghibahkan pampasan yang
sepatutnya difaraidkan di kalangan waris-warisnya, mesti mencadangkan kepada pemegang amanah Dana Tabarru’
(Takaful Ikhlas Sdn Bhd) untuk menghibahkan wang tersebut kepada penama-penama yang diletakkan di dalam
Borang Hibah Bersyarat tersebut, sekiranya beliau meninggal dunia.

Selepas berlaku kematian pemilik takaful, pihak syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd bertindak sebagai
pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap Dana Tabarru’ tadi.

Akhir sekali, wang yang boleh dihibahkan hanyalah jumlah wang pampasan yang berhak diterimanya,
manakala wang yang terkumpul di dalam akaun pelaburan peribadinya wajib dibahagikan mengikut faraid ataupun
digunakan untuk membayar hutangnya.

B. PERMASALAHAN HIBAH DALAM TAKAFUL

Terdapat beberapa isu atau permasalahan utama yang sering menjadi persoalan dan tanda tanya dalam menentukan sama
ada hibah itu sahih, boleh dilaksanakan atau sebaliknya. Isu-isu berkenaan terdiri seperti yang berikut;-
10
Perenggan 2(1), Jadual 10
11
(Perenggan 3(1) dan (2), Jadual 10).
12
(Perenggan 6(2), Jadual 10).
13
(Perenggan 4(1)(a)(b)(c), Jadual 10).
1. Adakah manfaat Takaful tersebut layak dianggap sebagai harta milikan yang boleh dihibahkan?
2. Adakah status Hibah tersebut akan bertukar kepada Wasiat sekiranya peserta meninggal dunia memandangkan
perpindahan harta milikan akan dilakukan sejurus selepas kematian peserta?
3. Adakah peserta boleh membatalkan hibah sebelum sijil Takaful matang?
4. Apakah kesannya sekiranya penerima hibah meninggal dunia sebelum sijil Takaful matang?

Seperti yang dipraktikkan di dalam industri Takaful, hanya segelintir pengendali Takaful yang benar-benar
mengaplikasikan Hibah di dalam Takaful. Menurut En. Tirmizi Mohamed Din, dia seorang yang merupakan satu-
satunya pengendali Takaful di Malaysia yang telah mengaplikasikan Hibah di dalam Takaful Ikhlas, yang mana
pengendali yang lain masih menggunakan sistem faraid di dalam proses pemberian.

1. Adakah manfaat Takaful tersebut layak dianggap sebagai harta milikan yang boleh dihibahkan?

Secara asasnya, pemberian hadiah dibuat dalam bentuk aset nyata dan ketara kepada orang lain. Contohnya,
ketika sambutan hari jadi yang ke 15, ibu bapa memberikan anaknya sebuah komputer riba sebagai hadiah.
Perbuatan tersebut adalah normal dan tiada isu yang berbangkit berkaitan dengan perbuatan tersebut. Tetapi perkara
sebaliknya berlaku kerana manfaat Takaful bersifat tidak ketara ketika peserta menghibahkannya. Manfaat Takaful
adalah suatu manfaat yang tidak ketara kerana ianya belum ditunaikan menjadi wang ringgit. Oleh itu, adakah
manfaat Takaful tersebut layak dianggap sebagai harta milikan yang boleh diberikan sebagai hadiah? Adakah
hadiah ini bersifat nyata dan ketara sahaja?

Di dalam permasalahan ini, jumhur ulama mempunyai pendapat yang berbeza-beza dan berbelah bahagi.
Yang mana satukah perlu dilaksanakan, sama ada memberi jumlah yang dikategorikan sebagai hibah atau memberi
jumlah tersebut megikut sistem faraid?

Pertamanya, sebahagian ulama telah berpendapat dan berpandangan bahawa jumlah yang dihibahkan
tersebut merupakan sebahagian daripada aset dan harta milikan peserta yang sudah meninggal dunia. Oleh yang
demikian, ianya wajib untuk dilaksanakan di bawah sistem faraid. Menurut Noor & Abdullah (2008), pembayaran
manfaat Takaful oleh peserta yang meninggal dunia sebelum sijil takaful matang dilihat menjadi milik pewaris
peserta dari segi undang-undang atas alasan bahawa pembayaran tersebut merupakan usaha peserta dan secara tidak
langsung, merupakan sebahagian daripada harta milikan.

Walaupun jumlah wang pembayaran manfaat Takaful tersebut hanyalah wujud selepas kematian peserta,
ianya adalah usaha peserta tersebut ketika memasuki kontrak dan perkara ini menjelaskan bahawa keadaan
kewangan tersebut berpihak kepada pewaris yang sah kepada peserta. Perkara ini telah dianalogikan seperti ikan
yang terperangkap di dalam jala yang mana ianya telah dibetulkan oleh si mati, selepas kematian si mati dan ikan
tersebut dianggap sebagai sebahagian aset si mati kerana ianya merupakan usaha untuk memiliki ikan tersebut.

Sebaliknya, terdapat sebahagian ulama yang berpendapat bahawa jumlah pembayaran manfaat Takaful
selepas kematian peserta itu bukan lah harta milikan si mati dan ianya tidak boleh dilaksanakan di bawah sistem
Faraid. Mereka ini membahaskan bahawa produk Takaful Keluarga tidak boleh disamakan dengan analogi ikan
yang terperangkap tersebut kerana kedua-dua perkara tersebut mempunyai perbezaan yang ketara. Ikan yang
terperangkap di dalam jala tersebut merupakan usaha peserta secara serta merta dan terus yang menyumbang
kepada pertambahan aset atau harta milikan si mati (peserta).

Berbanding analogi ikan tersebut, kontrak Takaful telah mewujudkan suatu tanggungjawab pihak peserta
untuk membuat pembayaran. Perkara ini tidak mewujudkan kekayaan atau pertambahan aset atau harta milikan
kepada si mati, tetapi lebih kepada mewujudkan satu tanggungjawab untuk meringankan beban yang ditanggung
oleh peserta yang lain. Sumbangan peserta untuk kebaikan peserta yang lain, dan bukan dibuat untuk kepentingan
sendiri ini adalah satu perkara yang terlalu berbeza dengan analogi tersebut yang mana secara jelasnya, analogi ikan
tersebut bersifat mementingkan si mati sendiri.

Hasil pembayaran itu menjadi milik dana kesemua peserta dan ianya bukan terhad kepada pengendali
Takaful atau seorang peserta yang sudah meninggal dunia sahaja. Walaupun, pembayaran itu dianggap sebagai
usaha si mati, tetapi jumlah wang tersebut lebih sesuai diklasifikasikan sebagai suatu tanggungjawab ke atas dana
tabbaru’ Takaful yang mana boleh dianggap sebagai bantuan kewangan kepada keluarga peserta yang telah
meninggal dunia.

This is the importance of considering a legal and financial entity for the fund. This monetary obligation is
directly based on the agreement or promises of mutual assistance stated in the contract. In other words, the tabarru’
fund managed by the Takaful operator on behalf of the participants agrees to pay the proceeds, and the matter of to
whom they are paid should be freely and totally left to the agreement or the stipulation made by the participant to
the company.

In addition, some scholars argue that, the Takaful policies are meant to secure the rights of the close beneficiaries,
especially the immediate family who their lives depend on him. Thus, distributing the sum covered as faraidh might hinder
the objective of the Takaful contribution. Maybe the deceased has an adopted son who still dependent on him, but not
eligible as a heir through faraidh. He is the real beneficiary compared to those who not dependent on the deceased like his
uncles and aunties. Rasulullah once said that, as reported in Sahih Muslim (hadith number 3991) as follow;

“…to leave your heirs rich is better than to leave them poor, begging from people; that you would never incur an expense
seeking therewith the pleasure of Allah, but you would be rewarded therefor, even for a morsel of food that you put in the
mouth of your wife.”

Therefore, it is better to make the sum covered as Hibah, so that it will benefit those who really in need and achieve the real
intention of Takaful contribution.

3.1.3.1.2 BNM Shariah Resolution


Bank Negara Malaysia (BNM) in its 34th meeting had come out with a resolution on this matter. They agreed that the
Takaful benefits can be used for Hibah, since it is the right of the participants. Therefore, the participants should be allowed
to exercise their rights, according to their choice, as long as it does not contradict the Shari’ah principles.

In addition, they decided that it is permissible to distribute the (Takaful) death benefit according to the law of mirath
(Islamic law of succession), as it is also permissible to distribute the payment to a particular individuals or parties as
specified by the participant on the basis that the benefit is the contribution of other participants to the beneficiary as
specified by the participant and not his estate.

3.1.3.2 Can the status of Hibah change to will (wasiah)?

In this matter, the question arises, whether the Hibah will change status to will after the death of the participant. The basis
for this argument is that, if the participant dies, since the transfer of the asset’s ownership would take place after the death
of the donor, so its not a Hibah anymore, it should be a will. A Hibah is given while a person still alive, and any gift given
after the death is considered as will, not Hibah. Is it so? And if it is so, what is the implication derived?

3.1.3.2.1 BNM Shariah Resolution

The Shariah Council of BNM has agreed that the status of Hibah in Takaful plan does not change into a will (wasiah), since
this type of Hibah is a conditional Hibah, in which the Hibah is an offer to the recipient of Hibah for only a specified
period. In the context of Takaful, the Takaful benefits are both associated with the death of the participant, as well as
maturity of the certificate. If the participant remains alive on maturity, the Takaful benefits are owned by the participant,
but if he dies within such period, then the Hibah shall be executed.

3.1.3.2.2 Implications if it does change status to will

If the Hibah status can change to will after the death of the participant, it will drive a big implication. Firstly, the amount of
will must be shrink to only one third of the deceased’s total assets. If the sum covered amount is exceeded the one third
proportion of the total assets, the nominee will only entitled for lesser amount and must left the remaining to faraidh. This
situation may harm the real beneficiaries. The ruling on will was commanded by Rasulullah in one hadith recorded in Sahih
Muslim;

“Mus'ab b. Sa'd reported on the authority of his father. I was ailing. I sent message to Allah's Apostle (may peace be upon
him) saying: Permit me to give away my property as I like. He refused. I (again) said: (Permit me) to give away half. He
(again refused). I (again said): Then one-third. He (the Holy Prophet) observed silence after (I had asked permission to give
away) one-third. He (the narrater) said: It was then that endowment of one-third became permissible.”

This shrinking in proportion will lead to the second implication- the remaining balance are now must go through faraidh
process. To make thing worse, if there is no consensus among the legal beneficiaries, the remaining amount will stuck
under the trustee and will not benefit either the beneficiaries or legal heirs. This situation will likely increase the burden of
the immediate family and the real dependant of the deceased.
Undang-undang Pusaka Islam merupakan ketetapan

Allah s.w.t melalui nas yang qat’i iaitu ayat 11, 12 dan 176

36
surah al-Nisa’. Ayat-ayat tersebut menerangkan ahli-ahli

waris yang berhak terhadap harta pusaka dan kadar

bahagian yang sepatutnya mereka terima seperti 1/2, 1/4,

1/8, 1/3, 2/3, atau 1/6. Undang-undang Pusaka Islam telah

membawa beberapa pembaharuan yang tidak wujud

dalam undang-undang lain sebelumnya. Undang-undang

ini disyari’atkan oleh Allah s.w.t semata-mata untuk memberi

keadilan kepada manusia sejagat. Oleh itu, pensyari’atan

Undang-undang Pusaka Islam mempunyai hikmat dan

falsafah tersendiri yang tidak dapat diselami dan dihayati

oleh segelintir manusia hari ini. Undang-undang ini

mempunyai dasar yang jelas dan bersifat syumul kerana ia

merupakan ketetapan Allah s.w.t yang lebih mengetahui

segala-galanya.

Bagi menjamin pelaksanaan dan pematuhan Undang-

undang Pusaka Islam (faraid) secara berterusan dikalangan orang Islam

di negara ini dan institusi atau agensi yang berkaitan dengan

pengurusan harta pusaka mereka, maka dengan ini dicadangkan

beberapa syor, langkah dan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak

yang bertanggungjawab seperti berikut:

1. Memperkenalkan Undang-undang Pusaka Islam

dalam bentuk undang-undang bertulis (statut) yang boleh

dijadikan panduan dan amalan di Mahkamah-mahkamah

Syariah, institusi atau agensi pengurusan harta Islam,

pengamal undang-undang Syariah ,syarikat koperat,

pemegang-pemegang amanah dan orang Islam di

Malaysia amnya. Beberapa negara Islam di Timur Tengah

dan rantau ini telah meluluskan Undang-undang Pusaka


37
Islam secara bertulis seperti Qanun Mawarith Mesir 1943

(bagi undang-undang pusaka tak berwasiat), Qanun

Wasiyyah Mesir 1946 (bagi undang-undang pusaka

berwasiat) dan sebagainya.

2. Mengkaji dan mengenalpasti beberapa statut

dan undang-undang bertulis yang berkaitan dengan

pengurusan harta orang Islam yang sedang berkuatkuasa di

negara ini supaya tidak ada peruntukan yang tidak selari

atau bercanggah dengan undang-undang Islam, seperti

Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Harta Pusaka Kecil

(Pembahagian) 1955 (terutamanya peruntukan yang

berkaitan dengan Adat Perpatih), Kanun Tanah Negara 1965 dan

sebagainya.

3. Mempertingkatkan dan memperluaskan

bidangkuasa Mahkamah Syariah di negara ini dengan cara mengembalikan

kuasa pentadbiran pusaka orang-orang Islam ke Mahkamah Syariah

sama seperti sebelum kemerdekaan. Bagi melaksanakan cadangan

ini, satu pindaan kepada Jadual Kesembilan, Perlembagaan

Persekutuan (yang mengandungi tiga senarai), hendaklah dilakukan

dengan bijaksana.

4. Menyeragam dan menyelaraskan had

bidangkuasa mal antara Mahkamah Rendah Syariah

dengan Mahkamah Tinggi Syariah di seluruh Malaysia

supaya tidak wujud perbezaan yang ketara, terutamanya

antara Mahkamah Syariah di Semenanjung Malaysia

dengan Mahkamah Syariah di Negeri Sabah dan Sarawak.


38
5. Penyediaan dan proses pengeluaran Sijil Faraid

atau Perakuan Ahli Waris oleh Mahkamah Syariah di Negeri-

negeri hendaklah dibuat setelah melalui proses perbicaraan

di hadapan Hakim Syarie, bertujuan untuk mengelak

daripada berlaku kesilapan. Kes-kes pembahagian pusaka

yang rumit seharusnya dirujuk kepada Jabatan Mufti Negeri

untuk keputusan.

6. Sijil Faraid atau Perakuan Ahli Waris yang

disediakan melalui E-Faraid atau E-Syariah oleh agensi

pengurusan harta pusaka orang Islam sepatutnya terlebih

dahulu disahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

Negeri-negeri agar tidak berbangkit persoalan

keesahannya kemudian hari. Program E-Faraid dan E-

Syariah hendaklah disemak semula bagi tujuan penyeragaman.

7. Mengenalpasti satu badan peringkat

Kebangsaan yang akan bertanggungjawab untuk

mengawalselia dan memantau institusi atau agensi yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan

pengurusan harta orang Islam, umpamanya pengurusan

pusaka, wasiat, hibah, wakaf dan seumpamanya.

8. Mewajibkan institusi atau agensi pengurusan

harta orang Islam untuk melantik Panel Syariah mereka

masing-masing supaya produk syariah yang diperkenalkan

dalam pasaran dan operasinya tidak bertentangan dengan

Hukum Syarak.
39
9. Mempastikan semua fatwa-fatwa

yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa

Kebangsaan berkaitan

dengan pembahagian harta pusaka, harta

penama, takaful dan seumpamanya,

dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak-pihak

berkenaan.

10. Memberi kesedaran dan

kefahaman kepada masyarakat Islam di

Malaysia mengenai Undang-undang Pusaka

Islam, undang-undang wasiat, hibah, wakaf

dan sebagainya, dengan cara menganjurkan

seminar, kolokium, konvensyen, diskusi, dialog

dan seumpamanya, sama ada di Pusat-pusat

Latihan dan sebagainya


RUJUKAN

Abu Zahrah, Muhammad.1963. Ahkam al-

tarikat wa al-

mawarith. t.tp.Dar al- Fikr al-Arabi.

al-Ghamidi, Nasir bin Muhammad bin Masyri. 2002.


Al-

Khulasah fi ‘ilm al-faraid. Makkah al-Mukarramah:

Dar Tayyibah al-Khudra’.

al-Ghundur, Ahmad.1966. al-Mirath fi al-Islam

wa al-qanun.

Mesir: Dar al-Ma’arif.

al-Hasri, Ahmad.1972.al-Tarikat wa al-wasaya

fi al-fiqh al-

Islami. Amman : Maktabat al-Aqsa.

Ibn Rushd.1989. Bidayat al-mujtahid wa

nihayat al-

muqtasid. Juz.2. Beirut: Dar al-Jil.

You might also like