You are on page 1of 17

SISTEM TAKAFUL

SDSY 1162

Tugasan Kertas Kerja:

INDUSTRI TAKAFUL DAN PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA

Disediakan untuk

PUAN NAWAL BINTI SHOLEHUDDIN

Disediakan Oleh:

No matrik Nama MS 32
1932010 NURHILMI KAMARUL HADZA MS32 5A
1932007 MUHAMMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MOHD SOLEH MS32 5A
1932004 DANIEL HAIQAL BIN ANIF MS32 5A
DAFTAR ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN...................................................................................................1

1.1 METODOLOGI ........................................................................................................1

2.0 PERIHAL TAKAFUL................................................................................................2

2.1 DEFINISI TAKAFUL.............................................................................................2

2.2 KONSEP ASAS TAKAFUL...................................................................................2

2.3 PRINSIP TAKAFUL...............................................................................................2

2.4 KLASIFIKASI TAKAFUL.....................................................................................4

2.5 MODEL TAKAFUL................................................................................................5

2.6 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL..............6

3.0 PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA.........................................................7

3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGANTAKAFUL DI MALAYSIA...7

3.2 PERTUMBUHAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA PADA MASA KINI...........9

3.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PERKEMBANGAN INDUSTRI


TAKAFUL DI MALAYSIA.......................................................................................10

4.0 KESIMPULAN......................................................................................................12
RUJUKAN
INDUSTRI TAKAFUL DAN PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA

1.0 Pendahuluan

Takaful merupakan industri yang berkembang pesat di Malaysia. Kemunculan perbankan


dan sistem kewangan Islam dalam dunia perbankan telah memberi ruang kepada sistem
takaful yang berasaskan konsep al-takaful dilaksanakan dan menjadi alternatif kepada
insuran konvensional yang berasaskan riba, gharar dan perjudian. Takaful adalah satu
instrumen kewangan yang mempunyai kepentingan kepada ekonomi di mana ia adalah
kaedah untuk menangani risiko ketidakpastian terhadap kerugian ekonomi.

Sepertimana insurans konvensional, takaful direka cipta untuk menyediakan perlindungan


dan ganti rugi kepada individu dan syarikat akibat kerugian atau bahaya kepada diri atau
harta benda. Malaysia merupakan negara pertama yang mengasaskan perniagaan takaful di
Asia melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada
Bank Islam Malaysia Bhd. Sehingga kini, industri takaful merupakan industri yang
berkembang pesat dalam pasaran kewangan selain daripada perbankan Islam.
Perkembangan ini memberi gambaran bahawa Islam mempunyai alternatif terbaik kepada
umatnya dalam pengendalian dan pengurusan risiko.

1.1 Metodologi

Kajian ini merupakan kajian keperpustakaan di mana bahan atau maklumat tentang kajian
adalah diperolehi daripada sumber internet perpustakaan.

Perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama
membincangkan tentang perkara-perkara perihal sistem takaful. Ini termasuklah definisi
takaful, konsep asas takaful, prinsip takaful, klasifikasi takaful, model takaful dan perbezaan
antara takaful dan insuran konvensional.

Bahagian kedua pula membincangkan mengenai perkembangan takaful di Malaysia yang


merangkumi sejarah pembentukan takaful di Malaysia dan pertumbuhan industri takaful di
Malaysia pada masa kini serta faktor-faktor yang menghalang perkembangan industri takaful
di Malaysia.

1
2.0 Perihal Takaful

2.1 Definisi Takaful

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bererti menjamin, menjaga atau
memelihara. Takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala yang
bermaksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Dari segi istilah, takaful
merupakan suatu skim yang berasaskan prinsip kerjasama, saling membantu dan
tanggungjawab bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada
peserta yang memerlukan di mana para peserta bersetuju untuk memberi sumbangan bagi
maksud tersebut.

2.2 Konsep Asas Takaful

Semua peserta yang hendak menyertai skim atau pakatan takaful perlu membuat
pembayaran sumbangan takaful (tabarru’). Tabarru’ adalah perkataan Arab yang bermaksud
menderma secara ikhlas. Sekiranya terdapat peserta yang ditimpa musibah dan
menghadapi kerugian, mereka akan dibantu dengan tabungan daripadai tabarru’ semua
peserta dalam pakatan tersebut. Sumbangan dalam bentuk kewangan daripada peserta-
peserta itu akan membantu meringankan bebanan peserta yang mengalami musibah.
Sumbangan tersebut dianggap sebagai sumbangan khairat untuk tujuan kebajikan.

Pengendali takaful bukanlah pemilik dana tetapi bertindak sebagai pemegang amanah para
peserta dalam hal-hal berkaitan takaful:

a) Membuat pelaburan yang selari dengan Syarak untuk tujuan pengembangan dana.

b) Mengurus kos-kos operasi pengendalian dana yang terlibat.

c) Membuat pembayaran perlindungan kewangan kepada peserta yang ditimpa malapetaka


yang menyebabkan kerugian.

2.3 Prinsip Takaful

a) Prinsip Tolong-Menolong

Prinsip tolong-menolong hanya dikhususkan kepada perkara-perkara yang akan membawa


kebaikan atau kebajikan kepada manusia dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Dalam Islam, kebaikan dan kebajikan kepada manusia dan antara manusia disebut dalam
konsep Hablum-minan-nas dan takwa kepada tuhan dalam konteks hablum minan-Allah.

2
Allah SWT Berfirman yang bermaksud:

“Tolong menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-
menolong dalam perkara-perkara yang menimbulkan dosa dan permusuhan”.

(Surah Al-Maidah:2)

Maksud ayat di atas menjadi teras kepada pembentukan sistem takaful di mana skop
perlindungan sistem takaful adalah melibatkan hanya perkara-pekara yang berkaitan
dengan kebajikan dan takwa serta perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan hukum
Syarak.

b) Prinsip Pengorbanan

Prinsip pengorbanan dapat diterjemahkan dalam konsep tabarru’ iaitu kepentingan umum
atau masyarakat lebih utama daripada kepentingan individu. Apabila seseorang melakukan
tabarru’ atau berkorban, nescaya tabarru’ itu akan menjadi ganjaran bagi keperluannya di
akhirat kelak oleh Allah SWT.

Sehubungan dengan itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, nescaya Allah akan memenuhi hajatnhya”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

c) Prinsip Jaminan

Setiap umat Islam dikehendaki saling menjamin keselamatan dan kesejahteraan


saudaranya. Hal ini dapat difahami berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seseorang mukmin terhadap sesama mukmin bagaikan satu bangunan yang


sabahagiannya menguatkan bahagian yang lain”; lalu Nabi SAW menggenggamkan jarinya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

d) Prinsip Keselamatan dan Perlindungan

Prinsip ini menetapkan bahawa bahawa apabila seseorang ditimpa sesuatu musibah,
saudara-saudaranya harus membelanya secara proaktif. Keinginan kepada keselamatan
dan perlindungan ini adalah suatu keperluan.

3
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesunguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberikan keamanan


(keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia”.

(Riwayat Ibn Majah)

2.4 Klasifikasi Takaful

Pada umumnya, takaful dapat dibahagikan kepada dua sektor utama iaitu sektor takaful
keluarga dan sektor takaful am. Setiap klasifikasi ini pula menyediakan pelbagai bentuk dan
jenis perlindungan mengikut risiko yang terdapat dan boleh diinsuranskan.

a) Takaful Keluarga

Takaful Keluarga merupakan satu pelan perlindungan yang berhasrat menyediakan satu
sumber kewangan untuk tujuan simpanan dan pelaburan oleh peserta atau untuk
keluarganya sekiranya musibah menimpa dirinya. Ia merupakan alternatif kepada pelan
insurans hayat dalam insurans konvensional.

Contoh pelan-pelan Takaful Keluarga adalah seperti berikut:

1) Takaful Keluarga Individu

2) Takaful Kesihatan Individu

3) Takaful Keluarga – Pendidikan

4) Takaful Keluarga Berkelompok

5) Takaful Kesihatan Berkelompok

b) Takaful Am

Takaful Am menyediakan perlindungan bagi menghadapi bencana-bencana yang


menyebabkan kerugian ke atas harta benda yang dimiliki oleh seseorang peserta seperti
rumah, bangunan atau kenderaan. Penyertaan peserta dengan sumbangan tabarru’ akan
membentuk dana Takaful Am yang diuruskan oleh pengendali takaful. Takaful am
merupakan alternatif kepada pelan insurans am dalam insurans konvensional.

4
Terdapat pelbagai skim Takaful Am yang memberikan perlindungan kerugian kepada harta
dan liabiliti, antranya ialah seperti berikut:

1) Takaful Kebakaran

2) Takaful Kenderaan Berenjin

3) Takaful Rumah Kediaman

4) Takaful LIabiliti Awam

5) Takaful Liabiliti Produk

2.5 Model Takaful

Terdapat dua model utama bagi operasi takaful di Malaysia yang diguna pakai oleh
pengendali-pengendali takaful iaitu:

1) Model Mudharabah

2) Model Wakalah

a Model Mudharabah

Pengurus dana akan menggunakan dana-dana takaful untuk membuat pelaburan bagi
tujuan pengembangan dana. Untuk tujuan itu, pengurus dana menggunakan konsep
Mudharabah (perkongsian keuntungan). Di bawah konsep Mudharabah, peserta takaful
bertindak sebagai pemodal dan pengendali takaful bertindak sebagai pengusaha.

Wang sumbangan Tabarru’ merupakan modal dalam kontrak Mudharabah. Pengusaha akan
melaburkan modal tersebut ke tempat atau projek yang selari dengan kehendak Syarak.
Keuntungan akan dibahagikan mengikut peratusan yang telah dipersetujui ketika kontrak
dibuat. Sekiranya projek yang dijalankan itu mengalami kerugian dan ia di luar kawalan
pengusaha, maka kerugian itu akan ditanggung oleh pemodal. Pengusaha pula telah
mengalami kerugian dari segi masa dan tenaga.

5
b) Model Wakalah

Wakalah merupakan perkataan daripada Bahasa Arab yang membawa maksud perwakilan.
Al-Wakalah dari segi bahasa bermaksud memelihara, menjaga, menjamin, menyerahkan
dan mengganti. Manakala dari segi Syarak pula, Wakalah bermaksud satu pihak
menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut Syarak kepada pihak yang
lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup.

Dalam model wakalah, para peserta bersetuju melantik syarikat takaful sebagai wakil
mereka untuk menguruskan dan melaburkan dana. Para peserta juga memberi kebenaran
mutlak kepada syarikat takaful mengenakan sebarang yuran yang berkaitan dengan
pentadbiran termasuklah melantik wakil (ejen) bagi pihak mereka. Syarikat takaful
menggunakan dua kontrak berikut sebagai garis panduan dalam operasi perniagaan takaful:

1) Kontrak tabarru’ iaitu peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan
daripada sumbangan kepada dana untuk membantu peserta lain.

2) Kontrak wakalah iaitu peserta membenarkan syarikat untuk menguruskan hal ehwal dana
bagi pihaknya.

2.6 Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Konvensional

Dalam insurans konvensional, risiko adalah dipindahkan daripada peserta kepada pihak
syarikat insurans tersebut. Ia merupakan satu proses pemindahan risiko. Manakala, dalam
sistem takaful, risiko tidak dipindahkan kepada mana-mana pihak, tetapi risiko ditanggung
bersama oleh para peserta yang menyertai pakatan takaful ini.

Dari segi kontrak pula, insurans konvensional merupakan satu kontrak jual beli yang
melibatkan dua pihak iaitu pembeli insurans dan syarikat insurans. Pihak pembeli insurans
perlu membayar premium kepada syarikat insurans. Sebagai balasan premium, risiko akan
dipindahkan kepada syarikat insurans dan jika berlaku kerugian syarikat insurans akan
membayar secara tunai sebagai pampasan bagi kerugian tersebut. Insurans konvensional
juga merupakan kontrak pertukaran wang di mana wang ditukar dengan wang.

Sebaliknya, takaful bukanlah kontrak jual beli tetapi merupakan kontrak keahlian atau
penyertaan. Seseorang membayar sumbangan atau tabarru’ untuk menjadi ahli kumpulan
bersama dan oleh sebab menjadi ahli dana itu, individu berkenaan berhak mendapat faedah
tertentu di bawah peraturan dana tersebut. Oleh itu, takaful mengagihkan risiko dan
kerugian kepada bilangan peserta yang lebih besar jika ditanggung secara individu.

6
Takaful adalah berlandaskan Syariah di mana ia adalah bebas dari unsur-unsur gharar
(ketidakpastian), maisir (judi) dan riba. Terdapat Majis Pengawasan Syariah yang
bertanggungjawab memastikan semua transaksi syarikat takaful adalah berpandukan
Syariat Islam.

Sebaliknya, insurans konvensional adalah haram di sisi Islam di mana ia melibatkan unsur-
unsur gharar, maisir dan riba. Tiada Majlis Pengawasan Syariah yang memantau transaksi
syarikat insurans tersebut.

Selain itu, wang sumbangan takaful adalah dilaburkan di platfom patuh Syariah. Manakala,
wang premium dalam insurans konvensional tidak wajib dilaburkan di platfom patuh Syariah.

3.0 Perkembangan Takaful di Malaysia

3.1 Sejarah Pembentukan dan PerkembanganTakaful di Malaysia

Tercetusnya perkembangan industri takaful di Malaysia pada sekitar tahun 1980-an adalah
disebabkan oleh keperluan umat Islam pada ketika itu yang memerlukan satu alternatif lain
kepada insurans berbentuk konvensional.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada bulan Jun 1972 telah memutuskan
bahawa insurans berbentuk konvensional adalah suatu kontrak yang tidak sah dan keadaan
ini telah banyak mempengaruhi kewujudan dan perkembangan industri takaful pada ketika
itu.

 Pada tahun 1982, Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan pasukan petugas khas
bagi tujuan kajian pembangunan syarikat insurans berteraskan Islam di negara kita.
Pasukan petugas ini telah mewujudkan Akta Takaful yang mula berkuatkuasa pada tahun
1984. Lanjutan dari itu, syarikat takaful yang pertama di Malaysia iaitu Syarikat Takaful
Malaysia Berhad (STMB) telah ditubuhkan pada bulan November 1984.

Secara ringkasnya, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pendekatan secara


berperingkat dalam perkembangan industri takaful di Malaysia di mana ia boleh dibahagikan
kepada empat fasa utama iaitu:

i) Fasa I (1984-1992)
Ini merupakan tempoh pembangunan infrastruktur asas dengan penggubalan undang-
undang pengawal seliaan khusus iaitu Akta Takaful 1984 dan penubuhan satu pengendali
takaful iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

7
ii) Fasa II (1993-2000)
Dalam tempoh ini, elemen persaingan diperkenalkan secara beransur-ansur di mana satu
lagi lesen pengendali takaful diluluskan pada tahun 1993 untuk memasuki perniagaan iaitu
MNI Takaful Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Malaysia Nasional Insurance.

iii) Fasa III (2001- 2010)


Tempoh ini bermula dengan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) pada tahun
2001. PISK adalah pelan pembangunan yang berstruktur bagi industri takaful dengan
memberi fokus kepada pelan tindakan yang spesifik bagi membina kapasiti pengendali
takaful serta memantapkan rangka kerja pengawalan syariah dan perundangan. Ia juga
bertindak sebagai ‘road map’ bagi merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat
serantau bagi industri kewangan Islam. Beberapa buah syarikat pengendali takaful telah
ditubuhkan dalam tempoh ini seperti Takaful Ikhlas, Hong Leong MSIG Takaful dan
Prudential BSN Takaful.

iv) Fasa IV (2011- Hingga kini)


Bank Negara Malaysia telah melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 pada 21
Disember 2011. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut digubal pada tahun 2013.
Tempoh ini telah memperlihatkan perkembangan pesat pembangunan dan persaingan
dengan tertubuhnya beberapa buah syarikat pengendali takaful lagi seperti AIA AFG Takaful
dan Ammet Life Takaful.

Senarai syarikat takaful yang terdapat di Malaysia pada masa kini dan berdaftar dengan
Bank Negara Malaysia adalah seperti berikut:
1.    Takaful Ikhlas
2.    Etiqa Takaful
3.    Takaful Malaysia
4.    Prudential BSN Takaful
5.    Zurich Takaful
6.    HSBC Amanah Takaful
7.    Hong Leong MSIG Takaful
8.    Great Eastern Takaful
9.    AIA AFG Takaful
10. CIMB AVIVA
11. Ammet Life Takaful
12. FWD Takaful

8
3.2 Pertumbuhan Industri Takaful Di Malaysia Pada Masa Kini

Industri takaful di Malaysia berada pada posisi kukuh untuk terus berkembang
selaras dengan perkembangan persekitaran prestasi ekonomi negara yang
dijangkakan bertambah kukuh daripada tahun ke tahun. Pasaran takaful di Malaysia
terus memaparkan pertumbuhan stabil dan dilihat mampu bersaing dengan insurans
konvensional walaupun sektor kewangan dan insurans global dijejaskan oleh
penularan wabak Covid-19.

Menurut agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings, industri takaful di Malaysia terus
mendapat tempat di pasaran insurans semasa berlakunya penularan pandemik Covid-19
pada tahun 2020. Industri takaful keluarga menguasai 38 peratus daripada pasaran insurans
hayat domestik pada separuh pertama 2020 berbanding 34 peratus pada tahun 2019,
sementara akaun takaful am stabil pada 16 peratus daripada keseluruhan pasaran insurans
am.

Walau bagaimanapun, industri takaful mencatatkan pertumbuhan rendah pada tahun 2020
berikutan penurunan caruman baharu akibat daripada larangan pergerakan berkaitan
pandemik Covid-19, kata agensi penarafan kredit tersebut.

Oleh itu, sumbangan takaful keluarga kepada pertumbuhan keseluruhan berkurangan


kepada dua peratus pada separuh pertama 2020 berbanding 25 peratus pada tahun 2019
sementara sumbangan takaful am hanya meningkat 0.6 peratus daripada 20 peratus.

Namun demikian, pertumbuhan takaful tetap stabil berbanding dengan sumbangan insurans
am dan insurans hayat, yang kedua-duanya menyusut masing-masing sebanyak 3.6 peratus
dan 12.6 peratus, kata Fitch Ratings.

 Pertumbuhan industri takaful Malaysia dijangka terus stabil pada tahun 2021, iaitu didorong
oleh inisiatif kerajaan serta sokongan daripada ekosistem kewangan Islam, kata Fitch
Ratings. Faktor-faktor lain termasuk pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang mana agensi
penarafan kredit itu mengunjurkan pada 6.7 peratus pada tahun 2021, peningkatan
pendigitalan, kesedaran yang lebih tinggi dan kadar penembusan insurans hayat yang
rendah.

9
Fitch menjangkakan penembusan takaful akan terus meningkat, iaitu dirangsang oleh
inisiatif kerajaan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada kumpulan berpendapatan
isi rumah 40 peratus terendah (B40) untuk membeli perlindungan insurans dan takaful di
bawah skim ‘Perlindungan Tenang’.

Fitch berkata ekosistem kewangan Islam Malaysia yang rancak merangkumi bank Islam,
syarikat patuh syariah, pengurus dana Islam dan industri halal turut mencari produk takaful
yang mana bancasurans (bancassurance) adalah salah satu saluran pengedaran utama.

Menurut Fitch lagi, permintaan takaful juga muncul daripada terbitan sukuk yang merupakan
lebih daripada 60 peratus terbitan domestik tertunggak dan sering dikaitkan dengan projek
dan menginsuranskan aset asas. Syarikat takaful juga boleh melaburkan kecairan/mudah
tunai mereka dalam sukuk yang pelbagai dan pilihan Islam yang lain.

3.3 Faktor-Faktor Yang Menghalang Perkembangan Industri Takaful Di Malaysia

Antara faktor-faktor yang menghalang perkembangan industri takaful di Malaysia adalah


seperti berikut:

1. Kesedaran dalam kalangan orang Islam

Walaupun sistem perbankan Islam dan takaful telah lama bertapak di Malaysia, namun
masih terdapat sebahagian masyarakat Islam yang tidak prihatin dan bersikap sambil lewa
untuk melaksanakan urusan muamalat mereka dengan sistem yang berlandaskan syarak.
Ini termasuk dalam hal untuk menguruskan risiko peribadi. Ekoran daripada keadaan ini,
masih ada orang Islam yang memilih untuk mengambil perlindungan insurans konvensional
dan kekal menyertainya sehingga ke akhir hayat. Malah ada segelintir orang Islam yang giat
mempromosikan insurans konvensional kepada orang Islam berbanding takaful.

2. Pengetahuan

Pengetahuan masyarakat yang rendah tentang ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan
perlindungan takaful juga merupakan antara sebab mengapa perlindungan takaful tidak
menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat. Satu kajian terhadap reputasi takaful secara
global mendapati bahawa pengetahuan pelanggan tentang takaful masih dianggap rendah
kerana pemahaman yang minimum ke atas kewangan Islam yang meliputi sektor perbankan
dan insurans.

10
Faktor pendidikan amat berkait rapat dengan permintaan takaful di mana semakin tinggi
tahap pendidikan seseorang individu maka semakin tinggi permintaan terhadap
perlindungan takaful. Masyarakat yang berilmu dan berpendidikan akan berusaha mencari
maklumat yang tepat dan betul sebelum membuat sebarang tindakan. Sekiranya terdapat
sebarang perkara baharu, keraguan atau kemusykilan mereka akan berusaha untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan informasi dengan merujuk sumber dan saluran yang
berautoriti berkaitan perkara tersebut.

3. Prestasi dan kecekapan pengendali takaful

Kewujudan dua sistem perlindungan di Malaysia iaitu insurans konvensional dan takaful
menyebabkan pengguna sentiasa membuat perbandingan dalam usaha untuk memilih
produk dan perkhidmatan yang terbaik. Antara perbandingan yang sering dilakukan ialah
dari segi prestasi, kecekapan operasi syarikat dan perkhidmatan.

Berdasarkan kajian lepas, kecekapan pengurusan insurans konvensional adalah lebih baik
berbanding insurans Islam. Malah, penanggung insurans konvensional mampu menawarkan
perkhidmatan yang lebih baik dari aspek keperluan perkhidmatan, perkhidmatan elektronik,
reputasi dan keselesaan. Selain itu, pengalaman, kepakaran dan kedudukan kewangan
yang kukuh memberikan nilai tambah kepada penanggung insurans konvensional untuk
menarik masyarakat kepada sistem insurans konvensional.

4. Kepelbagaian produk takaful

Masyarakat juga berhadapan dengan pilihan produk takaful yang terhad kerana terdapat
sesetengah perlindungan tidak ditawarkan oleh pengendali takaful tetapi ditawarkan oleh
penanggung insurans konvensional. Malah terdapat juga produk yang seakan-akan sama
dengan produk yang ditawarkan oleh insurans konvensional dan menyebabkan masyarakat
yang kurang berpengetahuan menjadi keliru sekaligus merasakan insurans konvensional
dan takaful adalah sama, walaupun pada hakikatnya wujud perbezaan terutama dari aspek
prinsip dan pelaksanaan.

11
4.0 Kesimpulan

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1984 di Malaysia, industri takaful telah mencapai
kemajuan yang memberangsangkan. Ia telah berkembang pesat untuk memenuhi keperluan
umat Islam yang inginkan satu pelan perlindungan risiko yang patuh syariah. Takaful telah
berjaya menjadi alternatif kepada insurans konvensional yang mengandungi unsur-unsur
riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi). Industri takaful di Malaysia telah dapat
bersaing dengan insurans konvensional di mana ia merekodkan pertumbuhan yang lebih
pesat berbanding sektor insurans konvensional.

Pada masa kini, pelbagai produk takaful telah ditawarkan kepada masyarakat yang
merangkumi perlindungan harta benda, pendidikan, simpanan, perubatan, pelaburan,
kesihatan dan sebagainya. Sasaran bagi pasaran takaful tidak hanya terhad kepada orang
Islam malah ia adalah terbuka juga kepada orang bukan Islam.

12
RUJUKAN

1. Mohamad Abdul Hamid, Norizan Remli, Wan Nazjmi Mohamed Fisol: Takaful Perlidungan
Harta Benda. UniSZA 2020

2. Siti Safuraa: Sejarah Takaful Di Malaysia.

Laman Sesawang: https://www.hibahtakafulmalaysia.com/2021/02/sejarah-takaful-di-


malaysia.html

3. Bernama: Pertumbuhan Pasaran Takaful Di Malaysia:

Laman Sesawang: https://bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1838220

4. Kay Suhaimi: Takaful– Sejarah Sistem Insurans Islam yang Diguna Pakai Di Seluruh
Dunia:

Laman Sesawang:

https://iluminasi.com/bm/takaful-sejarah-sistem-insurans-islam-yang-digunapakai-di-seluruh-
dunia.html

5. Bicara Mentari: Sejarah Takaful Di Malaysia:

Laman Sesawang: http://bicaramentari.blogspot.com/2017/01/gty.html

6. PERBANDINGAN INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL:

Laman Sesawawang: file:///C:/Users/USER/Downloads/Takaful_vs_Insurans_Konvensional.pdf

7. Selangor Kini: Pertumbuhan industri takaful dijangka terus kukuh tahun ini.
Laman Sesawang: https://selangorkini.my/2021/03/pertumbuhan-industri-takaful-dijangka-
terus-kukuh-tahun-ini/
:

13
14

You might also like