You are on page 1of 8

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA/ UNIVERSITY COLLEGE OF ISLAM MELAKA

TUGASAN AKHIR / FINAL ASSIGNMENT


SESI I 2020/2021 /SESION I 2020/2021
__________________________________________________________________

NAMA SUBJEK : FIQH MUAMALAT

KOD SUBJEK : BPB 5035

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA


(DIPLOMA / SARJANA MUDA)

PROGRAM : BAMGT & BAMKT

TARIKH :

MASA :

NO. MATRIK :

NAMA PENSYARAH : PN. NUR ZAFIRAH BINTI MUHAMMAD NOR

FAKULTI : FAKULTI KEILMUAN ISLAM

ARAHAN KEPADA CALON : INSTRUCTIONS TO CANDIDATES :

1. Kertas soalan ini mengandungi DUA ( 2 ) bahagian iaitu :

DIJAWAB DALAM
BIL/ BAHAGIAN/ JENIS / TYPE MARKAH/ (kertas objektif / kertas
NO SECTION MARKS jawapan / kertas soalan /
kertas graf ) /

1 A Soalan Objektif 10 Kertas Jawapan


2 B Struktur 40 Kertas Jawapan
TOTAL 50

2. Calon-calon TIDAK dibenarkan meniru atau menggunakan apa jua rujukan ketika
menjawab soalan ini.
BAHAGIAN A (Soalan Objektif)

 Sila jawab SEMUA soalan yang diberikan.

 Terdapat 20 soalan dalam bahagian ini. 0.5 markah bagi setiap soalan.

 Jumlah markah bahagian ini adalah 10 markah.

1. Manakah antara berikut benar tentang kontrak Wadiah?

I) Kontrak wadiah fokus kepada aktiviti pelaburan


II) Untuk melindungi barang yang diamanahkan daripada dicuri
III) Kontrak di antara pemilik dan penjaga
IV) Penjaga bertanggungjawab memastikan keselamatan barang

A. I dan II
B. II dan III
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

2. Dalam kontrak wakalah, manakah syarat-syarat bagi muwakkal fih?

I) Mestilah perkara yang boleh menerima wakilan.


II) Wajib muwakkal fih diketahui secara keseluruhan.
III) Mestilah muwakkal fih yang diketahui walaupun tidak secara
keseluruhan.
IV) Hak urusan tersebut ada pada muwakkil sebelum diwakilkan
dan semasa mewakilkan.

A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

3. Berikut merupakan ciri-ciri aplikasi wakalah dalam institusi kewangan


Islam iaitu:

I) Tugas sebagai wakil boleh dilakukan secara sukarela


II) Tugas sebagai wakil boleh dilakukan dengan bayaran upah
III) Kadar fi tertakluk kepada persetujuan pihak berkontrak
IV) Kadar fi tidak perlu tertakluk kepada persetujuan pihak
berkontrak

BPB 3053, Fiqh Muamalat (Sesi I 2020/2021) Set 1, Ijazah Sarjana Muda 2
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

4. Akad al-wadi’ah banyak diaplikasikan dalam perbankan Islam. Ia dapat


dilihat dalam jenis produk ……………

A. Akaun simpanan
B. Pinjaman peribadi
C. Pembiayaan peribadi
D. Pembiayaan perumahan

5. Pilih situasi yang menamatkan kontrak wadi’ah.

I) Pemilik atau penjaga meninggal dunia


II) Gila berterusan salah seorang pelaku kontrak
III) Pemilik diisytihar muflis
IV) Pemilik menuntut semula barang simpanan

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, dan IV

6. Di dalam perniagaan takaful, siapakah yang telibat dalam memeterai


kontrak wakalah?

A. Peserta dengan syarikat takaful


B. Peserta dengan wakil peserta
C. Agen takaful dengan agen takaful
D. Pemodal dan peserta

BPB 3053, Fiqh Muamalat (Sesi I 2020/2021) Set 1, Ijazah Sarjana Muda 3
7. Kontrak Kafalah atau jaminan terhadap harta (hutang) boleh tamat
(berakhir) seperti berikut kecuali:

A. Ketika hutang masih perlu diselesaikan.


B. Jika pemiutang menghadiahkan atau membebaskan hutangnya
kepada orang yang berhutang.
C. Pemiutang melepaskan hutangnya kepada orang yang
berhutang, tidak pada penjamin.
D. Ketika hutang tersebut telah dialihkan (pindahan
hutang/hiwalah).

8. Mewakilkan sesuatu barangan atau harta yang berharga kepada pihak


lain untuk disimpan dan diuruskan merujuk kepada shariah kontrak
…………..

A. Wadiah
B. Wakalah
C. Hiwalah
D. Kafalah

9. ………………. adalah kontrak berasaskan kepada amanah atau


kepercayaan seseorang kepada seseorang yang lain untuk
menyimpankan hartanya.

A. Wadi’ah
B. Wakalah
C. Kafalah
D. Hiwalah

10. Pilih padanan yang tepat.

I) Al-Mudharabah – Produk jaminan bank


II) Al-Wadi’ah – Produk akaun simpanan
III) Al-Musyarakah – Produk pembiayaan projek
IV) Al-Murabahah – Produk pembiayaan aset

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

BPB 3053, Fiqh Muamalat (Sesi I 2020/2021) Set 1, Ijazah Sarjana Muda 4
11. Bank Negara Malaysia telah membuat pengelasan semula konsep
syariah untuk produk akaun semasa dan akaun simpanan yang
berasaskan al-Wadiah. Shariah kontrak yang manakah
menggantikannya?

A. Qard
B. Kafalah
C. Hawalah
D. Musyarakah

12. Melalui kontrak wakalah dalam perniagaan takaful, syarikat takaful


yang dilantik akan menerima ______________ bagi perkhidmatan
yang disediakan.

A. Bonus
B. Gaji
C. Derma
D. Upah atau fi

13. Dalam amalan perbankan Islam di Malaysia tahun-tahun yang lepas,


pendeposit akaun simpanan al-Wadi’ah akan diberi ganjaran
berdasarkan konsep …

A. ta’widh
B. hibah
C. ibra’
D. riba

14. Hikmah pensyariatan wadi’ah antaranya ialah …


I) menjamin keselamatan harta seseorang daripada risiko
II) memberi peluang untuk menggunakan harta orang lain
III) memberi ketenangan hati dan jiwa kepada pemilik harta
IV) memberi keuntungan berganda kepada penjaga harta

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan III

BPB 3053, Fiqh Muamalat (Sesi I 2020/2021) Set 1, Ijazah Sarjana Muda 5
15. Wadi’ah yad dhamanah adalah gabungan antara kontrak …

I) jaminan
II) sewaan
III) simpanan
IV) pinjaman

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan III

16. Jika pemilik harta yang dijaga itu meninggal dunia, maka …

I) penjaga harta perlu kembalikan harta kepada warisnya


II) kontrak simpanan yang termeterai, batal serta-merta
III) penjaga harta boleh menyewakan harta kepada sesiapa
IV) penjaga harta tidak boleh menggunakannya tanpa izin

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

17. Berikut merupakan hikmah pensyariatan wakalah kecuali:

A. Manusia dicipta dengan bakat dan kebolehan yang berbeza.


B. Perlunya saling bantu-membantu antara satu sama lain.
C. Mampu meringankan beban seseorang.
D. Prinsipal terbeban untuk membayar upah kepada wakil.

18. Apabila seseorang (muwakkil) itu mewakilkan kepada individu (wakil)


lain menjalankan tugas - tugas perniagaan bagi pihaknya, akad ini
dipanggil ___________

A. Hibah
B. Akad
C. Wakalah
D. Tabarru’

BPB 3053, Fiqh Muamalat (Sesi I 2020/2021) Set 1, Ijazah Sarjana Muda 6
19. Jika pekerjaan yang diwakilkan adalah pekerjaan yang diharamkan
Islam, maka hukum wakalah adalah ……..

A. Sunat
B. Haram
C. Mubah
D. Wajib

20. Penamatan kontrak wakalah berlaku dalam situasi berikut kecuali

A. Salah satu pihak hilang kelayakan


B. Perkara yang diwakilkan bukan lagi di bawah jagaan pewakil
C. Wakil bercuti
D. Perkara yang diwakilkan selesai dilaksanakan

TAMAT BAHAGIAN A

BPB 3053, Fiqh Muamalat (Sesi I 2020/2021) Set 1, Ijazah Sarjana Muda 7
BAHAGIAN B (Soalan Struktur)

 Sila jawab SEMUA soalan.


 40 Markah.

1. Ahmad berada dalam masalah kewangan yang kritikal. Beliau telah


hilang pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac yang lalu.
Dengan semangat ukhuwwah yang tinggi, apakah kaedah pinjaman
yang sesuai dibuat oleh rakan-rakan Ahmad untuk membantu beliau?
(5 markah)

2. Mengapakah Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia


berpendapat tidak wajar melaksanakan Qardhul Hasan dalam institusi
perbankan komersial di Malaysia?
(5 markah)

3. Huraikan aplikasi hibah dalam kontrak Wadi’ah dan isu yang


berbangkit disebabkan penggunaan hibah dalam wadi’ah.
(6 markah)

4. Bezakan di antara Mudharabah dan Musyarakah dari segi sumbangan


modal, pembahagian untung dan perkongsian rugi.
(10 markah)

5. Pak Abu adalah pemilik kebun durian D24 di Hulu Langat. Disebabkan
masalah kesihatan yang dihidapinya, pak Abu tidak dapat
mengusahakan kebun tersebut. Beliau merancang untuk mengupah
Hasan seorang pakar dalam bidang tanaman untuk
mengusahakannya. Apakah kontrak syariah yang sesuai digunapakai
oleh pakcik Abu? Jelaskan secara terperinci.
(10 markah)

6. Senaraikan lapan (8) ciri-ciri yang perlu ada bagi aset dalam kontrak
Ijarah.
(7 markah)

7. Terangkan penggunaan konsep ibra’ dalam konteks kewangan Islam.


(6 markah)

TAMAT BAHAGIAN B

TAMAT KERTAS SOALAN

BPB 3053, Fiqh Muamalat (Sesi I 2020/2021) Set 1, Ijazah Sarjana Muda 8

You might also like