You are on page 1of 4

Ulasan Artikel Jurnal CTU552

Tajuk Artikel : Cabaran Islam Liberal Kepada Umat Islam

Tajuk Tugasan : Cabaran liberalisme dalam konteks masyarakat malaysia

PENGENALAN

Pengkaji artikel jurnal ini telah mengupas kemunculan, ciri-ciri, isu dan daya
pemikiran golongan Islam Liberal di seluruh dunia. Menurut pengkaji, masyarakat
Islam di Malaysia sedang menghadapi pelbagai ancaman yang telah menggelincirkan
akidah mereka demi mencapai kemajuan pada era ini. Terdapat beberapa persoalan
yang dituju oleh pengkaji berkaitan aliran pemikiran liberal seperti Islam Liberal
sebenarnya merupakan salah satu serangan pemikiran dan budaya. Antara bentuk
serangan yang dilakukan secara tidak langsung adalah dengan meruntuhkan pegangan
agama umat Islam yang boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam. Bagi
memperkukuhkan benteng akidah, pengkaji berpendapat bahawa umat Islam perlu
mempunyai pengetahuan agama Islam yang cukup demi memahami pemikiran atau
fahaman seperti sekularisme, komunisme dan kapitalisme dengan jelas.

DAYA PENARIK ISLAM LIBERAL

Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan, sungguhpun mereka telah mengharamkan


pergerakan Gerakan Pemikiran Liberal daripada menyebarkan fahaman mereka
namun ia masih lagi menjadi salah satu cabaran terbesar bagi umat Islam di Malaysia.
Hal ini demikian kerana pergerakan ini mempunyai beberapa faktor yang tidak dapat
dijangkakan telah menjadi satu tarikan kepada keruntuhan akidah umat Islam. Antara
faktornya ialah mereka mempunyai tokoh-tokoh yang memahami agama Islam dan
membawa isu-isu yang menarik perhatian masyarakat.
a) Tokoh-Tokoh Yang Memahami Islam
Gerakan ini tergolong daripada para tokoh yang kebanyakannya daripada mereka
yang datang dari Timur Tengah seperti Rifa‘at Bik al-Thantawi, Thaha Husein, Ali
‘Abd al-Raziq, Mahmud Abu Rayya, Ahmad Amin, Hasan Hanafi, Farag Foudah,
Naser Abu Zaid, ‘Athif al-Iraqi dan Nawwal al Sa’dawi. Idea yang mereka
lontarkan mempunyai asas dan hujah yang kuat kerana mereka juga menggunakan
ayat-ayat Al-Quran tetapi menyampaikannya dengan tafsiran dan pemahaman
liberal mereka sendiri. Di samping itu, tokoh-tokoh Islam Liberal di Asia juga
dikatakan datang dari tokoh-tokoh yang mempunyai pengetahuan yang luas
mengenai Islam. Terdapat sebuah buku berjudul 50 Tokoh Islam Liberal
Indonesia : Pengusung Ide Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. Hampir
kesemua tokoh yang tersenarai di dalam buku tersebut mempunyai latar belakang
yang sama. Apabila kebanyakan tokoh Islam Liberal memiliki pengetahuan agamar
yang luas, hal ini telah menyebabkan masyarakat menjadi semakin keliru dan
menerima pemikiran atau idea yang dilontarkan kerana pandangan ini juga telah
diguna pakai dalam institusi dan badan Islam.

b) Isu-Isu Yang “Menarik” Perhatian Masyarakat


Pendokong Islam Liberal juga mempunyai beberapa isu yang dapat menarik
perhatian masyarakat selain mempunyai tokoh-tokoh Islam Liberal. Isu-isu yang
dilontarkan dapat menarik perhatian masyarakat untuk lebih cenderung menyokong
golongan liberal ini. Antara isu yang diketengahkan adalah seperti toleransi dalam
agama, kemunduran agama, berkongsi nilai sejagat dan persamaan hak dan isu
feminism.

i) Toleransi Dalam Agama


Pendokong Islam Liberal berpendapat bahawa agama Islam telah dipandang
sebagai satu agama pengganas dan mundur. Hal ini demikiran kerana mereka
mengatakan kita masih menggunakan ajaran dan tafsiran yang menjadi pegangan
umat Islam setelah sekian lama. Di Indonesia, selain menganut agama Islam
mereka juga mempunyai penduduk yang menganut agama lain seperti agama
Kristian dan agama Buddha. Terdapat beberapa peristiwa yang menjadi
persengketaan antara Islam dan Kristian seperti yang berlaku di Ambon dan
Maluku. Selain itu, kisah pengeboman di Bali dan Jakarta melibatkan korban
nyawa ramai penduduk mereka merupakan salah satu manifesto kefahaman
radikal di kalangan penganut Islam di Indonesia. Masalah ini telah
mengakibatkan fahaman pluralisme agama menjadi satu pendekatan bagi
golongan liberal untuk menangani isu keganasan dan radikal dalam kalangan
mereka yang berbilang agama.

ii) Kemunduran Agama


Mereka juga berpendapat bahawa Islam merupakan sebuah agama yang mundur
kerana tiada kebebasan dan terperangkap dengan ajaran Islam yang sedia ada.
Dalam konteks ini, mereka mengatakan sewajarnya Al-Quran itu perlu ditafsir
semula dan pintu ijtihad dibuka seluasnya. Tambahan pula, pendokong Islam
liberal ini berpendapat bahawa agama merupakan faktor penghalang untuk
mencapai kekuatan dan kemajuan negara. Bagi menyelesaikan masalah tersebut
mereka telah membuka dan membebaskan agama dari ajaran dan tafsiran yang
telah lama menjadi pegangan umat Islam.

iii) Berkongsi Nilai Sejagat


Pendokong agama Islam Liberal turut menyebarkan pluralisme agama yang
bertitik tolak dari masalah kemunculan radikal Islam berpunca daripada
pemikiran yang dipenjara oleh ilmu Feqh klasik. Hal ini demikiran kerana
hubungan Muslim dan non-Muslim telah menjadi tegang akibat non-Muslim
didiskriminasi dan isu yang berkaitan dengan keadilan dalam konteks hubungan
agama. Selain itu, sebuah buku yang diterbitkan oleh Jaringan Islam Liberal
(JIL) Indonesia berjudul “Fikih Lintas Agama” mempunyai respon berkaitan isu
hubungan antara Muslim dan non-Muslim. Antara isu yang dibincangkan adalah
dasar-dasar teologis berdasarkan kesatuan agama, hukum-hukum fiqh baru,
hukum-hukum yang sedia ada dalam khazanah Islam dan bentuk-bentuk dialog
serta kerjasama yang mungkin dilakukan dengan agama lain.
iv) Persamaan Hak dan Isu Feminism
Isu yang telah menjadi topik hangat secara global adalah isu persamaan hak dan
keadilan sosial. Isu ini sering dibangkitkan oleh pejuang wanita kerana ada di
antara mereka menganggap bahawa undang-undang kekeluargaan Islam seolah-
olah mengonkong pergerakan kaum wanita daripada melakukan aktiviti
kemasyarakatan. Sisters in Islam (SIS) merupakan sebuah kumpulan Islam
Liberal di Malaysia yang menyuarakan hak sama rata antara lelaki dan wanita
(feminisme). Kumpulan ini menyarankan persamaan hak antara waita dan lelaki
selain mempromosikan demokrasi dan kebebasan. Dalam konteks ini, tidak
hairanlah fahaman Islam Liberal mendapat sokongan dari segelintir masyarakat
yang memikirkan bahawa fahaman ini mendokong persamaan hak dan keadilan
sosial bukan sahaja kaum wanita malah golongan minoriti.

You might also like