You are on page 1of 1

REFERENDUM SINGAPURA

Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum


Singapura.Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum
sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan
kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhbung penubuhan Malaysia.Secara
keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujuan bukan bertujuan membenarkan
rakyat singapura menolak penubuhan malaysia,tetapi menerima cadangan ini
dengan pendirian mereka yang tertentu. Referendum Singapura ini telah diadakan
pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan
penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong.
Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong
pembentukan Malaysia
Kesimpulannya,Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan
pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai Bapa
Kemerdekaan Malaysia . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja
persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat
kerjasama , setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula
telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah
dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan Malaysia . Inilah satu keunikan dan
kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat
penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik ,
kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai
bila bila . Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua
rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat
Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah
asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani
dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia .

You might also like