You are on page 1of 5

Usaha-Usaha Yang Boleh Dilakukan Oleh Kerajaan Negara Kita Untuk Menangani Pandemik Covid-19

(1) Usaha kerajaan : Langkah pencegahan dan kawalan


– Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967
(Akta 344), iaitu mulai berkuatkuasa pada 18 Mac 2020
– Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
– Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
– Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
– menggembleng tenaga polis, tentera dan pasukan keselamatan lain

Kesan
– harus dipuji kerana mampu mengawal pergerakan orang awam
– menghindari wabak COVID-19 daripada merebak.
– meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan      

(2) – Tindakan drastik mengehadkan pergerakan orang ramai serta menutup pintu masuk negara untuk mengelakkan
jangkitan dibawa masuk ke dalam negara ini.
 – KKM menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-
19 pada setiap masa. Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
 Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined
space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
 Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup
separuh muka (penutup hidung dan mulut – face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu
amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
 Elak bersalaman / bersentuhan;
 Amalkan etika batuk dan bersin;
 Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
 Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
 Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
 Ingatlah kepada S.O.P,
• S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
• O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi,
individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
• P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
– KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat
yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang
perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang
sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Kesan
– mengekang penularan wabak COVID-19
– memberi ruang kepada KKM untuk meningkatkan kapasiti kesihatan awam, makmal, klinik kesihatan dan hospital
-meratakan lengkung (flatten the curve) graf kes COVID19.
– masyarakat dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga.
– Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah,
bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar rumah.
– tahap kebersihan meningkat

(3) Dalam tempoh PKP, KKM juga telah meningkatkan pendekatan agresif di lapangan untuk terus mengesan, menguji,
mengasingkan, merawat kes-kes COVID-19 di hospital.
– Kawalan dilakukan seperti melakukan pemeriksaan dan saringan kepada kontak rapat dengan pesakit. Kuarantin diri
sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda
dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.
– ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran
untuk bernafas.
Kesan
– sejak PKP dikuatkuasakan, negara telah mempunyai kebolehan menjalankan 36,812 ujian makmal RTPCR (enam kali
ganda berbanding sebelum PKP). KKM juga masih mempunyai 6,397 jumlah katil untuk COVID-19. Walaupun terdapat 442
katil ICU dikhususkan untuk pesakit COVID-19, kini  telah mula digunakan untuk pesakit-pesakit kes lain.
– Jumlah kes aktif kini telah menurun kepada hanya 208 kes dan peratus kematian turut menurun kepada 1.4 peratus
daripada jumlah keseluruhan kes. Ini menandakan Malaysia berada dalam fasa pemulihan. Kejayaan meratakan lengkung
graf kes COVID-19 dan juga mengurangkan penularan kes COVID-19 di dalam komuniti adalah hasil tindakan bersama
semua pihak, termasuk komuniti dan masyarakat.
.
(4) AKTA 342 Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) pada 5 Mei 2020,
Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan Task Force Operasi Pematuhan.
– Pasukan ini melibatkan 14 buah agensi bagi pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard
(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara. Antara agensi yang terlibat dalam pasukan ini adalah seperti
berikut:
1. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
2. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
6. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
9. Jabatan Imigresen Malaysia
13. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Semua agensi dalam pasukan ini diberi kuasa untuk menyampaikan nasihat, amaran dan sekiranya perlu boleh mengambil
tindakan ke atas individu, syarikat atau industri yang didapati gagal mematuhi SOP.
Kesan
– membantu memutuskan rantaian Covid-19
– meningkatkan tahap kecekapan agensi terbabit
.
(5) Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) – tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Pencegahan
dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Di bawah akta ini, mereka yang didapati gagal mematuhi SOP boleh
dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Akta ini
digunapakai dalam pelbagai aspek pencegahan dan pengawalan wabak COVID-19 di Malaysia.
Salah satunya adalah dalam pengurusan individu di bawah pengawasan (survelan). Pengawasan pergerakan ini dikenakan
ke atas:
• Individu dengan gejala jangkitan saluran pernafasan yang mempunyai sejarah melawat atau menetap di negara yang
terbabit, namun tidak dimasukkan ke wad; dan
• Individu yang merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Individu dalam golongan ini akan menjalani Home
Surveillance Order (HSO) selama 14 hari berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh KKM. Mereka yang gagal
mematuhi perintah pengawasan ini boleh dikenakan tindakan.
Kesan
– menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk berdisiplin dan mematuhi arahan
– membantu pihak kerajaan mendidik masyarakat
Amalkan Langkah-Langkah Untuk Cegah Covid-19
Posted on November 29, 2020by admin
Amalkan Langkah-Langkah Untuk Cegah Covid-19. Terdapat beberapa jenis koronavirus seperti severe acute respiratory
syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MERS-CoV). Koronavirus
terbaru yang ditemui di China ialah Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).
Jangkitan Covid-19 boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia)
yang teruk. Apabila wabak Covid-19 melanda sudah pasti wujud persoalan asas tentang empat perkara: Bagaimana kita
boleh dijangkiti oleh penyakit tersebut?; Mengapakah penyakit tersebut boleh merebak dengan pantas?; Bagaimana
melindungi diri daripada dijangkiti? dan bagaimanakah penyakit tersebut boleh dirawat?
Covid-19 merupakan jangkitan berasaskan titisan dan boleh disebarkan secara langsung antara manusia atau melalui
sentuhan pada permukaan yang telah tercemar.
Covid-19 adalah penyakit berjangkit berbahaya yang boleh merebak melalui titisan cecair daripada hidung dan mulut iaitu
pesakit yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan disedut oleh individu yang berdekatan.
Penyakit ini boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair daripada pesakit mencemari benda-benda di
sekelilingnya (seperti tombol pintu dan telefon).
Individu yang berisiko adalah mereka yang baru kembali dari kawasan atau negara yang mempunyai jangkitan, mereka
yang berhubung rapat secara langsung dengan pesakit (seperti tinggal serumah atau bekerja di pejabat yang sama) dan
petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit yang dijangkiti. Tanpa rawatan awal pesakit boleh menemui maut.
Kajian mendapati Covid-19 dapat hidup di permukaan selama empat hingga lima hari tetapi ada yang dapat bertahan
selama sembilan hari di luar tubuh pada suhu bilik manakala suhu rendah dan kelembapan udara yang tinggi terus
meningkatkan jangka hayatnya.
Justeru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran
merebaknya wabak ini. Penyakit ini mudah merebak dan dijangkiti kerana kita hidup dalam satu kelompok masyarakat
yang besar. Malahan apabila manusia bergerak dari satu tempat atau kawasan ke tempat/kawasan lain, penyakit ini boleh
disebarkan kepada tempat/kawasan dan individu malahan masyarakat di situ.
Seawal tahun 1300-an lagi, manusia dilanda kebimbangan dan ketakutan tentang penyakit yang mana ketika itu penjelajah
dari Eropah mengunjungi negara China dan dijangkiti oleh penyakit Maut Hitam atau Black Death dan mereka
kemudiannya membawanya pulang ke Eropah dan menyebabkan berlakunya epidemik yang mengorbankan 65 juta orang.
Panik
Pada era moden, penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang juga bermula di China pada tahun 2002 pula telah
mengorbankan sejumlah 774 orang di seluruh dunia. Sebagai langkah pencegahan dan mengelak daripada dijangkiti,
masyarakat dunia ketika itu turut mempraktikkan pemakaian topeng muka (mask). Di Ontario, Kanada, semasa berlakunya
SARS seperti juga Covid-19, wujud panik dan ketakutan melampau terhadap penyakit itu sehingga penduduk tidak
dibenarkan melancong bagi mengelakkan penyakit itu daripada tersebar.
Namun, sejarah kesihatan membuktikan bahawa kecemasan dan kebimbangan akibat jangkitan epidemik sesuatu penyakit
seperti Covid-19 tidak akan berpanjangan. Setelah faktor jangkitan penyakit dapat dibendung dan faktor penyebabnya
dapat dikurangkan, kecemasan dan kebimbangan tersebut akan bertukar menjadi kealpaan dan sikap ambil mudah kembali
menjejaskan amalan hidup sihat. Sikap ambil mudah tentang kemungkinan berlakunya sesuatu jangkitan telah diakui oleh
agensi-agensi kesihatan antarabangsa sebagai faktor utama yang menyebabkan program-program pencegahan gagal
dilaksanakan secara berkesan.
Misalnya, seseorang individu yang mempunyai gejala atau simptom Covid-19 akan secara tidak langsung menjadi
penyebar kuman penyakit tersebut, tetapi kealpaan dan sikap ambil mudah menyebabkan beliau tidak mengambil langkah
awal seperti mengehadkan pergaulan dengan orang lain seterusnya menjadi pembawa atau vektor penyakit berkenaan
menyebabkan penyakit ini tersebar secara meluas di kalangan masyarakat.
Justeru, di Malaysia telah ada kerangka perundangan khas bertujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Terkini
sejumlah 24 penyakit berjangkit mengancam nyawa telah diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit (Akta 342), antaranya ebola, malaria, tibi, demam denggi, kolera dan plague.
Konsep pencegahan penyakit juga adalah sebahagian daripada ekosofi Islam yang mana umat Islam telah diajar supaya
kekal dalam keadaan bersih untuk tidak menyebabkan jangkitan penyakit, antaranya mengamalkan membasuh tangan
sebelum makan, tidak menghembus nafas ke dalam bekas minuman, menutup makanan dan kantung minuman serta
bersuci dengan tertib menggunakan air mutlak.
Mungkin vaksin melawan Covid-19 akan ditemui tidak lama lagi kerana ahli sains sedang berusaha menemukannya untuk
melawan penyakit ini. Namun sebelum vaksin ini ditemui sebagai langkah pencegahan amalkan perkara-perkara asas dan
mudah bagi mengelakkan orang lain dari dijangkiti kerana mencegah lebih baik dari mengubati. Antaranya:
1. Elak atau menangguh untuk mengunjungi negara atau kawasan yang mempunyai jangkitan Covid-19. Kawasan yang
mempunyai jangkitan bermaksud kawasan atau negara yang mempunyai rangkaian jangkitan dalam kalangan penduduk
tempatan sebagaimana dilaporkan oleh pihak berkuasa awam kebangsaan seperti China, Korea, Jepun, Itali dan Iran.
2. Elakkan daripada berhubung rapat dengan pesakit dan mereka yang mempunyai simptom penyakit.
3. Buat sementara waktu, elakkan kelaziman berjabat tangan dan berlaga pipi.
4. Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap basuh tangan terutamanya selepas batuk atau selesema
menggunakan air dan sabun antara 15-20 saat. Tisu pakai buang berasaskan alkohol atau pembersih tangan berasaskan gel
juga boleh digunakan. Menggunakan penutup hidung dan mulut (protective mask) yang sesuai. Perkara ini sangat penting
kerana pengamalan kebersihan mengurangkan risiko penyakit.
5. Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa seperti menutup mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin
dan basuh tangan dengan air dan sabun terutama apabila menyentuh mata, mulut dan hidung. Buang tisu yang telah
digunakan ke dalam bakul sampah selepas menggunakannya.
6. Berehat di rumah jika mengalami selesema, batuk atau demam.
7.Elakkan diri daripada mengunjungi tempat yang sesak dan berisiko tinggi seperti di tempat awam serta majlis keramaian.
Jika tiada pilihan, lindungi diri anda dengan pemakaian penutup hidung dan mulut yang sesuai.
8. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini di televisyen, akhbar atau internet.
9. Mendapatkan rawatan segera di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
Langkah membendung penularan jangkitan Covid-19 tidak akan berkesan sekiranya masih terdapat individu-individu
yang mempunyai gejala penyakit ini walaupun ringan tetapi enggan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mengurangkan risiko kesihatan adalah satu antara tuntutan maqasid syariah yang bertujuan memastikan keselamatan dan
kesejahteraan nyawa. Justeru, perkara terpenting adalah untuk berada pada tahap yang paling bersih dan sihat, meminum
banyak air dan makan makanan berkhasiat yang dimasak sepenuhnya, khususnya makanan berasaskan haiwan selain
kerap membasuh tangan dengan sabun.
Langkah-Langkah Mudah Untuk Perangi COVID-19. Penyakit paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia
ialah wabak COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu.
Namun, penyakit ini mula menjadi isu paling serius di negara ini ekoran gelombang keduanya yang turut mencatatkan dua
kematian pada hari 17 Mac 2020.
Disebabkan kritikalnya wabak itu, kerajaan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan
selama 14 hari bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini bagi membendungnya daripada terus merebak.
Namun, tanpa memahami tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan, ia ‘disalah guna’ apabila ada menganggap
kerajaan memberi ‘cuti’ kepada rakyat.
Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat mula
membanjiri Terminal Bas Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung tanpa memikirkan kemungkinan besar mereka akan
dijangkiti virus COVID-19 kerana bersesak-sesak dan seterusnya menjadi pembawa virus berkenaan dan merebak pula di
kampung halaman masing-masing.
Sehinggakan Perdana Menteri terpaksa membuat perutusan khas pada hari berikutnya dan merayu berkali-kali supaya
rakyat mengawal serta mengurangkan pergerakan supaya COVID-19 tidak terus merebak kepada orang lain.
Ramai juga artis seperti Siti Nurhaliza membantu kerajaan dalam memberikan khidmat sosial masyarakat dengan merayu
supaya rakyat Malaysia terus ‘stay at home’ dan tidak pulang ke kampung.
Tidak kurang dengan itu, doktor dan jururawat tidak henti-henti merayu supaya masyarakat dapat membantu dengan
tidak menambah bilangan kes di hospital. Pihak media sama ada melalui radio, televisyen, akhbar dan media sosial sudah
memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam menwar-warkan kempen ‘stay at home’ demi untuk
mengurangkan penambahan kes positif jangkitan COVID-19.
Namun, dimanakah peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat bagi membantu dalam membasmi penularan wabak
COVID-19 ini?
Kerajaan hanya mengarahkan rakyat untuk kekal berada di rumah masing-masing dan mengurangkan pergerakan selama
14 hari sahaja, selain menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan. Perkara begitu mudah mengapa sukar untuk
rakyat fahami dan ikuti arahannya? Masih ada segelintir rakyat yang membuka gerai untuk jualan, bersukan dan bersiar-
siar. Di manakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin bagi menyokong tindakan kerajaan dalam membasmi virus ini?
Jangan bersikap pentingkan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar kita pembawa kepada virus itu.
Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan yang berikut.
Pertama: Lakukan Saringan
Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan
dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke
perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.
Kedua: Kuarantin diri
Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda
dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.
Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan
kesukaran untuk bernafas.
Ketiga: Memakai topeng muka
Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik
atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng
muka dari masa ke semasa.
Keempat: Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’
Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik
untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai
aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat
dalaman dan tidak perlu keluar.
Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah
Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun
atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan
untuk membasmi virus.
Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh
seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.
Keenam: Jaga jarak 1 meter
Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat
dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.
Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan
melakukan senaman ringkas di dalam rumah.
Alternatif lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa dengan
aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kitab.
Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-19 dengan seriusnya, maka marilah kita
menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala dengan hanya kekal
berada di rumah selama 14 hari sahaja.
Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal. Bayangkan kita akan berpuasa tidak
lama lagi, bagaimana rutin berpuasa di siang hari dalam keadaan tidak selamat dan bagaimana pula hendak berterawih
pada malam hari sedangkan masjid ditutup seperti sekarang.
Bayangkan juga bagaimana kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sekiranya wabak ini masih tidak ditangani dengan
baik. Tiada kemeriahan dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain dan kita semua kekal berada di dalam rumah
semasa Hari Raya.
Pilihan di tangan anda!

You might also like