You are on page 1of 3

Kepentingan Internet kepada golongan pelajar pada masa kini.

Nama: Angelina Stephen

Pada masa ini, penggunaan internet semakin berleluasa terutamanya dalam


kalangan pelajar. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang
digunakan secara meluas. Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi
yang terbesar di dunia. Pelajar-pelajar sangat mementingkan internet terutamanya
selepas COVID-19 berlaku. Pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran secara ‘
online ’ dan internet telah memainkan peranan utama dalam sesi pembelajaran.
Sesungguhnya, internet ini mendatangkan pelbagai kepentingan kepada pelajar.

Antara kepentingan penggunaan internet kepada pelajar ialah kita dapat


menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Terdapat banyak maklumat yang
dapat kita cari di dalam internet. Sebagai contoh, maklumat carian dalam bentuk
teks, bergambar rajah, jadual, carta grafik, audio, animasi dan dalam bentuk
elektronik. Melalui cara ini, pelajar lebih terdedah kepada internet untuk mencari
maklumat yang dikehendaki. Pelajar tidak perlu berulang-alik pergi ke
perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana-mana sahaja untuk
mendapatkan maklumat. Penggunaan internet tidak memerlukan kos yang tinggi
seperti kos perbelanjaan dan kos pengangkutan. Contohnya, pelajar tidak perlu
menghabiskan wang dengan membeli buku rujukan kerana mereka boleh melayari
internet untuk mencari sumber rujukan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar
dapat menjimatkan kos dan masa. Pelajar tidak akan berasa tertekan dan
menganggu pembelajaran mereka.

Selain itu, pelajar dapat menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal
ini dikatakan demikian kerana laman sosial seperti Instagram dan Facebook kini
telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pelajar dapat
bertukar-tukar maklumat dan pendapat melalui kenalan daripada laman sosial.
Tambahan pula, pelajar boleh menggunakan internet dengan mencari latihan
tambahan untuk dijadikan persediaan peperiksaan. Jika pelajar berasa tertekan
dengan pembelajaran dan peperiksaan, mereka boleh mencari hiburan yang dapat
mengurangkan stress mereka untuk seketika melalui internet.

Di samping itu, penggunaan internet mampu menjimatkan kos. Internet sangat


sesuai untuk pelajar dan ibu bapa yang bertugas di luar negara dengan
menggunakan aplikasi di laman sosial seperti skype dan sebagainya. Mereka dapat
membuat panggilan secara percuma tanpa merisaukan kos yang mahal untuk
menelefon ibu bapa mereka. Pelajar dan ibu bapa yang belajar mahupun bekerja di
luar negara mampu untuk berhubung diantara satu sama lain ketika berada di
perantauan tanpa menghiraukan soal bil telefon dan sebagainya kerana bil internet
adalah tetap untuk setiap bulan. Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan
keluarga mampu dikurangkan secara lebih berkesan. Pelajar bukan sahaja boleh
menjimatkan wang, tetapi mereka juga boleh mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Seterusnya, internet juga dapat memainkan peranan seperti pendidik atau ‘ tutor ’
siber yang berkesan. Subjek seperti Sejarah dan Bahasa Melayu boleh diajar
kepada golongan pelajar dengan lebih berkesan. Bahan untuk Sejarah dan Bahasa
Melayu yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat pelajar
untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan
ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu, pelajar yang tinggal di
kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh pendidik maya yang berupaya
mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu,
golongan pelajar senang tertarik dan ingatan mereka bertambah baik.

Akhir sekali, internet dapat membantu memperkasa kemahiran diri golongan


pelajar. Kebanyakan di antara kita terutamanya golongan pelajar harus menguasai
lebih daripada satu kemahiran untuk kekal relevan dalam apa jua bidang pekerjaan.
Hal ini dikatakan demikian kerana skop pekerjaan yang ditawarkan pada masa kini
memerlukan pekerja berkemahiran tinggi dan pelbagai. Misalnya, kemahiran
berkomunikasi dan pembawaan imej diri telah menjadi kriteria utama bagi
penilaian dalam perkembangan karier pada masa hadapan. Maka, golongan pelajar
boleh mempelajari kemahiran di luar bilik kelas melalui aplikasi penstriman video
seperti Youtube. Selain itu, golongan pelajar juga perlu membudayakan
pengadaptasian penggunaan internet dalam kehidupan harian kerana segala aspek
kehidupan pada masa akan datang akan dipenuhi dengan internet yang lebih mudah
dan efisien untuk diuruskan. Pelajar harus bijak menambah kemahiran lain supaya
menjadi nilai tambah kepada diri apabila ingin memulakan karier pekerjaan.
Kesimpulannya, ledakan internet banyak mengubah kehidupan pelajar.
Kemajuan ini membuka jendela kepada kemungkinan, kegilaan dan malapetaka
baharu, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau
menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka
melayari internet dan laman web sosial. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita
tidak diracuni unsure negative melalui internet.

( 650 patah perkataan )

You might also like