You are on page 1of 12

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin sekolah-sekolah di Malaysia


yang kian mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak terutamanya pihak
kerajaan mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Menurut Kamus Dewan, ponteng
didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu,
ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas,
sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Ponteng sekolah merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebabsebab munasabah yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng
merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di
sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Ponteng sekolah merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar
diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan
sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN).
Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi
membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak
kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan
kemajuan polemik.
Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan
kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah
dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai
langkah dan kempen telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Ponteng sekolah adalah
salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada
golongan pelajar peringkat sekolah menengah berikutan pelajar meningkat dewasa. Tidak
disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar
terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah yang merbahaya. Senario remaja
sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng sekolah dan kemudian
didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku.

Namun bagi setengah kes di Negara Brunei Darussalam sendiri ada di antara golongan
remaja tersebut pernah disabitkan dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar
dadah seperti syabu, kokain, ecstacy, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada
dalam bentuk cecair atau pil-pil kapsul dan sebagainya, merokok, meminum minuman keras atau
arak, mencuri, bergaduh, terjerat dengan masalah cinta remaja atau love affair , vandalisme,
terlibat dengan penubuhan kumpulan remaja nakal atau gangsterism.i

FAKTOR UTAMA
Terdapat pelbagai faktor yang disuarakan menyebabkan pelajar ponteng. Faktor yang
pertama adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Ada di kalangan pelajar sekolah yang
tidak mempunyai motivasi diri untuk belajar dan kurangnya minat untuk bersekolah.
Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas
untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka
beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi
hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan
oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar
dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah
yang lengkap, namun destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di
mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang
menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video yang
kian bertambah di bandar-bandar yang pesat.ii
Faktor suasana dan persekitaran sekolah juga mungkin menjadi penyebab kepada
masalah pelajar ponteng. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari
suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan
pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Suasana sekolah yang kondusif seperti adanya
kemudahan dan prasarana yang mencukupi, suasana pengajaran guru yang positif serta peraturan
sekolah dan pelaksanaan disiplin yang efektif dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan
mencapai kecemerlangan akademik. Guru juga berperanan penting dalam mewujudkan suasana
yang harmoni dan ceria di dalam kelas pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, faktor pengaruh rakan sebaya juga turut menjadi satu punca berlakunya
masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka
untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara
rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa
berfikir panjang. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah
untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan seterusnya akan
menghiburkan mereka.

Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan kehidupan bebas remaja banyak
mempengaruhi pemikiran golongan muda. Selain itu, siaran televisyen 24 jam dengan pelbagai
program menarik boleh mendorong pelajar untuk berjaga sehingga larut malam. Internet juga
seolah-olah sudah menjadi satu ketagihan para pelajar pada masa kini kerana pelbagai maklumat
dan aktiviti yang dapat mereka lakukan di dunia maya. Maka, tidak hairanlah sekiranya ada
pelajar yang sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk ke cyber cafe untuk melayari internet.
Ibu bapa yang sentiasa sibuk bekerja menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Anak-anak
berasa tersisih dan kurang kasih sayang serta perhatian. Oleh itu, anak-anak akan cuba mencari
alternatif lain untuk mendapatkan perhatian dan salah satunya adalah dengan ponteng sekolah.
Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala
buruk yang lain rentetan daripada perilaku ponteng.
Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng
sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu
bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini
secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng
sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah
didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya
melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik
buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu
bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi gejala ponteng sekolah
tersebut. Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang
daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu
bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal
pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga
anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian,
anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana
mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan
berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini
akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi
mementingkan pelajarannya. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi
pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut.

Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang
diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir
untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan
bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan halehwal pelajaran anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar
yang

berkenaan

untuk

terus

memonteng

sehingga

akhirnya

terpaksa

diberhentikan

persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan
amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.
Tambahan juga, factor pengajaran guru turut mempengaruhi perkara ini. Memang tidak
dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan
kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu mengambil keputusan
untuk ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini
dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah
pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa
buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang
pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan
cara pengajaran guru. Lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat
untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja
sambilan.iii
Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi
ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda dan dimalukan oleh
rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi
memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa
sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai.
Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh
kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada
waktu malam.
Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan
keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng
dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-

belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang
ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu
yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan seperti keadaan di luar sekolah.

CARA MENGATASI
Stop it amat perlu untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ini. Antara langkah-langkah
yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan
sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut
diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyi kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan
yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut
dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih
cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering
ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu menyediakan langkah
terbaik supaya proses membantu boleh dilaksanakan.
Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-anak mereka dan
memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah.
Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anakanak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi
perlu dilakukan kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk
bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional.
Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini
dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak
kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan
kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam
mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah
kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.
Sejak dahulu hingga sekarang, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasipihak. Antara
cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan
pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang
menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak bimbingan dan kaunselor harus
menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhatihati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar

pertambahan bilangan pelajar yang ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut
"sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui
punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.
Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang
menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai
bekalan untuk masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Pihak kerajaan pula perlulah
menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah
mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila
peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar
bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.
Antara cara stop it lain untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu
memainkan peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya tidak
terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana
banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Hal ini juga cukup bertepatan
dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah
mengisytiharkan cuti pada hari sabtu dan Ahad kepada semua pengawai kerajaan. Perkara ini
cukup membuktikan bahawa keprihatinan kerajan Malaysia dalam menyediakan ruang dan
peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Oleh itu, Ibu bapa perlulah sentiasa
mengawal dan memerhati setiap gerak geri atau tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke
semasa. Selain itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut.
ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anakanak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang
baik. Disamping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap anakanak khususnya pelajar dalam melakukan setiap perbuatan. Ibu bapa seharusnya menunjukkan
sikap yang baik supaya dijadikan teladan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan
mengikut sikap baik ibu bapa yang ditunjukkan oleh ibu bapa itu untuk dilaksanakan dalam
kehidupan dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti ponteng
sekolah. Disamping itu, masalah-masalah peribadi ibu bapa seperti masalah kerja, perbalahan
hendaklah tidak perlu melibatkan anak-anak kerana akan mendatangkan tekanan kepada mereka

seterus

memudahkan

mereka

melakukan

perkara-perkara

negatif

seperti

ponteng

sekolah. Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf
terkenal, Franklin D Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama
untuk membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan masalah pada pada hari
akan datang. Justeru penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani gejala ini. Ibu
bapa perlulah menerapkan nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu agama dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi supaya mereka dapat menilai perkara yang baik atau yang buruk sejak awal lagi.
Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-niali murni selaras dengan dengan norma masa kini amat
penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak dan tidak terlibat dengan
gejala-gejala negatif khususnya ponteng sekolah. Oleh itu, peranan ibu bapa penting untuk
mendidik anak-anak supaya tidak berpengaruh dengan gejala-gejala negatif dan contohilah
ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan AlQuran dan Al-Hadis.
Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik
pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan
kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala
rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang
sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.iv

KESIMPULAN
Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan
adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan,
semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu
memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa
tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi
anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan
peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka
akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.
Kesan ponteng ini telah memberi impak yang negatif terhadap diri, agama, bangsa,
negara, masyarakat, keluarga dan masa depan pelajar itu sendiri. Golongan muda merupakan aset
negara di mana mereka bakal menjadi pelapis tampok kepimpinan negara kelak. Oleh itu, sudah
menjadi kemestian untuk memastikan golongan muda ini dibentuk supaya mempunyai tahap
intelek dan sahsiah yang cemerlang agar dapat memberi manfaat kepada negara pada masa
hadapan. Sekiranya golongan ini gagal dibentuk untuk menjadi insan yang berkualiti, negara
Malaysia akan menghadapi masalah yang besar pada masa akan datang. Bak kata pepatah,
melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Oleh itu, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti
dan mengetahui faktor utama yang menyebabkan gejala pelajar ponteng. Dengan mengetahui
faktor penyebab gejala ponteng boleh membantu semua pihak dalam menangani permasalahan
ini dari terus menular.
Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh
ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti
gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling
harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

RUJUKAN

i https://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/definisi-ponteng-sekolah/
ii http://www.angelfire.com/pq/smkti/ponteng.html
iii http://hzurain.blogspot.com/2012/09/karangan-contoh-ponteng-sekolah.html
iv http://azwiraariwana.blogspot.com/p/punca-dan-langkah-menangani-gejala.html

You might also like