You are on page 1of 3

SEJARAH PENUBUHAN SEK. MEN. KEB.

TANAH MERAH (1)

Nama asal sekolah ialah Sekolah Menengah Tanah Merah dan diambil sempena nama bandar atau Daerah Tanah Merah. Sekolah Menengah Tanah Merah ditubuhkan pada 1hb Januari 1973. Sekolah ini pada awalnya menumpang di Sekolah Dato Mahmud Paduka Raja, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sri Suria dan Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu itu dijalankan hanya pada sesi petang sahaja. Pengetua pertama yang mentadbir sekolah ini ialah En. Makhzan Yusof (Allahyarham). Menjelang tahun 1979, Sekolah Menengah Tanah Merah mempunyai bangunan sendiri yang terletak di Jalan Jedok, Tanah Merah iaitu kira-kira 3 km dara pusat Bandar Tanah Merah. Kemudian, pada tahun 1980, sekolah ini telah dirasmikan pada 27 April oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia AlSultan Kelantan Darul Naim pada ketika itu. Walaupun bangunan ini belum siap sepenuhnya dan peralatannya masih belum lengkap, proses pengajaran dan pembelajaran tetap terus dijalankan. Pengetua pada masa tersebut ialah En. Abdullah Ibrahim (Allahyarham) Bertempat di atas lot tanah yang bernombor 4222 di pinggir jalan menuju ke Jeli dengan keluasan 6.817 hektar, sekolah ini bermula dengan tiga blok bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan sebuah bengkel, bangunan sekolah ini terus ditambah dari semasa ke semasa mengikut pertambahan bilangan pelajar yang disalurkan ke sekolah ini dari sekolahsekolah salurannya. Bermula tahun 1992, seluruh kawasan sekolah telah diserikan dengan pembinaan taman-taman dan penanaman pokok-pokok bunga, terutama disepanjang bangunan-bangunan sekolah dan diusahakan oleh seluruh warga Sekolah Menengah Tanah Merah (1). Kecantikan sekolah telah menambah minat pelajar untuk berada lebih lama di sekolah dan suasana aktiviti pengajaran dan pembelajaran bertambah selesa. Nama Sekolah Menengah Tanah Merah dipilih bersempena nama nama tempat sekolah ini didirikan iaitu di Daerah Tanah Merah. Salah seorang pengasas yang mula-mula mengasaskan Sekolah Menengah Tanah Merah ini ialah Allahyarham Hj. Ab. Rahman bin Said iaitu bekas Penolong Kanan Sekolah Menengah Tanah Merah (1) pada tahun 1975-1982.

Pada tahun 1994, Sekolah Menengah Tanah Merah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tanah Merah (1) selepas penubuhan sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Tanah Merah (2) yang baru. Manakala pada awal tahun 1998, nama sekolah ini telah ditukarkan sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). Pertukaran nama tersebut adalah di atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

LENCANA/ LOGO SEKOLAH

Di dalam lencana ini, puncak kejayaan yang digambarkan oleh lambang obor yang dianggap suluh untuk seseorang mencapai

kegemilangan. Kegemilangan adalah semangat yang sentiasa berkobarkobar. Lambang buku yang dilingkungi oleh bulatan di dalam lencana ini memberi makna bahawa SMKTM (1) merupakan sebuah gedung ilmu dan maklumat. Lingkaran padi yang merangkumi bulatan buku merupakan lambang latarbelakang kedudukan sekolah di Kelantan yang hidup subur dan berpotensi untuk berkembang maju. Dua warna asas yang mencorakkan warna lencana sekolah iaitu merah dan kuning. Merah melambangkan gigih bagi mencapai kejayaan. Kuning melambangkan hasil perjuangan dan kecemerlangan sekolah boleh dicapai melalui kegigihan usaha.

COGANKATA/ MOTO SEKOLAH

USAHA JAYA dijadikan cogankata sekolah. Cogankata ini dapat membangkitkan semangat juang di kalangan warga SMKTM(1). Ini untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan dalam bidang-bidang kurikulum dan kokurikulum sekolah. Dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh pasti kejayaan akan dicapai. Cogankata ini terkandung di dalam lencana sekolah, lagu sekolah dan lukisan mural sekolah.

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

You might also like