You are on page 1of 25

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TUANKU ABDUL

RAHMAN IPOH

Penubuhan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh


(S.T.A.R.) mempunyai kaitan rapat dengan Laporan Razak
dan desakan nasionalis Melayu yang mahukan agar
pendidikan di kalangan anak Melayu dipertingkatkan
menjelang Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Encik
Hamdan Sheikh Tahir yang pada masa tersebut menjadi
Pengelola Sekolah-Sekolah Menengah telah diberi
tanggungjawab untuk merangka konsep sekolah
menengah berasrama penuh yang ideal dan diterima oleh
pihak berkuasa pendidikan. Dari sini lahirlah Sekolah
Tuanku Abdul Rahman, Ipoh; Sekolah Dato Razak,
Tanjung Malim dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Sekolah-sekolah ini telah memberi peluang kepada
pelajar-pelajar Melayu yang cerdas dari luar Bandar untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Penubuhan sekolah-sekolah ini merupakan percubaan
berani pihak kerajaan dalam sejarah pendidikan negara

kerana pada masa tersebut belum terdapat sekolah Melayu


yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris kepada
murid-muridnya.

Sejarah Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (S.T.A.R)


bermula pada 2 Januari 1957 tetapi dikenali sebagai Malay
Secondary School, Ipoh (M.S.S). Pada peringkat awal
penubuhannya, sekolah ini ditumpangkan sementara di
lima buah bangunan yang pernah digunakan oleh Askar
Melayu sebagai tempat pentadbiran, tempat tinggal dan
simpanan barangan yang terletak di Baeza Avenue, Ipoh.
Setelah bangunan tersebut ditinggalkan oleh Askar Melayu
pada 1 November 1956, Pejabat Kehutanan di Kuala
Lumpur telah diminta membantu mendirikan 12 bilik
darjah yang baru, 6 buah bilik mandi dan
memperbesarkan dapur. Semua bangunan ini diperbuat
daripada papan dan siap dibina pada 18 Januari 1957.
Kawasan sekolah yang seluas 4 ekar telah sedia berpagar
dengan pagar dawai berduri.

Sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar pada hari


Ahad, 13 Januari 1957 seramai 200 orang pelajar yang
berumur 14 dan 15 tahun dan ditempatkan di lima darjah
tingkat 1. Mereka datang dari setiap negeri di Persekutuan
Tanah Melayu setelah tamat belajar di darjah-darjah
tingkat khas di enam pusat, iaitu di Pulau Pinang, Ipoh,
Kuala Lumpur, Kulala Lipis, Kota Bahru, Johor Bahru.
Walau bagaimanapun, Guru Besar Sekolah tersebut, Encik
Hamdan Sheikh Tahir telah mula bertugas pada 2 Januari
1957 dan 15 orang guru mula bertugas pada 7 Januari
1957.
Enam orang guru tersebut mendapat latihan di Kirkby
Teachers Training College, England dan selebihnya
mendapat latihan daripada Maktab Latehan Guru, Kota
Bharu, Kelantan. Sukatan pelajaran yang diajar adalah
sama seperti sukatan pelajaran darjah Tingkat Satu di
Sekolah Jenis Umum, iaitu menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar selain daripada mengajar

Bahasa Melayu dan Kesusteraan Melayu diperingkat yang


lebih tinggi.
Pada minggu pertama Mac 1957, seramai 160 orang murid
lagi yang berumur 13 dan 14 tahun melaporkan diri.
Mereka telah lulus peperiksaan Sekolah Melayu dan
dimasukkan ke dalam empat buah darjah Tingkat Khas.
Mereka menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran.
Melalui Mesyuarat Guru-guru pada 20 Februari 1957,
mereka bersepakat untuk menggunakan warna merah dan
putih sebagai lambang sekolah dan Ilmu Panduan Hidup
sebagai cogan kata sekolah.
Selain daripada mementingkan kemajuan dalam
kurikulum, S.T.A.R. juga turut menekankan penglibatan
pelajar dalam bidang ko-kurikulum. Pada peringkat awal,
pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat pasukan
dengan menggunakan nama Rumah Kuning, Rumah
Merah, Rumah Biru, dan Rumah Putih dengan diketuai
oleh guru rumah dan penolongnya. Murid-murid ini
dilatih dalam pelbagai kegiatan sukan seperti olahraga,
gimnastik dan senaman pada sebelah petang. Mereka juga
diberi kebenaran oleh Guru Besar Anderson School untuk
menggunakan padang sekolah tersebut bagi bermain bola
sepak, hoki dan ragbi sebanyak dua kali seminggu.
Perlawanan sukan antara pasukan juga diadakan.
Sehingga kini, STAR bukan sahaja dapat mengekalkan
reputasinya dalam bidang akademik dan k o-kurikulum,
tetapi telah dapat melahirkan golongan profersional yang
berjaya dalam pelbagai bidang seperti politik,

pentadbiran,
perniagaan,
pendidikan,
perkhidmatan awam dan sebagainya.

pembinaan,

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (MTT2353)
KETERJAMINAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI DALAM NEGARA
BERBANDING DENGAN LUAR NEGARA
1. Pengenalan
Apabila kita membicarakan mengenai pendidikan Tinggi di dalam dan luar negara
maka persoalan-persoalan yang perlu kita jawab antaranya ialah: Apakah pendidikan
tinggi? Apakah institusi pendidikan tinggi? Apakah yang dimaksudkan dengan tinggi?
Pendidikan tinggi untuk siapa? Dan apakah tujuan pendidikan tinggi itu diwujudkan?
Menurut Sufean Hussin, dalam bukunya Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan
Falsafah terbitan dewan bahasa dan pustaka mentakrifkan pendidikan tinggi ialah
peringkat pendidikan lepas menengah atas. Oleh itu, dalam konteks Malaysia,
pendidikan tinggi ialah pendidikan di peringkat lepas peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia ( SPM ) atau lepas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
( STPM ). Menurut laporan Khir Johari (1967) pendidikan tinggi ialah " pelajaran
ikhtisas dan akademik", yang sekurang-kurangnya berkehendakkan kelayakan
akademik Sijil Tinggi Persekolahan atau yang setaraf dengannya untuk masuk ke
yayasan di peringkat universiti dan sijil pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya di
peringkat maktab".
Menurut Laporan Khir Johari (1967) institusi pendidikan tinggi ialah universiti,
maktab teknik, maktab pertanian, maktab perguruan dan Institusi Teknologi Mara.
Universiti menawarkan kursus peringkat lepasan ijazah, ijazah dan diploma sementara
maktab, institut dan kolej menawarkan kursus pada peringkat diploma dan sijil.
Menurut Laporan Khir Johari (1967) juga yang dimaksudkan dengan tinggi itu ialah
bidang pengkhususan pelajaran, sama ada dari segi akademik ataupun dari segi
vokasional. Dari segi akademik, pendidikan tinggi seperti di universiti mengadakan
pelajaran yang amat khusus, luas dan mendalam dalam berbagai-bagai cabang
disiplin. Dari segi vokasional, pelajaran teori dan amali adalah khusus dan mendalam
untuk menyediakan kemahiran kerja sumber manusia pada peringkat ikhtisas dan
separuh ikhtisas bagi sektor swasta dan kerajaan.
Manakala untuk menjawab persoalan mengenai pendidikan tinggi untuk siapa ianya
boleh dijelaskan mengikut fahaman elitis, maka dasar meritokrasi mengutamakan
pendidikan tinggi adalah untuk sebilangan kecil pelajar yang mempunyai kelayakan
cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ), Sijil Pelajaran
Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM).
Sebilangan kecil pelajar yang terpilih itu merupakan mereka yang ada kualiti, yang

elit atau yang terbaik dalam pelajaran. Mereka yang elit ini mempunyai kemampuan
yang tinggi dari aspek intelek dan kemahiran fizik untuk menanggung cabaran yang
"rigorous bagi berjaya dalam pendidikan tinggi. Mereka yang elit ini di didik dan
dilatih untuk menjadi para sarjana, teknokrat dan birokrat bagi memimpin dan
mentadbir golongan "proletariat" dalam masyarakat. Mengikut fahaman egalitarian
pula, pendidikan tinggi tidak seharusnya menjadi amat memilih lalu menguntungkan
dan mengangkat darjat sebilangan kecil ahli masyarakat yang elit. Fahaman ini adalah
berlandaskan tanggapan bahawa institusi pendidikan tinggi yang diwujudkan oleh
masyarakat keseluruhannya harus membuka pintu mereka seluas-luasnya kepada
sesiapa yang berkemampuan untuk mengalami pembelajaran dalam pendidikan tinggi.
Sungguhpun fahaman egalitarian yang menekankan prinsip demokrasi mengambil
kira aspek hak dan keutamaan, namun ia boleh mewujudkan kadar keciciran dan
pembaziran yang tinggi pada peringkat pendidikan tinggi.
Seterusnya untuk menjawab tujuan pendidikan tinggi ianya boleh dijelaskan
berdasarkan kepada Laporan Khir Johari (1967) yang menjelaskan bahawa tujuan
utama pendidikan tinggi ialah untuk melahirkan para sarjanawan dan ilmuan yang
mahir berfikir dan mengembangkan ilmu dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Selain
daripada itu, dari aspek profesionalnya pendidikan tinggi adalah untuk melahirkan
golongan teknokrat bagi melaksanakan rancangan pembangunan negara dan golongan
birokrat bagi mentadbir organisasi dan masyarakat. Secara umum, pendidikan tinggi
mempunyai dimensi pendidikan dan dimensi latihan. Dimensi pendidikan bertujuan
untuk mengembangkan aspek intelek, rohani, emosi, pekerti, budaya, dan jasmani
etika individu pada tahap maksimum dan tertinggi agar individu bukan sahaja menjadi
manusia seimbang tetapi juga dapat membuat adaptasi yang sewajarnya terhadap
pengaruh perkembangan masa kini. Dimensi latihan pula menyentuh peranan
pendidikan tinggi dari segi pengeluaran dan perkhidmatannya terhadap pembangunan
sosio-ekonomi masyarakat dalam mana universiti dan institusi-institusi yang lain
menjadi sebahagian daripada ahlinya.
2. Peranan dan fungsi Institut Pengajian Tinggi Tempatan
Institut Pengajian Tinggi Tempatan samada awam (IPTA) atau swasta (IPTS)
mempunyai beberapa peranan yang harus di titik beratkan. Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan beberapa peranan yang dianggap penting
bagi sesebuah universiti iaitu samada memenuhi tuntutan ideal sebuah institusi sejagat
atau bersifat utilitarian dengan membekalkan maklumat kepada pelajar bagi pasaran
kerja. Universiti yang terlalu tertumpu kepada tuntutan pasaran akan melahirkan
graduan kaku seumpama robot yang hanya cekap bekerja kilang, tetapi gementar
apabila masuk ke gelanggang masyarakat.

Dalam menentukan peranan yang harus dimainkan oleh sesebuah universiti, maka
wujudnya tiga pendapat. Pertamanya, golongan idealis iaitu mereka yang percaya
kewibawaan universiti akan tercapai jika universiti dapat mengekalkan peranannya
seperti asal sejarah penubuhan sama ada mengikut mazhab Universiti Paris atau AlAzhar, yakni untuk mencari kebenaran sejagat. Golongan kedua, ialah mereka yang
tentunya berhubung rapat dengan pemerintah, percaya universiti perlu melahirkan
pekerja berkemahiran tinggi sama ada dalam bidang sains atau sastera iktisas,
manakala golongan ketiga hanya mengikut sahaja kehendak pemerintah.
"Universiti perlu berperanan untuk melahirkan ahli falsafah dan pemikir, bukan
pekerja kilang" tegas Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Akademik Universiti
Kebangsaan Malaysia (PKAUKM), Prof. Madya Dr. Wan Mokhtar Yusoff.
Menurutnya, sebanyak 70% tumpuan universiti kini bersifat kepenggunaan
(utilitarian) iaitu menghasilkan pekerja industri dan hanya 30% bersifat ideal. Yang
sepatutnya, peratusan itu terbalik iaitu memberi tumpuan bagi menghasilkan
seseorang pemikir.
"Tradisi kepenggunaan yang kita hasilkan melalui kilang universiti tidak akan
melahirkan generasi pencipta, sebaliknya mewujudkan lebih ramai pengguna kepada
teknologi semata-mata. Universiti sepatutnya tempat melahirkan pencetus idea baru
dan oleh itu tumpuannya mesti kepada falsafah teknologi, bukan pengikut teknologi
barat atau timur." Pandangan Dr. Wan Mokhtar itu selari dengan ideal wujudnya
universiti seperti Oxford dan Cambridge pada kurun ke-13, kira-kira 200 tahun
sebelum Melaka dibuka. Universiti, waktu itu, muncul apabila wujud dua pihak iaitu
guru (master) dan pelajar (scholar) yang mahu bersama-sama memenuhi rasa ingin
tahu terhadap kebenaran sejagat.
Universiti yang juga salah satu institusi masyarakat, seperti juga budaya, turut
terpengaruh dengan perubahan. Golongan kedua di universiti adalah mereka yang
berjuang bersungguh-sungguh supaya universiti menjadi kilang menghasilkan
graduan yang sesuai dengan pasaran kerja. Bagi menyelaraskan kedua-dua golongan
itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta universiti mencari jalan tengah untuk kekal
sebagai pusat ilmu dalam masa sama memenuhi kehendak pasaran kerja.
"Amatlah penting bagi universiti mengimbangi antara fungsi idealistik dengan
tuntutan utilitarian. Universiti yang terlalu menumpukan kepada keperluan pasaran
akan bertukar menjadi kilang yang mengeluarkan pekerja industri. "Pemikir yang
pasif dan tidak kritikal adalah musuh terbesar masyarakat membangun kerana ia akan
menelan apa saja yang diberi. Pemikiran pasif akan melahirkan perasaan cepat puas
hati dan menggalakkan sikap memuja diri. Kita hanya mendengar apa yang kita ingin
dan membunuh pembawa berita yang buruk," tegas Anwar.

Stephan dan Roderick (1978) turut mengariskan beberapa usaha kurikulum


pendidikan tinggi untuk mengubah identiti dan pekerti pelajar melalui cara asasi
tertentu:
1. Mengeluarkan pelajar yang mempunyai keupayaan intelektual pada
tahap maksimum.
2. Membentuk pelajar yang mempunyai kebolehan menyeluruh meliputi
aspek intelektual, moral, estetika, sosial dan fizik.
3. Memastikan pemikiran pelajar ditanamkan dengan idea-idea para sarjana
agung dari pelbagai bidang.
4. Membantu pelajar membina pemikiran positif dan kritis tentang diri
mereka sendiri dan segala perkara dan kepercayaan.
5. Membentuk ciri dalaman pelajar untuk membolehkan pelajar membuat
pertimbangan moral dengan betul dan cekap.
Justeru itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berharap
universiti di Malaysia tidak mengorbankan fungsinya sebagai suara hati masyarakat
yang sentiasa berfikiran kritis. Hanya dengan mengimbangi kedua-dua fungsi ini,
universiti kita akan kembali dihormati. Kehadiran masyarakat berilmu dan ekonomi
berilmu memaksa universiti supaya memainkan peranan sebagai ejen pertumbuhan
ekonomi yang penting. "Universiti tidak lagi dilihat sekadar tempat mencipta ilmu,
mencanai pemikiran anak muda dan penyebar budaya, tetapi menjadi pusat ekonomi
berilmu yang akan melahirkan model manusia untuk bersaing dalam ekonomi global.
Menurut Stephen dan Roderick (1978), fungsi-fungsi pelajar untuk memainkan
peranan dalam masyarakat adalah untuk:
1. Menyediakan pelajar dengan kemahiran khusus untuk kerjaya mereka.
2. Menyediakan pelajar dengan kemahiran, sikap dan pengalaman yang
dapat memaksimumkan kemungkinannya menduduki status hidup yang
lebih baik dalam masyarakat dan juga untuk memimpin masyarakat.
3. Melatih pelajar tentang kesarjanaan, penyelidikan saintifik, objektivisme
pemikiran dan kreativiti dalam adaptasi.
4. Membina pelajar menjadi pengguna yang bijaksana dan yang
mementingkan kualiti dan nilai estetika.

5. Membentuk pelajar yang memahami tentang peranan dan


tanggungjawab sebagai warganegara dalam negara demokrasi.
Dr. Wan Mokhtar yang mempertahankan sifat ideal universiti berpendapat usaha
melahirkan pekerja industri boleh dibuat melalui institusi vokasional seperti Institut
Kemahiran Mara (IKM), politeknik atau institut penyelidikan, "Antara peranan
universiti ialah menghasil, menghebah dan mentakrifkan ilmu dalam bahasa ibunda
supaya jati diri bangsa tetap terpelihara," katanya, Timbalan Naib Canselor
(Akademik) Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Osman Bakar pula melihat
peranan universiti hampir sama dengan Anwar. Menurut Dr. Osman, universiti perlu
meneruskan penyelidikan dalam bidang falsafah hidup, walaupun ia tidak berciri
komersil.
Universiti harus pragmatis iaitu memainkan dua peranan serentak, penyesuaian tahun
belajar di universiti akan lebih mudah ditetapkan; mungkin dua tahun mempelajari
ilmu teknikal supaya bersesuaian dengan pasaran kerja dan selebihnya aspek falsafah,
atau sebaliknya. Yang menjadi masalah ialah apabila perkara ini dibiarkan mengikut
arus perubahan masa dan citra universiti diwarnai oleh elemen luaran semata-mata.
Seperti kata Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Wan Jamisan Wan Deraman,
tumpuan universiti kepada akademik menyebabkan pelajar tidak cukup masa
berpesatuan dan aktiviti kemasyarakatan. "Sedangkan, matlamat kehadiran kami ke
universiti bukan sekadar mendapatkan ijazah untuk membolehkan kami diterima di
agensi kerajaan atau syarikat swasta tetapi menjadi tujuan kami juga untuk
menghalusi moral dalam kehidupan bermasyarakat," katanya.
Dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat luar, telah menjadi
tanggungjawab universiti supaya memainkan peranan dalam proses pembangunan
memandangkan institusi pendidikan tinggi mempunyai kepakaran dan sumber yang
lebih baik daripada institusi lain. Antara saranan Stephen dan Roderick (1978) ialah:
1. Mengadakan perkhidmatan pendidikan lanjutan, pendidikan berterusan,
pendidikan dewasa, kursus jangka pendek dan sebagainya.
2. Menyediakan perkhidmatan perundingan dan bimbingan untuk
masyarakat dalam program kebudayaan, pengurusan dan pembangunan
sosioekonomi serta membantu golongan yang memerlukan pinjaman,
infrastruktur atau khidmat sokongan.
3. Menjadi pusat untuk penyebaran idea-idea baru dalam bidang sastera,
kesenian, sains dan politik bagi membina masyarakat yang celik akal dan
progresif.

4. Menjadi pusat untuk memperkukuhkan warisan dan budaya bangsa.


Peranan universiti tidak harus terhad kepada dunia akademik iaitu kuliah dan
perpustakaan sahaja. Proses epistemologi dan metamoforsis pelajar perlu melalui
pelbagai ujian, cabaran dan tekanan. Kalau pelajar sekadar keluar kuliah masuk
perpustakaan tanpa mengambil hirau apa yang berlaku di luar kampus, maka tidak ada
bezanya mereka dengan pelajar sekolah. Kebebasan berkarya, berkreatif,
berorganisasi dan berpolimik di kampus masih terpelihara. Sebagai pusat kegiatan
ilmu, kampus sepatutnya sibuk dengan pelbagai aktiviti luar kuliah yang boleh
mengasah bakat kepimpinan pelajar, menajamkan akidah dan membentuk minda yang
kritis. Pelbagai isu dalam negara dan antarabangsa yang boleh dibahas dan dikupas
secara kritikal tetapi kerana pemikiran kritis dan minat berpolimik di kampus sudah
lesu, maka tidak siapa lagi yang berminat menganjurkan Perdebatan Agung Ekonomi
walaupun negara sedang dilanda kegawatan ekonomi.
Negara memerlukan usahawan, jutawan, ahli sains dan teknokrat. Tetapi dalam masa
yang sama negara memerlukan pemikir dan pengkritik sosial, ahli psikologi, ahli
falsafah dan sebagainya. Universiti berperanan untuk melahirkan pemikir masyarakat,
pengkritik sosial dan pemimpin masa depan yang bukan sahaja berilmu, tetapi berjiwa
masyarakat, berhemah tinggi, mempunyai prinsip perjuangan yang tulen, bijaksana
dan berani. Malah menurut Sufean Hussin (1996) dalam bukunya yang bertajuk
Pendidikan di Malaysia menyatakan bahawa pendidikan tinggi yang merupakan
sumber yang harus memainkan peranan yang relevan dan signifikan untuk
menyelesaikan pelbagai masalah dalam masyarakat atau badan politik (body politic).
Masalah pentadbiran kerajaan, industri, pertanian, perdagangan, pendidikan, kesihatan
dan sebagainya pada masa kini memerlukan khidmat nasihat tenaga pakar dan terlatih
di menara gading bagi membuat rumusan prosedur untuk menyelesaikan masalah
sosioekonomi dan politik.
Universiti secara idealnya mestilah bebas, neutral dan objektif dalam penyelidikan,
perbincangan mahupun pengajaran. Tujuannya ialah untuk menyebarkan kemahiran
profesional, memperkayakan ilmu pengetahuan dan kebudayaan manusia, pengajaran
dan penyebaran nilai-nilai tertentu tentang hal-hal saintifik dan kehidupan sosial
termasuk juga menyebarkan nilai kebenaran dalam membuat keputusan, toleransi,
kritikan, dan patuh pada peraturan yang logik serta menentang doktrinasi. Kita juga
tidak mahu soal abstrak tentang pemikiran dan peradaban tinggi, agama serta
idealisme sebagai pendukung ilmu, hilang dari dewan kuliah dan wacana intelektual
di universiti. Malahan menurut Sufean Hussin fungsi penubuhan universiti bukanlah
hanya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar tetapi untuk menggabungkan
pemikiran bagi mewujudkan suasana pembelajaran imaginatif. Suasana pembelajaran
imaginatif membolehkan pemikiran diolah dalam berbagai-bagai hala untuk
membuktikan kesahihan sesuatu ilmu fakta. Institut pendidikan tinggi tidak hanya

berperanan sebagai institusi profesional tetapi juga sebagai institusi yang aktif
mengembangkan kebudayaan, sosial, sains, sastera, ekonomi, politik dan kesarjanaan.
Oleh itu institusi pendidikan tinggi ialah communiversity, iaitu institusi yang
bekerjasama dengan komuniti.
3. Institut Pengajian Tinggi Tempatan
Institut pengajian tinggi tempatan (IPT) adalah merupakan sebuah pusat pengajian
yang membentuk dan mengajar pelbagai jenis ilmu bagi menjamin mutu pendidikan
sentiasa terpelihara. IPT juga merupakan pusat pengajian yang tertinggi yang terdapat
di dalam negara selepas sekolah, di mana para pelajarnya akan mengikuti kursuskursus tertentu mengikut kemahiran masing-masing. Terdapat pelbagai peringkat atau
taraf pendidikan yang dikeluarkan oleh IPT ini seperti sijil, diploma, sarjana muda dan
doktor falsafah.
Institut pengajian tinggi tempatan tidaklah terhad kepada universiti awam sahaja
malah ianya merangkumi pelbagai institusi lain seperti Institut Teknologi MARA,
universiti-universiti swasta, institusi-institusi pengajian awam dan juga institusi
pengajian swasta yang lain bagi mengeluarkan graduan-graduan yang berkebolehan
dalam bidang masing-masing untuk memenuhi tuntutan negara bagi mencapai
wawasan 2020. Walau bagai manapun sistem pendidikan yang kita waris sekarang
adalah menggunakan kebudayaan yang bercorakkan pembelajaran dan kurikulum
yang ditiru bulat-bulat dari barat. Oleh itu kita perlu merubah dan mewarnakan corak
sistem pendidikan yang ada sekarang ini agar selaras dan bersesuaian dengan
kebudayaan masyarakat Malaysia kita sekarang.
Berbalik semula kepada IPT, memandangkan keadaan ekonomi Malaysia sekarang ini
yang tidak stabil Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah bercadang untuk
menubuhkan sebuah universiti dalam usaha untuk membantu kerajaan dari segi kos
menghantar para pelajar keluar negara, yang mana ianya akan mengabungkan
beberapa kolej swasta tempatan melalui sistem collegiate.
Sememangnya kerajaan sudah dan akan terus membuat pelaburan yang besar di dalam
pembangunan sumber manusia. Dengan membenarkan sektor swasta melabur dalam
pendidikan, kita kini mempunyai puluhan institusi pengajian tinggi swasta yang
menawarkan program berkembar dengan pelbagai universiti luar. Kita mempunyai
cukup banyak kemudahan tetapi apakah pelajar kita ini akan membesar sebagai
individu yang matang, berwibawa dan mampu menyuburkan masyarakat berilmu yang
kerap diperkatakan sekarang?
Semua ini terletak kepada kebijaksanaan kita mengadun pendidikan peringkat ketiga
iaitu institut pengajian tinggi universiti. Berdasarkan kebimbangan inilah Timbalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim mengajak universiti tempatan melihat
kedalam diri sendiri bagi memulihkan kecemerlangan menara gading sebagai institusi
yang di segani dan dihormati. Langkah pengkorporatan universiti seperti yang
dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak di forum Universiti
Asia-Eropah baru-baru ini, bertujuan memberi kebebasan dan kuasa kepada universiti
menentukan kecemerlangan masing-masing. Dengan kedudukan kewangan yang
semakin kukuh, universiti boleh memperlawa profesor yang terran di dunia
berkhidmat di universiti mereka.
Kita tidak boleh menyalahkan Akta Universiti dan Kolej semata-mata kerana akta itu
tidak bertujuan menyekat pelajar daripada berkreatif. Barangkali semua pihak harus
dipersalahkan dan tentulah pentadbir universiti yang patut menanggung
tanggungjawab yang lebih besar mengapa kehidupan di kampus hari ini begitu muram
dan lesu. Tumpuan kepada tuntutan utilitarian menyebabkan mahasiswa bersaing
untuk mencapai kelulusan terbaik dengan harapan mendapat pekerjaan bergaji
lumayan.
Kita tidak memerlukan sebarang perubahan struktural bagi merealisasikan
perimbangan di antara fungsi idealistik dan tuntutan utilitarian universiti. Barangkali
yang perlu diubah ialah keahlian Majlis Universiti supaya dianggotai oleh tokoh yang
benar-benar memahami fungsi dan idealisme universiti.
Jika dilihat dari beberapa aspek, memang tidak dapat disangkalkan terdapatnya
beberapa jurang perbezaan diantara institut pengajian tinggi tempatan dengan institut
pengajian tinggi luar negara, ianya merangkumi aspek sosial, rohani, mental, fizikal,
budaya dan sebagainya. Oleh itu pada dasarnya institut pengajian tinggi tempatan
mempunyai beberapa langkah yang positif untuk mencorakkan pendidikan diperingkat
tertinggi tempatan dalam acuan budaya Malaysia.
Jikalau sesebuah pertubuhan atau institusi itu ditubuhkan, sudah pasti ianya
mempunyai faktor-faktor yang positif dan negatif, demikian halnya dengan institut
pengajian tinggi tempatan jika dibandingkan dengan institut pengajian tinggi luar
negara. Walaupun terdapat beberapa faktor yang positif dan negatif di IPT kita
sebolehnya perlu mencorakkannya kepada nilai-nilai yang berteraskan acuan atau
unsur budaya Malaysia. Faktor-faktor positif dan negatif yang terdapat di Institut
Pengajian Tinggi Tempatan dan Institut Pengajian Tinggi Luar Negara adalah:Dengan adanya IPT tempatan, seperti yang dicadangkan oleh MARA untuk
menubuhkan UNIMARA merupakan satu usaha yang baik untuk melahirkan lebih
ramai golongan profesional dari kalangan Bumiputera, yang mana ianya merupakan
peluang untuk pelajar Bumiputera meningkatkan persaingan dengan kaum lain.
Persaingan yang sihat itu, negara berupaya melahirkan ramai golongan profesional

dari kalangan Bumiputera, ia sekurang-kurangnya dapat membantu Malaysia muncul


sebagai pusat pendidikan kerana pertambahan universiti. (berita harian 22 Jan 1998)
IPT tempatan juga membuka lebih banyak peluang pendidikan ketahap yang tertinggi
kepada pelajar yang berminat terhadap bidang atau jurusan tertentu, dan pelajar tidak
perlu memikirkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri, kerana perbelanjaan
pengajian di universiti tempatan lebih murah berbanding luar negara. Tetapi walau
bagai manapun pelajar masih boleh ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran
mereka jika kursus yang hendak diambil itu tidak terdapat di institusi tempatan.
Mara dapat menjimatkan kira-kira RM60 juta tahun ini berikutan pelajar yang ditaja
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara berkurangan lebih 60 peratus berikutan
kejatuhan nilai ringgit. Mara hanya membelanjakan kira-kira RM40 juta daripada
peruntukkan RM100 juta bagi membiayai kira-kira 1,000 pelajar ke luar negara.Ini
berkurangan kira-kira 66 peratus berbanding 3,000 pelajar tahun lalu dan tahun
sebelumnya. Tindakan Mara mengurangkan penghantaran pelajar ke luar negara bagai
manapun tidak menjejaskan kualiti pelajaran kerana institusi pengajian tinggi
tempatan juga setaraf, malah ada yang mengatasi bidang pendidikan di luar negara.
( Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mustapa Mohamed, berita harian 19 OKT
1998)
Institusi pendidikan Malaysia sama ada yang dikendalikan kerajaan atau swasta
mampu menawarkan kualiti pendidikan kelas dunia, oleh itu ia mampu memperlawa
rakyat Britain dan Eropah belajar di Malaysia, ini sedikit sebanyak dapat
menggalakkan persefahaman silang budaya antara benua itu. Institusi pendidikan
tinggi tempatan lain turut digalak mengadakan kerjasama dengan institusi pendidikan
luar bagi membantu menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau.
Selain itu IPT tempatan sekarang ini telah mempunyai bilangan tenaga pelajar yang
profesional dan spara profesional yang mencukupi untuk menampung proses
pendidikan yang terdapat di sini, selain dari itu IPT tempatan juga mampu
menyediakan pasarana yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran di tempat
mereka dan ia juga mempunyai kepakaran dan jalinan komunikasi untuk menyediakan
gabungan yang lebih mantap dengan IPT luar.
Bagi pelajar yang meneruskan pengajian mereka di IPT tempatan, kerajaan tidak perlu
bimbang akan lahir graduan yang kacau bilau pemikirannya berikutan dengan
pengaruh ideologi Barat. Ini adalah kerana persediaan yang baik dan tersusun telah
pun diatur oleh IPT tempatan dan juga kerajaan dalam menangani masaalah ini.
Graduan yang akan dilahir nanti akan beracuan Malaysia dari sudut bahasa, batasbatas susila, kebudayaan dam sosiologi dan tidak berideologikan Barat, seperti
sesetengah golongan pelajar yang ke IPT luar.

Agenda baru pendidikan iaitu dengan melaksanakan PROGRAM 3 + 0, yang mana


program 3 campur 0 ini adalah pengijazahan penuh masa yang di buat di dalam negara
sahaja dan tidak melibatkan institusi dari luar negara, ianya dijalankan oleh kolejkolej swasta. Jadi tidak perlu bimbang mengenai sumber kewangan yang banyak
untuk keluar negara. Dengan adanya program ini, pengiktirafan Kementerian
pendidikan kepada kolej swasta adalah dimensi baru pendidikan tempatan dan akan
tercatat dalam lipatan sejarah pendidikan negara.
Mara mempunyai 4,713 pelajar yang sedang berada di beberapa kolej persediaan
untuk ke luar negara tetapi akan diserap ke IPT tempatan selaras arahan kerajaan itu.
Jumlah perbelanjaan yang dapat dijimatkan berikutan langkah tidak menghantar
pelajar ke luar negara, boleh dilihat dalam dua keadaan. Pertama, kerajaan dapat
menjimatkan tukaran wang asing yang mengalir keluar selama ini dan jika kita
membelanjakan kira-kira RM150 juta selama ini, itulah jumlah yang dapat dijimatkan.
Satu lagi ialah pembiayaan kerajaan (secara total) yang mana penghantaran ke luar
negara membabitkan kenaikan elaun pelajar dan sebagainya. Sekarang ini, kita dapat
menjimatkan sekurang-kurangnya RM15,000 untuk setiap pelajar dengan
mengandaikan mereka memasuki IPTS dan penjimatan adalah lebih tinggi jika
mereka diterima ke IPTA. Walau bagai manapun terdapat sesetengah ibu bapa yang
masih menghantar anak mereka ke luar negara untuk mendapatkan ijazah pertama
walaupun Malaysia mempunyai kemudahan melahirkan graduan lebih berkualiti pada
peringkat itu. (berita harian 10 November 1997)
Langkah yang diambil Malaysia untuk menjadikan negara pusat kecemerlangan
pendidikan ialah dengan mengawal kualiti pendidikan dari segi kemudahan, jenis
kursus dan tenaga pengajar yang ditawarkan IPT tempatan, selain itu kerajaan juga
sudah menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara bagi memastikan ijazah atau diploma
yang dikeluarkan diterima dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.
Selain dari itu kesan positif terhadap IPT tempatan adalah berkaitan dengan hubungan
antara universiti dan industri yang rapat perlu bagi memastikan universiti
menyediakan pendidikan yang dapat memenuhi keperluan pembangunan industri di
dalam negara. Strategi ini akan memastikan graduan universiti tempatan dapat
memenuhi tenaga kerja yang diperlukan industri akibat keperluan dan cabaran yang
timbul dari persekitaran politik, ekonomi dan keadaan sosial.
Memang tidak dinafikan juga terdapatnya kesan negatif yang timbul terhadap IPT
tempatan, diantaranya adalah berkaitan dengan penguasaan Bahasa Inggeris para
pelajar IPT tempatan jika dibandingkan dengan IPT luar negara. Di mana diketahui
penguasaan Bahasa Inggeris IPT tempatan agak kurang mahir jika dibandingkan
dengan IPT tempatan, ini adalah disebabkan suasana atau persekitaran IPT tempatan

itu sendiri yang mementingkan penggunaan Bahasa Malaysia di dalam sistem


pendidikan mereka. Tetapi di IPT luar negara penguasaan Bahasa Inggeris memanglah
begitu penting di sebabkan kawasan persekitaran dan suasana pembelajarannya adalah
dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Memandangkan keadaan sekarang di mana langkah kerajaan telah menghentikan
penghantaran pelajar keluar negara, masaalah utama yang dihadapi sekarang ialah
kekurangan tempat dan kementerian akan berunding dengan Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan bagi
memastikan semua pelajar mendapat tempat untuk belajar di IPT tempatan ini.
Disebabkan masalah ini Mara akan tetap menghantar kira-kira 1,000 pelajar tajaannya
ke luar negara setiap tahun berbanding 3,000 dua tahun lalu. Pelajar yang mengambil
bidang kejuruteraan, perakaunan dan perubatan diberi keutamaan mendapatkan
biasiswa Mara bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Penghantaran pelajar ke
luar negara tidak dapat dielakkan berikutan institusi pengajian tinggi tempatan tidak
mampu menampung bilangan pelajar baru yang meningkat setiap tahun. (Menteri
Pembangunan Usahawan, Datuk Mustapa Mohamed, berita harian 22 Okt 1997)
Sekarang ini dengan pengkorporatan universiti tempatan telah timbul kesangsian oleh
sesetengah universiti itu sendiri, kerana nilai tradisinya telah dicemari di mana ianya
mendulukan kedudukannya memperdagangkan ilmu. Universiti semakin dilihat
sebagai institusi perniagaan yang memburu pendapatan dengan memperdagangkan
ilmu sebagai komoditi. Oleh itu kedudukan universiti sebagai institusi berwibawa
dalam masyarakat apabila ia mengorbankan nilai akademik yang luhur tidak akan
berkekalan dari kaca mata masyarakat.
Bagai manapun, selepas menghantar ramai penuntut ke luar negara, kita seolah-olah
beranggapan bahawa kolej asing adalah lebih baik daripada universiti tempatan.
Perasaan prejudis ini, yang lahir daripada perasaan puas hati dan pemikiran yang
malas, ternyata begitu mahal harganya sekarang, terutama ketika kemelesetan
melanda dan kita terpaksa menjerut ketat perbelanjaan yang dikeluarkan. Ia adalah
cabaran kepada universiti tempatan untuk meningkatkan tahap kecemerlangan mereka
dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan cemerlang di rantau ini.
Dari segi transformasi teknologi barat, para pelajar yang mengikuti kursus-kursus di
IPT tempatan mungkin tidak berpeluang untuk mendapat teknologi-teknologi baru
terus dari barat jika dibandingkan dengan pelajar yang menuntut di luar negara, yang
mana mereka ini lebih mudah untuk menerima terus teknologi dari barat.
Transformasi teknologi bagi pelajar IPT tempatan adalah agak lembab disebabkan
teknologi baru tersebut akan mengambil masa yang lama untuk diserapkan di negara
ini, sebelum boleh digunakan dan difahami oleh pelajar di IPT tempatan.

Kita juga wajar mengharap beberapa realiti yang timbul akibat pengumuman terbaru
kerajaan. Perkara yang paling penting ialah berakirnya satu era dalam sejarah
pendidikan negara, iaitu pergantungan kepada IPT luar dalam melahirkan ramai
graduan sejak dari 1970an lagi.
4.Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara.
Sememangnya diakui proses penghantaran pelajar-pelajar ke institusi pengajian tinggi
(IPT) di luar negara mempunyai implikasi jangka pendek dan jangka panjang.
Implikasi dan kesannya terhadap proses pembangunan negara adalah besar seiring
dengan pembangunan secara globalisasi di serata dunia. Dan memang diakui dalam
merintis sesuatu yang positif dan baik terdapat juga kesan yang negatif dan
keburukannya. Di sini akan dibincangkan faktor kebaikan dan keburukan institusi
pengajian luar negara terhadap negara mahupun terdapat masyarakat pelajarnya
sendiri.
Sepertimana yang diketahui dengan penghantaran pelajar-pelajar keluar negara untuk
menyambungkan pelajaran dalam pelbagai bidang dan jurusan samada bagi ijazah
pertama, ijazah kedua atau doktor falsafah, ianya akan memberikan implikasi baik
buruknya terhadap negara.
Apabila kita memperkatakan akan kebaikan IPT luar negara, apa yang dapat
digambarkan ialah berkaitan falsafah ilmunya dan kecanggihan teknologi yang tinggi
berbanding dengan keadaan di negara ini. Kemajuan di pelbagai bidang yang
mendahului dari segenap segi menjadikan sistem pembelajaran di IPT luar negara
dianggap "lebih berdarjat" dari sistem pengajian dalam negara ini.
Sekiranya di pandang daripada satu sudut yang positif, langkah kerajaan menghantar
pelajar-pelajar terbaik ke IPT luar negara adalah amat wajar sekali. Ini kerana pelajarpelajar ini dapat menimba ilmu yang bermanafaat yang tidak ditawarkan di IPT
tempatan untuk membangunkan negara di masa hadapan kelak. Contohnya kursuskursus dan jurusan-jurusan seperti dalam bidang teknologi angkasa lepas,
penyelidikan persenjataan dan sebagainya. Ilmu-ilmu yang bermanafaat ini amat
diperlukan untuk pembangunan negara kerana terbukti ianya perlukan dalam
memastikan negara tidak terus ketinggalan dalam bidang dan teknologi baru.
Umpamanya pada dekad 70an lalu pelajar-pelajar negara dihantar menjalani
pengajian dalam kursus komputer yang mana kesan penggunaannya dapat digunakan
pada masa sekarang. Menurut Menteri Pembangunan dan Keusahawanan, Datuk
Mustapha Mohamed, kesan pulangan daripada penghantaran pelajar-pelajar ke IPT
luar negara bukannya dapat dinikmati dalam tempoh yang singkat kerana kerajaan
terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk memastikan tenaga mahir
mencukupi sebelum menceburi bidang-bidang dan teknologi yang baru.

Memang diakui sebahagian IPT luar negara menawarkan kursus yang terbaik dan
menyediakan sistem pembelajaran yang berguna untuk kemajuan dalam negara kelak.
Oleh yang demikian tidak hairanlah kerajaan terus menghantar pelajar-pelajar ke
"universiti terkenal" ini. Ini kerana kerajaan amat menitikberatkan kualiti pendidikan
bagi mendapatkan pulangan ilmu yang berguna. Dan adalah amat wajar sekali dengan
bilangan penduduk negara yang berumur 25 tahun ke bawah yang meliputi 60 peratus
penduduk Malaysia, golongan pelajar ini memerlukan pendidikan terbaik untuk
menjadi dasar kepada suatu generasi pekerja terlatih. Dan dalam membincangkan
kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara sekarang ini, kementerian dan
kerajaan masih beranggapan pelajar-pelajar yang sedang menyambungkan pelajaran
di IPT luar negara tidak perlu di panggil pulang. Menurut Menteri pendidikan, Datuk
Seri Najib Tun Razak, keputusan ini walaupun membawa banyak implikasi
terutamanya terhadap ekonomi negara, namun ianya menunjukkan kerajaan amat
bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggungjawabnya dalam meneruskan
pembangunan negara seiring dengan pembangunan negara maju dengan menggunakan
perkembangan ilmu.
Selain daripada itu, dengan adanya IPT luar negara yang dianggap terbaik seperti
Universiti Oxford dan Cambridge (di England) dan Universiti Ivy League (di Amerika
Syarikat) ianya dapat mengurangkan tumpuan pelajar yang melimpah di dalam IPT
tempatan. Ini kerana diakibatkan bilangan tempat yang terhad di IPTA dan tidak
teriktirafnya beberapa IPTS di dalam negara, penghantaran pelajar ke IPT luar negara
dapat memastikan pelajar terbaik dapat menyumbangkan ilmu dan pengetahuan di
peringkat yang tertinggi. Buktinya dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang,
kerajaan masih mengeluarkan peruntukan sebanyak RM 500 juta bagi memastikan
seramai 12000 pelajar negara pulang membawa segulung ijazah.
Sekiranya diperhatikan pada sudut yang lain pula, IPT luar negara berperanan untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar agar lebih yakin dan berani dalam
menjalankan tugas kelak. Ini kerana melalui pengalaman di luar negara, samada
melalui pergaulan dengan rakan-rakan ketika belajar akan memberikan lebih banyak
panduan dan tunjuk ajar untuk digunakan setelah memasuki alam pekerjaan.
Contohnya yang paling ketara ialah pendedahan dengan soal bahasa. Menurut
pendapat Hambali Abdul Latiff dalam Dewan Masyarakat (April 1997), pelajar yang
belajar di luar negara dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik berbanding
dengan pelajar di IPT tempatan yang berbeza sekali suasana persekitarannya.
Penguasaan bahasa Inggeris yang mantap menjadikan peluang pelajar-pelajar tersebut
untuk mendapat pekerjaan amat terbuka luas terutamanya di sektor swasta yang
mementingkan penggunaan bahasa ini. Berbanding dengan situasi penguasaan bahasa
pelajar lepasan IPT tempatan yang mana mereka banyak menggunakan Bahasa
Malaysia dalam suasana pembelajaran seharian. Ini mengakibatkan tahap penguasaan
Bahasa Inggeris mereka adalah lemah dan menyukarkan mereka mendapat tempat dan

pekerjaan di sektor-sektor swasta kelak. Di luar negara juga, pelajar-pelajar mungkin


boleh menguasai bahasa asing seperti bahasa Jepun, Jerman, Perancis dan lain-lain
yang penting untuk akademik dan teknikal. Ini sedikit sebanyak membantu
meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran dalam diri sendiri dan seterusnya
memberikan banyak kelebihan pada mereka.
Selain daripada itu juga kebanyakkan sistem pembelajaran IPT luar negara tidak
mengamalkan sikap bias atau pilih kasih dari segi peperiksaan atau penganugerahan
sesuatu keistimewaan kepada pelajar terutamanya pelajar-pelajar tempatan.. Graduan
di IPT tempatan sering dikaitkan dengan soal pilih kasih, kerana kebumiputeran dan
sikap-sikap yang menjurus kepada neopotisme dan kronisme. Berbanding dengan
kebanyakkan pelajar negara yang mengikut pelajaran di IPT luar negara, mereka tidak
terdedah kepada faktor pilih kasih dari segi bangsa dan kedudukan ini. Keadaan
sebegini akan menggalakkan pertandingan "terbuka" dan sikap berlumba-lumba
dalam pelajaran bertambah sengit dan pelajar-pelajar ini akan belajar dengan lebih
tekun. Masa untuk mereka di luar negara selama tiga atau empat tahun bukan untuk
bersuka-suka sebaliknya untuk mereka belajar bersungguh-sungguh bagi membawa
pulang keputusan yang cemerlang.
Masa yang lebih singkat dalam menamatkan sesuatu program di IPT luar negara
merupakan salah satu faktor kebaikan IPT luar negara ini. Tempoh pengajian sesuatu
program yang memakan masa dua hingga tiga tahun di IPT tempatan hanya boleh
disiapkan di IPT luar negara dalam tempoh sesingkat satu setengah hingga dua tahun.
Sealiran dengan ini, dalam peringkat ijazah sarjana masalah untuk mendapatkan
penyelia dalam kajian dan penyelidikan yang sesuai dan berpengetahuan luas kurang
dihadapi pada peringkat pengajian di IPT luar negara, Berbanding dengan IPT
tempatan, ramainya penyelia yang kurang pengalaman, kurang kemampuan dan sering
bertukar-tukar menjadikan kajian dan penyelidikan sering terbantut.
Sekiranya kita menilai kembali tentang cadangan dan langkah kerajaan mengurangkan
penghantaran pelajar ke luar negara di tengah kegawatan ekonomi negara, sudah
tentulah ada sebab musababnya. Yang paling nyata ialah kerajaan ingin mengurangkan
perbelanjaan negara kerana belanja untuk seorang pelajar menyambungkan pelajaran
di luar negara adalah amat tinggi. Contohnya pengajian IPT di Amerika Syarikat bagi
kos perseorangan setahun untuk jurusan sastera dan sains menjangkau US$ 9,930 dan
perubatan US$24,140. Sementara itu di Australia pula jumlah kos untuk jurusan
perubatan, pergigian dan sains veteriner ialah A$4,340 sementara A$3,500 untuk
kursus-kursus lain. Sementara itu pula sekiranya diperhatikan bagi kos perbelanjaan
kerajaan ianya juga melibatkan kos yang amat tinggi. Menurut Menteri Besar
Terengganu, Tan Sri Wan Mokthar Ahmad, kerajaan negeri Terengganu
membelanjakan RM1.5 juta setahun bagi membiayai hanya seramai 137 orang pelajar
ke Asia Barat, United Kingdom dan Ireland. Sementara jumlah perbelanjaan

menanggung pelajar bagi negara ini ialah sejumlah RM2.5 billion setahun. Jumlah ini
nyata cukup besar bagi seorang pelajar jika dibandingkan dengan "pulangan sebenar:"
yang akan diperolehi oleh negara hasil program pendidikan luar negara ini. Ini kerana
secara rasionalnya kerajaan tidak dapat mengagak apakah pulangan yang akan dibayar
balik oleh para pelajar yang ditajanya adalah setimpal atau cuma bagaikan
"melepaskan batuk ditangga".
Persoalannya sekarang, sejauh manakah "pulangan sebenar" dapat dinikmati pula oleh
kerajaan hasil sumbangan pelajar-pelajar yang di taja oleh kerajaan ini. Ini kerana
hasil daripada pendedahan daripada sistem pembelajaran di IPT luar negara,
kebanyakkan pelajar yang telah mempunyai taraf profesional lebih cenderung untuk
berkhidmat di luar negara serta di sektor-sektor swasta di dalam negara. Contoh yang
paling ketara ialah dengan sikap graduan dari universiti luar negara yang kurang
berminat menjadi pensyarah atau pegawai penyelidik di universiti tempatan.
Sebaliknya mereka cenderung memikirkan imbuhan gaji dari sektor-sektor swasta ini.
Dengan tidak tertampungnya IPT tempatan dengan golongan profesional dan
teknokrat ini, sistem pendidikan negara masih berada di takuk lama. Keadaan yang
berlarutan ini akan menjadikan hasrat kerajaan untuk menghapuskan status "universiti
kelas kedua" di IPT tempatan tidak mungkin terlaksana. Kebimbangan ini seringkali
disuarakan oleh pemimpin di peringkat nasional terutamanya disimposium-simposium
yang dianjurkan oleh IPT tempatan.
Selain daripada itu juga antara keburukan IPT luar negara ialah tidak semua institusi
di luar negara ini mempunyai taraf dan sistem pendidikan yang terbaik. Sistem
pembelajaran dan kredibilitinya diragui sama sekali. Ianya seperti "indah khabar dari
rupa" kerana ada sebahagian universiti di luar negara ini mempunyai taraf yang lebih
rendah lagi dari universiti tempatan. Seperti yang disuarakan oleh Tan Sri Najib dalam
ulasan akhbar Berita Harian (27 April 1998) yang menyatakan bahawa sebahagian
universiti di United Kingdom adalah lebih rendah tarafnya berbanding dengan
universiti tempatan dan hanya "mimpi main salji" sahaja yang menjadi tarikan pelajar
kita menduyuni IPT luar negara tersebut. Namun begitu demi mementingkan
pendidikan yang dianggap "lebih berdarjat" pelajar sanggup membelakangkan
falsafah pendidikannya untuk belajar di IPT luar ini. Seperti yang disarankan oleh
menteri pendidikan baru-baru ini juga, bahawa pelajar dan golongan ibu bapa
seharusnya perlu mengubah paradigma terhadap sikap melekehkan pengajian di IPT
tempatan.
Menurut Shahnon Ahmad (Tamadun April 1998) pula, beliau menyatakan di barat
persoalan kualiti pusat pengajian tinggi, persoalan ijazah yang mudah diperolehi dan
persoalan kekurangan prasarana untuk memenuhi setiap aspek tuntutan pusat
pengajian tinggi memang sudah lama menjadi isu sehinggakan menyukarkan kita
memilih yang mana universiti sebenar dan palsu. Dalam tahun 1985, pihak IOI

Holdings Sdn Bhd. yang berpusat di Kuala Lumpur menerbitkan sebuah risalah
setebal 113 halaman bertajuk "Degree Mills of The World" yang mana ianya telah
menyenaraikan lebih 500 buah universiti dari 50 buah negara yang menjalankan
pengajian tinggi yang palsu. Ianya membuktikan pada kita bahawa ketinggian "darjat"
semua IPT luar negara tidak semuanya tepat dan tanggapan kelekehan universiti
tempatan tidak boleh di gembar-gemburkan tanpa sebarang kajian dan pemerhatian
yang sebenar-benarnya.
Dalam itu juga, terdapat beberapa IPT luar negara yang memperdagangkan status
kesarjanaannya untuk mendapatkan keuntungan dari segi pelaburan berupa
kemasukan pelajar-pelajar luar. Buktinya terdapat laporan daripada akhbar tempatan
yang mengatakan bahawa sesetengah universiti baru di England memperniagakan
ijazah kehormat dengan menganugerahkannya kepada tokoh di Malaysia yang
membawa banyak penuntut kepada mereka. Ini kerana banyak IPT luar negara
semakin bergantung pada kemasukan pelajar terutama dari benua Asia. Di United
Kingdom contohnya, setelah parti pemerintah (Parti Buruh) di negara tersebut
mengurangkan saluran dan belanjawan ke IPT mereka, menyebabkan banyak IPT di
sana membuka pintu seluas-luasnya kepada pelajar-pelajar luar. Dasar mementingkan
keuntungan semata-mata ini menjadikan penggadaian ilmu yang disalurkan pada
pelajar berlaku. Ini kerana kemasukan pelajar yang ramai akan meninggalkan kesan
yang paling ketara terutamanya dari segi nisbah pensyarah yang tidak selari dengan
pertambahan pelajar. Dan sealiran dengan itu mutu pendidikan di universiti berkenaan
akan jauh lebih rendah dari sebelumnya.
Dengan penghantaran beramai-ramai pelajar keluar negara juga, ianya akan
meninggalkan kesan pada pembangunan negara dari segi perkembangan politik dan
sosial. Contoh yang paling ketara ialah banyak lulusan dan graduan dari luar tidak
"maklum" dan "tidak arif" dengan aspirasi negara. Mereka ini gagal menghayati
kehendak yang perlu di laksanakan di dalam negara dan lebih mementingkan diri
sendiri. Keadaan ini akan merugikan negara kerana golongan inilah yang bakal
mengambil alih dalam memajukan negara. Kebimbangan ini dirasai sendiri oleh
Perdana Menteri kita, Dr. Mahathir Mohammad yang mengingatkan pelajar semasa
kunjungannya ke Britian dan Republik Ireland supaya tidak melupakan aspirasi
negara kerana perjuangan mengisi kemerdekaan masih belum selesai di negara
sendiri.
Selain daripada itu pengaruh budaya luar negara yang kurang sihat juga terdedah
dengan seluas-luasnya pada pelajar-pelajar yang menuntut di sana. Ada sesetengah
pelajar terikut-ikut dengan budaya asing sehingga menerapkan budaya itu dalam
kehidupan mereka. Fenomena ini sedikit sebanyak menyebabkan budaya tempatan
kian bercampur aduk dengan budaya asing sehingga masyarakat mengalami "krisis
budaya" yang berleluasa.

Disamping faktor yang dinyatakan tadi juga, kebiasaan yang berlaku pada pelajar
yang menyambung pelajaran diperingkat ijazah kedua yang menekankan aspek
penyelidikan dan pembangunan negara memberi kesan yang tidak seiringan dengan
persekitaran di negara kita. Melalui penyelidikan di luar negara dan penyeliaan dari
ilmuan barat, pelajar kita dapat membawa balik pengetahuan penyelidikan ke
Malaysia untuk tujuan pembangunan. Namun demikian yang menjadi persoalannya
sekarang ialah dengan keserasian dengan keadaan yang wujud di negara hasil
penyelidikan itu. Ini bermaksud, akan bermaknakah penyelidikan tersebut sekiranya
apa yang di selidiki dan di buat kajian hanya dapat digunakan di negara luar sahaja
dan tidak dapat di lakukan sepenuhnya untuk kepentingan negara.
Secara kesimpulannya proses penghantaran pelajar mempunyai implikasi yang besar
pada negara. Negara sebenarnya mampu menyediakan tempat pada pelajar-pelajarnya
dengan syarat sistem pendidikan kita dikemaskinikan bagi menutup "lompanglompang" kosong yang bakal menggugat sistem pendidikan kebangsaan dan negara.
5. Cadangan
Dalam kita mengejar perkembangan pertumbuhan institusi pendidikan tinggi hari ini
sama ada kerajaan mahupun swasta beberapa perkara yang kita perlu ambil berat dan
diberi perhatian ialah kualiti pelajar yang layak atau masuk ke institut pengajian tinggi
harus kita ambil kira. Ini adalah bertujuan supaya golongan pendidik yang kita
hasilkan nanti adalah betul-betul berwibawa dan berkelayakan. Ini boleh dilakukan
dengan mengetatkan syarat kemasukan ke IPT supaya hanya pelajar-pelajar yang
betul-betul berkualiti dan berkelayakan sahaja diterima masuk supaya mereka ini
dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik.
Cadangan seterusnya ialah Universiti perlu mengambil langkah konkrit
mempertahankan taraf kesarjanaan pensyarah-pensyarah. Seorang pensyarah perlu
menunjukkan kecemerlangannya dalam ilmu pengetahuan yang merupakan bidang
pengkhususannya. Kualiti kesarjanaan pensyarah universiti juga harus dipertahankan
melalui pendidikan, penulisan dan penerbitan, penyeliaan kepakaran rujukan,
pembentangan kertas kerja dan seminar, kerja-kerja konsultansi, penyeliaan dan
bimbingan graduan. Meningkatkan taraf kesarjanaan seseorang pensyarah universiti
juga boleh dilakukan dengan menonjolkan kepimpinan akademik melalui pelbagai
cara. Ahli sarjana dalam sesuatu bidang bukanlah pengikut yang taksub dengan
pandangan school of thought dalam sesuatu bidang tetapi mempunyai kualiti unggul
yang dimilikinya dari segi kewibawaan intelektualnya untuk mengkritik dan
menganalisis pandangan orang lain atau sesuatu yang boleh mempengaruhi aliran
bidang keilmuan, teori dan gagasan keilmuan. Kesemuanya ini adalah menyentuh soal
standard universiti dan soal bagaimana kita boleh mengangkat pendidikan universiti
menjadi pendidikan bertaraf dunia.

Seterusnya untuk melahirkan pendidik yang betul-betul berkualiti dan berpandangan


luas maka usaha-usaha seperti melatih pensyarah dan tenaga pengajar yang lain
berkenaan bagaimana untuk mengajar dengan berkesan adalah selaras dengan
matlamat untuk meningkatkan kualiti pengajaran di institusi pengajian tinggi.
Cadangan lain ialah mencadangkan supaya pensyarah-pensyarah di universiti
dikehendaki memiliki sekurang-kurangnya diploma pendidikan bagi membolehkan
mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan lebih menarik
untuk melahirkan para ilmuan yang betul-betul berilmu pengetahuan. Selain itu adalah
bertujuan untuk memastikan pensyarah dan profesor universiti mempunyai
pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran yang baik dan kukuh supaya
apabila mengendalikan kelas mereka dapat menarik minat pelajar untuk terus
mengikuti kuliah tanpa rasa bosan.
Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, maka negara kita juga tidak
terkecuali dalam merebut teknologi terkini. Oleh itu adalah wajar melatih semula
pensyarah dan profesor dalam bidang-bidang baru seperti teknologi maklumat dan
teknologi komputer adalah antara langkah penting dan dianggap sebagai satu program
perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin
berkembang secara progresif dan dinamis. Memandangkan ramai pelajar yang kini
lebih berminat dengan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi
swasta maka kerajaan patut mengadakan satu peraturan kurikulum yang khusus
supaya setiap IPTS yang beroperasi dapat memberi pendidikan dengan cara yang
betul dan berkesan supaya mereka tidak melanggar akta pelajaran dan tidak beroperasi
dengan tujuan dan matlamat semata-mata untuk mencari keuntungan dari kemasukan
pelajar ke institusi yang mereka kendalikan.
Demikian juga dengan program penghantaran pelajar ke luar negara adalah bertujuan
untuk mengikuti kursus-kursus yang tidak terdapat dalam negara. Maka sudah sampai
masanya kerajaan mengkaji kembali penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara
supaya pengaliran keluar wang negara dapat disekat dan dibendung. Ini dapat
dilakukan dengan cara kerajaan hanya memilih kursus-kursus yang tidak dapat
dijalankan di dalam negara barulah menghantar pelajar kita keluar negara. Oleh yang
demikian sebagai langkah penyelesaiannya ialah kerajaan boleh mengadakan program
berkembar antara universiti luar negara dengan universiti tempatan supaya ianya dapat
menyelamatkan daripada berlaku pengaliran keluar wang keluar negara dan juga dapat
membendung kejadian sosial yang tidak diingini daripada menimpa pelajar kita di luar
negara.
Berhubung dengan penghantaran pelajar keluar negara untuk mengikuti pengajian di
sana adalah dicadangkan supaya kerajaan memilih dan menyenaraikan terlebih dahulu
universiti yang betul-betul berkualiti dan diiktiraf supaya pelajar kita mendapat
pendidikan dan pengajaran yang betul-betul standard dan bermutu. Ini adalah kerana

jika tahun-tahun sebelum ini pelajar kita tidak didedahkan dengan senarai hitam putih
nama-nama universiti di luar negara yang boleh memberi pendidikan yang terbaik
bersesuaian dengan kos yang mereka keluarkan. Demikian juga dengan hasrat
kerajaan untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara perindustrian suatu hari
nanti maka kerajaan sepatutnya menyediakan peralatan yang lebih baik dan
berteknologi di IPT supaya ianya adalah teknologi yang terkini dan tidak ketinggalan
dari arus pembangunan. Oleh itu adalah dicadangkan supaya kerajaan menukarkan
peralatan yang kuno yang terdapat di IPT hari ini dengan peralatan moden supaya
ilmu yang di sampaikan di IPT adalah setanding dengan pengajaran yang disampai
seperti di universiti luar negara.
Cadangan seterusnya ialah sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan satu unit di
kementerian pendidikan yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang akan
mengkaji keperluan negara sama ada dari segi keperluan tenaga kerja mahupun dari
segi keperluan tenaga pengajar serta keperluan mewujudkan kursus tertentu bagi
menampung bilangan pelajar yang semakin hari semakin bertambah serta menampung
keperluan oleh sektor swasta mahupun sektor kerajaan bagi menjayakan hasrat
wawasan 2020 yang ingin menjadikan institusi pendidikan satu bidang yang boleh
menampung pengeluaran tenaga kerja sektor industri. Adalah dicadangkan juga, sudah
sampai masanya kerajaan memberi peluang kepada sektor swasta untuk turut sama
mengembangkan bidang pendidikan hari ini. Umpamanya kerajaan mengadakan
program bersama dengan syarikat-syarikat besar dalam menyediakan keperluan
tenaga kerja yang di perlukan hari ini. Sebagai contoh kerjasama diantara Politeknik
Shah Alam dengan Syarikat Matshushita AirCon Sdn Bhd di Shah Alam, dalam
menjalankan program melatih pekerja Matshusita diperingkat sijil dan diploma di
Politeknik Shah Alam dengan menggunakan kurikulum dan tenaga pengajar yang
terdapat di Politeknik Shah Alam. Sementara pihak syarikat akan menanggung
sepenuh perbelanjaan pembelajaran dan kos tenaga pengajar dari Politeknik Shah
Alam. Ini menunjukkan adalah perlu ada kerjasama diantara pihak kerajaan dengan
Syarikat-syarikat besar yang beroperasi di negara ini dalam membangun negara ini.
6. Kesimpulan
Sebagai kesimpulan bagi institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara boleh
dikatakan bahawa, keterjaminan institusi pendidikan di dalam negara adalah lebih
terjamin jika dibandingkan dengan institusi pendidikan tinggi di luar negara. Ini
adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang telah dibincangkan sebelum ini.
Penghantaran pelajar kita ke luar negara juga boleh mendatangkan kesan yang kurang
baik, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini yang mana Malaysia sedang di landa
masalah kegawatan ekonomi. Kesan yang kurang baik yang di maksudkan ini adalah
seperti masalah ekonomi, sosiol, budaya, dan aspirasi negara. Jika pelajar ini diberi

pendidikan di dalam negara, ia mudah untuk dibentuk dengan acuan berasaskan


Malaysia.

7. Rujukan
Dilema Universiti Tempatan. ((1998, Januari 8). Berita Harian, pp. 10.
Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid. (1997, Jun 21). Melonggarkan Sistem
Pendidikan Negara. MASSA, pp. 43-44.
Dr. Abd. Rahman. Abd. Rashid. (1997, April 26). Membaiki Kualiti dan
Peranan IPT. MASSA, pp. 44-45.
Hambali Abdul Latiff. (1986, April 21). Pendidikan Luar Negeri: Mahal
Tetapi Terjamin. Dewan Masyarakat, pp. 44-46.
IPT UK Dilanda Masalah Kewangan. (1996, November 26). Berita
Harian, pp.5.
Mara Tidak Panggil Pelajar Pulang. (1997, Januari 24). Berita Harian,
pp.3.
Negara Perlu Pelajar Berilmu dan Berjiwa Masyarakat. (1998, Mac
22). Berita Harian, pp. 5.
Suffean Hussin. (1996). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem, dan
Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 368-394.
Universiti Suara Hati Masyarakat: Anwar. (1998, MAC 22). Berita
Harian, pp. 8.
Zaini Ujang. (1994, Ogos 21). Universiti Tidak Lagi Penting Di
Britain. Dewan Masyarakat, pp. 28-29.
Zaman IPT Asing Berakhir. (1998, April 27). Berita Harian, pp.9.

You might also like