You are on page 1of 2

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang

hidupharmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada


berbilang etniknamun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah
sehinggamenghancurkan negara.Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan
ialah masalah perpaduan. Iaberkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya,
bahasa dan agama. Setiapkaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa
kebangsaan. Di samping itu,kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu
mahukan agama Islam dijadikanagama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu
menuntut supaya mereka diberikankerakyatan.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkanoleh
sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah
danperintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan
bidangekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya
mewujudkan jurangperbezaan dan menjejaskan perpaduan. [Nazaruddin Mohd Jalil,
2001]
3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum
yangdicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan
pemimpinyang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak
sosial ini jugaturut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu
UMNO, MCA danMIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 tetapidari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud
dalam sejarah negara danpermuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan
negara kita dan seterusnyamenentukan sifat negara.Kontrak sosial sebenarnya
merupakan watikah asas keadilan sosial untuknegara. Keadilan sosial yang
terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukansahaja soal keadilan ekonomi
tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Oleh itu, kontrak sosial yang
dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usahauntuk menegakkan keadilan
sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harusdipelajari oleh kaum bukan
Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 keranamencabar kedudukan orang
Melayu seperti yang termaktub dalam PerlembagaanMalaysia.Teori kontrak sosial
menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah sepertiThomas Hobbes dan John
Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagaisatu perjanjian bersama
di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak inibererti individu-individu
yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untukmemerintah diri sendiri itu
kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal
dengansyarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud
dokumenyg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg
berkaitan dgnkontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn
masyarakat,perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial
apabila diasimilasikanboleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis danditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan)
yang melibatkan semua masyarakat disesebuah negara.Dalam sistem demokrasi
moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya. Pilihan raya merupakan
satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistemdemokrasi berparlimen. Di
Malaysia pilihan raya diadakan setiap lima tahun bagipemerintah menyerahkan
kembali kuasa kepada rakyat.Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu
mendapat mandat barudaripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh
mereka yang layak mengundi.Pada umumnya kontrak sosial mempunyai
kepentingannya yang tersendiri. Dalamkonteks masyarakat majmuk di Malaysia,
kontrak sosial penting untuk mewujudkanmasyarakat yang kental, utuh dan kukuh
berasaskan kesedaran terhadap pentingnyafaham memahami, hormat
menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur.Manfaatnya terjelma dalam
kehidupan sebauah negara yang aman damai dapatdinikmati bersama. Justeru
kontrak sosial adalah semangat dalaman yangkepentingannya tidak semata-mata
dihujahkan dengan bersandarkan perundangan danperbincangan ilmiah, tetapi juga
dari segi hakikat sejarah dan keikhlasan hatimenjunjung hasrat murni sebuah
negara.Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan
perkongsianhidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam
masyarakat majmuk dinegara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau
perjanjian, walaupun adasebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda
mengikut keadaan, namunsegala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan
bersama atau keizinan bersama.Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara
satu pihak sahaja. Semua yang

You might also like