You are on page 1of 14

KANDUNGAN

Bil Butiran Muka Surat

1.0 Isi Kandungan

2.0 Penghargaan

3.0 Pengenalan

4.0 Objektif Kajian

5.0 Lokasi Kawasan Kajian

6.0 Hasil Kajian dan Perbincangn

7.0 Kesimpulan

1
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


pengetua sekolah iaitu Pengetua Puan Chee Hue Yiang memberi kebenaran kepada saya
untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Pieng Lee Ngo selaku
guru Geografi saya dalam usaha menjayakan kerja kursus ini. Beliau telah
mengorbankan banyak masa dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing
saya dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya
yang tercinta iaitu Encik Tang Chok Wen dan Puan Wong Ai Hua kerana memberi
sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kelas
saya U6A1 terutama Jasmine Wong Xin Lin yang memberi dorongan dan memberi
pandangannya kepada saya untuk membantu saya berjaya dalam menyiapkan kerja
kursus saya. Sekian terima kasih kepada semua.

2
1.0 Pengenalan

Sememangnya, hutan merupakan khazanah alam yang tinggi nilainya. Hutan


mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan negara. Tanpa hutan
kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu
ini. Antara peranan hutan kepada masyarakat ialah hutan merupakan kawasan tadahan
air. Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin harian. Selain
itu, hutan juga merupakan habitat bagi flora dan fauna yang juga merupakan sumber
makanan kita. Akhir sekali, peranan hutan dari segi ekonomi ialah mewujudkan sektor
pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara.

Selain itu, pokok-pokok bukan sahaja untuk mencantikkan kawasan tersebut,


malah pokok-pokok tersebut turut mempengaruhi keadaan di sesuatu kawasan. Hal ini
dikatakan demikian kerana pokok-pokok dapat menjalankan proses sejat peluhan untuk
menurunkan suhu sekitar. Bahangan matahari akan ditapis oleh lapisan-lapisan daun
daripada pokok. Jika terdapat banyak pokok, keadaan ini mampu menghasilkan wap air
yang banyak. Kawasan hutan berskala besar akan mempengaruhi cuaca dan pada masa
yang sama turut mempengaruhi keadaan suhu. Seterusnya, peranan hutan juga penting
dalam menyederhanakan suhu. Pokok-pokok berperanan menyerap karbon dioksida di
atmosfera dan menghasilkan oksigen kepada hidupan. Di samping itu, proses fotosintesis
membantu menyingkirkan karbon dioksida dari udara dan membantu mengurangkan
kesan rumah hijau dari berlaku.(Menurut Putri Shazlla Rosman di Era Hijau No.1 2012)

Seterusnya, kajian luar ini dijalankan bertujuan memenuhi kehendak soalan di


sesebuah hutan rekreasi yang mempunyai badan air di Taman Tasik Permai, Sibu,
Sarawak. Kajian luar ini akan dilaksanakan dalam tempoh yang tertentu pada 25 Mei
2019. Calon akan membuat cerapan suhu di 9 stesen di 3 lokasi di Taman Tasik Permai,
Sibu, Sarawak. Semua calon dikehendaki menghasilkan penulisan kerja khusus secara
individu yang berdasarkan soalan tugasan yang dipilih. Selepas calon mengumpul data
yang berkaitan dengan kerja khusus, calon akan mencari maklumat, menapis maklumat
dan memghasilkan penulisan kajian luar. Kita memilih Taman Tasik Permai, Sibu,
Sarawak sebagai tempat kajian kita kerana pemandangan Taman Tasik Permai amat
cantik dan lokasi tersebut sesuai. Tasik ini terkenal bagi sukan air seperti sukan bot

3
kawalan jauh yang juga semakin diminati di Sibu. Taman Tasik Permai menjadi tempat
berkumpulnya peminat sukan ini. Pengunjung boleh menikmati menonton pertandingan
bot kawalan jauh di sini. Pelbagai aktiviti riadah telah dijalankan di sana, termasuk hari
keluarga, jogathon dan bazaar sempena Hari Ramadhan. Taman Tasik Permai juga
menyediakan tempat letak kereta dan kereta motosikal, trek joging, gazebo, taman
permainan kanak-kanak dan kawasan tempat duduk. Ciri fizikal Taman Tasik Permai
ialah mempunyai tanah pamah dan hutan. Di sebelah tasik mempunyai restoran Corridor
Lakeside. Restoran dengan ruang makan yang menghadap ke tasik. Di hadapan ruang
makan, ada seksyen kecil yang dilengkapi dengan kemudahan latihan golf.

4
2.0 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang dicapai ialah:

(i) Melakar peta lokasi stesen cerapan di Taman Tasik Permai, Sibu, Sarawak
(ii) Menguraikan teknik pengukuran ikut stesen cerapan di Taman Tasik Permai,
Sibu, Sarawak
(iii) Mempersembahkan hasil pengukuran suhu mengikut stesen dan masa dalam
bentuk jadual
(iv) Menunjukkan data dalam bentuk graf garis
(v) Menjelaskan pola suhu mengikut lokasi dan masa
(vi) Menghuraikan faktor fizikal yang mempengaruhi suhu di kawasan kajian
(vii) Membincangkan kesan terhadap alam sekitar fizikal sekiranya kawasan kajian
dimajukan dengan lebih pesat

5
3.0 Lokasi Kawasan Kajian

3.1 Latar Belakang Kawasan Kajian

Lokasi kawasan kajian yang dipilih ialah Taman Tasik Permai, Sibu, Sarawak.
Jarak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu ke Taman Tasik Permai ialah 8.5
kilometer. Keluasan Taman Tasik Permai ialah 11 ekar. Terdapat sebuah masjid,
kawasan perumahan, Persatuan Kecederaan Saraf Tunjang Sibu dan premis perniagaan di
sekeliling Taman Tasik Permai. Semua pelajar U6A1 berkumpul di Taman Tasik Permai
pada pukul 8.00 pagi dan akan bermula membuat cerapan suhu pada pukul 8.30 pagi.
Kajian luar ini telah mengambil masa 9 jam.

Taman Tasik Permai digemari oleh banyak penduduk yang tinggal di sekeliling
kawasan perumahan. Hal ini dikatakan demikian kerana penduduk dapat menikmati
pemandangan yang indah, menemani anak-anak bermain, berbual-bual dengan kawan-
kawan dan menikmati makanan di restoran di sebelah tasik. Terdapat banyak ciri fizikal
dan ciri budaya membentuk Taman Tasik Permai.

Ciri Budaya Kawasan Kajian:

Sebelum masuk ke dalam lingkungan Taman Tasik Permai akan nampak sebuah
ruang terbuka yang besar untuk penduduk meletak kereta. Selain itu, ruang terbuka ini
juga untuk orang ramai berkumpul ketika ada program diadakan. Sebelum meraikan Hari
Raya Aidilfitri, sebahagian keluarga yang berkaum orang Melayu atau orang Cina akan
membuka gerai kecil di sebelah tempat letak kereta sebagai pendapatan sampingan
kepada keluarga mereka.

6
Selain itu, Taman Tasik Permai dinamakan taman tasik kerana mempunyai
sebuah tasik tiruan yang besar dikeliling oleh hutan di tengah-tengah. Air yang di dalam
tasik merupakan air yang bertakung untuk mengelakan banjir berlaku ketika musim
tengkujuh.

Di samping itu, Taman Tasik Permai juga mempunyai sebuah taman permainan
kanak-kanak yang besar dan berwarna-warni untuk penduduk mengisi masa lapang.
Penduduk boleh berjoging, bersenam dan berbual-bual di atas laluan pejalan kaki.
Laluan pejalan kaki yang lebar dan panjang membolehkan penduduk berbasikal.

7
Seterusnya, pondok rehat dinamakan gazebo dan tempat duduk juga disediakan
di sebelah laluan pejalan kaki untuk penduduk berehat seketika melihat pemandangan
yang indah. Penduduk boleh beristirehat dan berbual-bual dengan kawan mereka untuk
melegakan tekanan. Jambatan juga disediakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk
penduduk merentasi ke tasik sebelah dan boleh mengambil gambar di atas jambatan.

Tambahan pula, sistem perparitan juga disediakan oleh pihak berkuasa tempatan
untuk mengelakan larian air permukaan yang tinggi. Lampu disepanjang laluan pejalan
kaki turut disediakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk penduduk yang ingin merasa
suasana malam di Taman Tasik Permai. Tong sampah disediakan untuk kemudahan
penduduk membuang sampah.

8
Ciri Fizikal Kawasan Kajian:

Bentuk muka bumi hutan Taman Tasik Permai ialah beralun dan tanah pamah.
Terdapat pelbagai jenis flora seperti daun pakis dan liana yang memanjat pada pokok lain.
Penduduk juga boleh memandang pokok-pokok dan menikmati udara yang segar
sepanjang berjalan di atas jambatan sebagai laluan untuk melalui hutan. Di sini juga
tempat kajian kumpulan kita untuk membuat cerapan suhu.

Tanaman cendawan dan kulat juga dijumpai di hutan Taman Tasik Permai kerana
suhu di hutan lembap. Keadaan ini sesuai cendawan untuk tumbuh. Hutan Taman Tasik
Permai juga berlaku proses sejat peluhan di atas liang-liang daun.

9
3.2 Peta Daerah

Tajuk: Peta Daerah Sibu

Sempadan Kawasan
Daerah Sibu Kajian

Sibu ialah salah satu bandar di Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Ia terletak di
pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 km dari laut. Kebanyakan
penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga
penduduk Bumiputera lain seperti orang Melayu dan Melanau. Mengikut statistik pada
tahun 2016, daerah Sibu mempunyai jumlah penduduk seramai 303,300 orang.

Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah
bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas
kelihatan dari jauh. Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan
baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan titik perjalinan hubungan antara bahagian-
bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu
merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.

Bahagian Sibu telah dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu daerah Sibu, daerah
Kanowit dan daerah Selangau. Daerah Sibu terletak di Lembah Sungai Rajang, sungai
terpanjang di Malaysia iaitu 773 km. Sibu terletak di kawasan tanah rendah yang dilitupi
10
oleh paya, hutan bakau, nipah dan hutan paya. Permukaan bumi ini semakin berbukit-
bukit apabila menuju ke kawasan pedalaman Daerah Selangau. Kedudukan Sibu yang
strategik menjadikannya sebagai pintu masuk utama ke bahagian Kapit, Sarikei dan
Mukah.

11
3.3 Peta Kawasan Kajian

Petunjuk:

Hutan Pondok

Bangunan Rumput-rampai

Jambatan Gelanggang badminton

Laluan pejalan kaki Tandas awam

Tempat letak kereta Restoran

Taman Permainan Kolam rekreasi

Pentas Stesen kajian

Tasik Jeti

12
4.0 Kaedah Kajian

Kaedah kajian juga dibahagikan kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.
Data primer adalah data yang diperoleh atua dikumpulkan secara langsung sendiri melaui
pengukuran, pencerapan dan pemerhatian. Data Sekunder adalah data yang diperoleh
melaui kajian perpustakaan, muat turun bahan berkaitan dari sumber Internet dan
mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta.

4.1 Data Primer

Kaedah pemerhatian dijalankan terhadap kawasan kajian. Seorang telah


menyediakan kertas untuk merekodkan segala maklumat dan data yang diperoleh melalui
proses pemerhatian. Seorang juga mengambil gambar yang berkaitan dengan kajian yang
diadakan untuk dijadikan sebagai bukti pemerhatian.

Kaedah pengukuran dan pencerapan membolehkan seorang untuk merekod dan


menilai bacaan suhu terhadap persekitaran hutan Taman Tasik Permai. Termometer
Minimum dan Maximum, Termometer Dinding dan LCD Digital Termometer Suhu
Kelembapan Meter Hygrometer telah digunakan dalam membuat cerapan suhu.
Termometer tersebut digunakan untuk mengenal pasti perubahan suhu yang berbeza
secara terperinci mengikut stesen pada tiga tempoh yang berbeza di tiga lokasi cerapan
yang berlainan.

4.2 Data Sekunder

Kaedah rujukan perpustakaan dijalankan untuk mendapatkan maklumat sokongan


tentang peranan hutan terhadap suhu di Taman Tasik Permai. Kaedah rujukan
perpustakaan dilakukan dengan merujuk kepada buku bacaan berkaitan Geografi seperti
majalah Era Hijau dan buku rujukan untuk membantu seorang melengkapkan kajian
tersebut.

13
Kaedah melayari Internet untuk seorang memperoleh maklumat tentang kawasan
kajian di Taman Tasik Permai dan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Selain itu,
laman web seperti Wikipedia digunakan untuk mengetahui latar belakang Taman Tasik
Permai dan juga mendapatkan peta kawasan kajian melalui goggle map serta gambar
satelit tentang kawasan kajian.

14

You might also like