You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

Bilangan Butiran Muka surat

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0
PENGHARGAAN

Pada mula-mulanya, saya mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah iaitu Puan
Chee Hue Yiang kerana memberikan galakan dan kebenaran kepada saya untuk menjayakan
kerja kursus saya.

Dalam usaha menlaksanakan kerja kursus ini, saya ingin ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran saya iaitu Puan Pieng Lee Ngo. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam
memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.
Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan
galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Wong Chou Ing dan Puan Chia Yun
Thai jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada
saya sepanjang masa.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kelas saya
U6A1 terutama Cynthia Tang Jung Ling yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta
memberi pandangan dan pendapatnya kepada saya untuk membolehkan saya berjaya dalam
menyiapkan kerja kursus saya.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
1.0 PENGENALAN

Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung
serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks
yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia
dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau,
hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2%
daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan. Hutan ini
banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat
dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak (14.4%) dan Terengganu (37.6%).
Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia adalah hutan hujan tropika.

Hakikatnya, hutan bukan sahaja memainkan peranan sebagai pembekal bahan mentah,
suhu sekitar juga akan dipengaruhi olehnya. Sebagai contoh, hutan akan menyerapkan karbon
dioksida yang akan memerangkap haba. Kemudian, oksigen yang diperlukan oleh hidupan akan
dibebaskan melalui proses fotosintesis. Selain itu, wap air juga akan dibebaskan melalui proses
sejatpeluhan. Wap air mampu menhederhanakan suhu sekitar. Bahangan matahri juga akan
ditapis oleh kanopi-kanopi hutan. Oleh hal demikian, suhu sekitar akan menurun jika hutan
tersebut adalah berskala besar.

Seterusnya, kajian luar dijalankan adalah untuk memenuhi kehendak soalan. Kajian luar
ini telah dijalankan di Taman Tasik Permai yang terletak di Sibu, Sarawak. Taman Tasik Permai
merupakan sebuah tempat rekreasi yang mempunyai badan air iaitu Tasik Permai dan juga hutan.
Kajian luar ini dijalankan pada tempoh yang tertentu iaitu pada 25 Mei 2019. Cerapan suhu
telah dijalankan di 9 stesen yang terletak di 3 lokasi di Taman Tasik Permai. Penulisan kerja
kursus juga dikehendaki untuk disediakan mengikut soalan tugasan yang dipilih. Maklumat juga
dicari dan ditapis selepas pengumpulan data.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang dicapai ialah :

(i) Melakar peta lokasi stesen cerapan di Taman Tasik Permai, Sibu, Sarawak
(ii) Menghuraikan teknik pengukuran suhu mengikut stesen cerapan di Taman Tasik Permai,
Sibu, Sarawak
(iii) Mempersembahkan hasil pengukuran suhu mengikut stesen dan masa dalam bentuk
jadual
(iv) Mempersembahkan data dalam bentuk graf garis
(v) Menjelaskan pola sushu mengikut lokasi dan masa
(vi) Menghuraikan faktor fizikal yang mempengaruhi suhu di kawasan kajian
(vii) Membincangkan kesan terhadap alam sekitar fizikal sekiranya kawasan kajian dimajukan
dengan lebih pesat.

3.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang dipilih ialah Taman Tasik Permai. Taman Tasik Permai ialah paru-
paru hijau yang kedua di Sibu. Taman Tasik Permai adalah usaha oleh Bekas Ketua Menteri
Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan
Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh bersama dengan Majlis Perbandaran Sibu. Jarak dari
Taman Tasik Permai dari ke pusat bandar Sibu ialah 9.1 km dan mengambil kira-kiranya 16
minit untuk sampai ke destinasi. Seterusnya, jarak dari Taman Tasik Permai ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Sibu adalah 8.7 km dan mengambil kira-kiranya 10 minit
untuk sampai ke destinasi. Taman Tasik Permai ialah taman rekreasi yang terkenal di Sibu.

Keluasan Taman Tasik Permai ialah 11 ekar dengan 33 tempat letak kereta, trek joging,
tempat letak kereta motosikal, gazebo, taman permainan kanak-kanak, kawasan duduk dan
lain-lain. Taman Tasik Permai mempunyai tasik, pancutan air dan juga landskap yang indah
dan sesuai untuk tujuan rekreasi. Terdapat juga sebuah restoran yang terletak di tepi Tasik
Permai iaitu Lakeside Corridor Restaurant. Banyak pelanggan terutamanya penduduk di
sekitar datang untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang indah di situ.

3.1 Ciri budaya di Taman Tasik Permai

Gambar 1 : Pentas rekreasi Gambar 2 : Tandas Awam

Pentas rekreasi ini sering digunakan untuk menganjurkan pelbagai jenis aktiviti seperti
pertandingan merentas desa, pertandingan melukis dan aktiviti perayaan oleh penduduk yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Seterusnya, pentas rekreasi ini juga menarik jurugambar untuk
merakam gambar di kawasan ini. Selain itu, tandas awam yang dibina juga memudahkan ramai
pelawat yang melawat atau menjalankan aktiviti rekreasi di situ.
Gambar 3 : Pondok untuk menikamti pemandangan

Pondok ini memudahkan ramai pelawat untuk menikmati pemandangan tasik yang amat
indah. Kedudukan pondok yang strategik dan pemandangan yang indah juga menarik
jurugambar yang professional untuk merakam gambar di sini.

Gambar 4 : Pondok beristirahat

Pondok ini memudahkan ramai pelawat beristirahat di sini dan menjalankan aktiviti
rekreasi seperti merakam gambar, menikmati pemandangan dan barbeku di sini.
Gambar 5 : Jambatan rekreasi

Pembinaan jambatan yang terletak di lokasi yang strategik telah menarik ramai pelawat
berkunjung ke situ untuk berjalan-jalan, berjoging dan berbasikal. Pemandangan yang amat
indah di kawasan ini juga menarik jurugambar untuk merakam gambar di situ.

Gambar 6 : Trek jogging

Trek jogging itu membolehkan ramai pelawat untuk berjalan-jalan atau berjoging di situ
sambil menikmati pemandangan yang indah.

3.2 Ciri fizikal di Taman Tasik Permai


Gambar 7 : Tasik Permai

Pemandangan yang amat indah di situ sering menarik jurugambar merakam gambar di situ.
Selain itu, pelbagai jenis pertandingan telah dijalankan di situ seperti pertandingan merakam
gambar pemandangan dan juga pertandingan lumba motosikal air

Gambar 8 : Akar pokok


Gambar 9 : Pokok-pokok ‘Lipstick Palm’

Gambar 10 : Cendawan

Gambar 11 : Flora
3.2 Peta Daerah

Sempadan
daerah

Kawasan
Kajian
Skala = 1: 20km

Petunjuk :

Sempadan daerah Sibu

Kawasan kajian

Arah mata angin


3.3 Peta kawasan kajian

Petunjuk :

Pentas Pondok

Restoran Tasik

Hutan Jalan raya

Taman permainan Laluan pejalan kaki

Tempat letak kereta

Jambatan

Jeti

Kolam rekreasi

Tandas Awam
4.0 Kaedah kajian

Dalam kajian ini, maklumat berbentuk data primer dan data sekunder telah diperoleh melalui
pelbagai kaedah:

4.1 Data primer

4.1.1 Kaedah pemerhatian

Kaedah pemerhatian telah dijalankan terhadap kawasan kajian. Kertas telah disediakan
untuk merekodkan segala maklumat dan data yang diperoleh melalui proses pemerhatian.
Sesi pergambaran juga dijalankan untuk mengambil gambar yang berkaitan dengan kajian.
Sesi pergambaran telah menggunakan kamera dan juga telefon pintar.

4.1.2 Kaedah pengukuran

Bacaan suhu terhadap persekitaran hutan Taman Tasik Permai telah diperoleh melalui
kaedah pengukuran dan pencerapan. Termometer Minimum dan Maximum, Termometer
Dinding dan LCD Digital Termometer Suhu Kelembapan Meter Hygrometer telah
digunakan dalam cerapan suhu. Termometer tersebut digunakan untuk mengenal pasti
perubahan suhu secara terperinci dengan mengikut stesen. Pencerapan suhu telah dijalankan
pada tiga tempoh yang berbeza di tiga lokasi cerapan suhu yang berbeza.

Gambar 11 : Higrometer digital


4.2 Data sekunder

4.2.1 Rujukan

Pelbagai maklumat telah diperoleh melalui rujukan. Rujukan yang digunakan seperti majalah Era
Hijau dan Kosmos, buku rujukan yang terdapat di perpustakaan.

4.2.2 Laman web

Laman web juga digunakan untuk mencari segala maklumat yang berkaitan dengan kajian untuk
melengkapkan laporan kajian. Lawan web yang digunakan seperti Google Map agar mendapat
peta daerah. Seterusnya, laman web seperti Google dan Yahoo juga digunakan untuk mencari
maklumat yang berkaitan dengan kajian. Maklumat yang dicari akan ditapis dan diperbaiki.

You might also like