You are on page 1of 22

KANDUNGAN

Bil Butiran Muka Surat

1.0 Isi Kandungan

2.0 Penghargaan

3.0 Pengenalan

4.0 Objektif Kajian

5.0 Lokasi Kawasan Kajian

6.0 Hasil Kajian dan Perbincangn

7.0 Kesimpulan

PENGHARGAAN

1
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pengetua sekolah iaitu Pengetua Puan Chee Hue Yiang memberi kebenaran kepada saya
untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Pieng Lee Ngo selaku
guru Geografi saya dalam usaha menjayakan kerja kursus ini. Beliau telah mengorbankan
banyak masa dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalam
menyempurnakan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang tercinta
iaitu Encik Tang Chok Wen dan Puan Wong Ai Hua kerana memberi sokongan moral dan
kewangan kepada saya sepanjang masa.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kelas
saya U6A1 terutama Jasmine Wong Xin Lin yang memberi dorongan dan memberi
pandangannya kepada saya untuk membantu saya berjaya dalam menyiapkan kerja kursus
saya. Sekian terima kasih kepada semua.

2
1.0 Pengenalan

Kajian ini bertajuk ‘Pengaruh Alam Sekitar Terhadap Pola Suhu Setempat’: Kajian
Kes Di Taman Tsik Permai, Sibu, Sarawak. Pola suhu dipengaruhi oleh beberapa factor
seperti bentuk muka bumi, litupan permukaan bumi, tiupan angina dan warna tanah.
Sememangnya, hutan merupakan khazanah alam yang tinggi nilainya. Hutan
mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan negara. Tanpa hutan
kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu
ini. Antara peranan hutan kepada masyarakat ialah hutan merupakan kawasan tadahan air.
Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin harian. Selain itu,
hutan juga merupakan habitat bagi flora dan fauna yang juga merupakan sumber makanan
kita. Akhir sekali, peranan hutan dari segi ekonomi ialah mewujudkan sektor
pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara.

Selain itu, pokok-pokok bukan sahaja untuk mencantikkan kawasan tersebut,


malah pokok-pokok tersebut turut mempengaruhi keadaan di sesuatu kawasan. Hal ini
dikatakan demikian kerana pokok-pokok dapat menjalankan proses sejat peluhan untuk
menurunkan suhu sekitar. Bahangan matahari akan ditapis oleh lapisan-lapisan daun
daripada pokok. Jika terdapat banyak pokok, keadaan ini mampu menghasilkan wap air
yang banyak. Kawasan hutan berskala besar akan mempengaruhi cuaca dan pada masa
yang sama turut mempengaruhi keadaan suhu. Seterusnya, peranan hutan juga penting
dalam menyederhanakan suhu. Pokok-pokok berperanan menyerap karbon dioksida di
atmosfera dan menghasilkan oksigen kepada hidupan. Di samping itu, menurut Putri
Shazlla Rosman dalam Era Hijau No.1 2012 menyatakan bahawa proses fotosintesis
membantu menyingkirkan karbon dioksida dari udara dan membantu mengurangkan kesan
rumah hijau dari berlaku.

Seterusnya, kajian luar ini dijalankan bertujuan memenuhi kehendak soalan di


sesebuah hutan rekreasi yang mempunyai badan air di Taman Tasik Permai, Sibu,
Sarawak. Kajian luar ini akan dilaksanakan dalam tempoh yang tertentu pada 25 Mei
2019. Calon akan membuat cerapan suhu di 9 stesen di 3 lokasi di Taman Tasik Permai,
Sibu, Sarawak. Semua calon dikehendaki menghasilkan penulisan kerja khusus secara
individu yang berdasarkan soalan tugasan yang dipilih. Selepas calon mengumpul data
yang berkaitan dengan kerja khusus, calon akan mencari maklumat, menapis maklumat
dan memghasilkan penulisan kajian luar. Kita memilih Taman Tasik Permai, Sibu,

3
Sarawak sebagai tempat kajian kita kerana pemandangan Taman Tasik Permai amat cantik
dan lokasi tersebut sesuai. Tasik ini terkenal bagi sukan air seperti sukan bot kawalan
jauh yang juga semakin diminati di Sibu. Taman Tasik Permai menjadi tempat
berkumpulnya peminat sukan ini. Pengunjung boleh menikmati menonton pertandingan
bot kawalan jauh di sini. Pelbagai aktiviti riadah telah dijalankan di sana, termasuk hari
keluarga, jogathon dan bazaar sempena Hari Ramadhan. Taman Tasik Permai juga
menyediakan tempat letak kereta dan kereta motosikal, trek joging, gazebo, taman
permainan kanak-kanak dan kawasan tempat duduk. Ciri fizikal Taman Tasik Permai
ialah mempunyai tanah pamah dan hutan. Di sebelah tasik mempunyai restoran Corridor
Lakeside. Restoran dengan ruang makan yang menghadap ke tasik. Di hadapan ruang
makan, ada seksyen kecil yang dilengkapi dengan kemudahan latihan golf.

4
2.0 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang dicapai ialah:

(i) Melakar peta lokasi stesen cerapan di Taman Tasik Permai, Sibu, Sarawak
(ii) Menguraikan teknik pengukuran ikut stesen cerapan di Taman Tasik Permai,
Sibu, Sarawak
(iii) Mempersembahkan hasil pengukuran suhu mengikut stesen dan masa dalam
bentuk jadual
(iv) Menunjukkan data dalam bentuk graf garis
(v) Menjelaskan pola suhu mengikut lokasi dan masa
(vi) Menghuraikan faktor fizikal yang mempengaruhi suhu di kawasan kajian
(vii) Membincangkan kesan terhadap alam sekitar fizikal sekiranya kawasan kajian
dimajukan dengan lebih pesat

5
3.0 Lokasi Kawasan Kajian

3.1 Latar Belakang Kawasan Kajian

Lokasi kawasan kajian yang dipilih ialah Taman Tasik Permai, Sibu, Sarawak.
Jarak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu ke Taman Tasik Permai ialah 8.5
kilometer. Keluasan Taman Tasik Permai ialah 11 ekar. Terdapat sebuah masjid,
kawasan perumahan, Persatuan Kecederaan Saraf Tunjang Sibu dan premis perniagaan di
sekeliling Taman Tasik Permai. Semua pelajar U6A1 berkumpul di Taman Tasik Permai
pada pukul 8.00 pagi dan akan bermula membuat cerapan suhu pada pukul 8.30 pagi.
Kajian luar ini telah mengambil masa 9 jam.

Taman Tasik Permai digemari oleh banyak penduduk yang tinggal di sekeliling
kawasan perumahan. Hal ini dikatakan demikian kerana penduduk dapat menikmati
pemandangan yang indah, menemani anak-anak bermain, berbual-bual dengan kawan-
kawan dan menikmati makanan di restoran di sebelah tasik. Terdapat banyak ciri fizikal
dan ciri budaya membentuk Taman Tasik Permai.

Ciri Budaya Kawasan Kajian:

Sebelum masuk ke dalam lingkungan Taman Tasik Permai akan nampak sebuah
ruang terbuka yang besar untuk penduduk meletak kereta. Selain itu, ruang terbuka ini
juga untuk orang ramai berkumpul ketika ada program diadakan. Sebelum meraikan Hari
Raya Aidilfitri, sebahagian keluarga yang berkaum orang Melayu atau orang Cina akan
membuka gerai kecil di sebelah tempat letak kereta sebagai pendapatan sampingan kepada
keluarga mereka.

6
Selain itu, Taman Tasik Permai dinamakan taman tasik kerana mempunyai sebuah
tasik tiruan yang besar dikeliling oleh hutan di tengah-tengah. Air yang di dalam tasik
merupakan air yang bertakung untuk mengelakan banjir berlaku ketika musim tengkujuh.

Di samping itu, Taman Tasik Permai juga mempunyai sebuah taman permainan
kanak-kanak yang besar dan berwarna-warni untuk penduduk mengisi masa lapang.
Penduduk boleh berjoging, bersenam dan berbual-bual di atas laluan pejalan kaki. Laluan
pejalan kaki yang lebar dan panjang membolehkan penduduk berbasikal.

7
Seterusnya, pondok rehat dinamakan gazebo dan tempat duduk juga disediakan di
sebelah laluan pejalan kaki untuk penduduk berehat seketika melihat pemandangan yang
indah. Penduduk boleh beristirehat dan berbual-bual dengan kawan mereka untuk
melegakan tekanan. Jambatan juga disediakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk
penduduk merentasi ke tasik sebelah dan boleh mengambil gambar di atas jambatan.

Tambahan pula, sistem perparitan juga disediakan oleh pihak berkuasa tempatan
untuk mengelakan larian air permukaan yang tinggi. Lampu disepanjang laluan pejalan
kaki turut disediakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk penduduk yang ingin merasa
suasana malam di Taman Tasik Permai. Tong sampah disediakan untuk kemudahan
penduduk membuang sampah.

8
Ciri Fizikal Kawasan Kajian:

Bentuk muka bumi hutan Taman Tasik Permai ialah beralun dan tanah pamah.
Terdapat pelbagai jenis flora seperti daun pakis dan liana yang memanjat pada pokok lain.
Penduduk juga boleh memandang pokok-pokok dan menikmati udara yang segar
sepanjang berjalan di atas jambatan sebagai laluan untuk melalui hutan. Di sini juga
tempat kajian kumpulan kita untuk membuat cerapan suhu.

Tanaman cendawan dan kulat juga dijumpai di hutan Taman Tasik Permai kerana
suhu di hutan lembap. Keadaan ini sesuai cendawan untuk tumbuh. Hutan Taman Tasik
Permai juga berlaku proses sejat peluhan di atas liang-liang daun.

9
3.2 Peta Daerah

Tajuk: Peta Daerah Sibu

Sempadan Kawasan
Daerah Sibu Kajian

Sibu ialah salah satu bandar di Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Ia terletak di
pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 km dari laut. Kebanyakan
penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga
penduduk Bumiputera lain seperti orang Melayu dan Melanau. Mengikut statistik pada
tahun 2016, daerah Sibu mempunyai jumlah penduduk seramai 303,300 orang.

Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah
bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas
kelihatan dari jauh. Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan
baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan titik perjalinan hubungan antara bahagian-
bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu
merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.

Bahagian Sibu telah dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu daerah Sibu, daerah
Kanowit dan daerah Selangau. Daerah Sibu terletak di Lembah Sungai Rajang, sungai
terpanjang di Malaysia iaitu 773 km. Sibu terletak di kawasan tanah rendah yang dilitupi
oleh paya, hutan bakau, nipah dan hutan paya. Permukaan bumi ini semakin berbukit-
bukit apabila menuju ke kawasan pedalaman Daerah Selangau. Kedudukan Sibu yang

10
strategik menjadikannya sebagai pintu masuk utama ke bahagian Kapit, Sarikei dan
Mukah.

11
3.3 Peta Kawasan Kajian

12
4.0 Kaedah Kajian

Kaedah kajian juga dibahagikan kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.
Data primer adalah data yang diperoleh atua dikumpulkan secara langsung sendiri melaui
pengukuran, pencerapan dan pemerhatian. Data Sekunder adalah data yang diperoleh
melaui kajian perpustakaan, muat turun bahan berkaitan dari sumber Internet dan
mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta.

4.1 Data Primer

Kaedah pemerhatian dijalankan terhadap kawasan kajian. Seorang telah


menyediakan kertas untuk merekodkan segala maklumat dan data yang diperoleh melalui
proses pemerhatian. Seorang juga mengambil gambar yang berkaitan dengan kajian yang
diadakan untuk dijadikan sebagai bukti pemerhatian.

Kaedah pengukuran dan pencerapan membolehkan seorang untuk merekod dan


menilai bacaan suhu terhadap persekitaran hutan Taman Tasik Permai. Termometer
Minimum dan Maximum, Termometer Dinding dan LCD Digital Termometer Suhu
Kelembapan Meter Hygrometer telah digunakan dalam membuat cerapan suhu.
Termometer tersebut digunakan untuk mengenal pasti perubahan suhu yang berbeza
secara terperinci mengikut stesen pada tiga tempoh yang berbeza di tiga lokasi cerapan
yang berlainan.

4.2 Data Sekunder

Kaedah rujukan perpustakaan dijalankan untuk mendapatkan maklumat sokongan


tentang peranan hutan terhadap suhu di Taman Tasik Permai. Kaedah rujukan
perpustakaan dilakukan dengan merujuk kepada buku bacaan berkaitan Geografi seperti
majalah Era Hijau dan buku rujukan untuk membantu seorang melengkapkan kajian
tersebut.

Kaedah melayari Internet untuk seorang memperoleh maklumat tentang kawasan


kajian di Taman Tasik Permai dan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Selain itu,

13
laman web seperti Wikipedia digunakan untuk mengetahui latar belakang Taman Tasik
Permai dan juga mendapatkan peta kawasan kajian melalui google map serta gambar
satelit tentang kawasan kajian.

14
5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan

Kajian luar ini dijalankan bertujuan memenuhi kehendak soalan di sesebuah hutan
rekreasi yang mempunyai badan air di Taman Tasik Permai, Sibu, Sarawak. Kajian luar
ini akan dilaksanakan dalam tempoh yang tertentu pada 25 Mei 2019 dan berkumul di
Taman Tasik Permai pada pukul 8.00 pagi. Sebelum ini, guru bersama dengan beberapa
pelajar telah melawat ke sana untuk memilih lokasi yang sesuai dilabelkan sebagai stesen
untuk membuat cerapan suhu. Cerapan suhu akan dijalankan mengikut tiga tempoh masa
yang berbeza iaitu 0830 pagi, 1230 tengah hari dan 1530 petang di Taman Tasik Permai,
Sibu, Sarawak. Kawsan lapangan di tempat letak kereta, kawasan badan air iaitu tasik dan
kawasan hutan dipilih sebagai kawasan kajian. Kawasan kajian akan dilekatkan kertas
yang dilabelkan dengan ada sembilan stesen dan setiap kawasan ada 3 stesen. Stesen-
stesen tersebut telah diletakkan di tiga kawasan iaitu kawasan Tasik Permai, kawasan
hutan dan kawasan lapangan Taman Tasik Permai.

15
5.1 Melakar Peta Lokasi Stesen Cerapan

16
5.2 Teknik Pengukuran

Stesen cerapan di 3 lokasi terdiri daripada kawasan lapangan tempat letak kereta,
kawasan badan air tasik dan kawasan hutan. Kawasan lapangan tempat letak kereta dipilih
sebagai lokasi kajian kerana permukaan bersimen dan bertar mampu mempengaruhi suhu
sekitar. Permukaan kawasan lapangan akan menerima cahaya matahari yang banyak
desebabkan kurang litupan tumbuhan. Kawasan badan air tasik dipilih sebagai lokasi
kajian kerana sumber air berfungsi menyederhanakan suhu sekitar. Kewujudan air akan
mempengaruhi suhu sekitar dengan berlaku perubahan kelembapan bandingan. Kawasan
hutan dipilih sebagai lokasi kajian kerana tumbuh-tumbuhan akan membebaskan wap air.
Pembebasan wap air yang banyak akan mempengaruhi suhu sekitar. Dalam kajian ini,
LCD Digital Termometer Suhu Kelembapan Meter Hygrometer telah digunakan untuk
membuat cerapan suhu. Pada mulanya, butang buka telah ditekankan. Suhu dan
kelembapan akan digambarkan pada skrin. Apabila suhu menjadi stabil selepas 2 minit,
suhu itu telah dibaca dan dicatat bagi tiga masa berbeza.

17
5.3 Hasil Pengukuran

Lokasi / Masa 0830 1230 1530


Stesen Unit(°C)
Lokasi 1 A 30.4 31.5 35.5
(Kawasan B 31.1 32.2 34.0
Badan Air ) C 31.0 31.5 33.5
Purata Suhu 30.83 31.73 34.33
Lokasi 2 A 29.9 32.0 35.0
(Kawasan B 29.8 31.8 34.0
Hutan ) C 30.4 31.0 33.5
Purata Suhu 30.03 31.6 34.17
Lokasi 3 A 32 33.4 37.0
(Kawasan B 32 35.0 38.0
Lapangan) C 31.5 35.4 38.0
Purata Suhu 31.83 34.6 37.67

5.4 Data dalam Bentuk Graf Garis

18
5.5 Menjelaskan Pola Suhu Mengikut Lokasi dan Suhu

Cerapan suhu dijalankan di 3 lokasi kajian iaitu kawasan badan air, kawasan hutan
dan kawasan lapangan mengikut masa yang berbeza.

Suhu untuk kawasan badan air di stesen 1 telah dicatat 30.4°C, stesen 2 telah
dicatat 31.1°C dan 31.0°C di stesen 3 pada pukul 8.30 pagi masing-masing. Purata suhu
bagi pukul 8.30 pagi ialah 30.83°C. Selain itu, pada pukul 12.30 tengah hari, stesen 1
telah dicatat 31.5°C, 32.2°C di stesen 2 dan 31.5°C di stesen 3. Purata suhu bagi pukul
12.30 tengah hari ialah 31.73°C. Pada pukul 3.30 petang, purata suhu ialah 34.33 °C
kerana stesen 1 telah dicatat 35.5°C dan 34.0°C di stesen2 dan stesen 3 telah dicatat 33.5°C.

Seterusnya, suhu bagi kawasan hutan di stesen 1 ialah 29.9°C, 29.8°C di stesen 2
dan stesen 3 telah dicatat 30.4°C pada pukul 8.30 pagi. Purata suhu pada pukul 8.30 pagi
ialah 30.03°C. Selain itu, pada pukul 12.30 tengah hari stesen 1 telah dicatat 32.0°C dan
stesen 2 telah dicatat 31.8°C serta 31.0°C di stesen 3. Purata suhu bagi pukul 12.30 tengah
hari ialah 31.6°C. Di samping itu, bagi pukul 3.30 petang, 35.0 °C telah dicatat di stesen 1,
34.0°C untuk stesen 2 dan 33.5°C untuk stesen 3. Purata suhu bagi pukul 3.30 petang
ialah 34.17°C.

Lebih-lebih lagi, suhu untuk kawasan lapangan telah dicatat 32.0°C bagi stesen 1
dan 2 serta 31.5°C bagi stesen 3 pada pukul 8.30 pagi. Purata suhu untuk masa 8.30 pagi
ialah 31.83°C. Selain itu, stesen 1 telah dicatat 33.4°C dan stesen 2 telah dicatat 35.0°C
serta stesen 3 telah dicatat 35.4°C pada pukul 12.30 tengah hari. Purata suhu bagi masa
12.30 tengah hari ialah 34.6°C. Tambahan pula, suhu di stesen 1 ialah 37.0°C dan stesen 2
dan 3 telah dicatat 38.0°C. Purata suhu bagi masa 3.30 petang ialah 37.67°C.

Purata suhu di kawasan lapangan semakin meningkat dalam kadar yang besar dan
dicatat sebagai suhu yang tertinggi antara 3 lokasi manakala purata suhu di kawasan hutan
dicatat terendah walaupun suhu semakin meningkat.

19
5.6 Faktor Fizikal yang Mempengaruhi Suhu di Kawasan Kajian

Berdasarkan data yang diperolehi di Taman Tasik Permai, Sibu, Sarawak, didapati
bahawa suhu persekitaraan berbeza bagi setiap stesen. Suhu berbeza di setiap stesen
disebabkan beberapa faktor.

a) Faktor Tumbuh-Tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan dapat mempengaruhi suhu persekitaran di kawasan kajian.
Hala ini dikatakan demikian kerana proses sejatpeluhan banyak berlaku di sana.
Proses sejatpeluhan akan membebaskan wap air yang banyak ke atmosfera. Oleh
itu, kawasan yang dilutupi oleh banyak pokok, suhu akan lebih rendah daripada
kawasan yang kurang litupan tumbuhan. Lebih-lebih lagi, hutan bertindak sebagai
penutup bumi semula jadi dan melindungi tanah daripada dipancar oleh cahaya
matahari. Selain itu, proses fotosintesis membantu menyingkirkan karbon dioksida
dari udara dan membantu mengurangkan kesan rumah hijau dari berlaku. Hal ini
membuktikan bahawa pokok bertindak sebagai penyerap dan menyimpan karbon
dioksida pada daun, batang dan akar. Tambahan pula, pokok juga memerangkap
habuk dan asap yang berbahaya seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida dari
udara. Hasilnya, peranan pokok sebagai penyerap dapat mengurangkan kandungan
karbon dioksida di atmosfera dan secara langsung menyederhanakan suhu sekitar.
b) Faktor landskap fizikal. Permukaan tanah yang tanah pamah dan tanah paya akan
mempengaruhi suhu sekitar. Tanah pamah menerima cahaya matahari yang
banyak manakala tanah paya tidak mudah membolehkan cahaya matahari
menembusinya. Hal ini dikatakan demikian kerana permukaan tanah pamah
adalah rata, cahaya matahari akan mudah dipantul balik. Sebaliknya, permukaan
tanah paya yang tidak rata mengandungi air tidak dapat memantulkan cahaya
matahari kerana bahangan banyak diserap.

20
5.7 Kesan Terhadap Alam Sekitar Fizikal Sekiranya Kawasan Kajian Dimajukan
dengan Lebih Pesat.

a) Kesan peningkatan suhu. Suhu menjadi tinggi kerana kawasan hijau menjadi
kurang untuk pembinaaan bangunan konkrit. Pembinaan bangunan secara rapat dan jalan
berturap akan memerangkap haba pada siang hari menyebabkan suhu meningkat.
Sesebuah kawasan dimajukan juga meningkatkan jumlah kenderaan. Pertambahan
kenderaan juga mengeluarkan asap pencemar seperti karbon monoksida dan karbon
dioksida yang banyak. Bahan-bahan terampai ini memyebabkan berlakunya peningkatan
suhu kerana asap ini menjadi selimut kepada bumi.

b) Kesan kerosakan habitat flora dan fauna. Hutan sebagai tempat tinggal kepada
flora dan fauna. Jika kawasan hutan dimajukan, haiwan-haiwan akan mengalami
kekurangan sumber makanan keranan rantaian makanan telah digganggu. Haiwan-haiwan
akan berpindah ke tempat lain untuk mencari habitat yang sesuai. Akhir sekali, flora dan
fauna akan mati dan mengalami kepupusan. Kesannya, generasi muda tidak berpeluang
menyaksikan spesies flora dan fauna yang istimewa.

21
6.0 Kesimpulan

22

You might also like