You are on page 1of 9

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27 91009 TAWAU, SABAH

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN AIR DAERAH TAWAU

ANJURAN: JABATAN SAINS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN AIR DAERAH TAWAU Pismp Sains Ambilan Januari 2010

1.0

TAJUK Lawatan Sambil Belajar Ke Jabatan Air Daerah Tawau

2.0

DIKEMUKAKAN OLEH Para guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan (PISMP) Sains Ambilan Januari 2010 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah.

3.0

PENDAHULUAN Dalam kursus Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE3114), kami perlu menjalankan satu lawatan yang mana wajib dilaksanakan bagi memenuhi syarat proforma dalam kursus tersebut. Tugasan projek ini dilaksanakan secara berpasangan atau berkumpulan mengikut tajuk tugasan yang telah diberi.

Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang dan masing-masing mempunyai tugas yang telah ditentukan. Kumpulan kami telah memilih untuk melaksanakan satu lawatan sambil belajar berkaitan dengan pencemaran air dan perlu mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk merawat pencemaran berkenaan. Lawatan sambil belajar yang dilaksanakan ini memberi peluang kepada kumpulan kami untuk memahami serta memperoleh seberapa banyak maklumat yang ada berkaitan dengan masalah pencemaran air

Sebagaimana yang kita sedia maklum, lawatan sambil belajar merupakan suatu kaedah inkuiri sains yang sesuai digunakan dengan pengajaran topik-topik persekitaran dalam sains. Dengan menjalankan pembelajaran berasaskan lawatan sambil belajar, ia membolehkan seseorang memahami fenomena yang dikaji itu dengan sebaik mungkin.

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN AIR DAERAH TAWAU Pismp Sains Ambilan Januari 2010

Lawatan ini melibatkan pengumpulan data dan beberapa kaedah boleh digunakan semasa menjalankan lawatan sambil belajar tersebut. Kumpulan kami telah memilih beberapa kaedah bagi memperoleh data semasa menjalankan lawatan sambil belajar ini. Kaedah tersebut adalah kaedah pemerhatian dan juga temu bual.

4.0

MATLAMAT Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Pengarah IPG Kampus Tawau untuk mendapat kelulusan melaksanakan lawatan ke Jabatan Air Daerah Tawau. Matlamat utama projek ini adalah untuk melatih guru pelatih untuk merancang serta mengelola sesuatu lawatan di Jabatan Air Daerah Tawau. Selain itu juga, diharapkan agar lawatan ini dapat memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru supaya dapat mengenalpasti tahap kualiti sungai di daerah Tawau.

5.0 OBJEKTIF a) Mengenalpasti tahap kualiti air sungai-sungai yang terdapat di daerah Tawau. b) Mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk merawat pencemaran air. c) Mengumpul maklumat untuk mengenal pasti pencemar air yang utama. d) Menjalankan pembelajaran berasaskan projek untuk memperoleh maklumat dan pengetahuan tentang konsep dalam aktiviti dan tugasan yang dilaksanakan. e) Menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. f) Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek

pengurusan dalam mengadakan lawatan luar. g) Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan,

akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN AIR DAERAH TAWAU Pismp Sains Ambilan Januari 2010

6.0 TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT Tarikh Hari Masa Tempat : 01 Ogos 2013 : Khamis : 2.00 3.45 petang : Jabatan Air Daerah Tawau

5 7.0 TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN AIR DAERAH TAWAU

MASA HARI

2.00 PETANG

2.00 3.30 PETANG

3.30-3.45 PETANG

3.45 PETANG

KHAMIS (01 OGOS 2013)

Ketibaan guru pelatih

Lawatan ke sekitar kawasan loji penapisan air Sesi soal jawab

Majlis penutupan Penyampaian cenderahati Bersurai

6 8.0 KUMPULAN SASARAN 6 orang guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah. Senarai nama guru pelatih yang akan menyertai lawatan sambil belajar ke Jabatan Air daerah Tawau adalah seperti yang berikut : a) Eric Spencer Benedict b) Edna Vianney Jenis c) Merlyn Loyola d) Danny Tinggu e) Allesandro Albert f) Ahmad Shahril Sintam

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN AIR DAERAH TAWAU Pismp Sains Ambilan Januari 2010

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung Pn. Hajah Masni Binti Madat Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau En. Anuar Bin Ahmad Penaung Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Penyelaras Pn.Normadiah Bokoh Pn.Lina Thomas Pn.Idarmawati Ahmad En.Ruslan Mapeala AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Eric Spencer Benidict Naib Pengerusi Edna Vianney Jenis Setiausaha Merlyn Loyola Naib setiausaha Danny Tinggu Ahli Jawatankuasa Perhubungan Allesandro Albert Ahmad Shahril Bin Sintam Ahli Jawatankuasa Dokumentasi Edna Vianney Jenis, Merlyn Loyola, Allesandro Albert

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN AIR DAERAH TAWAU Pismp Sains Ambilan Januari 2010

10.0 Rumusan Melalui lawatan ini diharapkan agar guru pelatih mampu mempelajari sedikit sebanyak tentang proses-proses penapisan air dan juga kaedah-kaedah yang digunakan untuk merawat pencemaran air seperti mana yang terkandung di dalam objektif-objektif lawatan sambil belajar ini. Justeru itu, diharap agar lawatan sambil belajar ini dapat melahirkan bakal guru yang prihatin terhadap isu pencemaran air dan mampu mengambil langkah-langkah bagi proses pemuliharaan air terutamanya air sungai. Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

9 Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

-------------------------------------------(MERLYN LOYOLA) Sce 3114 Sains, Teknologi dan Masyarakat Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah Disokong

----------------------------------------------------(NORMADIAH BOKOH) Penyelaras Projek, Sce 3114 Sains, Teknologi dan Masyarakat Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah

Disahkan Oleh,

-------------------------------------------(LINA THOMAS@TUPANG) Ketua Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah

Diluluskan Oleh,

--------------------------------------(ANUAR AHMAD) Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah

You might also like