You are on page 1of 5

SMK PEKAN KUALA PENYU

SABAH
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2015
"A JOURNEY TO REMEMBER"
TEMPAT:
SMK DATUK PETER MOJUNTIN
HARI / TARIKH
JUMAAT AHAD (9 - 11 OKTOBER 2015 )
ANJURAN
UNIT ASRAMA
SMK PEKAN KUALA PENYU

1. PENDAHULUAN

Institusi Asrama sinonim sebagai tempat alternatif bagi pelajar untuk memfokuskan
diri dalam proses pembelajaran dan bebas daripada gangguan-gangguan di rumah.
Sehubungan dengan itu, mereka juga lebih terdedah kepada memahami teori semata-mata
tanpa pendedahan kepada pengalaman sebenar. Oleh itu, Unit Asrama SMK Pekan Kuala
Penyu akan mengadakan lawatan sambil belajar ke SMK Datuk Peter Mojuntin dan
Universiti Malaysia Sabah dengan harapan para pelajar ini boleh mempraktikkan ilmu teori
mereka dalam kehidupan di samping dapat menimba pengalaman-pengalaman berguna
dalam kehidupan mereka. Program ini merupakan satu landasan untuk memberi pendedahan
dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar asrama terutama mengenai
pengurusan asrama. Selain itu, diharapkan penyelia asrama serta warden dapat mengambil
inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam mengurus dan mentadbir unit
asrama SMK Pekan Kuala Penyu dengan lebih berkesan.
2. OBJEKTIF LAWATAN
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Membuka minda pelajar dengan suasana dan pengalaman baru.


Membina keyakinan diri pelajar melalui aktiviti sosial yang dijalankan sepanjang
lawatan.
Memupuk semangat cintakan asrama dikalangan pelajar asrama.
Memberi motivasi dan galakan kepada pelajar asrama untuk memperbaiki dan
meningkatkan akademik dan sahsiah mereka.
Mengeratkan hubungan antara guru-guru dan pelajar.

3. DESTINASI
i.
ii.
iii.

Asrama SMK Datuk Peter Mojuntin


Universiti Malaysia Sabah
Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut

4. PELAKSANAAN LAWATAN
Tarikh:
Hari:
Masa:

9 -11 Oktober 2015


Jumaat - ahad
7.00 pagi (bertolak dari sekolah)

5. KUMPULAN SASARAN
a) Pelajar - pelajar asrama SMK Pekan Kuala Penyu:
b) Warden:
c) Ketua unit-unit asrama
JUMLAH
Rujuk lampiran 1
6. PENDAPATAN / PERBELANJAAN
PENDAPATAN
6.1
Peruntukan asrama:
JUMLAH

RM7633
RM7633

ANGGARAN PERBELANJAAN

31 orang pelajar
3 orang
7 orang
41 orang

6.2

Makanan:

6.3
6.4

Air Mineral
Bayaran masuk:
i. Muzium Marin
Cenderahati
JUMLAH

6.5

RM16 x 40 x 2 hari
RM10 x 40
RM12 x 4 kotak

= RM1280
= RM400
= RM48

RM2.00 x 31
RM28 x 4

= RM62
= RM140
RM1930

7. JAWATANKUASA PELAKSANA
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat
En. Ab Mastan Bin Haji Ahmad
Pengetua
Pengerusi
En. Redwann Abdullah
Penolong Kanan HEM
Pengarah Program
En. Sabtu Bin Madan
Ketua Warden SMKPKP
Setiausaha 1 Program
Cik Hamizah Binti Abdul Murat
Warden Asrama SMKPKP
Setiausaha 2 Program
Cik Roszillah Yahya
Biro Bimbingan dan Kaunseling Asrama SMKPKP
Bendahari
Puan Azmah Bin Usah
Penyelia Asrama SMKPKP

AJK PELAKSANA
Ajk Pengangkutan
En. Sabtu Madan
Pn. Azmah Usah
Ajk Makanan Dan Minuman
Pn. Azmah Usah
Cik Roszillah Yahya
Ajk Disiplin
En. Abdul Ghaffar Ismail
En. Mohd Irewan Mat Zaini
Ajk Dokumentasi
Cik Hamizah Abdul Murat

DESKRIPSI TUGAS
menghubungi pihak bas - sebuah bas, bayaran,
memastikan bas mempunyai permit dan insurans
memastikan kedudukan pelajar semasa di dalam bas.
Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang
lawatan.
Memastikan
dijalankan.

disiplin

pelajar

sepanjang

aktiviti

Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi


(kamera, video-cam) dan

Cik Roszillah Yahya

Ajk Keselamatan Dan Kebersihan


En. Sabtu Bin Madan
Cik Hamizah Abd Murat

mendokumentasikan
berlangsung.

aktiviti

sepanjang

program

Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program


berjalan.
Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first
aid.
Memastikan kebersihan sepanjang perjalanan dan
penginapan.

8. TENTATIF LAWATAN
Rujuk lampiran 2
9. PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada pelajar-pelajar asrama SMK Pekan Kuala Penyu. Melalui program ini juga pelajar
diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakanrakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada
masa hadapan.
Oleh itu, Unit Asrama SMK Pekan Kuala Penyu berharap agar segala usaha dan
perancangan yang dilakukan untuk menjayakan program lawatan sambil belajar " A Journey
To Remember" ini dapat mendapat kerjasama sewajarnya daripada pihak-pihak yang terlibat
dan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga lawatan ini memberi
manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh
____________________
(HAMIZAH ABDUL MURAT)
Setiausaha Program Lawatan Sambil Belajar
Disemak oleh
____________________
(EN. REDWAN BIN ABDULLAH)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Pekan Kuala Penyu
Disahkan oleh
___________________
(EN. AB MASTAN BIN HAJI AHMAD)

Pengetua
SMK Pekan Kuala Penyu

You might also like