You are on page 1of 3

Pengetua,


SMK Bandar Putra



Jalan Nuri 9,
Bandar Putra,
81000 Kulai,

Johor 26hb Februari 2019

Tuan,

Perkara : Memohon Kebenaran Khas Pelepasan Anak Keluar Asrama untuk Tusyen
Bahasa Inggeris

Dengan segala hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas saya Dzulqariza Bin
Razali ingin memohon jasa baik tuan untuk membenarkan anak saya Zariff Iskandar Bin
Dzulqariza dari Kelas 4 SRT 2 untuk tusyen di luar.

2. Untuk makluman tuan, tusyen tersebut merupakan 1 to 1 Tuition iaitu guru tusyen
akan datang ke rumah saya. Guru Tusyen tersebut juga merupakan guru sekolah.
Justeru itu, masa bagi tusyen tersebut hanya boleh dilaksanakan pada hujung
minggu iaitu Jumaat atau Sabtu. Tusyen akan diadakan sebagaimana ketetapan
berikut:

Tarikh : Seminggu 1 kali (Setiap Sabtu)


Masa : 10 pagi – 11.30 pagi
Tempat : No. 12484, Jalan Tekukur 1, Bandar Putra

3. Untuk pengetahuan tuan juga, Mohd Naqib bin Rosli dari Kelas 4 PN 1 juga akan
turut serta untuk sesi tusyen 1 to 1 tersebut di rumah saya.

4. Saya akan mengambil Zariff Iskandar Bin Dzulqariza dan Mohd Naqib bin Rosli di
asrama dan akan terus menghantar mereka terus ke asrama sejurus tamat tusyen
tersebut. Saya juga akan bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

5. Semoga permohonan saya ini dapat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak
tuan.

Sekian terima kasih. 


Yang Benar,

......................................
Dzulqariza Bin Razali 
 (741207-05-5593)
Pengetua,

SMK Bandar Putra

Jalan Nuri 9,
Bandar Putra,
81000 Kulai,

Johor 26hb Februari 2019

Tuan,

Perkara : Memohon Kebenaran Khas Pelepasan Anak Keluar Asrama untuk Tusyen
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

Dengan segala hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas saya Dzulqariza Bin
Razali ingin memohon jasa baik tuan untuk membenarkan anak saya Nurul Izzah
Farhanah Binti Dzulqariza dari Kelas 2 USM untuk tusyen di luar.

2. Untuk makluman tuan, tusyen tersebut merupakan 1 to 1 Tuition iaitu guru tusyen
akan datang ke rumah saya. Guru Tusyen bagi B.M & B.I tersebut juga merupakan
guru sekolah. Justeru itu, masa bagi tusyen tersebut hanya boleh dilaksanakan
pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu. Tusyen akan diadakan sebagaimana
ketetapan berikut:

Masa : Jumaat - 4.00 petang – 6.30 petang (B.M)


Sabtu - 10.30 pagi – 12.30 tengahari (B.I)
Ahad - 8.30 malam – 10.15 malam (Maths)
Selasa - 8.30 malam – 10.15 malam (Sains)

Tempat : No. 12484, Jalan Tekukur 1, Bandar Putra



6. Saya akan mengambil Nurul Izzah Farhanah Binti Dzulqariza di asrama dan akan
terus menghantar beliau terus ke asrama sejurus tamat tusyen tersebut. Saya juga
akan bertanggungjawab atas keselamatan beliau.

7. Semoga permohonan saya ini dapat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak
tuan.

Sekian terima kasih. 


Yang Benar,
......................................
Dzulqariza Bin Razali 
 (741207-05-5593)

You might also like