You are on page 1of 1

TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2

ISBN: 978-983-3879-77-9

TEKS PRA-U Bahasa Melayu Kertas 2 Karangan

Tajuk 13
Di Malaysia, perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina diisytiharkan kerajaan sebagai cuti yang panjang yang kadang-kadang melebih 10 hari. Bincangkan kesan perisytiharan cuti yang panjang ini kepada kita. Kehendak Soalan Calon diminta menghuraikan kebaikan dan keburukan cuti panjang kepada rakyat negara ini. Calon tidak harus membincangkan kesan baik sahaja, sebaliknya mestilah juga membincangkan kesan buruknya.

Isi-isi
Kesan baiknya Memberikan kesempatan kepada rakyat yang tinggal jauh pulang ke kampung halaman. Membolehkan rakyat menghabiskan masa yang lebih lama bersama dengan ibu bapa dan keluarga mereka. Membolehkan suami isteri yang berkerjaya membuat persediaan akhir. Kesan buruknya Menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana cuti yang panjang mendorong rakyat semua bangsa pulang ke kampung halaman. Bilangan kenderaan yang meningkat di lebuh raya/jalan raya memungkinkan meningkatnya kemalangan jalan raya yang mungkin meragut nyawa. Produktiviti pelbagai sektor menurun kerana tempoh kerja dalam bulan terbabit yang singkat (10-15 hari sebulan). Urusan jabatan kerajaan terjejas kerja-kerja berkaitan pelesenan, pembayaran bil, dan sebagainya terjejas.

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007

You might also like