You are on page 1of 33

NOTA TINGKATAN 3:PMR

Kemahiran Geografi : Kedudukan


Garisan Timuran dan Garisan Utaraan

1. Dalam peta topografi garisan melintang dan garisan menegak dikenali
sebagai garisan grid.
2. Garisan grid yang dilukis secara menegak disebut garisan timuran dan
garisan grid yang dilukis secara mendatar disebut garisa utaraan.
3. Garisan timuran dinomborkan dari barat ke timur, seperti rajah di bawah:


4. Garisan utaraan dinomborkan dari selatan ke utara. Seperti rajah di
bawah.

5. Nombor-nombor garisan timuran dan garisan utaraan dikenali sebagai panduan
grid(PG) atau rujukan grid (RG).

6. Kedudukan sesuatu ciri geografi atau objek boleh ditentukan dengan membaca
panduan grid atau rujukan grid. Apabila membaca panduan grid, nilai garisan
timuran di sebut dahulu dan diikuti oleh nilai garisan utaraan.


Panduan Grid Empat Angka dan Enam Angka

1. Panduan grid empat angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu
tempat atau kawasan dalam segiempat sama dalam peta topo.

2. Bagi panduan grid empat angka, dua angka bagi garisan timuran dibaca dahulu
dan diikuti oleh dua angka bagi garisan utaraan.

3. Contoh:-

4. Panduan grid enam angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di atas
peta topo.
5. Bagi panduan grid enam angka, tiga angka bagi garisan timuran dibaca
dahulu dan diikuti oleh tiga angka bagi garisan utaraan.
1. Contoh:-

Tempat PG 6 angka
A 218123
B 210120


Rumusan
Peta Konsep


- untuk menyatakan kedudukan untuk menyatakan kedudukan
sesuatu tempat sesuatu titik

Cara-cara Menyatakan Ketinggian dan Keratan Rentas
Cara

Makna
a. lorekan dan ton

Kawasan tinggi - lorekan padat dan hitam
Kawasan rendah - lorekan jarang dan cerah

b. warna Tanah tinggi - warna gelap seperti coklat, hitam, merah
dan ungu
Tanah rendah - warna hijau
Sederhana tinggi - warna kuning

c. stesen trigonometri

Tanda ini terdapat di kawasan gunung atau bukit
. 300 - bermakna ketinggian gunung ialah 300 meter dari
aras laut.


d. titik ukur tinggi


ditunjukkan dengan satu titik dalam peta
biasanya menunjukkan ketinggian bukit-bukit yang rendah
- 100 bermakna ketinggian tempat itu ialah 100 meter dari
aras laut


e. tanda aras atau
batu aras


tanda ini dilukis dengan anak panah
diletakkan di sepanjang jalan raya, jalan keretapi dan di tepi
sungai.
- 100 bermakna ketinggian tempat itu ialah 100 meter
dari aras laut.


f. hasyur


garisan-garisan yang pendek dan tebal menunjukkan cerun
yang curam
garisan-garisan yang panjang dan nipis menunjukkan cerun
yang landai.
Tidak menunjukkan ketinggian dengan tepat, hanya
anggaran sahaja.

g. garisan bentuk Garisan-garisan yang dilukis secara berputus-putus pada
peta.
Tidak menunjukkan ketinggian denga tepat, hanya anggaran
sahaja.


h. garisan kontur


Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua
tempat yang mempunyai ketinggian yang sama .
Menunjukkan ketinggian dengan tepat
Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk muka bumi
di sesuatu tempat.
Garisan kontur berwarna coklat.
Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali
sebagai selang tinggi





Garisan Kontur dan Cerun
Jarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan bentuk cerun.
a. cerun curam - garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain.
b. cerun landai - garisan garisan kontur jarang di antara satu sama lain.
c. Cerun cembung garisan kontur jarang di atas dan rapat di bawah.
d. Cerun cekung garisan kontur rapat di atas dan jarang di bawah
e. Cerun sekata garisan kontur sama jarak di antara satu sama lain.
f. Cerun bertangga garisan kontur berselang-seli di antara rapat dan jarang
Garisan Kontur dan Bentuk Muka Bumi
Garisan kontur juga boleh menggambarkan pelbagai jenis bentuk muka bumi melalui
keratan rentas.
a. tebing tinggi - garisan kontur berhampiran tepi pantai.
b. susuh bukit - garisan kontur berbentuk V dengan hujungnya menghala ke tanah rendah.
c. dataran tinggi - garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian tengahnya kosong.
d. rabung - garisan kontur membujur dan rapat
e. lurah - garisan kontur berbentuk V dengan hujungnya menghala ke tanah tinggi.
f. genting dan pelana garisan kontur bagi genting dan pelana adalah sama tetapi bagi
pelana tidak ada sungai mengalir turun darinya.
Cara Melukis Keratan Rentas Garisan Kontur
Langkah 1 : Lukis garisan lurus melintangi garisan kontur dari A ke B
Langkah 2 : Tandakan pada titik-titik di mana garisan kontur bersilang dengan garisan AB
Langkah 3 : i. Lukis sebuah rangka segi empat tepat di bawah garisan kontur
ii. Panjang rangka adalah sama dengan garisan AB
iii. Lukis garisan-garisan melintang selari dengan garisan A B
iv. Buat skala menegak untuk ketinggian

Langkah 4 : Lukis garisan-garisan serenjang di managarisan-garisan serenjang
bertemu dengan garisan-garisan melintang pada rangka
Langkah 5 : Sambungkan titik-titik bagi membentuk lengkungan






PMR > Geografi Bahan Arkib 2002
Kemahiran Geografi : Arah :- Jenis-jenis Bearing

2. Cara yang paling tepat untuk menentukan arah adalah dengan menggunakan
kompas
magnetik.

- Arah mata angin pada kompas di baca mengikut arah pusingan jam iaitu dari utara (0)
- Tiap-tiap mata angin kompas mempunyai nilai sudut dalam unit darjah.


1. Bearing ialah arah sesuatu tempat dari tempat lain yang diukur dalam unit
darjah.
2. Kompas magnetik dan jangka sudut boleh digunakan untuk mengukur
bearing.
3. Kompas magnetik SILVA merupakan kompas yang paling sesuai digunakan
di sekolah.
4. Dalam peta topografi, bearing ditentukan dengan menggunakan jangka sudut.


Peta Konsep



Kemahiran Geografi : Skala :- Jenis-jenis Skala
1. Skala ialah nisbah di antara jarak yang diberi
dalam peta dengan jarak sebenar di atas
permukaan tanah.
2. Terdapat tiga jenis skala iaitu skala lurus,
skala penyata dan skala pecahan
pengimbang.
3. Skala lurus adalah satu garisan yang lurus
yang dibahagikan kepada beberapa bahagian
yang sama.

Contoh:-


4. Skala penyata adalah skala yang dinyatakan
dalam bentuk pernyataan.

Contoh:- 1 cm mewakili 5 km


5. Skala pecahan pengimbang adalah skala
yang dinyatakan dalam bentuk nisbah.

Contoh:- 1 : 100 000


Kemahiran Geografi : Skala dan Jarak
1. Peta topografi mempunyai maklumat mengenai ciri-ciri budaya dan ciri-
ciri fizikal.
2. Ciri-ciri budaya merujuk kepada ciri-ciri buatan manusia seperti jalan
raya, jalan kereta api, petempatan, pertanian, perindustrian dan lain-lain
lagi.
3. Ciri fizikal merujuk kepada bentuk-bentuk muka bumi semula jadi seperti
tanah tinggi, tanah pamah, sungai dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
4.

5.

6. Langkah-langkah mentafsir peta topografi ialah:-

a) Perhatikan tajuk peta yang di beri(jika ada)

b) menyatakan kawasan, kedudukan dan arah kawasan

c) anggarkan luas kawasan

d) Kaji ciri-ciri fizikal kawasan kajian

e) Kaji ciri-ciri penggunaan tanah dengan merujuk kepada simbol-
simbol
yang digunakan seperti simbol untuk tumbuhan semula jadi,
tanaman,
perlombongan, petempatan dan perhubungan.
7.
Tanaman Bentuk muka
bumi

Petempatan Ciri-ciri lain
Padi Tanah pamah
rendah dan
rata

Berjajar di
sepanjang tali
air dan
tetambak

Parit, tali air,
benteng, lorong
jalan kaki
Kelapa sawit Tanah pamah
beralun dan
lereng bukit
rendah

berkelompok Jalan kereta api
ringan dan jalan
tidak berturap
Getah Tanah pamah Kebun kecil Lorong jalan
beralun dan
lereng bukit
rendah

berselerak

Ladang -
berkelompok
atau berpusat

kaki, sekolah,
klinik dan kuil.
8. Saling kaitan antara tanaman, bentuk muka bumi dan petempatan

Kemahiran Geografi : Peta
Mentafsir Peta Topografi
1. Peta topografi mempunyai maklumat mengenai ciri-ciri budaya dan ciri-ciri
fizikal.
2. Ciri-ciri budaya merujuk kepada ciri-ciri buatan manusia seperti jalan raya,
jalan kereta api, petempatan, pertanian, perindustrian dan lain-lain lagi.
3. Ciri fizikal merujuk kepada bentuk-bentuk muka bumi semula jadi seperti
tanah tinggi, tanah pamah, sungai dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
4.


5.


6. Langkah-langkah mentafsir peta topografi ialah:-
(a) perhatikan tajuk peta yang di beri(jika ada)
(b) menyatakan kawasan, kedudukan dan arah kawasan
(c) anggarkan luas kawasan
(d) Kaji ciri-ciri fizikal kawasan kajian
(e) Kaji ciri-ciri penggunaan tanah dengan merujuk kepada simbol-simbol
yang digunakan seperti simbol untuk tumbuhan semula jadi, tanaman,
perlombongan, petempatan dan perhubungan
7. Contoh:-


Tanaman Bentuk Muka Bumi Petempatan Ciri-ciri Lain
Padi Tanah pamah
rendah dan rata

Berjajar di
sepanjang tali air
dan tetambak

Parit, tali air,
benteng, lorong
jalan kaki
Kelapa sawit Tanah pamah
beralun dan lereng
bukit rendah

berkelompok Jalan kereta api
ringan dan jalan
tidak berturap
Getah Tanah pamah
beralun dan lereng
bukit rendah

Kebun kecil
berselerak
Ladang -
berkelompok atau
berpusat

Lorong jalan kaki,
sekolah, klinik dan
kuil.
Saling kaitan antara tanaman, bentuk muka bumi dan petempatan

Kemahiran Geografi : Jadual dan Graf
PETA KONSEP

Jenis-jenis Graf Palang
Data adalah maklumat-maklumat berbentuk angka yang dikumpulkan
setelah membuat kajian tentang sesuatu perkara.
Untuk membolehkan data dibaca dan mudah difahami, data-data perlu
disusun semula dalam bentuk jadual.
Berdasarkan jadual, pelbagai jenis graf palang boleh dihasilkan.
Contoh:-

Gred Mata Pelajaran
Geografi

2000

2001

2002

Gred A 63 75 80
Gred B 48 54 65
Jumlah 111 129 145

Jadual menunjukkan bilangan gred A dan gred B bagi mata pelajaran Geografi
dari tahun 2000-2002, di sekolah P.
Melukis Graf Palang Berganda
terdapat dua palang dalam satu himpunan.
(a) lukiskan garisan menegak dan garisan melintang
(b) garisan menegak mewakili bilangan gred dan garisan melintang
mewakili tahun. Labelkan kedua-dua garisan ini.
(c) Tentukan skala bagi garisan menegak iaitu 1 cm mewakili 10.
(d) Bagi garisan melintang, bahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahun
2000, 2001 dan 2002.
(e) Tandakan nilai-nilai bilangan gred A dan gred B bagi tahun 2000
2001 dalam graf dan lukiskan palang-palang.
(f) Bezakan palang gred A dan palang gred B dengan lorekan yang
berlainan.
(g) Lengkapkan graf dengan petunjuk dan tajuk.
(h) Buat tafsiran berdasarkan graf palang berganda yang dihasilkan.

Melukis Graf Palang Majmuk
mempunyai beberapa bahagian dalam satu palang.
(a) lukiskan garisan menegak dan melintang dan labelkan.
(b) Tentukan skala.
(c) Bahagikan garisan melintang kepada tahun-tahun 2000, 2001 dan
2002.
(d) Lukiskan palang biasa untuk menunjukkan jumlah gred A dan
gred B bagi setiap tahun.
(e) Bahagikan setiap palang kepada dua bahagian mengikut jumlah
setiap jenis gred pada tahun yang berkenaan.
(f) Perkara yang paling banyak di wakili oleh palang di bahagian
bawah. Dalam contoh ini , jumlah gred A ditandakan dahulu dan
diikuti oleh jumlah gred B.
(g) Lengkapkan graf dengan lorekan, petunjuk , tajuk dan buat
tafsiran.

Melukis Graf Palang Mendatar
dilukis secara mendatar.
(a) Lukiskan garisan menegak dan garisan mendatar.
(b) Garisan menegak mewakili tahun dan garisan melintang mewakili
bilangan sekolah.
(c) Tentukan skala.
(d) Untuk garisan menegak, bahagikan kepada 3 bahagian untuk
tahun.
(e) Tandakan nilai-nilai pada graf dan lukiskan palang-palang secara
mendatar.
(f) Lengkapkan graf dengan lorekan, petunjuk , tajuk dan buat
tafsiran.
(g)

Kemahiran Geografi : Graf Garis
Graf Garis Berganda
1. Graf garis berganda adalah graf yang mempunyai beberapa garisan yang dilukis
di dalamnya dengan menggunakan paksi yang sama.
2. Melukis graf garis berganda:-
lukiskan garisan menegak dan garisan melintang
garisan menegak mewakili suhu dan garisan mendatar mewakili bulan
tentukan skala yang sesuai , contohnya 1 cm mewakili 1 C
bahagikan garisan melintang kepada 12 bulan
tandakan suhu-suhu bagi setiap stesen dan sambungkan semua titik untuk
mendapatkan satu garisan
lengkapkan graf dengan tajuk dan petunjuk
buat tafsiran bagi graf garis berganda yang telah dilukis
3. Contoh data yang telah disusun dalam bentuk jadual:-

Stesen Suhu
J F M A M J J O S O N D
Q 27 27 27 27 27 27 27 27 27 27 27 26
R 26 26 26 27 27 27 27 26 27 27 26 26
Jadual menunjukkan suhu bulanan bagi stesen Q dan R.
Langkah-langkah melukis graf garis berganda.

Bilangan gred A dan gred B bagi mata pelajaran Geografi di sekolah X dari tahun 1999
2001.
Langkah 1

Lukis garisan menegak dan melintang
Label garisan menegak untuk bilangan dan garisan mendatar untuk
tahun

Langkah 2

Tentukan skala yang sesuai bagi garisan menegak
[1 cm mewakili 20]
Bagi garisan melintang, bahagikan kepada 3 bahagian untuk
mewakili tahun

Langkah 3

Bilangan gred A dan gred B bagi mata pelajaran Geografi di sekolah X dari tahun 1999
2001.
Tandakan x di tempat-tempat yang sesuai berdasarkan jadual
Sambungkan semua titik untuk mendapatkan satu garisan
Lengkapkan dengan tajuk


Kemahiran Geografi : Carta Pai
Melukis dan Mentafsir Carta Pai.
1. Carta pai merupakan satu bulatan yang bernilai 360, yang dibahagikan
kepada beberapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya.
2. Carta pai boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar
peratusan.
3. Saiz bulatan menggambarkan jumlah keseluruhan ciri yang
dikemukakan.
4. Cara melukis carta pai:-

i. kumpulkan data
ii. tukarkan data kepada bentuk peratus
iii. tukarkan peratus kepada sudut sektor bulatan
iv. lukis bulatan besar dan bahagikannya kepada beberapa bahagian
mengikut sudut sektor bulatan
v. labelkan tiap-tiap sektor
vi. lengkapkan carta dengan tajuk yang sesuai.
5. Contoh:-
Lukis carta pai untuk menunjukkan maklumat dalam jadual di bawah.


Kaum Bilangan
Penduduk
Peratus () Sudut Sektor ()
Melayu 10 012 100 50.6 182
Cina 5 373 800 27.2 98
India 1 521 200 7.7 28
Lain-lain 2 873 400 14.5 52
Jumlah 19 780 500 100 360

Taburan Penduduk Malaysia Mengikut Kaum

Cara Melukis Carta Pai
Kaum Bilangan
Melayu 16
Cina 10
India 10
Lain-lain 4
Jumlah 40
Komposisi pelajar di dalam kelas 3A mengikut kaum.

Langkah 1
Bilangan pelajar ditukarkan kepada peratus.
x 100
Kaum Bilangan (%)
Melayu 40
Cina 25
India 25
Lain-lain 10
Jumlah 100

Langkah 2
Peratus ditukarkan kepada sudut sektor, iaitu:
x 360 = 144
Kaum Bilangan (%)
Melayu 144
Cina 90
India 90
Lain-lain 36
Jumlah 100

Langkah 3
Lukis satu bulatan dan bahagikan bulatan mengikut sudut-sudut sektor.


Kemahiran Geografi : Gambar Rajah
MENTAFSIR GAMBAR RAJAH

Langkah-langkah Mentafsir Gambar Rajah
(a) Perhatikan tajuk yang menerangkan perkara yang digambarkan.
(b) Teliti susunan atau urutan arah anak panah dan nombor serta keterangan-
keterangan ringkas yang diberi.
PETA KONSEP



Dinamik Penduduk dan Implikasinya <![endif]>
Tajuk tajuk yang dibincangkan di dalam topik ini ialah:
a. Taburan penduduk dan faktor-faktor yang mempengaruhinya
b. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk
c. Usaha-usaha untuk meningkatkan mutu hidup penduduk

1. Negara yang mempunyai ramai penduduk ialah:
i. China
ii. India
iii. Indonesia
iv. Jepun
v. Bangladesh

2. Jumlah penduduk yang paling sedikit
- Brunei, Bahrain dan Qatar.

3. Kepadatan penduduk yang paling tinggi
- Singapura dan Hong Kong

4. Kepadatan penduduk yang paling rendah
- Mongolia.

5. Taburan penduduk Asia tidak sekata iaitu:



SEBAB-SEBAB
a. Padat di

1. delta sungai
2. tanah pamah
3. dataran pantai
4. lembangan
sungai

- tanah subur
- infrastruktur lengkap
- peluang pekerjaan
- perindustrian
- rata dan beralun



b. Jarang di
1. hutan dan paya
2. kawasan
pergunungan
3. gurun panas

- kasap
- terpencil
- saliran buruk
- tidak subur
- tiada kemudahan awam


6. Taburan penduduk di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh:
a. iklim
b. bentuk muka bumi
c. dasar kerajaan
d. kesuburan tanah
e. sumber mineral

7. Kadar pertumbuhan penduduk dipengaruhi oleh:
a. kadar kelahiran
b. kadar kematian
c. migrasi

Faktor Sebab meningkat Sebab menurun
Kadar kelahiran a. kahwin awal/muda
b. kemajuan
perubatan
c. dasar kerajaan
d. kepercayaan
agama
e. taraf hidup tinggi
a. kahwin lewat
b. amalan
perancangan
keluarga
c. dasar kerajaan
d. pentingkan kerjaya
e. kepercayaan
agama
Kadar kematian a. taraf kesihatan
rendah
b. kebuluran
c. peperangan
d. bencana alam
e. kemudahan
kesihatan kurang
a. kemajuan
perubatan
b. pengetahuan
kesihatan tinggi
c. makanan berzat
dan seimbang
d. politik stabil
e.

8. Migrasi merupakan proses penghijrahan yang melibatkan perubahan tempat
tinggal dalam suatu jangka masa yang agak lama.


9. Migrasi:



10. Kesan-kesan pertumbuhan penduduk
- kadar pertambahan penduduk yang melebihi kadar pengeluaran
makanan akan menyebabkan masalah:

i. Kekurangan makanan dan kebuluran cth. Bangladesh
ii. Penurunan kadar kesihatan
iii. Pengangguran seperti di India dan Bangladesh
iv. Kekurangan kemudahan sosial
v. penurunan taraf hidup


11. Usaha-usaha meningkatkan mutu hidup di Asia.

i. Revolusi hijau

untuk meningkatkan hasil
pengeluaran pertanian seperti di
India, Filipina dan Indonesia.

pengeluaran pertanian
ditambah dengan menggunakan
baka benih yang tahan lasak dan
berhasil tinggi, menggunakan
baja kimia serta racun serangga.
ii. peluang pekerjaan negara Asia memajukan sektor
perkilangan untuk menyediakan
peluang pekerjaan.
iii. program perancangan keluarga dilaksanakan untuk
menggalakkan keluarga yang
kecil seperti di China.
iv. membina rumah-rumah kos rendah untuk mengurangkan masalah
setinggan.
v. rancangan transmigrasi iaitu pemindahan penduduk dari kawasan
yang ramai penduduk ke kawasan yang kurang penduduk.
vi. kemudahan pendidikan ditingkatkan untuk mengatasi masalah buta
huruf.
vi. kemudahan sosial seperti hospital, klinik, sekolah, bekalan air dan
elektrik ditambah



KEMAHIRAN GEOGRAFI : ARAH DAN KEDUDUKAN
ARAH
1. Kompas magnetik ialah alat mudah untuk menentukan arah dengan
lebih
tepat.
2. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjukkan ke arah utara magnet
kerana tarikan magnetik bumi.
3. Kompas mempunyai empat arah mata angin utama iaitu:
a) utara (0 / 360 )
b) selatan ( 180 )
c) timur (90)
d) barat (270)

4. Selain itu, terdapat juga empat mata angin tambahan iaitu:
a) timur laut (45)
b) tenggara(135)
c) barat laut(315)
d) barat daya (225)

5. Cara menggunakan kompas magnetik:-
a) kompas magnetik diletakkan di atas permukaan yang rata
b) tentukan jarum kompas magnetik berada tepat pada tanda arah
mata
angin utara-selatan
c) baca arah pada kompas magnetik


6. Kelebihan menggunakan kompas magnetik:
a) mudah di bawa kerana kecil dan ringan
b) boleh menyatakan arah dengan tepat


GARIS LINTANG DAN GARIS BUJUR

GARIS LINTANG GARIS BUJUR
1. Dilukis dari timur ke barat secara
selari pada peta atau glob

1. Dilukis dari kutub utara dan kutub
selatan pada peta atau glob
2. Tidak sama panjang

2. Di beri nilai dalam unit darjah
3. Garisan khatulistiwa - paling
panjang
3. Garisan bujur 0 yang melalui
Bandar Greenwich dekat London
disebut meridian pangkal

4. Di beri nilai dalam unit darjah 4. Garis bujur 180 T/B disebut
garisan tarikh antarabangsa

5. Garis-garis lintang utama:
a. garisan artik
b. garisan sartan
c. garisan khatulistiwa
d. garisan jadi
e. garisan antartik



MENENTUKAN KEDUDUKAN
1. Titik persilangan garis lintang dan garis bujur menentukan kedudukan
sesuatu tempat pada peta atau glob.


2. Apabila menyatakan kedudukan sesuatu tempat:
a) garis lintang disebut dahulu
b) kemudian diikuti oleh garis bujur



MENENTUKAN WAKTU PIAWAI DAN WAKTU TEMPATAN
1. Garis bujur digunakan untuk mengira waktu.
2. Waktu piawai di Meridian pangkal di sebut Waktu Min Greenwich(WMG).
3. Semua tempat yang terletak pada garis bujur yang sama mempunyai
waktu
yang sama.
4. Perbezaan waktu tempatan ialah:
a) 1 jam(60 minit) bagi setiap 15 garis bujur.
b) 4 minit bagi setiap 1 garis bujur.

5. Waktu tempatan akan bertambah 1 jam bagi setiap 15 garis bujur, ke
arah
timur.

6. Waktu tempatan lewat(tolak 1 jam) bagi setiap 15 garis bujur, ke arah
barat
dari Waktu Min Greenwich.

7. Garisan Tarikh Antarabangsa menentukan pertukaran tarikh antara
zon
waktu barat dan zon waktu timur.


MENGIRA WAKTU TEMPATAN
1. Waktu tempatan sesuatu tempat dapat ditentukan berdasarkan Waktu Min
Greenwich.



2. Contoh soalan:
Kirakan waktu tempatan di Kuala Lumpur(102T), jika
waktu
di Meridian Greenwich(0) ialah 12.00 tengah hari.


Pengiraan:-
Langkah 1 kirakan perbezaan garis bujur antara Kuala
Lumpur
dan Meridian Greenwich iaitu 102201=0
Langkah 2 - perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan
Meridian Greenwich ialah

102 4 minit = 480 minit
48060 = 6 jam 48 minit

Langkah 3 - 12.00 tengah hari tambah 6 jam 48 minit =6.48
pm

You might also like