You are on page 1of 15

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.

Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya.

Tujuan
1. Supaya dapat mencari jalan dimerata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah. 2. Supaya dapat memahami keterangan yang diberikan di atas peta. 3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam penyampaian maklumat dan perintah berkenaan pergerakan dan arahan.

Terdapat pelbagai jenis Peta yang digunakan antaranya ialah climate maps, physical maps, road maps dan lain-lain lagi, yang paling kerap digunakan ialah topographic dan kangnido maps. WARNA DALAM PETA Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :Hitam ciri-ciri buatan manusia & batu Perang kontor & jalanraya Kuning keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka Putih keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari Hijau keadaan tumbuhan :berjalan/redah Biru kawasan berair

Peta Kangnido ("Peta Bersejarah Bersepadu Negeri-negeri

dan Bandar-bandar"), dihasilkan di Korea berasaskan sumber China pada tahun 1402, oleh Gim Sa-hyeong, Li Mu and Li Hoi. Peta tersebut menunjukkan secara sepenuhnya Dunia Lama, dari Eropah dan Afrika di barat, kepada Korea dan Jepun di timur dengan Cina terlebih besar di tengah, pada masa mendahului penjelajahan Eropah pertama,dan lebih awal berbanding Laksamana Cheng Ho, mencadangkan pengetahuan mendalam geografi dan penjelajahan semenjak awal lagi.

CONTOH PETA KANGNIDO

Peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden . Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa persamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.

Ketepatan Peta
1. Peta adalah gambaran tanah yang dilukis mengikut sukatan. Walaubagaimanapun tepat peta dibuat, ia adalah gambaran tanah untuk masa peta dibuat. Perubahan-perubahan berikut mungkin telah berlaku sejak ianya disemak. a) Pekan , jalanraya dan jalan keretapi mungkin telah dibangun dan di bina. b) Hutan / kebun mungkin telah dipotong atau ditukat kepada pertanian jenis lain. c) Garisan pantai mungkin telah berubah akibat hakisan. d) Sungai Arah perjalanan sungai mungkin telah berubah akibat perubahan manusia atau hakisan.

Bentuk muka bumi


Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :Susuh bukit (spur) sejalur tanah yang menganjur keluar Ceruk (re-entrant) berlawanan dengan susuh bukit Permatang (ridge) tanah tinggi yang memanjang Pelana (saddle) suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.

Garisan Grid
Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).

Utara Peta
Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut. Mengukur Jarak Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris skil kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.

Maklumat digarisan luar peta. 1. Tajuk Peta selalunya pekan yang penting atau kawasan. 2. Bilangan peta yang tepat untuk dibuat rujukan. Ia mengandungi no. siri, no. syit dan cetakan. 3. Nama penerbit dan tarikh diterbitkan. 4. Garisan sukatan atau sekil. Boleh dibaca di dalam batu, ela dan kilometer. 5. Nama pencetak dan tarikh cetakan. 6. Penunjuk kepada peta-peta penyambung dan peta sempadan negeri lain. 7. Petunjuk peta. 8. Rajah perubahan yang tepat dari utara grid ke utara sebenar. Perubahan tahunan disegi perubahan megnetik diberi disini. 9. Penerangan bagaimana mengambil rujukan peta.

Cara Menjaga Peta


1. Peta adalah satu dokumen yang mudah rosak, jika tidak dijaga dengan rapi terutama sekali di dalam perjalanan.Bekalan peta selalunya tidak mencukupi dan terhad. Dengan itu peta hendaklah dihindarkan daripada basah, Lumpur dan terkoyak. 2. Peta-peta itu hendaklah dibalut dengan plastik supaya tidak terkena air dan terkoyak. 3. Jangan sekali-kali menggunakan pen atau lain-lain bahan tulis yang tidak boleh dipadam. 4. Peta adalah satu dokumen penting, peta hendaklah dijaga dan disimpan yang ditempat yang selamat

You might also like