You are on page 1of 3

PETA TOPOGRAFI GEOGRAFI TINGKATAN 2

BAB 2 : PETA TOPOGRAFI

Apakah peta topografi?

• Peta topografi ialah gambaran pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat di
dalam sesuatu kawasan
• Pandang darat fizikal mewakili bentuk muka bumi, saliran dan tumbuh-tumbuhan
• Pandang darat budaya pula mewakili petempatan, pengangkutan, tanaman, kegiatan ekonomi
dan lain-lain buatan manusia

Garisan utaraan dan garisan timuran

• Kedudukan di dalam peta ditentukan dengan menggunakan garisan utaraan dan garisan timuran
• Garisan utaraan ialah garisan melintang manakala garisan timuran ialah garisan menegak
• Persilangan kedua-dua garisan ini digunakan untuk menentukan kedudukan
Garisan utaraan
• Perhatikan urutan nombor garisan yang mewakili garisan utaraan, ianya bertambah menuju ke
arah utara
Garisan timuran
• Cuba perhatikan pula nombor garisan timuran, urutan nombor garisan tersebut menuju ke arah
timur

Rujukan grid peta


• Terdapat dua jenis rujukan grid (RG) iaitu
a. RG empat angka (4530)
b. RG enam angka (456301)
• Biasanya, untuk kawasan yang luas, RG empat angka yang digunakan
• Tetapi untuk objek yang lebih spesifik atau lebih tepat, RG enam angka digunakan
Membaca rujukan grid 4 angka
• Untuk membaca rujukan grid, garisan timuran dibaca terlebih dahulu
• Kemudian, barulah beralih kepada garisan utaraan
• Gabungkan kedua-dua nombor yang mewakili dua garisan tersebut
RG 4 angka Taman Angsana ialah
Garisan timuran = 28
Garisan utaraan = 24
RG 4 angka Tmn Angsana = 2824

Rujukan grid 6 angka


• Rujukan grid 6 angka digunakan untuk ciri geografi yang lebih kecil atau lebih spesifik
• Untuk rujukan grid 6 angka, petak grid akan dibahagi kepada unit yang lebih kecil.

Hubungkait ciri budaya dan ciri fizikal


• Melalui pandang darat ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan, kita boleh membuat tafsiran peta
kawasan tersebut
• Tafsiran peta ialah huraian tentang hubung kait diantara ciri fizikal dan ciri budaya kawasan
tersebut
• Tafsiran peta biasanya merangkumi keseluruhan elemen dan bagaimana setiap elemen boleh
mempengaruhi ciri yang lain

Pandang darat fizikal Pandang darat budaya

Bentuk muka bumi Petempatan


Tanah pamah, rata, beralun, tanah tinggi - Jenis petempatan, pola petempatan
Saliran Pengangkutan dan perhubungan
Peringkat sungai, aliran sungai, tasik dan paya Kemudahan jalan raya, jalan keretapi, denai
dan lorong

Tumbuh-tumbuhan semula jadi Kegiatan ekonomi


Hutan semulajadi, hutan rezab, paya atau Pelbagai kegiatan ekonomi, tanaman, dan
kawasan belukar perkhimatan

Saling kaitan antara pandang darat fizikal dan pandang darat budaya

Langkah-langkah mengenalpasti saling kaitan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya
• Kenal pasti pandang darat fizikal
• Kenal pasti pandang darat budaya
• Kaitkan antara pandang darat fizikal dan pandang darat budaya kawasan tersebut secara
keseluruhannya.

You might also like