You are on page 1of 2

NOTA

 Kaedah kajian perpustakaan.


Kaedah penyelidikan kepustakaan atau dikenali
sebagai Library Research merupakan kaedah yang biasa
digunakan oleh para pengkaji untuk mendapat data dan bukti
kajian. Kaedah ini sering menjadi kaedah dominan dalam
melakukan kajian sains sosial dan kajian ekonomi kerana
maklumat yang diperolehi merupakan maklumat tepat dan
boleh digunakan sebagai rujukan dalam sesuatu kajian ilmiah.
Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang penting bagi
mendapatkan maklumat atau kosa ilmu bagi tugasan kajian
ini. Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan
sebanyak mungkin dapatan atau maklumat yang relevan
berkaitan dengan tajuk kajiannya. Proses mendapatkan
maklumat tertumpu pada pembacaan dan rujukan daripada
buku-buku, jurnal-jurnal, makalah dan artikel-artikel tentang
dialek Perlis di Padang Besar. Semua maklumat yang
diperolehi akan digunakan pengkaji untuk menulis kajiannya.
Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan dengan meneliti
bahan-bahan bacaan dan kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan penukaran kod. Pengkaji telah membuat rujukan dan
penyelidikan di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL),
Perpustakaan Alam Tamadun Islam dan Melayu (PATMA)
dan bilik sumber Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkaji meneliti segala
bahan mengenai tajuk yang dikaji oleh pengkaji. Seterusnya,
bahan tersebut dijadikan sumber bacaan dan rujukan bagi
membantu pengkaji dalam penghasilkan penulisan ilmiah
yang lebih baik.

Kajian Kepustakaan
Kajian kepustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku-
buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan laporan. Sumber-sumber yang didapati boleh dijadikan
sebagai panduan bagi melakukan kajian tindakan dan seterusnya menyediakan laporan kajian untuk
diterbitkan sebagai artikel dan jurnal. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para
penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan
penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka. Kajian
kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan membezakan,
menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis. 
Membanding dan membezakan
Proses ini dilakukan bagi mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria-kriteria yang
tertentu. Kaedah ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri-ciri atau kemungkinan dalam
sesuatu bahan literatur yang dikaji. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pilihan atau keputusan
yang tepat perlulah dilakukan untuk memastikan kajian yang akan dilakukan berjaya dan bermanfaat
kepada semua. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah yang pertama, perhati dan berikan
tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti sampel, setting, prosedur,
pengumpulan dan penganalisisan data. Kemudian, kenalpasti ciri kajian tindakan dan tentukan ciri-
ciri yang sama antara satu dengan yang lainnya. Cari persamaan dan perbezaan antara kriteria-
krirteria tersebut. 

Menganalisis
Proses ini dilakukan bagi mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian
yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta bagi mencari makna yang
tersirat. Proses ini juga dilakukan bagi mengenali dan memahami hubungkait antara bahagian-
bahagian serta untuk mengenali prinsip-prinsip yang terlibat dalam sesuatu kajian yang dilakukan. 

Menilai 
Proses ini dilakukan bagi membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara dari segi kebaikan dan
kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Penilaian dilakukan untuk membuat keputusan bagi
memilih sesuatu serta menerima atau menolak idea. 

Membuat kesimpulan
Membuat kesimpulan merupakan suatu proses membuat pernyataan mengenai hasil sesuatu kajian
yang dilakukan berdasarkan kepada sesuatu hipotesis. Ianya juga bagi mengukuhkan sesuatu perkara
berdasarkan penyiasatan. Proses ini juga dilakukan bagi membuat keputusan, menerangkan sesuatu
perkara serta meramal dan menyokong pernyataan. 

Mensistesis
Proses ini melibatkan penggabungan beberapa idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk
menghasilkan suatu gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

You might also like