You are on page 1of 4

Khasiat Buah Delima

Buah delima bukan sahaja baik kerana ia dianggap makanan sunnah yang diamalkan Nabi
Muahmmad saw. Tetapi juga khasiatnya turut dibuktikan oleh kajian sains. Ini kerana buah
delima sangat kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan, antaranya:

Kandungan nutrisi buah delima


▪ Anti-oksida– Menghalang radikal bebas seterusnya menguatkan imunisasi badan.
▪ Vitamin C– Membantu mengawal fungsi organ tubuh dan menguatkan daya tahan badan.
▪ Vitamin K– Penting dalam proses pembentukan tulang.
▪ Vitamin B –Baik untuk peredaran darah dan kesihatan saraf.
▪ Fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi.
▪ Lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit. Bagus untuk individu yang ingin
kurus dan dapat menjaga kesihatan jantung.
▪ Serat – Elakkan sembelit dan baik untuk kesihatan usus.

8 kebaikan buah delima yang dibuktikan melalui kajian sains ialah:

1) Anti-radang Yang Berkesan


Keradangan kronik adalah antara faktor utama kepada banyak penyakit membunuh seperti
penyakit jantung, kanser, diabetes, alzheimer dan juga obesiti.

Buah delima mempunyai ciri-ciri anti-radang yang berkesan, yang sebahagian besarnya
disebabkan oleh sifat-sifat anti-oksidan daripada punicalagin. Punicalagin adalah antioksidan
yang terdapat dalam buah dan kulit delima.

Anti-oksidan dalam buah delima didapati tiga kali ganda lebih banyak daripada wain merah
dan teh hijau.

Kajian tabung uji menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan aktiviti keradangan


dalam saluran pencernaan, kanser payudara dan sel-sel kanser kolon. Selain itu, terdapat juga
satu kajian lain kepada pesakit kencing manis, ia mendapati bahawa 250ml jus delima setiap
hari selama 12 minggu dapat menurunkan penanda keradangan CRP sebanyak 32% dan
interleukin-6 sebanyak 30%.

2) Mengelakkan Kanser Prostat


Ini pula khasiat buah delima untuk lelaki. Kanser prostat diletakkan sebagai pembunuh lelaki
nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kajian makmal telah
menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh melambatkan pembiakan sel kanser, dan juga
mendorong kematian sel dalam sel-sel kanser.

PSA (antigen spesifik prostat) adalah penanda darah untuk kanser prostat. Lelaki yang
mempunyai tahap PSA berganda dalam tempoh yang singkat akan mempunyai risiko kematian
yang tinggi.
Menariknya, kajian mendapati bahawa 237 ml (8 oz) jus delima setiap hari memanjangkan
masa penggandaan PSA dari 15 bulan hingga 54 bulan.

Dapatan kajian dapat membuktikan bahawa jus buah delima membantu lelaki mengurangkan
risiko kanser prostat, iaitu dengan menghalang pertumbuhan kanser dan menurunkan risiko
kematian.

3) Mengelakkan Kanser Payudara – Khasiat Buah Delima Untuk Wanita


Ini merupakan khasiat buah delima untuk wanita. Seperti yang diketahui, kanser payudara
adalah jenis kanser yang paling biasa dalam kalangan wanita dan ia merupakan pembunuh no
1 wanita di Malaysia. Tidak dapat dibayangkan jika seseorang itu didapati menghidap kanser
payudara.

Ekstrak delima telah terbukti dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser payudara dan
melawan sel tersebut daripada terus merebak. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan
hanya terhad kepada kajian makmal sahaja.

Para saintis masih perlu melakukan lebih banyak kajian ke atas manusia untuk membuktikan
bahawa delima sangat berkesan untuk melawan sel kanser payudara.

Selain itu,terdapat kajian yang dijalankan oleh Washington University tentang khasiat buah
delima untuk ibu hamil. Dapatan kajian ini mendapati bahawa ia mampu membantu
menguatkan dan mengelakkan kecederaan tisu dalam placenta.

4) Menurunkan Tekanan Darah


Tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah salah satu faktor utama serangan jantung dan strok.
Dalam satu kajian, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi mempunyai penurunan
tekanan darah yang ketara selepas minum 150 ml (5 oz) jus delima setiap hari selama 2 minggu.

Kajian-kajian lain telah menemui kesan yang sama, terutamanya untuk tekanan darah
sistolik (angka yang lebih tinggi dalam bacaan tekanan darah).

5) Membantu Mengatasi Arthritis dan Sakit Sendi


Terdapat pelbagai jenis penyakit arthritis, tetapi kebanyakannya menunjukkan bentuk
keradangan pada sendi. Menariknya, kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak
delima boleh menghalang enzim yang menyebabkan kerosakan sendi pada pesakit
osteoarthritis.

Namun begitu, kebanyakan kajian dijalankan kepada haiwan sahaja. Oleh itu, kajian kepada
manusia perlu dijalankan lebih banyak lagi untuk membuktikan bahawa buah delima benar-
benar bermanfaat untuk mengatasi masalah arthritis dan sakit sendi.

6) Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung


Penyakit jantung merupakan punca utama kematian di dunia. Ia adalah penyakit yang didorong
oleh banyak faktor.

Asid Punicik iaitu asid lemak utama dalam buah delima, boleh mengurangkan risiko penyakit
jantung. Dalam kajian kepada 51 orang yang tinggi kolesterol dan trigliserida, 800mg minyak
biji delima setiap hari selama 4 minggu menyebabkan bacaan trigliserida lebih
rendah. Kajian lain juga menunjukkan kesan jus delima kepada pesakit diabetes jenis 2 dan
kolesterol tinggi dengan mendapati penurunan kadar kolesterol jahat (LDL) melalui kajian
tersebut.

Selain itu, terdapat juga kajian terhadap haiwan dan manusia menunjukkan buah delima dapat
melindungi kolesterol (LDL) daripada pengoksidaan, yang menjadi salah satu faktor yang
mendorong kepada penyakit jantung.

7) Melawan Jangkitan Bakteria


Sebatian tumbuhan padabuah delima boleh membantu memerangi mikroorganisma berbahaya.

Kajian juga turut mendapati, kesan anti-bakteria dalam buah delima boleh melindungi
jangkitan dan keradangan di dalam mulut.

8) Menguatkan Daya Ingatan


Terdapat beberapa bukti menunjukkan buah delima boleh meningkatkan memori.Ya, kepada
mereka yang

Dalam satu kajian kepada pesakit pembedahan, 2gram ekstrak buah delima telah menghalang
defisit dalam ingatan selepas pembedahan.

Satu lagi kajian lain terhadap 28 orang individu tua yang mempunyai masalah ingatan telah
mendapati bahawa 237 ml (8 oz) jus delima setiap hari menyebabkan peningkatan ingatan
secara lisan dan visual.

Terdapat juga beberapa bukti dari kajian kepada tikus bahawa buah delima dapat membantu
melawan penyakit Alzheimer.

9) Khasiat Buah Delima Untuk Bayi -Vitamin C Super


Anak anda selalu demam? Jika ya, selalulah beri buah delima. Tetapi awas, jangan beri dalam
bentuk bijian tetapi dalam bentuk yang lebih selamat. Contohnya seperti dalam bentuk jus.

Hal ini keranan buah delima sangat kaya dengan vitamain C yang mempunayi kekuatan
rintanagn menghadapi penyakit dan seterusnya meningkat imun sistem badan. Kekerapan
pengambilan buah delima mampu mereka kurang demam atau batuk. Boleh rujuk sini untuk
info lanjut tentang khasiat buah delima untuk bayi.

Kesimpulan
Buah delima ternyata banyak kebaikan untuk kesihatan. Malah ia juga baik untuk kecantikan
kerana boleh awet muda. Namun begitu, bagi pesakit yang ingin mengamalkan pemakanan
buah delima dalam diet harian, anda seharusnya berbincang dengan doktor yang merawat anda
terlebih dahulu. Ini kerana, buah delima boleh mengganggu kesan ubat yang anda amalkan.

You might also like