You are on page 1of 1

Khasiat Sayur

Sayuran amat penting dalam pemakanan kerana banyak khasiatnya.


Kebanyakan orang yang sihat menjadikan sayuran sebagai menu utama
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana amalam makan sayur dapat
meningkatkan kualiti hidup.

Sayuran amat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi. Sayuran
hijau, seperti sawi, timun, ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat
yang tersendiri di dalam tubuh. Kajian menunjukkan bahawa risiko penyakit
berbahaya dapat dikurangkan dengan makan sayur dalam menu kerana
sayuran amat kaya dengan serat.

Sayuran hijau semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat
yang menyebabkan lambat hadam di dalam perut kita. Oleh itu, kita akan
berasa kenyang dalam tempoh yang lama. Kelebihan sayuran juga adalah
rendah kalori dan boleh membantu proses menurunkan berat badan.

Sayuran hijau juga mengandungi banyak air yang dapat membantu


mengekalkan kelembapan badan. Kelembapan badan penting untuk
kecantikan kulit dan rambut. Antioksida, seperti vitamin C, dalam sayuran pula
membantui tubuh menghasilkan kolagen untuk mengurangkan risiko penyakit
artritis iaitu radang sendi.

Sesetengah sayur hijau, seperti kailan,amat tinggi kandungan kalsium


yang membantu menguatkan gigi dan tulang. Tulang yang sihat dapat
mengurangkan risiko penyakit tulang rapuh, iaitu osteoporosis.

Sayuran hijau, seperti bayam, juga mengandungi beta-karotena. Beta-


kartonea melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun, dan
melindungi mata daripada rabun dan katarak. Beta-karotena membantu
pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

Kajian turut mendapati bahawa pengamal sayuran dapat hidup lebih


sihat dan cergas.

You might also like