You are on page 1of 31

Topik 1 Kombinasi Kepelbagaian

Bahan Rangsangan

Kertas
1
Bahagian A (30 Markah)

Praktis 1
Gambar dan maklumat
Maklumat di bawah
di bawah berkaitan menunjukkan
dengan maklumat
pemakanan seimbang. tentang aktiviti menjelajah hutan.
Sebagai seorang
Huraikan rakan karib
pendapat kepada Mohammad
anda tentang makanan Syahrul, tulis sepucuk surat kepadanya untuk
seimbang.
menyatakan pendapat anda tentang kebaikan menyertai aktiviti menjelajah hutan.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150-200 patah perkataan.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Seramai 36 orang pelajar Kolej 10 dan Kolej 11 telah menyertai Program Jelajah Hutan Simpan
Bukit Nanas pada 20/11/20__.
Program ini telah berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Penerangan
disampaikan oleh Ag Shaffie Bin Ag Ahmadni, Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah merentasi canopy walk dan denai-denai,
pembelajaran tentang ilmu perhutanan seperti surviving skill di dalam hutan, pembelajaran
tentang pokok-pokok hutan seperti jelutong, meranti, pokok-pokok herba dan spesies lain.
Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan program ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada
https://k10.upm.edu.
my/news/program_jelajah_hutan_simpan_bukit_nanas_kolej_sepuluh-20628)

01 BM F4 1P.indd 1 9/22/20 11:37 PM


Praktis 5
Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian pembangunan negara dan peranan remaja dalam
pembangunan.
Huraikan pendapat anda tentang peranan remaja dalam pembangunan negara di negara kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150-200 patah perkataa n.

“Jika ingin melihat masa hadapan


sesebuah negara, lihatlah
remajanya pada hari ini.”

Kata mutiara sarjana

01 BM F4 1P.indd 6 9/22/20 11:37 PM


Topik 2 Karangan Respons Terbuka

Kertas
1
Bahagian B (70 Markah)

Praktis 1
Domain Awam
Maklumat di atas menunjukkan catatan pengalaman sukarelawan semasa negara menghadapi
pandemik COVID-19. Pada masa yang sama, anda juga turut berpeluang menjadi salah seorang
sukarelawan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Tulis pengalaman anda semasa menjadi sukarelawan tersebut.

“Kami menjadikan ibu pejabat kami, sebagai bilik gerakan COVID-19 sejak 27 Mac
untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Buat masa ini kami mempunyai lebih 100 anggota PBSM dan sukarelawan di sini
untuk membantu kami,” kata pengerusinya Song Kee Chai.
Berkongsi pengalaman PBSM dalam menangani krisis COVID-19, Song berkata
sehingga kini mereka telah menyediakan bantuan makanan dapur kepada lebih 7,000
keluarga.
“Kami menerima sumbangan daripada Persatuan Pengusaha Logam dan Barang-
Barang Kitar Semula India Malaysia (MIMTA), ahli-ahli dermawan dan juga dari rumah-
rumah ibadat.

01 BM F4 1P.indd 12 9/22/20 11:37 PM


Domain Peribadi

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang


dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan
harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Situasi
ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah, sejak dari
kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai
padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-
kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh
peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

(Sumber: https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/
permainan-tradisional-melayu)

Petikan di atas menyatakan masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan. Salah satunya ialah permainan tradisional.

Huraikan pendapat anda tentang peranan yang dapat dimainkan oleh generasi muda untuk
mempromosikan permainan tradisional di Malaysia.

01 BM F4 1P.indd 12 9/22/20 11:37 PM


Domain Pendidikan

KUALA TERENGGANU: Seramai 161 orang belia termasuk 74 orang yang mengikuti
Program Jati Diri Sukarelawan Nasional (PJKN) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Wakaf Tapai, Marang, mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat keracunan
makanan yang disaji di kantin institut itu malam tadi.

(Sumber: https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=317444)

Petikan berita di atas berkaitan dengan kes keracunan makanan yang berlaku di sebuah institusi
pendidikan akibat daripada tahap kebersihan yang kurang memuaskan.

Bincangkan ciri-ciri sebuah kantin sekolah yang baik.

13

01 BM F4 1P.indd 13 9/22/20 11:37 PM


Domain Kerjaya

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat
yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak
melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di
Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan
penuh daripada kerajaan .

Berdasarkan petikan di atas, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) semakin penting dalam
pembangunan ekonomi kita.

Bincangkan usaha-usaha masyarakat untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di
Malaysia.

14

01 BM F4 1P.indd 14 9/22/20 11:37 PM


Topik 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Kertas
2
Bahagian A (35 Markah)

Praktis 1
Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata sendi
nama Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa haruslah saling menghormati agama, budaya dan adat
resam masing-masing berteraskan sejarah, perlembagaan dan Rukun Negara. Dalam era Revolusi
Industri 4.0, kita tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk berbalah mengenai perkara asas
yang telah disetujui. Kita perlu bersama-sama berfikir dan bertindak untuk terus memajukan
negara dari pelbagai aspek ekonomi, teknologi, pendidikan dan budaya tanpa meminggirkan
kesejahteraan rakyat dan alam sekitar.

(Sumber: Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar,
Dewan Kosmik Bil. 9/2019)
[8 markah]

Kata Nama Am Kata Sendi Nama

43

9/22/20 11:37 PM
01 BM F4 1P.indd 43
Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Menabung mendatangkan pelbagai faedah kepada kita. Kita tidak dapat menafikan bahawa kita
akan mendapat keuntungan melalui amalan menabung. Apabila kita menyimpan wang di dalam
bank, kita akan dibayar faedah. Faedah ini akan menjadikan wang tabungan kita bertambah.
Seperkara lagi, amalan menabung mendidik kita berjimat cermat. Kita akan lebih hemat berbelanja
dengan amalan menabung. Hal ini dikatakan demikian kerana sebelum berbelanja, kita akan
membuat perancangan terlebih dahulu sebelum membeli barang di pasar raya.
[ 6 markah]

Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan.
Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1:
Walau pun sambutan Hari Belia Negara 2015 dilaksanakan dalam skala yang lebih kecil
berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun saya percaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
telah Berjaya membawa satu gelombang baru kepada strategi pelaksanaan Sambutan Hari Belia.
Kita mula laksanakan festival ini pada tahun 2012 dan KBS telah membuktikan bahawa festival
belia tahunan ini telah menarik minat golongan belia daripada seluruh negara untuk datang ke
Putrajaya. Penglibatan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti pengisian Sambutan Hari Belia
Negara telah membantu menjayakan program ini. Pihak kerajaan percaya bahawa menerusi
pendekatan “Dari Belia Untuk Belia” akan dapat menyerlahkan potensi modal insan belia yang
lebih cemerlang.
[6 markah]

Betul Salah

44

9/22/20 11:37 PM
01 BM F4 1P.indd 44
Petikan 2:
Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun adalah empangan terbesar di Malaysia dan merupakan
empangan batu yang dilitupi batu konkrit yang terpaling tinggi di dunia. Empangan ini dilengkapi
dengan lapan unit turbin yang beroperasi 24 jam setiap hari. Hal ini menyebabkan empangan ini
berupaya untuk bekal 2 400 megawat tenaga elektrik.
[5 markah]

Betul Salah

Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah
Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
[6 markah]

Peribahasa
Baca ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat
tersebut.

(i) Pak Hassan yang bekerja sebagai petani amat daif. Dia tidak mempunyai lebihan pendapatan
untuk membelikan anaknya sebuah basikal. ( )

(ii) Saadiah yang boros suka berbelanja dengan mewah. Pada akhir tahun, dia mendapati bahawa
dirinya tidak mempunyai wang simpanan. ( )

(iii) Haiqal memulakan perniagaannya dengan menjual kuih. Dia berusaha gigih untuk
mengembangkan perniagaannya. Kini, warung Haiqal semakin banyak menjual makanan yang
dapat memenuhi cita rasa masyarakat. ( )
[6 markah]

45

9/22/20 11:37 PM
01 BM F4 1P.indd 45
Topik 4 Pemahaman

Kertas
2
Bahagian B (35 Markah)

Praktis 1
Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, pelbagai
langkah harus diambil supaya sektor pertanian akan terus maju. Orientasi dan persepsi
masyarakat tentang bidang pertanian perlu diubah. Selain itu, kempen untuk menggalakkan
lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi menghapuskan
tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor perkhidmatan.
Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan
dikecapi oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan
syarat tarikan, seperti kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan
dengan lebih banyak dan berkesan.
Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara
tekal. Oleh hal yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan
kursus yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu,
program penyelidikan perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil
pertanian. Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang
menjadikan produk pertanian sebagai bahan eksport.

(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Ekonomi, April


2004)

Bahan 2

Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani perlu memiliki prakarsa untuk membuat
perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. selain itu, petani
moden juga perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan
produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang
berkualiti dan berkuantiti.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu
menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian. Jurusan
Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk
mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan.
Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat
nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani untuk menggunakan
bioteknologi yang canggih.
Sumber: Internet

66

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 66
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud orientasi dan persepsi. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan langkah-langkah memajukan sektor pertanian. [4 markah]

(iii) Malaysia kini sedang melangkah maju menuju era perindustrian namun begitu banyak pihak
yang berpendapat bahawa kerajaan juga tidak harus mengabaikan sektor pertanian kerana
sektor pertanian sangat penting kepada negara kita.

Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan sektor pertanian kepada negara? [3 markah]

(iv) Remaja hari ini kurang berminat melibatkan diri dalam aktiviti pertanian.

Cadangkan langkah-langkah yang boleh mengubah senario tersebut. [4 markah]

Petikan
sastera Bahan 1

Aku menatap tumpukan buku yang ada di sudut bilik. Buku-buku itu bukan aku, ibu atau
bapa yang membelinya. Buku itu hasil dari memungut di tepi jalan, di belakang rumah warga
dan di tempat-tempat orang membuang setiap lembaran-lembaran kata itu. Aku senang sekali
membaca, bahkan selembar kertas brosur saja aku ambil, aku baca dan simpan di rumah.
Sehingga, buku-buku bekas tersebut sudah menumpuk di sudut ruangan.

Di antara buku-buku itu, ada sebuah kalimat yang masih terngiang di ingatanku. “Membaca
ialah jendela dunia”. Ya, aku rasa itu benar. Aku jadi tahu banyak hal dari buku itu. Aku boleh
melihat dunia hanya dari buku, tidak dari gubukku yang tak memiliki jendela.

(Dipetik dan diubah suai


daripada cerpen “Demi Bisa
Membaca” Rin Muna East Borneo, 13
Februari 2019)

67

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 67
Bahan 2

SAJAK MERINDUI BUKU

Inilah denai jejak seni ke hati,


puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu
itu.

Di sini diri sentiasa di taman


menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku


menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama


penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang luhur budi


melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka
ilmu yang perlu diselami sejujur
kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;


membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

(A Samad Said, 7 Mac 2004, Dewan Sastera

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud luhur budi. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, berikan kepentingan-kepentingan membaca buku. [4 markah]

(iii) Marcapada ini, pelbagai kempen galakan membaca telah dilaksanakan di negara ini, namun
keberkesanan kempen masih tidak menyeluruh kerana tidak mendapat sambutan masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca kempen ini tidak mendapatkan sambutan
masyarakat? [3
markah]

68

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 68
(iv) Minat membaca dalam kalangan golongan remaja belum mencapai tahap yang memuaskan.
Sebagai ibu bapa, bagaimanakah anda membantu anak-anak anda untuk memupuk minat
membaca? [4
markah]

Novel
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Baiklah, terima kasih atas pujian kau,” kata Rosman sambil tersenyum nakal. Shida
memang lekas merajuk dan Rosman memang gemar mengusiknya. “Kanak-kanak sekalian,
jangan bergaduh ya. Kita nak teliti kontrak ni sampai habis malam ni juga.” Farisha cuba
meredakan situasi. “Aku perlu hantar kontrak ni dengan segera nanti. Ayu, jangan pula nak
muncung- muncung!” Mereka bertiga membaca penuh teliti setiap helaian kontrak yang
telah disediakan oleh bahagian perundangan syarikat Sof Lab. Dalam hal-hal sebegini,
Shida kerap dijemput sama untuk berkongsi buah fikiran kerana dia memiliki latar
belakang undang-undang. Farisha selalunya akan memberikan sedikit ganjaran untuk
pertolongannya.

(Dipetik daripada novel “Di Sebalik Dinara” karya Dayang Noor,


Kementerian Pendidikan Malaysia)

Siapakah yang berbincang di pejabat Secured Shell dan meneliti kontrak yang disediakan oleh
bahagian perundangan Soft Lab kepada mereka? [4
markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azman Nordin

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang
menarik minat pembaca. [6 markah]

69
9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 69
70

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 70
(Dipetik dan diubah suai daripada “Kita Jaga Kita” Oleh
Umar Zurrayyan Mohd Fahmi, Dewan Siswa, Bil.
07/2020)

Praktis 1

Topik 5 Rumusan

Kertas
2
Bahagian C (30 Markah)

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan
Tatkala negara tercinta sedang berperang dengan ancaman yang berbahaya, maka lahirlah satu
frasa yang berbunyi, “Kita jaga kita”. Kita perlu cakna bahawa musuh yang kita sedang hadapi ini
bukan calang-calang. Hal ini demikian kerana musuh yang bernama COVID-19 ini telah
diklasifikasikan sebagai pandemik. Tambahan pula, COVID-19 tidak dapat dilihat secara zahir
oleh mata kasar.
Pada masa ini, kita perlu bersatu hati dan memberikan kerjasama kepada pihak yang
berautoriti seperti petugas barisan hadapan negara seperti para doktor, jururawat, polis dan askar.
Hal ini demikian kerana kerjasama yang diberikan tersebut dapat membantu usaha kerajaan
memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19. Dengan hanya kekal berada di rumah, kita
sebenarnya sudah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan secara tidak langsung kita
dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh virus tersebut.
Kempen untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19 boleh dilaksanakan.
Kita boleh menyumbangkan wang kepada pihak tertentu yang melaksanakan kempen membantu
golongan terjejas. Inilah masa yang sesuai untuk kita membantu sesama insan seperti peribahasa
“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Oleh itu, kita tidak boleh bersikap individualistik
jika ingin memastikan penularan wabak dapat dihentikan.
Seterusnya, masyarakat perlulah berfikiran kreatif dan inovatif ketika tempoh perintah kawalan
pergerakan (PKP). Kita boleh melakukan senaman statik di rumah bagi mengekalkan kecergasan
badan. Aktiviti perniagaan secara dalam talian juga mampu menyumbang kepada sektor ekonomi
sepanjang
102
PKP dilaksanakan. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa agak sukar untuk
kita melakukan aktiviti jual beli secara langsung dalam tempoh ini. Melalui kaedah ini, kita dapat
menjanakan pendapatan antara satu dengan yang lain.
9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
103

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
(Dipetik dan diubah suai
daripada ‘Sektor pelancongan beri sumbangan ketara kepada
ekonomi negara’
Berita Harian, Oktober 2015]

Praktis 3
Baca petikan dan teliti lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan
Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak
pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara menjadi
penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Pada tahun
tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai 27.44 juta pelancong dengan
pendapatan berjumlah RM72 bilion.
Sejak pengenalan Program Tranformasi Negara tersebut, industri pelancongan telah dapat
memainkan peranan dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke peringkat
antarabangsa. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi yang agresif di luar negara. Hasil daripada
kempen promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai ‘negara antara Singapura dan
Thailand’. Malahan, industri ini telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan
kepelbagaian budaya di negara kita. Selain itu, Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada 27
September dengan tema ‘1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang’ telah berupaya memberikan
semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian Wawasan 2020. Sektor pelancongan
secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu mampu
menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di
Borneo
108 sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri
pelancongan sebagai sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Pengumuman langkah-langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan
tambahan RM80 juta untuk memperhebat aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran terpilih
termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India. Langkah ini melibatkan program yang dapat
membangunkan produk ikonik termasuklah memberi nafas baharu kepada Muzium Negara, Tugu
Negara dan Taman Tasik Perdana yang seterusnya, menjadikan tempat tersebut sebagai suatu
destinasi yang lebih menarik dan mudah dikunjungi oleh pelawat.
Visi Program Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan
bagi membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia. Program tersebut telah
9/23/20 10:16 PM
membolehkan
Teks BM F4 1P.indd aspirasi kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalistik dan
terdapat keperluan untuk mempelbagaikan ekonomi negara. Oleh itu, industri pelancongan
memainkan peranan penting bagi memperkukuh kepelbagaian ekonomi Malaysia yang telah
memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
109

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
Peperiksaan Akhir
Tahun
Kertas 1

Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan
Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A
[30 markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan pemimpin negara.


Huraikan pendapat anda tentang pemimpin negara.

Benar Saiful. Pemimpin kita telah


berjuang untuk membebaskan
Cikgu, besar sungguh negara kita daripada penjajah. Kita
jasa pemimpin negara patut menghargai jasa mereka
kita.

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

126

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
127

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
Bahagian B
[70 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.

Soalan 1

KUALA TERENGGANU: Siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mendapati


semua mangsa yang disyaki dijangkiti leptospirosis atau kencing tikus selepas melakukan
aktiviti rekreasi di Lubuk Sungai Kerawat, Jerantut pada 1 hingga 4 Jun lalu. Semua empat
mangsa itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.
“Semua pesakit menunjukkan gejala menyerupai gejala penyakit leptospirosis seperti
demam, sakit sendi (arthralgia), sakit otot (myalgia), cirit-birit dan muntah. Namun begitu,
pihak JKNT masih lagi menunggu pengesahan ujian makmal.
(Dipetik daripada Berita harian 16 Jun 2020)

Petikan berita di atas memaparkan bahana kencing tikus yang hampir membawa bahaya kepada
manusia. Pelbagai kesan yang boleh terjadi daripada pembawa vektor berbahaya ini.
Tulis sebuah rencana tentang “Cegah sebelum parah, hapuskan vektor berbahaya.”

Soalan 2

Harian Metro melaporkan suasana di sebuah sekolah gempar apabila seorang pelajar lelaki
mencuba melakukan sesuatu yang buruk apabila memanjat dan berjalan atas bumbung
sekolah itu dipercayai akibat masalah percintaan.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, remaja berusia 13 tahun berkenaan
berjaya diselamatkan selepas dipujuk hampir 30 minit dengan bantuan APM dan bomba.
Mangsa hanya cedera ringan pada bahagian lengan ketika proses menyelamat dan dibawa ke
Hospital Banting untuk menerima rawatan lanjut.
(Dipetik dan diubah suai daripada Harian Metro,
Rabu 13 Mac 2019)

Sebagai respons terhadap kandungan di atas, setiap individu mempunyai masalah tersendiri
dan boleh membawa kepada perkara negatif. Perkara ini berlaku kerana kurangnya ilmu dalam
pengurusan emosi dan stres.
Bincangkan kebaikan-kebaikan menguruskan emosi dalam kalangan remaja.

Soalan 3

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan
sumber yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus
maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet,
teknologi penyiaran dan transmisi.
ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat.

(Dipetik dan diubah suai daripada https://sumberdigital.wordpress.com/


2015/10/31/ict-dalam-pendidikan/

128

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
Petikan artikel menyebutkan pelbagai bahan dan peralatan ICT yang boleh membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Huraikan kepentingan-kepentingan teknologi dalam pendidikan.

Soalan 4

Apabila jerebu melanda negara sejak Jun lalu, kekhuatiran paling memuncak tentu dari sudut
kesihatan yang dilihat aspek paling mudah terjejas.
Kebimbangan terhadap Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak konsisten juga secara
tidak langsung menyebabkan urusan seharian terganggu termasuk sesi persekolahan yang
terpaksa ditunda kerana sekolah ditutup.
Pelajar tentunya menjadi kelompok utama diberi pelepasan bagi menghindari risiko
kesihatan akibat jerebu.
(Dipetik dan diubah suai daripada Harian metro Isnin, 5 Oktober 2015)

Petikan berita berikut menjelaskan masalah jerebu yang boleh menjejaskan banyak perkara.
Jelaskan cara-cara menangani masalah jerebu di negara kita.

129

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
Kertas 2

Soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua
soalan.

Bahagian A
[35 markah]

MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua akronim.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Ketibaan tahun 2017 disambut erat bersama-sama cabaran dan harapan yang baharu untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Namun begitu, kita masih sedih apabila mendengar berita
tentang pembuangan bayi yang terpampang di dada akhbar tempatan. Adakah semakin maju
sesebuah negara itu, semakin hakis nilai kemanusiaan masyarakatnya?
Secara purata, sebanyak 1500 kes remaja hamil luar nikah dalam sebulan dan 50 kes sehari
dilaporkan dalam negara. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 323 047
orang anak tidak sah taraf dari tahun 2010 hingga 2015. Bahana seks bebas dan malu memikul
tanggungjawab sebagai ibu anak tidak sah taraf menjadi antara faktor jenayah pembuangan bayi di
negara ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Buang Bayi Umpama Buang Sampah”
Oleh Dalila Roslan, Dewan Masyarakat, Februari
2017)
[6 markah]

130

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis dua ayat tunggal yang lengkap
bagi tiga ayat majmuk yang anda pilih seperti yang berikut:

Udara sejuk menyapa tubuhku di luar. Walaupun semua tingkap dan pintu masih belum dibuka,
hening pagi masih lagi dapat dirasai dalam kediaman kami sekeluarga. Cahaya mentari subuh
sudah meninjau sedikit ke dalam ruang tamu. Patutlah ibu sudah bising, bisikku kepada diri
sendiri. Topi keledar dan kunci motosikal ayah sudah tiada di atas almari. Baju kerjanya pun masih
belum kulihat dari kelmarin. Aku masih ingat lagi peristiwa itu. Hari pertama aku di sekolah. Ibu
telah menghantarku bersama-sama kakak pada masa itu. Ayah tidak dapat datang kerana rakan
sekerjanya bercuti untuk menghantar anaknya ke asrama.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Surat untuk Kakak” oleh Muhammad Zahir Mad Shah,
Dewan Siswa, Oktober 2017)
[6 markah]

131

9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd
Jawapan

9/24/20 10:24 PM
Teks JAW BM F4 1P.indd 1
TOPIK 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan pemanggil – jangan dedahkan nombor kad penegnalan,
nombor akaun bank, alamat dan lain-lain – boleh
memberi maklumat yang palsu
Praktis 1
Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi Penutup:
semoga mendengar berita daripada rakan anda
Pendahuluan:
Bertanya khabar kepada rakan anda e-mel 2

Isi-isi penting: Pendahuluan:


(i) Menyihatkan badan – mengeluarkan peluh – udara Kata alu-aluan e-mel
dalam hutan segar – mempercepat pengeluaran toksin Isi-isi penting:
– menambahkan oksigen dalam badan – pembakaran (i) Mewujudkan hubungan yang erat sesama jiran –
lemak berlaku – cergas menjamin keamanan hidup dalam kawasan perumahan
(ii) Mengenali spesies tumbuhan dalam hutan – bandar – – tidak berlaku persengketaan
bangunan konkrit – melihat pelbagai spesies tumbuhan (ii) Dibantu apabila berada dalam kesusahan – waktu yang
yang unik – menambahkan pengetahuan
tidak dapat dijangka seperti masa sakit – memupuk
(iii) Melepaskan stres – hutan yang malar hijau – jauh
amalan bantu-membantu
daripada bandar – tidak terkongkong oleh bebanan (iii) Melahirkan masyarakat bersatu padu – menyelesaikan
kerja
sesuatu bersama-sama seperti gotong-royong –
– meluangkan masa bersama ahli keluarga – gembira
mengelakkan sikap mementingkan diri
Penutup: Penutup:
Mengajak rakan anda untuk menyertai aktiviti menjelajah
Semoga mendengar berita daripada rakan anda
hutan bersama

Praktis 4
Praktis 2
Pendahuluan
Format: Surat Rasmi • Maksud makanan seimbang – pengambilan makanan
Pendahuluan: yang cukup – keperluan tubuh badan – Piramid makanan
Masalah penggunaan bahasa Melayu dengan tidak tepat menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan –
semakin berleluasa – dipengaruhi oleh bahasa pasar dan memastikan pengambilan makanan seimbang – mampu
bahasa slanga – fenomena bahasa rojak – dicampurkan membawa kebaikan kepada setiap lapisan masyarakat
dengan bahasa Inggeris Isi-isi penting:
Isi-isi penting: • Makanan seimbang penting untuk tumbesaran dan
(i) Bekerjasama dengan agensi kerajaan – memastikan membina tubuh badan yang kuat – tubuh badan
setiap saluran media menggunakan bahasa Melayu memerlukan zat dan nutrein yang cukup – menjalankan
dengan tepat – mematuhi peraturan tatabahsa yang fungsi-fungsi organ – makanan seimbang –
betul – iklan – bentuk boleh bebas tetapi perlu berjaga- membekalkan zat dan nutrient yang berkhasiat – sebagai
jaga dengan ejaan perkataan contoh – keju dan susu – menambah penghasilan
(ii) Sukatan pelajaran di sekolah perlu dikaji semula kalsium dalam badan – menguatkan tulang dan gigi
– kemahiran berbahasa perlu diterapkan – topik manusia – harus mengamalkan pemakanan seimbang –
perlu lebih menjurus kepada pengaplikasian dalam menikmati zat dan nutrient yang optimum – tumbesatan
kehidupan seharian – bukan sahaja mementingkan fizikal menjadi lebih baik
kemahiran menulis – kemahiran lain perlu diutamakan • Pemakanan seimbang dapat mengawal kadar obesiti –
(iii) Karya yang lebih bermutu perlu dihasilkan – mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidup –
memastikan karya yang dihasilkan menggunakan tidak mengalami kegemukan – perlu mengambil
bahasa secara tepat – mengambil kira aspek makanan dalam kuantiti kecil – berkhasiat – mudah
penggunaan sosial – dekat dengan budaya masyarakat menjalankan aktiviti-aktiviti harian
• Pemakanan seimbang penting – menjamin
Penutup: perkembangan mental seseorang yang lebih cekap dan
Semoga isu ini dapat ditangani berkesan – zat makanan yang mencukupi – cergas dan
tidak mudah letih – boleh berfikir dengan lebih rasional
dan efektif – pemakanan seimbang – mengurangkan
Praktis 3
tekanan emosi
e-mel 1
– meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk
Pendahuluan: Kata alu-aluan e-mel mengatasi masalah – pemakanan seimbang menjadikan
aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan
Isi-isi penting:
(i) Memastikan sumber panggilan atau mesej adalah Penutup
benar – menggunakan laman web seperti Google untuk Pemakanan seimbang – membawa pelbagai kepentingan
mencari sumbernya – bertanya kepada rakan – perlu mengambil makanan seimbang – kesihatan diri
(ii) Jangan berjanji apa-apa dengan si pemanggil – tidak terjamin – melahirkan masyarakat yang cemerlang dan
bersetuju dengan apa-apa terma atau syarat – merujuk berakal tajam – badan sihat otak cerdas
orang dewasa seperti ibu bapa
(iii) Tidak memberi maklumat diri yang sahih kepada si

9/24/20 10:24 PM
Teks JAW BM F4 1P.indd 2
Praktis 5 begitu sinonim dengan amalan menabung. Amalan
menabung perlu dididik sejak kecil kerana melentur buluh
Pendahuluan biarlah dari rebungnya. Persoalannya, apakah manfaat
• Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara amalan menabung dalam kehidupan kita sebagai manusia?
– remaja yang berkualiti dapat memperkasakan Amalan menabung mampu membantu kita membeli
kegemilangan nusa dan bangsa – usaha membangunkan barangan dan keperluan yang kita kehendaki. Sebagaimana
negara amat bergantung pada remaja yang bersahsiah kita sedia maklum, ibu bapa membanting tulang dari pagi
terpuji – menurut kata mutiara sarjana -“Jika ingin ke petang untuk mencari nafkah untuk ahli keluarga.
melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah Adakala dan waktunya ibu bapa juga mengalami masa
remajanya pada hari ini” – setiap remaja perlu sesak.Oleh itu anak-anak boleh membantu meringankan
memainkan peranan mereka dengan penuh beban ibu bapa. Sebagai Contoh, pastikan barangan yang
tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan dibeli mestilah barangan keperluan sahaja dan barangan
negara berkenaan mendatangkan manfaat kepada mereka seperti
Isi-isi penting: buku, beg sekolah, dan peralatan tulis
• Remaja kreatif – inovatif – memacu pembangunan Selain itu, dengan amalan menabung juga kita boleh
negara – remaja yang berani mempelopori bidang baharu menyambung pelajaran ke menara gading. Segelintir
– mengecapi kejayaan – remaja harus dilatih – berani pelajar tidak menyambung pelajaran kerana kos yang
berimaginasi – berkhayal – disusuli aplikasi yang teratur tinggi. Oleh itu, hasil tabungan sejak kecil sekurang-
– sokongan padu dan galakan daripada pelbagai pihak – kurangnya dapat menambung perbelanjaan pendaftaran dan
melontarkan impian remaja – penglibatan dalam berbelanja keperluan sepanjang pembelajaran.
pelbagai bidang – berupaya menjanakan kreativiti dan Langit tidak selalunya cerah, oleh itu persediaan
inovasi kewangan sangat perlu jika kita ditimpa musibah. Wang
• Perlu memiliki kekuatan fizikal – mental – kesihatan tabungan boleh kita gunakan jika berlaku musibah seperti
asset yang tidak ternilai – paling berharga – penjagaan kemalangan, ibu bapa diberhentikan kerja atau kerosakan
pemakanan – mengambil makanan seimbang – kenderaan dan rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana
kebersihan diri – bersenam – menghadapi cabaran hasil tabungan sedikit sebanyak mampu digunakan untuk
dengan semangat yang kental dan waja – bebas daripada digunakan waktu kecemasan. Benarlah kata pepatah
gejala sosial – remaja yang sihat – jati diri yang mapan – sediakan payung sebelum hujan.
melaksanakan pembangunan negara Kesimpulannya sebagai remaja yang akan menjadi tulang
• Remaja mesti memiliki sikap keterbukaan – belakang kepada negara , kita sewajarnya menjadikan
mambangunkan negara – dapat menerima segala teguran amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum
– pandangan – menjamin kestabilan politik, ekonomi, kena, jimat sebelum habis”. Dengan menabung, kita akan
sosial negara – menjadi pendukung – mencapai mempunyai satu kehidupan yang lebih baik. Wang yang
perpaduan negara – wujud kesejahteraan sosial – ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi
perpaduan – sifat keterbukaan – memudahkan menjadi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ibu
pemimpin – penuh komited dan bapa.
252 Patah Perkataan
Penutup
• Remaja sebagai tonggak negara masa hadapan – remaja Praktis 8
mempunyai tanggungjawab – menjana pembangunan
negara – melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia Jawapan Lengkap
– agar dapat menjurus ke arah cemerlang, gemilang dan Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela
terbilang telah mendermakan darahnya diambil dan digunakan untuk
pemindahan dan dijadikan ubat biofarmaseutikal melalui
proses yang dipanggil pemeringkatan, iaitu pengasingan
Praktis 6 komponen seluruh darah. Oleh yang sedemikian, terdapat
Pendahuluan kelebihan menderma darah dan kepentingan setiap
Perkara/tajuk surat – Permohonan jawatan sebagai guru kumpulan darah. Maka, wajarkah setiap individu
taska masyarakat di seluruh dunia ini mendermakan darah
mereka untuk kegunaan orang yang memerlukannya?
Isi – isi penting Kebanyakan masyarakat mungkin kehilangan darah
• Kata-kata menghadapkan surat – menyatakan tujuan akibat pendarahan yang berlebihan sama ada berpunca dari
penulisan surat – berminat memohon jawatan sebagai kecederaan atau penyakit berbahaya dan penyakit ringan.
guru taska – mempunyai pengalaman dalam bidang Oleh itu, setiap individu masyarakat perlulah menderma
tersebut bagi setiap kumpulan darah agar dapat membantu setiap
• Menceritakan latar belakang pendidikan – mempunyai individu masyarakat yang amat memerlukan darah bagi
diploma pendidikan awal kanak-kanak – suka melayani meneruskan kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana
kerenah kanak-kanak-pengalaman bekerja – pernah bantuan yang kecil ini dengan secara tidak sedar dapat
menjadi guru sukarela di rumah anak-anak yatim – menyelamatkan nyawa ribuan masyarakat pada setiap hari.
sedang bekerja di Tadika Sinar Teguh – berjauhan dari Seterusnya, derma darah juga dapat mengurangkan
rumah – ingin mencari tempat kerja yang berhampiran risiko penyakit berbahaya. Darah kita akan sentiasa
dengan rumah bertukar baharu selepas menderma, oleh itu risiko penyakit
• Calon yang sangat layak – mempunyai pengalaman dan jantung dan kanser dapat dikurangkan. Selain itu, terdapat
dedikasi – sesuai dengan jawatan ini – suka dan senang keistimewaan rawatan percuma di hospital terpilih jika
menyelesuaikan diri dengan kanak-kanak – seorang mencapai piawaiannya.
yang penyayang, penyabar – boleh mula kerja bila-bila Hasil daripada proses menderma darah dapat
masa – melampirkan resume sebagai rujukan – bersedia membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang
menghadiri temu duga – boleh dihubungi bila-bila masa baru dan seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh.
Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam
Penutup badan akan berkurangan, yang mana akan merangsang
• Mohon mendapat perhatian dan respon daripada pihak sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baharu
tuan – kata-kata penutup surat bagi menggantikan darah yang telah hilang.
Kesimpulannya, kita mestilah menitikberatkan
Praktis 7 kepentingan amalan menderma darah kerana ini dapat
Jawapan Lengkap
Peribahasa Melayu sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
2
dijadikan amalan mulia untuk kegunaan harian kita.
– menajamkan akal – mengeratkan hubungan
persahabatan
TOPIK 2 Karangan Respons Terbuka Penutup:
• Usah memandang rendah terhadap usaha diri –
Praktis 1 mempengaruhi orang lain – perlu dilakukan sendiri
Domain Awam terlebih dahulu – baru dapat mempengaruhi rakan
sekeliling kita – setiap pihak perlu memainkan peranan
Pendahuluan:
– mengangkat martabat permainan tradisional – imej
• Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – menerima ditingkatkan
panggilan – Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah
Malaysia – menghulurkan bantuan
Domain Pendidikan
Isi-isi penting: Pendahuluan:
(i) Membantu menyediakan pelindung muka kepada • Berita tentang pengusaha kantin mengabaikan
barisan hadapan – kumpulan pegawai perubatan kebersihan kantin semakin kedengaran – mengancam
– pasukan tentera – pasukan polis – kekurangan nyawa warga sekolah – kantin – mercu tanda yang perlu
bekalan – pandemik datang secara tiba-tiba – langkah dilawati oleh pengunjung ke sekolah – menyedihkan –
perlindungan keselamatan – mengelakkan terdedah terdapat pelbagai ciri kantin yang baik
secara langsung dengan virus
(ii) Menghantar bekalan makanan dan minuman – Isi-isi penting:
masyarakat berpendapatan rendah – luar bandar (i) Layanan yang mesra – pekerja melontarkan senyuman
– miskin tegar – mengalami kesukaran dari segi – tidak sombong – bersikap jujur – menggunakan kata-
pengangkutan – menaiki kereta pacuan empat roda kata yang sopan – memenuhi permintaan pelanggan
BSMM – meneruskan kehidupan mereka – memenuhi –mematuhi piagam pelanggan – menarik orang ramai
keperluan mereka berkunjung lagi
(iii) Mengumpul baju-baju terpakai – mengagihkan baju- (ii) Persekitaran yang bersih – dibersihkan dengan kerap
baju terpakai kepada masyarakat yang memerlukan –mengosongkan tong sampah – semua peralatan
– mengumpul – membahagikan di Pusat Kitar Semula dibersihkan – memakai sarung tangan – memakai
BSMM – mendapati bahawa terdapat golongan yang pelitup mulut – kerusi dan meja disusun kemas –
tidak mempunyai baju – perlu diberi perhatian keceriaan dijaga – mewujudkan perskeitaran yang
(iv) Membantu dalam perkhidmatan ambulans – membawa kondusif
pesakit ringan – masalah buah pinggang – strok – (iii) Juadah yang berkhasiat – mematuhi saranan piramid
menghantar mereka ke hospital untuk menerima makanan – kurangkan lemak – kurangkan gula –
rawatan – membantu memberi rawatan cemas – kurangkan garam – elakkan daripada menjual makanan
mengakses oksigen untuk membantu pernafasan – diproses – kebersihan dijaga – sayur dicuci bersih –
melakukan pemindahan pesakit – sehingga malam menyediakan makanan yang masak – elakkan
makanan mentah
Penutup:
(iv) Harga berpatutan – tidak terlalu mahal – sasaran
• Penat – berasa gembira – tidak membazirkan masa –
pelanggan terbesar ialah murid – ada yang daripada
sentiasa bersedia – sanggup berkhidmat kepada masyarakat keluarga berpendpatan rendah – tidak mengaut
keuntungan secara berlebihan atau terlalu melampau –
Domain Peribadi jujur

Pendahuluan: Penutup:
• diwarisi sejak zaman-berzaman – menjadi hiburan • Mengelakkan berlaku pelbagai masalah – keracunan
masyarakat zaman dahulu – zaman moden – makanan – kemalangan – menepati ciri-ciri kantin yang
perkembangan sains dan teknologi – minat pemuda baik
beralih kepada peranti elektronik – perlu dikembangkan
– generasi muda memainkan peranan Domain Kerjaya
Pendahuluan:
Isi-isi penting: Perkembangan IKS semakin rancak – ekoran daripada
(i) Mempelajari teknik bermain daripada ibu bapa zaman modenisasi – perlu melibatkan lebih ramai tenaga
atau orang tua di sekeliling kita – perlu mempunyai muda – pelbagai cara perlu dirangka
ilmu – mempelajari peraturan – cara bermain yang
betul – congkak – mempunyai pelbagai cara – dapat Isi-isi penting:
mempelajari ilmu matematik – boleh diwariskan (i) Rakyat bersikap kreatif dan inovatif –
kepada anak kita kelak mempelbagaikan produk – memenuhi cita rasa
(ii) Giat menyertai aktiviti atau pertandingan – pengguna – memperkasa jenama produk – melalui
menambahkan pengalaman – mengenali lebih ramai laman sosial – menghebahkan produk – menjaga
rakan seperjuangan – mempelajari teknik yang berbeza kualiti produk –
daripada orang lain – melakukan pemerhatian terhadap (ii) Rakyat memodenkan cara penghasilan – dengan
teknik orang lain – menngasah pelbagai kemahiran modal yang mampu – meningkatkan produktiviti
(iii) Menceritakan pengalaman bermain dengan – menggunakan masa yang dijimatkan untuk
rakan lain – berkongsi ilmu – berkongsi perasaan menghasilkan produk yang lain – mendapat bantuan
– dapat mengetahui teknik bermain yang berbeza – ahli keluarga – bekerjasama
menambahkan pengetahuan – mengubah kelemahan (iii) Kerajaan memberi bantuan – memberi insentif
diri sendiri – belajar daripada kesilapan orang lain – subsidi – mengurangkan cukai – mengurangkan kos
memantapkan kemahiran diri pengeluaran – dijual dengan lebih murah – penawaran
(iv) Mengajak kawan bermain bersama-sama – pada akan ditingkatkan – meringankan beban kewangan
masa lapang – setiap petang – tidak memerlukan para pengusaha
tempat yang besar – Kawasan perumahan – jiran – (iv) Kerajaan memberikan anugerah dan pengiktirafan
tidak membazirkan masa – membuat perkara yang – anugerah peringkat kebangsaan – memotivasikan
tidak mendatangkan faedah – permainan tradisional pengusaha supaya lebih berdaya maju – hadiah yang
lumayan – bentuk wang tunai – bersaing pada
peringkat antarabangsa
3

You might also like