You are on page 1of 14

SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD.

RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

Nama : _________________ 8 Januari 2022

PERBENGKELAN BAHASA MELAYU SPM


Pengenalan

Kertas 1 - bahagian A -
- Bahagian B -

Kertas 2

Bahagian A - Sistem dan Aplikasi Bahasa

- soalan 1 – morfologi ( bina ayat )


- Soalan 2 - sintaksis
- Soalan 3 - penyuntingan
- Soalan 4 – tukar – klasik - moden
- Soalan 5- peribahasa

Bahagian B - Pemahaman
- Soalan 6 - petikan umum
- Soalan 7 - petikan sastera
- Soalan 8 – novel

Bahagian C - Rumusan
- Soalan 9

Kertas 3 - Ujian Lisan

- individu -
- Kumpulan – 30m

Kertas 4 - Ujian Mendengar –


SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

Kertas 2
Soalan 1 - morfologi ( bina ayat )
Tahu dan bezakan arahan soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau kata nama khas.

Sekiranya golongan siswazah ini gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan
pendapatan yang setimpal, akan menambahkan warganegara yang terlibat dengan masalah
sosial seperti kemiskinan dan jenayah dalam kalangan mereka yang menganggur akibat
kesempitan hidup. Hal ini akan menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa jika
terus dibiarkan. Kebanyakan mahasiswa yang sedang menuntut di universiti bercita-cita
mendapatkan pekerjaan yang baik. Oleh itu, satu jawatankuasa untuk mengatasi masalah
pengangguran terutamanya dalam kalangan siswazah bumiputera wajar
dibentuk oleh kerajaan dalam kadar segera.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Peluang Kerjaya Siswazah Menganggur’
oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim, Dewan Siswa

jika….
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja transitif . Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Jika …
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja tak transitif .
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Jika…
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja pasif . Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau kata nama khas.

PERSEDIAAN KITA - FOKUS ….

MR. GOOGLE - KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :


A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

A. Kata Kerja Transitif

1.       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai


oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan  mendengar radio.
           mendengar ialah kata kerja transitif
           radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan….
imbuhan men,
men ...i,
men ...kan,
memper,
memper...i,
dan memper...kan.

Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

(a)        Pak Abu menjala ikan.


(b)       Orang ramai diminta menjauhi  kawasan itu.
(c)        "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)       Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)        Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)        Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )


Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

1.           Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat  berdiri
sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.          Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang  ..
berimbuhan ber,
men,
ter,
ber... an,
dan ber...kan.
Contohnya:
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

(a) Ravi belum datang lagi.


(b) Murid- murid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan
menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif

1.          Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada  kata kerja
transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.          Ada tiga jenis kata kerja pasif.
(a) kata kerja pasif diri pertama
(b) kata kerja pasif diri kedua
(c) kata kerja pasif diri ketiga
3.          Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.          Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan
kaupersilakan.
5           Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

Fokus TOPIK LAIN lain…


Soalan 2 – sintaksis

Baca petikan di bawah dengan telti. Kemudian, tukar ayat yang bergaris di bawah kepada
ayat songsang.
Aku melihat pelajar lain yang sedang memunggah barangan peribadi mereka. Raut wajah
mereka kelihatan sangat penat dan boleh dikatakan masih terkejut dengan arahan
pengosongan daripada pihak berkuasa. Pelajar – pelajar yang lain juga berfikiran seperti
aku. Mereka membawa barang-barang yang penting sahaja kerana yakin akan kembali
semula ke universiti. Ibu bapaku dan rakan sebilikku telah tiba. Kami mengucapkan selamat
tinggal antara satu sama lain supaya tidak lupa untuk menjaga kesihatan dan keselamatan
masing-masing.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cerpen Di Sebalik Pintu, Oleh Yun,
Dewan Siswa, Bil.2/2021
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

Soalan 2 : Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat majmuk yang bergaris
kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Darurat dan keganasan komunis telah banyak memberikan impak negatif terhadap
perkembangan ekonomi di Malaysia. Bebanan yang ditanggung kerajaan dari segi
kewangan bagi menghadapi zaman darurat antara tahun 1948 sehingga 1960 turut
membawa kerugian kepada pembangunan negara. Beribu-ribu penduduk terpaksa
berpindah ke kawasan tertentu supaya keselamatan rakyat terjamin daripada ancaman
pengganas komunis. Sementara itu, peperangan selama 12 tahun ini turut menyebabkan
beribu-ribu nyawa terkorban untuk mempertahankan tanah air tercinta. Ramai perajurit
negara yang gugur mempertahankan tanah air tercinta.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Pengisytiharan Tamat Darurat’, Oleh Siti
Khadijah Baharudin, Arkib Negara Malaysia,
Dewan Siswa, Bil.7/ 2019 [ 6 markah

Soalan 3 : Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat tujuh kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1
Kanak-kanak lebih terpikat kepada filem, buku cerita, komik dan kartun yang banyak aksi,
saspens, fantasi dan yang mempamerkan keberanian bagi melibatkan unsur keganasan,
titisan darah dan pemusnahan. Pertimbangan utama yang diberikan penerbitan media
termasuklah jumlah khalayak yang menentukan keuntungan berniaga mereka. Sehubungan
itu, medium keganasan dan pengembaraan mengatasi filem, buku atau komik yang lain.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Filem dan Unsur Keganasan, Oleh
Salleh Mohd. Dewan Siswa, Bil.7/2018
[ 7 markah ]

Bahan 2

Jamilah : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa slanga dan Bahasa
rojak semasa berintegrasi.

Fateha : Ya, betul ! Media massa kita juga kurang menitik-beratkan penggunaan bahasa
yang betul. Jamilah : Jika kita benar-benar sayangkan bahasa, kita mesti
menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa.

Fateha : Pihak pengurus media massa perlu memainkan peranan untuk mendaulatkan
bahasa Melayu tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Jamilah : Saya bersetuju dengan pandangan awak. Media massa tidak sewajarnya hanya
mementingkan keuntungan semata-mata tanpa melakukan tanggung jawab sosial
mereka.
[6 markah]
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard


Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan
halnya kecurian semalam itu.

Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Wahai Temenggung , tiadakah
menyuruhkan orangnya berkawal tadi?

Maka sembah Temenggung, “ Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal
semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui


Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul, Kementerian
Pendidikan Malaysia
[6 markah]

Soalan 5 : Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua peribahasa yang
terdapat dalam petikan. Kemudian beri peribahasa lain yang sama maksud atau hampir
sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Jualan langsung merupakan satu kaedah menjual barangan kepada pelanggan dengan
harga yang kononnya lebih murah. Walaupun pihak Persatuan Pengguna telah membuat
peringatan melalui media massa berkaitan dengan taktik penipuan ini, namun usaha mereka
seperti mencurah air ke dalam keladi. Pengguna perlu berhati-hati menerima kedatangan
ejen-ejen ini supaya tidak menyesal kerana terpedaya membeli barang-barang yang tidak
berkualiti bak kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sesetengah
daripada mereka mempunyai niat yang tidak baik seperti berlurah di balik pendakian.
[ 4 markah ]

Soalan 6 : Petikan umum


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

Bahan 1
Doktor merupakan satu kerjaya yang menawarkan perkhidmatan merawat orang-orang yang
sakit. Dalam sektor awam, kerjaya sebagai doktor terdapat di hospital-hospital dan klinik
kerajaan serta swasta. Keadaan hospital dan klinik kerajaan yang sentiasa penuh dengan
pesakit menyebabkan para doktor terpaksa berhadapan dengan beberapa perkara seperti
terdedah dengan cabaran untuk disaman melalui undang-undang daripada pihak keluarga
pesakit. Doktor mempunyai pengkhususan kepakaran dalam satu bidang perubatan.
Contohnya, dalam bidang kardiologi, endokrinologi, nefrologi dan lain-lain. Kerjaya doktor
berisiko ditempatkan di bahagian atau jabatan yang kurang diminati demi mengisi
kekosongan. Antara tugas seorang doktor ialah memeriksa pesakit untuk menentukan
keadaan penyakit, menjalankan pemeriksaan perubatan, dan menentukan ubat serta
rawatan yang sesuai bagi penyakit yang telah didiagnosis. Tugas mereka menjadi lebih
sukar dan bertambah berat pada era negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Dipetik dan diubah suai daripada


SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

“Doktor” oleh Nur Atikawate Erny Md


Aris Dewan Siswa Bil.3/2021
Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 2
Jururawat merupakan tenaga kerja penting dan tulang belakang dalam sesebuah fasiliti
kesihatan, khususnya di hospital, klinik kesihatan dan pusat kesihatan sama ada dalam
sektor kerajaan mahupun swasta. Tanpa penglibatan jururawat, fasiliti kesihatan mungkin
tidak dapat beroperasi dengan efisien dan mengalami kesukaran untuk memberikan
perawatan yang terbaik kepada pesakit. Ketika negara dilanda dengan pandemik COVID-19,
jururawat terpaksa memakai Personal Protective Equipment (PPE) berjam-jam untuk
memberikan bantuan perawatan kepada pesakit yang dijangkiti COVID-19. Seiring dengan
peredaran masa dan arus pemodenan, kerja jururawat telah banyak melalui fasa perubahan
yang begitu signifikan dan membuka mata masyarakat tentang betapa pentingnya peranan
mereka. Jururawat juga terpaksa berhadapan dengan pesakit dan pihak keluarga pesakit
yang beraneka ragam. Tugas merawat sememangnya satu amanah yang perlu
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Jururawat Wira Bakti” oleh Ahmad
Syahmi Jalaluddin Dewan Siswa
Bil.06/2021 Dewan Bahasa dan
Pustaka

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata fasa perubahan. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cabaran-cabaran tugas yang terpaksa dihadapi
oleh seorang doktor dan jururawat. ( 3 markah )

(iii) Dalam situasi pandemik, tugas seseorang jururawat dilihat sebagai suatu tugas yang sangat murni
dan dipandang tinggi dalam masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang yang ingin menjadi jururawat?
[3 markah]

(iv) Anda mempunyai seorang sahabat yang bercita-cita menjadi seorang doktor. Namun demikian,
sahabat anda bukanlah seorang murid yang cemerlang di sekolah dan tahap pencapaiannya juga tidak
memberangsangkan dalam setiap peperiksaan yang dijalankan.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan anda membantu sahabat anda untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya ( 4 markah)

Soalan 7 : Petikan Sastera


Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Syair Perpaduan Terbilang


Negara Malaysia pelbagai bangsa,
Bertingkah pandangan sudah biasa,
Usah biarkan dimakan masa,
Kelak melarat menjadi bisa.
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

Rakyat Malaysia berbilang budaya,


Adat ketimuran masih diperkaya,
Bersatu hati sedaya upaya,
Supaya negara terhindar bahaya.

Hendaklah luhur bersatu hati,


Bukan mengharap balasan nanti,
Kita tekadkan untuk berbakti,
Membentuk bangsa perpaduan sejati.

Anak warisan nadi perjuangan,


Dididik mencari kegemilangan,
Nadi perpaduan dilupa jangan,
Agar negara harmoni berpanjangan.

Sumber; Internet

Bahan 2
Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang
diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang
memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya.
Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana
mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina,
berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong.Iklim di sana berbeza. Cara hidup di
sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup aman dan damai. Semua
suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13
Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati,M16.

Dipetik daripada cerpen ‘Mellisa’ oleh Abdullah Hussain dalam


antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 3

KUCARI DAMAI DI SINI


Kucari damai di sini
di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.

Kucari damai di sini


cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.

Di sini damainya badai


moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

untuk generasi masa depan.

Dipetik daripada Antologi Pohon Tradisi, (peny.)


Borhan Md.Zain dan Mohamad Saleeh Rahamad,
Gapeniaga Sdn Bhd,2011

(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud bersemadi di naluri. 2 markah

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan positif yang diperoleh


akibatperpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita.
4 markah

(iii) Perpaduan amat penting dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersatu padu? 3 markah

(iv) Baru-baru ini,sahabat baik anda terpaksa bertukar ke sekolah lain. Dia menceritakan
kesukarannya untuk menyesuaikan diri di sekolah baharu yang majoriti muridnya berbangsa
Cina dan India .
Sebagai sahabat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah
tersebut? 4 markah

Soalan 7 : Petikan Sastera


Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soala-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Syair Cintai Alam Sekitar


Aduhai adikku kakak berpesan,
Kelak dirimu jadikan panduan,
Cintailah keindahan jaga kebersihan,
Persekitaran indah tiada pencemaran.

Wahai adikku dengarlah tuan,


Bumi ini amanah Tuhan,
Jangan suka membuat kerosakan,
Nyawa terancam terjejas kehidupan.
Sampai hati membuat kerosakan,

Menangis bumi banyak pencemaran,


Air kotor penyakit bertebaran,
Udara tercemar mengganggu pernafasan.
Sematkan di jiwa semangat iltizam,

Janganlah suka berbuat kejam.,


Flora dan fauna tidak terancam,
Kehidpuan di dunia aman tenteram.

Dipetik dan diubah suai daripada Syair Cintai Alam Sekitar


Oleh Rafe’ah Abdul Rahman dalam Antalogi Antalogi Anak
Bumi Tercinta Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

Setiap kali jentolak berwarna kuning itu bergerak ganas menindas dan menggilis apa-apa
sahaja objek yang dilaluinya, setiap kali itu pula cerobong yang semakin hitam itu akan
menghembuskan kepulan asap yang tidak kurang hitamnya. Bunyi mengaum keras
mendengung dana membangkitkan suasana. Kedengaran hingar bingar sekali dan ditingkah
bunyi kerikan dahan yang patah. Rotan, banir dan akar yang berjuntaian direntap kasar,
tidak mampu menahan terjahan kenderaan berat itu.

Kera dan monyet melompat lalu bergayutan dan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga
dengan gajah, babi hutan, payau, kijang , namun ada juga yang mati terjepit tidak sempat
menyelamatkan diri. Seekor dua ular melata terjepit di celah gigi roda besi. Belum lagi soal
mati katak serangga dan hidupan kecil yang lainnya.

Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba, Karya Sasjira


dalam Antalogi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa
dan Pustaka

BAHAN 3
PANTUN ALAM SEKITAR
Pergi ke kedai membeli bunga,
Bunga dibeli cantik sekali,
Alam sekitar perlu dijaga,
Agar hidup sentiasa harmoni.

Berjalan-jalan di tepi tasik,


Bila berjalan perlu berhati-hati,
Alam dijaga agar cantik,
Agar dilihat semua generasi.

Pergi ke kota bersama teman,


Kota Melaka tempat pilihan,
Menjaga sungai menjadi amalan,
Agar tidak berlaku pencemaran.

Pergi menyelam ke dalam laut,


Menyelam di Laut China,
Kita perlu menjaga keindahan laut,
Agar khazanahnya kekal terpelihara.

Sumber : Internet
(i) Berdasarkan bahan 3, berikan maksud sentiasa harmoni. [2 Markah]

(iii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan keburukan-keburukan pencemaran alam


sekitar?
3 markah

(iii) Hutan memberikan banyak manfaat kepada manusia. Oleh itu, hutan perlu dikekalkan sebagai
khazanah kepada generasi akan datang.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memelihara hutan yang terdapat di negara
kita?
3 markah

iv) Anda dan rakan-rakan bercadang untuk memancing di sebatang sungai. Namun anda mendapati
terdapat banyak sampah sarap yang telah dibuang oleh penduduk di kawasan berdekatan sehingga
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

menyebabkan pencemaran sungai yang serius.


Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, apakah peranan anda untuk memastikan masalah ini
daripada terus berlaku?
4 Markah

Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah iini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Jika mengikut deskripsi tugasnya, Nurul Hafsa sebagai seorang pegawai sains yang
mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang fizik bertanggungjawab
mengurus tadbir dan menyelia semua urusan berkaitan dengan pentadbiran Balai Cerap
Sultan Salahuddin, termasuklah merancangkan dan melaksanakan program penyelidikan
astronomi dan sains angkasa secara rutin. Dia juga sepatutnya memantau, menyelenggara
dan mengawal sistem teknologi maklumat serta mengumpul data-data hasil kajian
cakerawala di balai cerap itu. Menjadi tanggungjawabnya juga nanti untuk membangunkan
aplikasi teknologi maklumat berkaitan dengan falak di balai cerap. Nurul Hafsa juga
bertanggungjawab melaksanakan aktiviti falak, termasuk mengesahkan arah kiblat, cerapan
hilal rasmi dan bulanan, program latihan dan juga praktikal falak serta mengadakan program
promosi dan publisiti balai cerap. Bagaimana dia hendak melaksanakan deskripsi tugasnya
jika tiada apa-apa yang boleh dilihat lagi selain bulan di langit.
Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, apakah bidang tugas Nurul Hafsa yang berkaitan dengan aktiviti falak.
4m

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, Karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd. Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menggambarkan
kepincangan masyarakat sehingga menjejaskan kesejahteraan hidup. 6m

BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah]


Soalan 9 : Rumusan
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan
Pelbagai hasil barangan kraf tangan dihasilkan sejak zaman datuk nenek moyang dahulu
seperti tikar mengkuang sebagai alas tempat duduk atau tidur, tempayan atau labu tembikar
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

untuk menyimpan air yang kini kurang digunakan lagi. Produk kraf tangan tradisional
tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa sekiranya pihak kerajaan
menyediakan landasan pemasaran yang lebih meluas. Jika dibanding dengan pengguna
tempatan, masyarakat di Eropah, umpamanya lebih menghargai produk seni kraf tangan
tradisional yang berkaitan warisan budaya. Kerajaan juga sewajarnya berusaha untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kualiti dan kreativiti seni kraf tangan
tradisional. Tidak mustahil juga kita mampu mencetus aliran global menerusi produk
tempatan. Di samping itu, pengusaha kraf tangan tempatan perlu menghasilkan kraf tangan
yang lebih unik, kreatif dan mengekalkan keaslian. Penghasilan kraf tangan yang unik
mampu menarik minat pelancong untuk bertandang ke negara kita.

Pelaksanaan platform e-dagang menjadi medium usahawan kraf tempatan untuk berkongsi
pengalaman mengenai kraf dan budaya antara satu sama lain. Platform ini bertujuan untuk
mempromosikan produk-produk kraf tangan dan produk kreatif seperti lukisan, anyaman
bakul, batik, dan arca. Selain itu, Perbadanan Kraf tangan Malaysia membantu
mengkomersialkan produk seni kraf tangan melalui pembangunan pasaran, produk dan
usahawan. Para belia yang berminat dalam industri kraf tangan perlu diberikan pendedahan
tentang pelbagai teknik membuat pembuatan kraf tangan seperti bakul, mencanting batik,
menenun songket dan sebagainya. Pendedahan yang diberikan secara tidak langsung
mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia di negara kita. Seni kraf
tangan ini juga mampu melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Produk seni dan
kraf tangan tempatan mempunyai nilai dan keunikan tersendiri, sekiranya dikemas kini
mengikut permintaan aliran semasa.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Inovasi Memperkasakan
IndustriKraf Tempatan’ oleh Jamil
Hashim, Dewan Budaya, Mei 2020

Bahan 2 – Lagu Cintailah Warisan Kraf Malaysia


Dicanai ditempa dengan semangat
Dipahat diukir penuh berhemat
Digali dilukis menyentuh jiwa
Tinggi mutu nilai seninya
Rasakan biasakan.

Luangkan kegunaan
Dengan kraf buatan Malaysia
Di desa di bandar ataupun di kota
Guna pakai barangan kita
Galak membeli galak memakai
Ekonomi kita pun turut berkembang
Cintai tiap masa kraf Malaysia
Emas kain kayu atau apa saja
Beli guna pakailah kraf Malaysia
Dengan penuh kebanggaan
Nilai seni tinggi tiada bandingan
Sayangilah warisan kraf Malaysia
Lambang jati diri bangsa.

Diubah suai daripada Lagu Cintailah Warisan Kraf Malaysia


Lagu : Pak Ngah
Lirik : Siso
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

Penyanyi : Siti Nurhaliza

KERTAS 1
KARANGAN

Bahagian A
1. Sebahagian daripada… (boleh ambil satu isi atau sebahagian)
2. Tersirat
3. Data/statistik - jadikan pendahuluan
4. Umum (membaca) atau berfokus (faedah membaca)

Bahagian B
Soalan 1 – Domain awam
Soalan 2 – Domain Peribadi
Soalan 3 – Domain kerjaya
Soalan 4 – Domain pendidikan
Fokus kepada 2 domain

Bentuk soalan
1. Sudah diberikan isi
2. Sudah diberikan isi tapi perlu kemukakan isi lain (tidak boleh guna isi yang
diberikan)
3. Diberi masalah – pelajar perlu menyelesaikan masalah
4. Beri isu

BAHAGIAN B [70 Markah]


Pilih satu soalan daripada soalan berikut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Soalan 1.
Kementerian Perpaduan Negara telah menggubal dasar perpaduan negara untuk
memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional di negara ini. Dasar ini telah menetapkan
tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan
Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara, membentuk identiti nasional dengan
semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab
serta melahirkan rakyat menghargai dan mengamalkan perpaduan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Berita Harian Online, 10 Mac 2021

Keratan akhbar di atas menerangkan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk


memastikan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia terus terpelihara. Pelbagai pihak
haruslah berganding bahu untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana tentang
“Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Soalan 2.
Semangat patriotisme yang tinggi perlu ada dalam diri rakyat yang menjadi tonggak utama
kepada pembangunan sesebuah negara. Tanpanya negara akan musnah dan hancur
SENTUHAN TERAKHIR BM SPM OLEH HAJI ABD. RAHMAN BIN NGAH - 012 – 725 7842

bukannya kerana diserang musuh tetapi kemusnahan adalah disebabkan kegagalan rakyat
untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara. Dalam konteks Malaysia,
patriotisme perlu ada pada diri setiap rakyat Malaysia.

Dipetik dan diubai suai daripada: Patriotisme-bukan-sekadar-


semangat Sinar Harian 31 Ogos 2020.

Petikan akhbar di atas menyedarkan anda tentang kepentingan semangat cinta akan
negara. Tanggungjawab untuk memastikan semangat ini sentiasa ada dalam diri setiap
individu sememangnya satu tugas yang amat sukar. Namun, anda boleh mempamerkan
semangat itu melalui beberapa tindakan yang sewajarnya ada dalam diri setiap
warganegara.
Jelaskan pernyataan tersebut.

Soalan 3.
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) adalah cabang pendidikan untuk melahirkan
pelajar yang cergas melalui pembelajaran fizikal dan meningkatkan tahap kecergasan. Di
samping itu, pelajar diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan
,memupuk sikap positif dan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Matlamatnya
sudah tentu untuk memastikan pelajar seimbang dari sudut jasmani di samping
mengukuhkan emosi, intelek dan rohani.

Sumber : Internet, 28 Julai 2019

Petikan di atas menyatakan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Seiring dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan era moden, mata pelajaran PJPK seharusnya terus
dipelajari secara bersungguh-sungguh tanpa dilihat sebagai mata pelajaran yang boleh
diabaikan.
Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Soalan 4.
Statistik Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SIP Perkeso)
menunjukkan sektor pertanian masih kurang diminati dalam kalangan pencari kerja yang
majoritinya terdiri daripada lepasan sekolah dan siswazah. Sebagai inisiatif kerajaan telah
mengadakan Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 yang diadakan secara maya selama dua
hari bermula hari ini menawarkan lebih 8,600 kekosongan jawatan oleh 26 majikan
merangkumi pelbagai program yang dirangka khas termasuk Webinar Kerjaya serta taklimat
berkaitan PenjanaKerjaya 2.0.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada


Astro Awani Online Mac 2021

Petikan berita di atas menyatakan bidang dalam sektor pertanian kurang menjadi pilihan
golongan belia dalam memilih bidang kerjaya. Banyak usaha yang dilakukan pelbagai pihak
untuk menarik golongan belia agar menceburi bidang ini
Bincangkan pernyataan tersebut.

Kertas 3
Kertas 4 – mendengar (30 markah)

You might also like