You are on page 1of 1

Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia

Bahagian C (Soalan Esei/ Struktur)

1 (a) Jelaskan etika penggunaan alat telekomunikasi dari sudut pandangan murid.(6 markah)

(b) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah penyebaran
maklumat palsu di media sosial. (4 markah)

Jawapan:

1 (a) Etika bermaksud tatacara moral yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan manusia. Antara etika penggunaan alat telekomunikasi ialah
bersopan santun semasa berkomunikasi. Selain itu, seseorang itu haruslah berfikir
terlebih dahulu sebelum menghantar atau berkongsi sesuatu maklumat.

Kita juga haruslah mengguna kata kunci dan menyimpannya dengan selamat.
Seterusnya, kita digalakkan hanya memberi komen membina sekiranya perlu. Akhir
sekali, kita wajarlah mengehadkan masa penggunaan media sosial.

(b) Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah


penyebaran maklumat palsu di media sosial ialah meningkatkan tahap kesedaran diri
terhadap bahan palsu. Contohnya, kita boleh menyemak sumber rasmi maklumat
yang diterima sebelum berkongsi. Di samping itu, kita juga digalakkan untuk
menyemak sesuatu maklumat yang diterima dalam laman web Sebenarnya.my. Kita
bertanggungjawab untuk mendapatkan kesahihan daripada mana-mana agensi
kerajaan mahupun bukan kerajaan dalam penapisan berita palsu.

You might also like