You are on page 1of 6

ESEI 1

BAHAGIAN C
(Soalan Spesifik)
1 Teliti monolog di bawah dan jawab soalan yang
diberikan.

Oh, ramai yang berkongsi


tentang mesej ini!
Lebih baik saya
kongsikannya dengan
rakan-rakan.
Saya berharap menjadi
orang pertama berkongsi
mesej ini dalam kumpulan
media sosial saya.

(a) Wajarkah tindakan anda menularkan mesej


seperti yang di atas kepada rakan-rakan?
Justifikasikan jawapan anda berdasarkan nilai
universal yang dipelajari? [10 markah]

(b) Bincangkan tatacara menggunakan sumber dan


menyebarkan maklumat yang patut diamalkan
dalam situasi ini. [10 markah]
JAWAPAN 1(a)

Tidak wajar.
Nilai rasional
Nilai bertanggungjawab
Nilai kejujuran
Nilai kebebasan
Nilai hormat
Saya perlu menentukan kesahihan maklumat yang
diterima sebelum berkongsi dengan rakan-rakan saya
yang lain.
Saya harus bertenang, jaga emosi diri dan bersabar
dengan berita atau maklumat yang diterima sebelum
menentukan kesahihannya.
Saya harus elakkan tindakan terburu-buru menyebarkan
maklumat yang diterima bagi mengelakkan pelbagai
implikasi negatif.
Tindakan terburu-buru saya boleh menjatuhkan imej
dan reputasi diri saya dan orang lain.
Tindakan terburu-buru saya boleh mengundang
ancaman ke atas keselamatan diri saya dan orang lain.
Tindakan terburu-buru saya boleh mencetuskan konflik
dan pertengkaran di kalangan masyarakat.
Tindakan terburu-buru saya boleh menggugat
kesejahteraan dan ketenteraman awam.
Tindakan terburu-buru saya boleh mengakibatkan saya
ditahan oleh pihak berkuasa.
JAWAPAN 1(b)
Kita perlu memastikan kesahihan sesuatu maklumat.
Kita perlu periksa maklumat sebelum dikongsikan.
Kita perlu berhati-hati dan tidak mudah terpedaya atau
percaya dengan maklumat yang diterima.
Kita perlu ingat bukan semua maklumat di internet dan
laman media sosial itu benar.
Lantas, kita tidak boleh terus berkongsi maklumat yang
diterima dengan orang ramai.
Kita perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak
yang berkaitan.
Kita boleh sahkan sesuatu maklumat dengan bertanya
kepada orang yang lebih layak dan ada kredibiliti
seperti pihak berkuasa.
Kita boleh sahkan sesuatu maklumat dengan bertanya
kepada orang yang lebih layak dan ada kredibiliti
seperti pihak berkuasa.
Misalnya, kitab oleh semak kebenaran sesuatu berita
yang ingin dikongsi di laman portal sebenarnya.my.
Kita tidak boleh memanipulasikan sesuatu
maklumat untuk kepentingan diri sendiri.
Kita tidak boleh menokok tambah maklumat atau
mengubahsuai isi kandungan maklumat yang
diterima sewenang-wenangnya.
Kita patut elakkan daripada memuat naik isu negatif,
kurang sopan atau pornografi melalui laman sosial.
ESEI 2
BAHAGIAN C
(Soalan Umum)
2 Gambar di bawah menunjukkan kesan pemburuan
haram.

(a) Apakah perasaan anda apabila melihat gambar


di atas?
Berdasarkan perlakuan berperikemanusiaan,
berikan justifikasi anda menggunakan nilai-
nilai universal yang dipelajari. [10 markah]

(b) Berikan tiga cadangan untuk menyelamatkan


spesies haiwan yang diancam kepupusan.
[10 markah]
JAWAPAN 2(a)

Sedih. Justifikasi saya.


Nilai baik hati.
Nilai kasih sayang.
Nilai kepercayaan kepada Tuhan.
Manusia terlalu pentingkan diri sendiri dan
materialistik.
Manusia ingin mengaut keuntungan melalui penjualan
anggota badan dan kulit haiwan.
Manusia menzalimi haiwan.
Perbuatan manusia ini adalah salah disisi undang-
undang.
Perbuatan manusia yang rakus ini boleh menjejaskan
ekosistem.
Haiwan tidak berdosa dan mereka juga mempunyai hak
untuk hidup secara bebas dalam alam ini.
JAWAPAN 2(b)
Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang
perlindungan haiwan.
Kerajaan mengenakan hukuman lebih berat kepada
pemburu haram.
Masyarakat mesti laporkan kepada pihak berkuasa
sekiranya ternampak kes pemburuan haram.
Kerajaan boleh gunakan teknologi seperti Drone dan
kamera litar tertutup untuk memantau aktiviti
pemburuan haram.

Kerajaan dan NGO boleh melancarkan kempen


kesedaran anti pemburuan haram.
Kempen dapat memupuk kesedaran dalam kalangan
masyarakat.
Kerajaan boleh mengajar anak-anak muda kepentingan
melindungi haiwan melalui subjek seperti
Pendidikan Moral , Sains dan sebagainya.
Kerajaan perlu wartakan hutan simpanan untuk
memastikan haiwan dapat perlindungan daripada
alami kepupusan.

Masyarakat harus henti perbuatan membeli produk


yang dibuat berasaskan kulit haiwan.
Masyarakat harus henti pengambilan makanan eksotik.
Apabila tiada permintaan maka ini akan mengurangkan
dan menghapuskan terus aktiviti pemburuan haram.
Kerajaan lucutkan lesen syarikat yang menghasilkan
produk daripada haiwan secara tidak sah.

You might also like