You are on page 1of 7

KPD 60204

MODEL-MODEL PENGAJARAN

TUGASAN 1 –

KONSEP DALAM ENAM ARAS TAKSONOMI


BLOOM

NAMA : NOOR EMILIYA BINTI ABD LATEH

NO. MATRIK :M20182001953

PROGRAM : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PEDAGOGI)

NO. TELEFON :0194453245

PENSYARAH : DR SABRI BIN MOHD SALLEH


BIDANG HADIS : PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda : Janganlah kamu dengki-
mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli
di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang islam
bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi , tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan, tidak boleh
membohongnyadan menghinanya sesama islam. Taqwa itu di sini, kata Nabi SAW sambal menunjuk
kedadanya tiga kali. Memadai seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya. Setiap
orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah, harta dan kehormatan.

SOALAN ARAS 1 : PENGETAHUAN ( MENYATAKAN) ( 2 MARKAH )

SOALAN OBJEKTIF
Hadis di atas menjelaskan antara sifat-sifat mazmumah yang boleh menghancurkan umat
Islam.
1. Berdasarkan hadis di atas, sifat yang manakah tidak terdapat dalam hadis?
A. Tipu- menipu Faktor Perpecahan ( larangan sifat-sifat mazmumah
B. Buruk sangka berdasarkan Hadis)
C. Dengki- mendengki 1. Hasad Dengki
D. Berpaling muka 2. Menipu
3. Benci-membenci
4. Berpaling Muka
SOALAN SUBJEKTIF 5. Jual beli atas jualan orang lain.

Hadis di atas menjelaskan sifat-sifat yang di larang oleh Rasulullah SAW yang menjadi
faktor perpecahan umat.
1. Nyatakan dua sifat tersebut.
I. Tipu-menipu
II. Benci-membenci

Justifikasi :
Soalan jenis ini menguji daya ingatan dan pengetahuan murid tentang maklumat tertentu
yang telah dipelajari atau yang terdapat dalam hadis. Murid perlu merujuk hadis untuk
mendapatkan maklumat atau jawapan bagi soalan tersebut.
SOALAN ARAS 2 : MEMAHAMI ( MENERANGKAN) ( 2 MARKAH )

SOALAN OBJEKTIF

1. Antara berikut yang manakah maksud bagi kalimah ‫? ال تحاسدوا‬


A. Jangan menipu
B. Jangan Dengki mendengki
C. Jangan jual beli atas jualan orang lain
D. Jangan menipu

Jangan dengki mendengki ‫ال تحاسدوا‬


Jangan menipu ‫ال تناجشوا‬
Jangan benci-membenci ‫ال تباغضوا‬
Jangan berpaling muka/sombong ‫ال تدابروا‬
Jangan jual beli atas jualan orang lain ‫ال بيع علئ بيع بعض‬

SOALAN SUBJEKTIF

1. Terangkan dua sebab Islam melarang perbuatan hasad dengki?


- Kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan/permusuhan.
- Kerana ia boleh menggugat perpaduan

Justifikasi :

Bagi soalan jenis ini, murid perlu memahami keseluruhan isi dalam hadis. Hal ini kerana
soalan ini akan menguji pemahaman murid terhadap hadis secara menyeluruh.serta
mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
ARAS 3 : APLIKASI (MENYELESAIKAN) ( 2 MARKAH )

SOALAN OBJEKTIF

Amalan ziarah- menziarahi, nasihat- menasihati, tolong- menolong semakin pudar


dalam masyarakat terutama mereka yang tinggal di taman-taman.

Berdasarkan situasi di atas, sekiranya anda ialah pengerusi di kawasan perumahan


tersebut, apakah usaha anda untuk membudayakan sikap di atas dalam kalangan
masyarakat?

I. Mengadakan program rukun tetangga di kawasan perumahan


II. Mengadakan aktiviti gotong- royong
III. Mengadakan majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan.
IV. Menyemarakkan budaya kunjung mengunjung dalam kalangan masyarakat.

A. I dan II Cara Mengukuhkan Perpaduan


B. I dan III 1. Memupuk kasih sayang antara anggota
C. I,II dan III masyarakat
D. Semua di atas. 2. Bekerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat
3. Saling menghormati budaya, pendapat
dan sebagainya
4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap
sesuatu masalah
SOALAN SUBJEKTIF 5. Saling menziarahi

Inara telah bergaduh dengan rakannya. Mereka tidak bertegur sapa melebihi tiga hari.

1. Berdasarkan situasi di atas, terangkan bagaimana tindakan anda sebagai rakan


baik untuk memastikan Inara dan rakannya kembali berdamai.
Menasihati mereka supaya berbaik-baik semula kerana memutuskan silaturrahim sangat
dibenci oleh Allah SWT dan rasul-nya. Hal yang demikian dapat memberi kesedaran kepada
mereka supaya tidak mengulangi semula perbuatan tersebut kerana takutkan azab Allah
SWT. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan semua orang
supaya hidup diberkati oleh Allah SWT.

Justifikasi :
Soalan jenis ini menguji keupayaan murid menggunakan maklumat yang diberikan melalui hadis
kepada situasi yang lain. Maksudnya, maklumat yang diperoleh daripada hadis harus digunakan
sebagai kunci untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip, kaedah, hukum,
teori dan formula yang tiada dinyatakan dalam hadis.
ARAS 4 : MENGANALISIS ( 2 MARKAH )

SOALAN OBJEKTIF (MEMBEZAKAN)

1. Antara berikut, yang manakah bukan akibat terhadap pelajar yang mengamalkan
sikap berpaling muka dengan pelajar lain?
A. Tidak disukai oleh rakan-rakan dan guru-guru.
B. Hidup akan sunyi dan tidak gembira kerana tiada teman.
C. Pergaduhan akan sering berlaku.
D. Mempunyai ramai kawan. Sebab Larangan Hadis
1. Bawa pergaduhan
SOALAN SUBJEKTIF ( MEMBUAT KESIMPULAN) 2. Umat islam pecah belah
3. Islam dipandang rendah

1. Berdasarkan rajah di atas, terangkan bagaimana sifat-sifat negatif boleh


menyumbang kepada perpecahan kaum dalam sesebuah negara.

Tidak wujud kemesraan antara satu sama lain kerana mengamalkan akhlak yang
mazmumah . Hal yang demikian menyebabkan terputusnya terputusnya
hubungan silaturrahim yang sangat dibenci dalam islam. Oleh itu, setiap pemimpin
dan rakyat hendaklah sentiasa menjadikan Ai-Quran sebagai panduan hidup
supaya kehidupan sentiasa diberkati Allah SWT.

Justifikasi :
Soalan jenis ini lebih kepada pengujian terhadap keupayaan murid mengkaji punca atau
sebab dan membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara. Murid juga dikehendaki
membuat analisis atas dasar menaakul sebab dan musabab. ( Pemboleh ubah
bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.)
ARAS 5: MENILAI ( MEWAJARKAN ) ( 1 MARKAH )

SOALAN OBJEKTIF

Sekolah memainkan peranan penting dalam usaha memupuk


semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah aktiviti yang dapat mewujudkan


perpaduan tersebut?
I. Aktiviti kokurikulum setiap minggu di sekolah.
II. Program sambutan hari raya
III. Pertandingan karaoke
IV. Aktiviti sukan Cara Mengukuhkan Perpaduan
A. I, II dan III 1. Memupuk kasih sayang antara
B. I,II dan IV anggota masyarakat
C. I,III dan IV 2. Bekerjasama dalam kalangan
D. Semua di atas anggota masyarakat
3. Saling menghormati budaya,
pendapat dan sebagainya
SOALAN SUBJEKTIF 4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap
sesuatu masalah
5. Saling menziarahi

1. Berdasarkan rajah di atas, huraikan hujah anda bagaimana amalan gotong royong
membantu mempercepatkan proses integrasi kaum.
- Dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain/ melalui tugasan yang
dijalankan bersama-sama.
- Dapat merapatkan hubungan sesama ahli masyarakat/ jiran tanpa mengira kaum
dan bangsa.
- Semangat kerjasama terjalin/ melalui kerja kumpulan yang dilakukan tanpa
mempedulikan warna kulit.

Justifikasi :
Untuk soalan jenis ini, murid dikehendaki membuat pertimbangan dan penilaian untuk
membuat kesimpulan. Ia menggunakan kriteria dan standard untuk tafsiran sama ada
perkara tersebut tepat, berkesan dan memuaskan. Biasanya, maklumat yang tersurat dan
tersirat perlu diperoleh sebelum membuat suatu penilaian atau pendapat.
ARAS 6: MENCIPTA ( 1 MARKAH )

Perpaduan sangat penting kepada kestabilan


bangsa dan negara
6. Berdasarkan pernyataan di atas, berikan hujah anda bagaimana untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya.

- Mengadakan aktiviti gotong- royong setiap bulan dalam kawasan perumahan supaya
hubungan silaturrahim bertambah erat. Hal yang demikian dapat mewujudkan sifat saling
hormat menghormati antara satu sama lain serta sifat perkauman dapat dielakkan
daripada berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi sifat sombong dan
mementingkan diri sendiri demi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

Cara Mengukuhkan Perpaduan Pengajaran Hadis


1. Memupuk kasih sayang antara 1. Semua orang islam bersaudara
anggota masyarakat 2. Perpaduan penting untuk kestabilan
2. Bekerjasama dalam kalangan Negara.
anggota masyarakat 3. Mengekalkan perpaduan tanggungjawab
3. Saling menghormati budaya, bersama.
pendapat dan sebagainya
4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap
sesuatu masalah
5. Saling menziarahi

Justifikasi :

Murid dapat menggabungkan maklumat untuk mencipta sesuatu yang baru.

You might also like