You are on page 1of 5

ISI KERAJAAN:

 Kaedah pembelajaran yang melatih murid untuk mengenal pasti


masalah, menganalisis dan menyelesaikan sesuatu perkara sendiri

 Murid berkolaborasi antara satu sama lain bagi menyelesaikan


tugasan tanpa bimbingan guru

Bidasan :
1. Bukan semua pelajar mampu untuk menyelesaikan masalah sendiri
tanpa bimbingan. Pelajar perlu dibimbing untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan. Mampukah seseorang itu menyelesaikan tugas tanpa sebarang
arahan yang jelas ?

2. Pelajar memerlukan pantauan guru. Tanpa sebarang pantauan pelajar


berkemungkinan besar akan terpesong daripada objektif pembelajaran
yang sebenar. Apabila mereka gagal untuk memahami subjek yang
diajar, pelajar mudah berputus asa dan akhirnya tidak fokus dalam pdpr.

3. Pdpr memberi lebih banyak kebebasan, yang boleh menjadi masalah


bagi pelajar yang tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan
masalah. Ini akan menyebabkan pelajar yang menghadapi masalah ini
akan ketinggalan.

 Teknologi menyumbang lebih banyak kebaikan untuk pelajar


berdaya saing di rumah

Bidasan :
1. Adakah yang berhormat yakin bahawa teknologi lebih banyak
memberi faedah kepada pelajar? Pelajar pada masa kini lebih banyak
menyalahgunakan teknologi. Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata hasil kajian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun
lepas menunjukkan golongan belia telah terjebak dengan permasalahan
era digital yang dikenali sebagai 'Dadah Digital'.

2. Pelajar umumnya merupakan golongan yang mudah hilang fokus dan


bosan ketika proses belajar. Hal ini menyebabkan mereka
menyalahgunakan teknologi, kebanyakan pelajar pada hari ini lebih
gemar menggunakan teknologi untuk tujuan hiburan berbanding
pembelajaran.
3. Pakar fisioterapi, Lorna Taylor berkata, gaya hidup moden dan
peningkatan teknologi memberikan kesan negatif serta menjejaskan
kesihatan otot pelajar yang akan memberikan kesan jangka panjang
kepada pelajar apabila mereka dewasa.

4. Pakar perunding psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr


Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata penggunaan teknologi bukan
saja boleh memudaratkan aspek psikologi , malah mengganggu
kesihatan fizikal.

 pelbagai bahan pembelajaran melahirkan pelajar yang berdaya


saing
 Murid memperoleh pendidikan tanpa batas dan tanpa limitasi
masa dan tempat

Bidasan :
1. Memang benar ada terdapat pelbagai platform untuk meneruskan
sesi pembelajaran akan tetapi, jika sudah beribu-ribu guru berkejaran
untuk menaikkan jumlah tontonan semata-mata tanpa memikirkan
aspek kefahaman yang meluas.Adakah ini akan membantu pelajar ?

2. Longgokkan pembelajaran seperti ini akan membuatkan pelajar


menjadi bingung untuk mendengar di pihak yang mana satu dan kita
sedia tahu setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza-beza untuk
memahamkan pelajar .

3. Rata-rata yang disiarkan di platform siber hanya menerangkan lebih


kurang 20% daripada apa yang perlu diketahui sebenar,apabila pelajar
seronok mendengar 20% itu sahaja kemudian terus rasa yang mereka
tahu segalanya.Ini lah definisi gagal yang sebenar-benarnya.

 keinginan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun


dalam serba kekurangan

 rasa ingin bersaing

Bidasan:
1. Pelajar umumnya golongan yang mudah tertekan akan mudah
berputus asa. Apatah lagi jika banyak kekurangan , bagaimana pelajar
hendak terus kekal bersemangat apabila melihat kawan-kawan mereka
meneruskan pembelajaran dengan pelbagai teknologi yang canggih. Hal
ini menyebabkan mereka rasa ketinggalan lalu berputus asa.

2. Perasaan bersemangat mudah luntur jika kekurangan yang dihadapi


itu berterusan buat jangka masa yang panjang. Pelajar mudah untuk
jatuh di belakang dan tidak merasa termotivasi untuk mengejar pelajar
lain yang tiada kekurangan. Tiada alat kelas untuk membantu pelajar
dengan pembelajaran mereka, jadi ia boleh menjadikan proses
pembelajaran yang lebih sukar.

 mengurangkan keciciran murid

Bidasan :
1. Lupakah Yang Berhormat akan persekitaran pembelajaran yang tidak
kondisif, ibu menyuruh melakukan kerja rumah, adik-adik bermain dan
merimaskan pelajar. Bagaimanakah persekitaran pembelajaran dapat
mengurangkan keciciran,sedangkan murid dapat ponteng dengan
mudah ataupun murid hadir tetapi tidur di sebalik skrin.

2. Tuan Yang Dipertua,mengikut kajian daripada Kementerian


Pendidikan Malaysia menunjukkan lebih daripada 36% daripada
kalangan murid tiada peranti langsung.PDPR atas talian tidak langsung
mereka boleh ikuti.Manakala 90 pelajar pula, ada peranti tapi harus
berkongsi, ini bermakna jika ada kekosongan boleh mengikuti kelas
secara langsung, jika tiada kekosongan maka harus menunggu dan
melihat sahaja kawan-kawan lain belajar.Adakah ini Yang Berhormat
kata dapat mengurangkan keciciran?Fikirkanlah

3. Isu capaian internet akses yang rendah dan kelajuan internet yang
lemah juga menyebabkan sebahagian besar daripada pelajar khususnya
di luar bandar dan kawasan pedalaman tidak dapat menjalankan PDPR
secara dalam talian. Ada juga yang mempunyai masalah talian internet
di kawasan kediaman masing-masing. Misalnya mereka sedang
mengikuti pembelajaran atas talian namun capaian internet mereka
mungkin bermasalah lalu terputus dari kelas yang diikuti. Hal-hal ini
secara tidak langsung melumpuhkan semangat mereka bagi meneruskan
pembelajaran.
 Mengutamakan sosial emosi murid
1. Tuan Yang Dipertua,hujah ini kami di pihak pembangkang rasa tidak
relevan sama sekali. Sedarlah seisi dewan jangan kita mendongak ke
langit sahaja,namun kaki tidak menjejak ke tanah.Kita bukan ahli sihir
yang boleh berterbangan di udara.Kita perlu memahami isi hati dan
perasaan yang dilalui oleh murid dalam PDPR ini. Kita sedia tahu fasa
pembelajaran yang melibatkan golongan remaja ini banyak bermain
dengan soal emosi dan keadaan mental. Jadinya di sini,jika perkara ini
terus berterusan PDPR ini bukan sahaja tidak berkesan namun akan
memberikan kesan buruk pada perkembangan jati diri mereka

2. Yang Dipertua jika seseorang itu banyak berhadapan dengan skrin


komputer ia boleh merosakkan keadaan mata secara fizikal.
Kemudiannya, merosakkan emosi mereka juga, jika perkara-perkara ini
tidak dikawal dari peringkat awal iaitu daripada sekolah berkemungkinan
besar generasi muda yang akan datang ini sukar untuk mengawal emosi
mereka pada masa hadapan kerana emosi mereka pada waktu ini lebih
terdedah pada pelbagai lagi cabaran dan liku-liku kehidupan

3. Hujah sosial emosi sangatlah tidak tepat Yang Dipertua,hujah yang


diberikan oleh pihak kerajaan gagal meyakinkan kami di barisan
pembangkang sedar atau tidak terlalu banyak kelemahan hujah Pihak
Kerajaan yang perlu digali dan wajar diperbaiki. Mereka menceritakan
keberkesanan yang mereka jangkakan sahaja dan hanya berpaksikan
pada teori semata-mata.Realitinya jika kita lihat luahan perasaan
golongan muda, media sosial dibanjiri dengan luahan perasaan mereka
yang tertekan kerana perlu menghadapi sesi PDPR yang memenatkan.

 PDPR MEMENUHI KEPERLUAN ASAS PEMBELAJARAN


1. Tuan Yang Dipertua, hujah mereka nyatakan ini tidak relevan dengan
usul yang kita katakan pada hari ini.Bagaimana PDPR memenuhi
keperluan asas sedangkan PDPR ini memerlukan peranti yang berkualiti
tinggi untuk hadir ke sesi PDPR. Tidakkah ini membebankan para ibu
bapa.

2. Seterusnya, Tuan Yang Dipertua, mereka juga berkata guru sanggup


merentas hutan semata-mata untuk menghantar modul pembelajaran.
Tidakkah ini akan membebankan guru?Setiap minggu perlu membuat
semakan.
3. Tuan Yang Dipertua,mereka juga menyatakan pembekalan peranti dan
internet kepada para pelajar. Yang Dipertua, wujudkah kecemerlangan
jika kerajaaan membekalkan peranti tetapi data yang sedikit. Sedangkan
sesi PDPR kebanyakkannya menggunakan media seperti Goggle Meet
yang menggunakan data yang banyak. Adakah 1 GB mencukupi untuk
murid menghadiri sesi PDPR yang hampir 5 jam sehari. Saya tidak rasa ini
mencukupi Yang Dipertua.

4. Memang benar ada terdapat pelbagai platform untuk meneruskan


sesi pembelajaran secara kendiri akan tetapi, Tuan Yang Dipertua jika
sudah beribu-ribu guru berkejaran untuk menaikkan jumlah tontonan
semata-mata tanpa memikirkan aspek kefahaman yang meluas.Adakah
ini akan membantu pelajar ? Rata-rata yang disiarkan di platform siber
hanya menerangkan lebih kurang 20% daripada apa yang perlu
diketahui sebenar,apabila pelajar seronok mendengar 20% itu sahaja
kemudian terus rasa yang mereka tahu segalanya.Ini lah definisi gagal
yang sebenar-benarnya

You might also like