You are on page 1of 5

Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan kita

saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ’Dunia Tanpa Sempadan’ adalah satu istilah yang
sinonim dengan internet.  Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era
zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan
sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala
kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan. Setiap sesuatu benda atau
perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sama juga seperti internet, ia juga mempunyai
kebaikan dan juga keburukan jika menggunakannya terlalu kerap ia akan mengakibatkan ketagihan.
   Antara kebaikan penggunaan internet kepada pelajar ialah melalui internet, kita akan menerima
maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan
sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio,
animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik.  Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada
World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Dengan ini, pelajar tidak perlu ke
perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang
mereka mahukan dengan kadar segera. Malah, penggunaan internet ini secara tidak langsung telah
menjimatkan kos seperti kos perbelanjaan dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Sebagai
contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku, mereka
boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yang betul dan relevan. Dalam masa yang
sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Ia juga tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu
pembelajaran mereka.
   Selain itu,  pelajar juga dapat menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal ini kerana laman
social seperti Facebook dan Twitter kini telah menjadi virus epidemik dalam kalangan pelajar di seantera
dunia. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat mahupun pendapat melalui kenalan daripada
laman sosial. Tambahan pula, pelajar boleh menggunakan internet sebaik-baiknya dengan mencari
pelbagai latihan untuk dijadikan latihtubi untuk persediaan peperiksaan. Malah  jika pelajar stress dengan
pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka boleh mencari hiburan yang mampu
mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika di internet.
   Di sebalik kecanggihan internet yang banyak memberikan kebaikan selaras dengan perkembangan
semasa namun banyak juga keburukan yang boleh didapati di internet yang boleh meracuni minda
pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah mereka bebas melayari laman web
tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi
kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan.  Keseronokan menonton bahan lucah mendorong
individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Selain itu,
internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya.
Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata
hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan
untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti
facebook,twitter dan sebagainya.
   Seterusnya, penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja
menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan
berpersatuan dapat menyihatkan badan  tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih
suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Malah  pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif
sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar
sewaktu di dalam kelas.  Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana
kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih
bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti
kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah
siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer,
pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah
siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk
melakukan jenayah. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan
kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan
minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan
tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak
produktif hasil dari penipuan di internet.
   Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan
dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda  atau pelajar. Ianya
telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan
pengaruhnya dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak tertentu perlulah mengambil tindakan untuk
mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan pelajar supaya pelajar tidak cenderung
kepada masalah social. Malah, dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah
juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi
pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia. 

 Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber
tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Buli siber adalah
perbuatan yang  mengancam , memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti
mesej teks, chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

        Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli orang lain, buli siber mempunyai ciri-
cirinya tersendiri. Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti
sebenar.Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak
bersempadan. Ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.Pembuli siber lebih mudah
bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan
dalam dunia siber. Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365
hari setahun.
        Langkah langkah mengatasi masalah buli siber

      Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.Huraikan
punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

       Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin
berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan
membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
       Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan
semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah
yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai
penyumbang kepada masalah kes buli ini.
        Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup
melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian
orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai
kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.
        Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga
menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap
materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

      Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini
mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar
tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.
Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar
yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.
     Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang
boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di
sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan
Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu
kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan
membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.
      Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di
setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli.
Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani
masalah kes buli ini.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok
kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya
tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah
dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara
mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh
menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

      Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga
akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku,
maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan
pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.Di samping itu, para pelajar juga harus
berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang
ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan
kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi
kesejahteraan sekolah.

      Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha
mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan
sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan
berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli
dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan
mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar
tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang
lain.
Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang
berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang
amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin
meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut
pengajian tinggi awam semakin . “Banyak fektor mendorong kepada berlakunya gejala buli ini
bah kata pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.

Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang
kepada berlaku gejala negatif seperi ini.Pada masa moden ini,ibu bapa hanya mementingkan
bidang profession dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan
sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.Ini menyebabkan ,seseorang anak
itu kurang mendapat perhataian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Anak juga
tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk
akibat tiada bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala
membuli.Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu
bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak perikemanusiaan sehingga mereka
melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa
bertimbang rasa dan belas kasihan.

Selain itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong
berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli
tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar
untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli.
Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan
keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja perkara secara bebas
dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli sehingga membawa masalah –
masalah yang tidak bermoral. Contohnya,dalam akhbar harian 22 FEBRUARI 2010,Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Bintang menunjukkan kes buli yang terbanyak mengikut kajian
dan faktor kelonggaran disiplin di sekolah tersebut merupakan pemangkin utama gejala ini
berlaku.

Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat
dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang
mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri
dalam gejala negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga
membentuk remaja yang kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka
lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke alam yang kurang baik kerana mengikutu
pengaruh rakan sebaya.remaja yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah
mempengaruhi gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka
untuk mencuba apa saja aktiviti .

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat banyak langkah yang
efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan
peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah
menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi
kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah
sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak
sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata
pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya
berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan
sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka
semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka
supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka
sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi
hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan
segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan
sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga
harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya
dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan,
masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa
dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan
keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut
agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar
yang lain. Disiplin dan perturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para
pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahn
seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.
Tambahan pula,pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini.
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat
kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Kerajaan juga perlu
bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah
kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan sampingan
yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan
perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya kempen ANTI BULI tyang dijalankan di pekan
Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat
dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu
bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat
negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat
Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan
akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribhasa Melayu ‘pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa
dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku
yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan
generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada
dunia.

You might also like