You are on page 1of 3

MyFocus_Chemistry@A+

by teacher_Mimi ™

SENARAI DEFINISI [ KIMIA TINGKATAN 4 DAN 5]

Bil Istilah Definisi


1 Kimia Kajian tentang komposisi, struktur, sifat dan interaksi antara jirim
2 Atom Zarah paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat mengambil bahagian
dalam sesuatu tindak balas kimia.
3 Molekul Zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang
berpadu secara kimia.
4 Ion Zarah yang bercas positif atau negatif.
5 Unsur Unsur ialah bahan kimia yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja
6 Sebatian Sebatian ialah bahan kimia yang terdiri daripada dua atau lebih unsur
yang berpadu secara kimia
7 Nombor proton Bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus sesuatu atom.
8 Nombor nukleon Jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus sesuatu atom.
9 Isotop Atom-atom unsur yang sama dengan bilangan proton yang sama
tetapi bilangan neutron yang berbeza.
10 Elektron valens Elektron yang berada di petala terluar sesuatu atom.
11 Resapan Proses apabila zarah-zarah sesuatu bahan bergerak antara zarah
bahan lain dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang
berkepekatan rendah.
12 Takat lebur Suhu apabila sesuatu bahan dalam keadaan pepejal bertukar menjadi
cecair.
13 Takat beku Suhu apabila sesuatu bahan dalam keadaan cecair bertukar menjadi
pepejal.
14 Jisim atom relatif Jisim purata satu atom unsur tersebut berbanding dengan 1/12 kali
jisim satu atom karbon-12.
15 1 mol Kuantiti bahan yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan
bilangan atom dalam 12g karbon-12.
16 Pemalar Avogadro Bilangan zarah yang terkandung di dalam satu mol bahan iaitu, 6.02 x
1023 mol-1
17 Jisim Molar Jisim bagi 1 mol bahan (gmol-1)
18 Isipadu Molar Isipadu molar ialah isipadu 1 mol gas yang menempatkan 24dm3 pada
suhu dan tekanan bilik atau isipadu 1 mol gas yang menempati 22.4
dm3 pada suhu dan tekanan piawai (STP)
19 Formula kimia Perwakilan sesuatu bahan kimia dengan menggunakan huruf untuk
mewakili atom dan nombor subskrip untuk menunjukkan bilangan
setiap jenis atom yang terdapat di dalam bahan itu.
20 Formula Empirik Formula kimia yang menunjukkan nisbah teringkas bilangan atom
setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian.
21 Formula Molekul Formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom
setiap jenis unsur di dalam satu molekul sesuatu sebatian.
22 Kumpulan Lajur menegak dalam Jadual Berkala.
23 Kala Baris mendatar dalam Jadual Berkala.
24 Amfoterik Oksida yang bersifat kedua-dua asid dan bes.
25 Elektrolisis Proses penguraian sesuatu sebatian dalam keadaan lebur atau
akueus kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir
melaluinya.
26 Elektrolit Bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur
atau larutan akues dan mengalami perubahan kimia.
27 Bukan elektrolit Bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau
larutan akueus.
MyFocus_Chemistry@A+
by teacher_Mimi ™

28 Siri Elektrokimia Susunan logam berdasarkan kecenderungannya untuk menderma


elektron
29 Asid Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion
hidrogen, H+.
30 Bes Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion
hidroksida, OH-.
31 Asid kuat Asid yang mengion dengan lengkap dalam air untuk menghasilkan
kepekatan ion hidrogen yang tinggi.
32 Asid lemah Asid yang mengion separa dalam air untuk menghasilkan kepekatan
ion hidrogen yang rendah.
33 Alkali kuat Alkali yang mengion dengan lengkap di dalam air untuk menghasilkan
kepekatan ion hidroksida yang tinggi.
34 Alkali lemah Alkali yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan
kepekatan ion hidroksida yang rendah.
35 Nilai pH Kepekatan ion hidrogen dan ion hidroksida di dalam sesuatu larutan
akueus.
36 Kepekatan Kuantiti zat terlarut dalam seunit isi padu larutan.
37 Kemolaran Bilangan mol zat terlarut yang terdapat di dalam 1 dm3 larutan.
38 Larutan piawai Sesuatu larutan yang kepekatannya diketahui dengan jitu.
39 Peneutralan Tindak balas di antara asid dan bes.
40 Takat akhir Takat dalam proses pentitratan di mana penunjuk berubah warna.
41 Garam Suatu sebatian yang terbentuk apabila ion hidrogen, H+ dalam asid
digantikan dengan logam atau ion ammonium, NH4+.
42 Aloi Suatu campuran dua unsur atau lebih mengikut peratusan yang
tertentu dengan unsur utamanya ialah logam.
43 Polimer Molekul berantai Panjang yang terbina daripada banyak ulangan unit
kecil yang dinamakan monomer.
44 Bahan komposit Bahan baharu yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih
bahan seperti logam, aloi, kaca, seramik dan polimer yang
mempunyai sifat lebih baik daripada bahan asalnya.
43 Kadar tindak balas Ukuran kelajuan bahan tindak balas bertukar kepada hasil tindak
balas per unit masa.
44 Sebatian karbon Sebatian yang mengandungi unsur karbon sebagai salah satu unsur
juzuknya.
45 Hidrokarbon Sebatian organik yeng terdiri daripada unsur hidrogen dan karbon
sahaja.
46 Isomer Sebatian yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi formula
struktur yang berbeza.
47 Tindak balas redoks Tindak balas kimia di mana proses pengoksidaan dan penurunan
berlaku secara serentak.
48 Agen pengoksidaan Bahan yang menyebabkan pengoksidaan berlaku dan dalam masa
yang sama ia mengalami penurunan.
49 Agen penurunan Bahan yang menyebabkan penurunan berlaku dan dalam masa yang
sama ia mengalami pengoksidaan.
50 Anod Kawasan di mana pengoksidaan berlaku.
51 Katod Kawasan di mana penurunan berlaku.
52 Siri kereaktifan Susunan logam-logam mengikut kereaktifannya terhadap oksigen.
53 Termokimia Satu cabang kimia yang mengkaji perubahan tenaga haba dalam
tindak balas kimia.
MyFocus_Chemistry@A+
by teacher_Mimi ™

54 Tindak balas Tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran.


eksotermik
55 Tindak balas Tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran.
endotermik
56 Haba pemendakan Perubahan haba apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ion-
ion dalam larutan akuesnya.
57 Haba penyesaran Perubahan haba apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan
garamnya oleh logam yang lebih elektropositif.
58 Haba peneutralan Perubahan haba apabila satu mol ion H+ bertindak balas dengan ion
OH- untuk membentuk satu mol air.
59 Haba pembakaran Perubahan haba apabila satu mol bahan terbakar dengan lengkap
dalam oksigen berlebihan
60 Nilai bahan api Jumlah tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram bahan api
terbakar lengkap dalam oksigen.
61 Sabun Garam natrium asid lemak atau garam kalium asid lemak.
62 Detergen Garam natrium atau kalium alkilbenzena sulfonat atau garam natrium
atau alkil sulfat.
63 Saponifikasi Hidrolisis beralkali lemak untuk menghasilkan garam asid lemak iaitu
sabun.
64 Bahan tambah Bahan kimia yang ditambah dalam kuantiti kecil untuk tujuan
makanan mengawet atau meningkatkan bau, rasa dan rupa makanan.
65 Pengawet Bahan yang ditambah dalam makanan untuk melambatkan atau
menghalang proses pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma
yang boleh merosakkan makanan.
66 Pengantioksida Bahan yang ditambah dalam makanan untuk melambatkan atau
merencat proses pengoksidaan makanan.
67 Perisa Bahan yang ditambah dalam makanan untuk memberikan rasa,
melazatkan atau memperbaik rasa tertentu makanan.
68 Penstabil Bahan yang ditambah dalam makanan untuk memastikan makanan
tidak terasing dan memperbaik kestabilan emulsi.
69 Pewarna Bahan asli atau sintetik yang ditambah untuk memperbaik warna
makanan yang diproses.
70 Antibiotik Ubat yang menyekat pertumbuhan atau membunuh bakteria.
71 Analgesik Ubat untuk menahan atau meredakan kesakitan.
72 Psikoterapeutik Ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit mental.
73 Stimulan Ubat yang merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak, badan, dan
perasaan pesakit.
74 Antidepresan Ubat untuk merawat kemurungan
75 Antipsikotik Ubat penenang atau trankuilizer untuk merawat gejala penyakit
psikosis.

You might also like