You are on page 1of 13

NAMA: _________________________________

TINGKATAN: ___________________________
BAB 1 PENGUKURAN

1. KUANTITI FIZIK
 Kuantiti fizikal yang boleh diukur.

2. KUANTITI ASAS
 Kuantiti fizik yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti fizik
yang lain.

3. KUANTITI TERBITAN
 Kuantiti fizik yang diperolehi dengan menggabungkan kuantiti asas
melalui operasi pendaraban, pembahagian atau kedua-duanya.

4. KUANTITI SKALAR
 Kuantiti fizik yang mempunyai magnitud tetapi tiada arah.

5. KUANTITI VEKTOR
 Kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah.
BAB 2 DAYA DAN GERAKAN I

a) Jarak
Jumlah panjang lintasan yang dilalui.

b) Sesaran
Jarak antara dua tempat yang diukur sepanjang laluan terpendek pada
arah tertentu.

c) Laju
Kadar perubahan jarak.

d) Halaju
Kadar perubahan sesaran.

e) Pecutan
Kadar perubahan halaju (halaju bertambah dengan masa)

f) nyahpecutan
kadar perubahan laju (halaju berkurang dengan masa)
1. GERAK JATUH BEBAS
 Jika suatu objek yang jatuh dipengaruhi oleh daya graviti sahaja.

2. INERSIA (HUKUM NEWTON PERTAMA)


 Kecederungan sesuatu objek untuk kekal dalam keadaan pegun
atau terus berada dalam gerakan seragam dalam garis lurus.

3. MOMENTUM
 Suatu objek ditakrifkan sebagai hasil darab jisim dan halaju .

4.PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM


 Dalam suatu perlanggaran jumlah momentum sebelum
prlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas
perlanggaran tanpa daya luar yang bertindak.

5.DAYA
 Kadar perubahan momentum.

6.HUKUM GERAKAN NEWTON KEDUA


 Kadar perubahan momentum bagi objek berkadar terus dengan
daya yang dikenakan pada arah yang sama dengan arah daya.
7.IMPULS
 Perubahan momentum @ hasil darab daya impuls dan masa
hentaman.

8.DAYA IMPULS
 Kadar perubahan momentum atau kadar impuls @ daya besar
yang bertindak dalam jangka masa yang pendek semasa
perlanggaran dan letupan.

9. BERAT
 Berat sesuatu ialah daya graviti yang bertindak terhadap objek itu.
BAB 3 KEGRAVITIAN

1.DAYA GRAVITI @ DAYA SEMESTA


 Dua jasad dalam alam semesta akan mengenakan daya antara
satu sama lain.

2.HUKUM KEGRAVITIAN SEMESTA NEWTON


 Daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dan hasil
darab jisim kedua-dua jasad dan berkadar songsang dengan kuasa
dua jarak di antara pusat dua jasad.

3.DAYA MEMUSAT
 Daya yang membolehkan suatu objek bergerak mengikut laluan
mengorbit dengn arah sentiasa menuju ke pusat bulatan.

a) HUKUM KEPLER I
 Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di
satu daripada fokusnya.

b) HUKUM KEPLER II
 Garis yang menyambungkan planet dengan matahari akan
mencakupi luas yang sama dalam selang masa yang lama apabila
planet bergerak dalam orbitnya.

c) HUKUM KEPLER III


 Kuasa dua tempoh orbit planet adalah berkadar terus dengan
kuasa tiga jejari orbitnya.

4. HALAJU LEPAS
 Halaju minimum yang diperlukan oleh objek di permukaan Bumi
untuk mengatasi daya graviti dan terlepas ke angkasa lepas.
BAB 4 HABA

1. KESEIMBANGAN TERMA
 Keadaan dimana dua objek bersentuhan terma mengecapi suhu
dan sama dan sifar haba bersih berpindah di antara dua objek.

a) HABA
 Purata jumlah tenaga kinetik zarah dalam satu sistem.

b) SUHU
 Ukuran darjah kepanasan suatu objek.

c) SIFAT TERMOMETRIK
 Sifat fizik bagi bahan yang peka dan berubah secara linear dengan
perubahan dalam suhu.

2.MUATAN HABA TENTU


 Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak
1’C bagi jisim 1kg bahan itu.

3.MUATAN HABA PENDAM


 Kuantiti haba,Q yang diserap atau dibebaskan semasa perubahan
fasa bagi 1kg bahan tanpa perubahan suhu.

d) HABA PENDAM TENTU PELAKURAN


 Perubahan fasa daripada pepejal ke cecair.

e) HABA PENDAM TENTU PENGEWAPAN


 Perubahan fasa daripada cecair ke gas.
4. HUKUM BOYLE
 Menyatakan bahawa tekanan berkadar songsang dengan isipadu
bagi suatu gas berjisim tetap pada suhu malar.

5. HUKUM CHARLES
 Menyatakan bahawa isipadu adalah berkadar terus dengan suhu
mutlak bagi suatu gas berjisim tetap pada tekanan malar.

6. HUKUM GAY-LUSSAC
 Menyatakan bahawa tekanan adalah berkadar terus dengan suhu
mutlak bagi suatu gas berjisim tetap pada isipadu malar.
BAB 5 GELOMBANG

1. GELOMBANG PROGESIF
 Profil gelombang merambat dengan masa sepanjang arah perambatan
gelombang.

2. GELOMBANG PEGUN
 Profil gelombang tidak merambat dengan masa. Dihasilkan apabila dua
gelombang progresif yang serupa dan bergerak dengan arah yang
bertentangan bertembung dengan satu sama lain.

3. GELOMBANG MEKANIK
 Memerlukan medium untuk memindahkan tenaga dan terdiri daripada
getaran zarah-zarah medium.

4. GELOMBANG ELEKTROMAGNET
 Tidak memerlukan medium untuk memindahkan tenaga dan terdiri
daripada ayunan medan elektrik dan medan magnet yang berserenjang

5. GELOMBANG MELINTANG
 Gelombang dimana arah getaran zarah-zarah mediumnya berserenjang
dengan arah perambatan gelombang.

6. GELOMBANG MEMBUJUR
 Gelombang dimana arah getaran zarah-zarah mediumnya
selari dengan arah perambatan gelombang.
7. PELEMBAPAN
 Satu situasi pengurangan amplitude bagi satu sistem yang berayun
apabila kehilangan tenaga dalam bentuk haba.

a) PELEMBAPAN LUARAN
 Sistem ayunan kehilangan tenaga bagi mengatasi daya geseran atau
rintangan udara.

b) PELEMBAPAN DALAMAN
 Sistem ayunan kehilangan tenaga kerana renggangan dan mampatan
zarah-zarah yang bergetar dalam sistem tersebut.

8. RESONANS
 Berlaku apabila suatu sistem ayunan dikenakan daya luar yang
mempunyai frekuensi yang sama dengan frekuensi asli sistem ayunan
tersebut.

9. MUKA GELOMBANG
 Garisan bayangan atau satah dimana getaran setiap titik-titik padanys
berada dalam fasa dan jarak yang sama dari sumber gelombang ATAU
garisan bayangan yang menyambungkan semua titik sepanjang puncak
suatu gelombang.

10. PEMBIASAN GELOMBANG AIR


 Perubahan arah perambatan gelombang disebabkan oleh perubahan
laju gelombang apabila ia merambat dari satu medium ke medium yang
lain.
11. PEMBELAUAN GELOMBANG
 Penyebaran gelombang melalui satu bukaan atau bergerak mengelilingi
suatu halangan.

12. PEMBELAUAN GELOMBANG CAHAYA


 Berlaku apabila cahaya melalui satu celah kecil atau lubang jarum yang
kecil.

13. PEMBELAUAN GELOMBANG BUNYI


 Berlaku apabila bunyi daripada sesuatu sumber itu membelau
mengelilingi suatu halangan.

14. INTERFRENS GELOMBANG


 Superposisi dua atau lebih gelombang dari sumber gelombang yang
koheren.

a) GELOMBANG KOHEREN
 Gelombang yang mempunyai frekuensi sama dan dengan beza fasa yang
tetap. (biasanya dihasilkan dari sumber yang sama)

b) PRINSIP SUPERPOSISI
 Apabila dua gelombang bertindih, amplitud paduan adalah sama dengan
jumlah amplitud kedua-dua gelombang tunggal tersebut.
c) SUPERPOSISI MEMBINA
 Apabila amplitud paduan bertambah ketika kedua-dua gelombang itu
bertemu.

d) INTERFRENS MEMBINA
 Berlaku apabila dua puncak atau dua lembangan dan menghasilkan satu
puncak yang tinggi.

e) SUPERPOSISI MEMUSNAH
 Apabila amplitud paduan berkurang ketika kedua-dua gelombang itu
bertemu.

f) INTERFERENS MEMUSNAH
 Berlaku apabila dua puncak atau dua lembangan menghasilkan sesaran
paduan sifar.

g) ANTINOD
 Titik-titik interferens membina.

h) NOD
 Titik-titik interferens memusnah.

15. GELOMBANG ELEKTROMAGNET


 Terdiri daripada medan elektrik dan medan magnet yang berayun secara
serenjang dengan satu sama lain.
BAB 6 CAHAYA DAN OPTIK

1. PEMBIASAN CAHAYA
 Pembengkokan cahaya merambat melalui medium yang berbeza
ketumpatan optic disebabkan oleh perubahan halaju cahaya.

2. INDEKS BIASAN
 Nisbah laju cahaya di dalam vakum kepada laju cahaya di dalam
medium.

3. DALAM KETARA
 Kedudukan imej objek.

4. DALAM NYATA
 Kedudukan sebenar objek.

5. PANTULAN DALAM PENUH


Berlaku apabila cahaya merambat dari medium berketumpatan optic tiggi ke
medium berketumpatan optik rendah.

6. SUDUT GENTING
 Sudut tuju dalam medium yang berketumpatan optik tinggi apabila
sudut biasan dalam medium yang berketumpatan optic rendah sama
dengan 90 darjah.
a) PUSAT OPTIK
 Titik di pusat kanta. Sinar cahaya yang melalui pusat optik tidak
dibiaskan.

b) PAKSI UTAMA
 Garis lurus yang menerusi pusat optic suatu kanta dan bersambung
dengan pusat-pusat kelengkungan dua permukaan kanta itu.

c) PAKSI KANTA
 Garis lurus yang menerusi pusat optic dan berserenjang dengan paksi
utama.

d) TITIK FOKUS
 Titik yang terletak pada paksi utama kanta.

e) JARAK OBJEK
 Jarak di antara objek dengan pusat optik kanta.

f) JARAK IMEJ
 Jarak di antara objek dengan pusat optik kanta.

g) PANJANG FOKUS
 Jarak di antara titik focus, F dengan pusat optic, O suatu kanta.

7. PEMBESARAN LINEAR
 Perbandingan antara saiz imej dengan saiz objek dibuat berdasarkan
nisbah ketinggian imej kepada ketinggian objek tersebut.

You might also like