You are on page 1of 3

4.

0 Ujian Gula Penurun

Tajuk: Ujian untuk Gula Penurun

Tujuan: Untuk mengkaji tentang kehadiran gula penurun dalam sampel makanan yang diuji.

Teori: Keputusan yang positif akan mempunyai perubahan warna daripada bahan uji.
Keputusan yang negatif pula tidak mempunyai perubahan warna.

Hipotesis: Terdapat perubahan warna bahan uji jika sampel makanan memgandungi gula
penurun.

Pembolehubah-pembolehubah:

a) Pembolehubah yang dimanipulasikan: Jenis sampel makanan

b) Pembolehubah gerak balas: Perubahan warna sampel makanan

c) Pembolehubah yang dimalarkan: Isipadu larutan bahan uji


Bahan/ Peralatan yang diperlukan:

a. Larutan glukosa
b. Jus oren mandarin
c. 100 plus
d. Cola
e. Larutan Benedict
f. Air
g. Tabung uji
h. Silinder penyukat
i. Bikar
j. Penunu Bunsen

Prosedur:

1. Menyediakan dan mengukur 2ml larutan glukosa dengan menggunakan silinder


penyukat.
2. Menuangkan larutan glukosa ke dalam tabung uji.
3. Menambahkan larutan Benedict yang mempunyai sama isipadu dengan larutan glukosa
ke dalam tabung uji yang telah diisikan dengan glukosa.
4. Menggoncangkan campuran tersebut.
5. Meletakkan tabung uji tersebut di dalam bikar yang telah diisikan dengan 100ml kukus
air.
6. Menunggu sehingga warnanya tidak berubah lagi.
7. Memerhatikan perubahan warna terhadap bahan uji atau sampel makanan dan
mencatatkan pemerhatian.
8. Mengulangkan langkah 1-7 dengan menggunakan sampel makanan lain (b – d) bagi
menggantikan larutan glukosa.

16
Langkah berjaga-jaga:

i. Menggunakan pengapit tabung uji jika ingin mengambil tabung uji yang berada dalam air
panas.
ii. Memastikan penitis sentiasa dalam keadaan bersih agar tidak menjejaskan keputusan
eksperimen.
iii. Mengelakkan penggunaan tangan untuk mengambil bahan kimia.

Keputusan/ Data yang dikumpul:

Sampel Makanan Pemerhatian Inferens

Larutan glukosa
mempunyai
Larutan glukosa kandungan gula
penurun yang
banyak.

Warna berubah kepada merah bata.

Jus oren mandarin


mempunyai
Jus oren mandarin
kandungan gula
penurun.

Warna berubah kepada merah

100 plus 100 plus mempunyai


kandungan gula
penurun yang
sederhana.

17
Warna berubah kepada jingga.

Cola tidak
mempunyai
Cola
kandungan gula
penurun.

Warna tidak berubah.

Perbincangan:
Gula penurun boleh diujikan dengan menggunakan larutan Benedict. Berdasarkan kepada
keputusan eksperimen, larutan glukosa dan jus oren mandarin merupakan sampel makanan
yang mempunyai kandungan gula penurun yang banyak. Hal ini demikian kerana gula penurun
yang banyak akan mengubahkan warna bahan uji kepada merah bata. Pada masa yang sama,
100 plus turut merupakan makanan yang mengandungi gula penurun yang sederhana kerana
warna larutan berubah kepada jingga. Manakala, cola pula merupakan makanan yang tidak
mengandungi gula penurun kerana warna larutan tidak mempunyai sebarang perubahan.

Dalam eksperimen tersebut, saya telah menggunakan kemahiran mengeksperimen dengan


menjalankan penyiasatan untuk menguji hipotesis, mengumpulkan data serta mentafsirkan data
yang dkumpul. Selain itu, saya telah menggunakan kemahiran membina hipotesis sewaktu
eksperimen dijalankan. Contohnya, saya membina hipotesis tentang pembolehubah yang dikaji
sebelum eksperimen bermula. Di samping itu, saya juga telah mengaplikasikan kemahiran
membuat inferens berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan dan catatkan.

Kesimpulan:
Sampel makanan yang mengandungi gula penurun adalah termasuk larutan glukosa, jus oren
mandarin dan 100 plus.

18

You might also like