You are on page 1of 14

TAJUK : Ujian Makanan

TUJUAN :

Untuk mengkaji kehadiran kanji, karbohidrat, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan
lipid.

TEORI :

Kandungan nutrien dalam makanan boleh dikenal pasti dengan menjalankan ujian
makanan. Kumpulan makanan terdiri daripada tujuh jenis iaitu karbohidrat, protein, lipid,
serat, mineral, air dan vitamin. Kumpulan makanan yang berbeza memainkan peranan yang
berbeza dalam tubuh manusia. Oleh itu, penting bagi manusia untuk memastikan semua
kumpulan makanan ini diambil dalam kuantiti yang mencukupi mengikut kesesuaian dan
keperluan diri mengikut diet pemakanan seimbang yang mengikut piramid makanan.

Karbohidrat terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen dan berfungdi
sebagai sumber tenaga utama. Terdapat tiga jenis karbohidrat iaitu monosakarida,
disakarida dan polisakarida. Monosakarida (gula ringkas) adalah unit asas binaan
karbohidrat dan merupakan gula penurun. Terdapat tiga jenis monosakarida iaitu glukosa,
fruktosa dan galaktosa. Disakarida (gula kompleks) yang terdiri daripada dua jenis
monosakarida. Monosakarida terdiri daripada gula penurun dan gula bukan penurun. Tiga
jenis disakarida ialah maltosa, sukrosa dan laktosa. Polisakarida pula terdiri daripada
banyak monosakarida yang bergabung membentuk polisakarida seperti kanji, glikogen dan
selulosa. Kehadiran kanji boleh diuji dengan menggunakan larutan Benedict.

Protein adalah molekul kompleks yang besar yang terdiri daripa unsur karbon,
hidrogen, oksigen, nitrogen, sulphur dan fosforus. Unit asas bagi protein adalah asid amino.
Protein diperlukan oleh manusia dalam makanan dan berfungsi untuk membaiki tisu dalam
badan. Kehadiran protein boleh diuji dengan menggunakan larutan Millon.

Lemak atau lipid adalah sama seperti karbohidrat yang berfungsi untuk
membekalkan tenaga tetapi dalam nisbah yang berlainan. Fungsi lain bagi lemak adalah
untuk memanaskan badan dan mengekalkan suhu badan. Kertas turas dan larutan etanol
digunakan untuk menentukan kehadiran lemak.
HIPOTESIS :

Larutan iodin dapat menguji kehadiran kanji, larutan Benedict dapat menguji kehadiran gula
penurun, larutan Benedict,asid hidroklorik dan natrium hidroksida dapat menguji kehadiran
gula bukan penurun, reagen Millon dapat menguji kehadiran protein dan kertas turas serta
larutan etanol dapat menguji kehadiran lemak dalam makanan.

PEMBOLEH UBAH

(i) dimanipulasi : Jenis sampel makanan dan bahan uji

(ii) bergerak balas : Perubahan warna pada sampel makanan

(iii) dimalarkan : Isipadu bahan uji kaji

RADAS DAN BAHAN :

3 ml larutan kanji, 5 tabung uji, 4 ml larutan iodin, 3 ml larutan glukosa, 8 ml larutan


Benedict, bikar 250 ml, penunu bunsen, mancis, kasa dawai, tungku kaki tiga, rak tabung uji,
penyepit, silinder penyukat, 3 ml minyak masak, tiga helai kertas turas, 4 ml etanol, sebotol
air suling, 1 ml asid hidroklorik, 1 ml natrium hidroksida, 3 ml larutan albumin, 4 ml bahan
reagen millon, mortar, corong turas dan sepaket keropok Mamee

PROSEDUR :

a. UJIAN KANJI

1. 3 ml larutan kanji dimasukkan ke dalam tabung uji A.


2. 2 ml larutan iodin ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut.
3. Perubahan warna diperhatikan dan pemerhatian dicatat.

b. UJIAN GULA PENURUN

1. 3 ml larutan glukosa dimasukkan ke dalam tabung uji B.

2. Seterusnya, 2 ml larutan Benedict ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut.


3. Campuran tersebut digoncang dan dipanaskan ke dalam kukus air.

4. Perubahan warna diperhatikan dan pemerhatian dicatat.

c. UJIAN GULA BUKAN PENURUN

1. 3 ml larutan sukrosa dimasukkan ke dalam tabung uji


2. 1 ml Asid hidroklorik ditambah ke dalam tabung uji tersebut dan dididihkan ke dalam
kukus air.
3. Tabung uji tersebut disejukkan pada keadaan suhu bilik dan dineutralkan dengan
menambah 1 ml natrium hidroksida.
4. Seterusnya, 1 ml larutan benedict dituangkan ke dalam tabung uji tersebut dan di
goncang perlahan-lahan agar sebati.
5. Kemudian, tabung uji tersebut dipanaskan ke dalam kukus air.

6. Perubahan warna diperhatikan dan pemerhatian dicatat.

d. UJIAN PROTEIN

1. 3 ml larutan albumin dimasukkan ke dalam tabung uji D.


2. 2 ml dituangkan bahan reagen millon kedalam tabung uji tersebut.
3. Seterusnya, tabung uji tersebut dipanaskan ke dalam kukus air.

4. Perubahan warna diperhatikan dan pemerhatian dicatat.


e. UJIAN LEMAK (KERTAS TURAS)

1. 3 ml minyak masak dititiskan ke atas sekeping kertas turas.


2. Kemudian, kertas turas tersebut dikeringkan di bawah kipas.

3. Perubahan pada kertas turas diperhatikan dan pemerhatian dicatat.

f. UJIAN LEMAK ( ETANOL)

1. 3 ml minyak masak dituangkan ke dalam tabung uji E.

2. 2 ml larutan etanol dimasukkan ke dalam tabung uji tersebut.


3. Perubahan warna diperhatikan dan pemerhatian dicatat.

g. UJIAN SAMPEL MAKANAN (KEROPOK MAMEE)

1. Serbuk Mamee dihancurkan dengan menggunakan kertas turas untuk menguji


kehadiran lemak.
2. Kemudian, serbuk Mamee dimasukkan ke dalam bekas lesung batu dan ditumbuk
sehingga lumat.

3. Air suling dimasukkan ke dalam serbuk Mamee yang hancur.


4. Larutan dikacau sehingga ianya menjadi larutan serbuk Mamee.
5. Larutan Mamee ditapis dengan menggunakan kertas turas dan corong turas.

6. Enam tabung uji dilabelkan sebagai A, B, C, D, E dan F.


7. 3 ml larutan serbuk Mamee dituangkan ke dalam enam tabung uji setiap satu A, B, C, D,
dan E . A adalah untuk ujian kanji, B untuk ujian glukosa (gula penurun), C untuk ujian
sukrosa (gula bukan penurun), D untuk ujian protein dan E untuk ujian lemak.
8. Beberapa titis larutan iodin dimasukkan ke dalam tabung uji A.
9. Beberapa titis larutan Benedict dimasukkan ke dalam tabung uji B dan tabung uji B
digoncang dengan kadar yang perlahan dan dipanaskan ke dalam kukus air.
10. Beberapa titis larutan asid hidroklorik dimasukkan ke dalam tabung uji C dan tabung uji
C digoncang dengan kadar yang perlahan dan dipanaskan ke dalam kukus air.
Kemudian, tabung uji C dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Larutan natrium hidroksida
ditambahkan pada tabung uji C. Beberapa titis larutan Benedict dimasukkan ke dalam
tabung uji C dan digoncang dengan perlahan. Tabung uji C direndam semula ke dalam
kukus air.
11. Beberapa titis larutan Millon dimasukkan ke dalam tabung uji D dan tabung uji D
digoncang dengan kadar yang perlahan dan dipanaskan ke dalam kukus air.
12. Beberapa titis larutan etanol dititiskan ke dalam tabung uji E dan tabung uji E digoncang
dengan kadar yang perlahan.
13. Perubahan pada warna diperhatikan dan direkodkan dalam keputusan.

KEPUTUSAN :

UJIAN KANJI, GULA PENURUN, GULA BUKAN PENURUN, PROTEIN DAN LIPID

KELAS BAHAN PEMERHATIAN INFERENS


MAKANAN UJI

Larutan Warna larutan berubah kepada Bahan uji iodin adalah untuk
iodin biru gelap atau biru kehitaman. menguji kehadiran kanji.

KANJI

Larutan Warna larutan berubah kepada Bahan uji Benedict adalah


Benedict mendakan merah bata. untuk menguji kehadiran
glukosa.
GULA
PENURUN

(GLUKOSA)
Larutan Warna larutan berubah kepada Bahan uji Benedict, asid
Benedict, mendakan merah bata hidroklorik cair dan natrium
asid hidroksida adalah untuk
GULA hidroklorik menguji kehadiran sukrosa.
BUKAN cair
PENURUN ,natrium
hidroksida
(SUKROSA)

Reagen Warna larutan berubah kepada Bahan uji Millon adalah untuk
Millon mendakan merah bata menguji kehadiran protein.

PROTEIN

Kertas Tompokan lutsinar terhasil Kertas turas digunakan untuk


turas pada kertas turas. menguji kehadiran lemak.

LIPID
Larutan Satu emulsi lemak terbentuk di Bahan uji etanol adalah untuk
etanol atas larutan. menguji kehadiran lemak.

UJIAN SAMPEL MAKANAN (MAMEE)

KELAS BAHAN PEMERHATIAN INFERENS


MAKANAN UJI

Larutan Warna larutan berubah Sampel makanan Mamee


iodin kepada biru gelap atau biru mengandungi kanji.
kehitaman.

KANJI
Larutan Warna larutan berubah Sampel makanan (Mamee)
Benedict kepada mendakan merah. mengandungi gula penurun.

GULA
PENURUN

(GLUKOSA)

Larutan Tiada perubahan berlaku. Sampel makanan (Mamee)


Benedict, tidak mengandungi gula bukan
GULA
asid penurun.
BUKAN
hidroklorik,
PENURUN
natrium
(SUKROSA) hidroksida
Reagen Warna larutan berubah Sampel makanan (Mamee)
Millon kepada mendakan merah. mengandungi protein.

PROTEIN

Kertas Tompokaan lutsinar terhasil Sampel makanan (Mamee)


turas pada kertas turas. mengandungi lemak.

LIPID Larutan Satu emulsi lemak terbentuk Sampel makanan (Mamee


etanol di atas larutan. mengandungi lemak.
PERBINCANGAN :

Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, larutan iodin ataupun ujian iodin


digunakan untuk mengenal pasti kehadiran kanji dalam makanan. Sekiranya terdapat kanji
dalam makanan, larutan tersebut akan berubah warna daripada coklat kekuningan kepada
warna biru gelap atau biru kehitaman. Walaubagaimanapun, kuantiti kanji yang sedikit
dalam Mamee menyebabkan keputusan pemerhatian warna bagi sampel makanan Mamee
menadi warna biru perlahan. Seterusnya, larutan Benedict digunakan untuk mengenal pasti
kehadiran gula penurun dalam makanan. Sekiranya terdapat glukosa iaitu gula penurun,
larutan yang dipanaskan dalm kukus air akan bertukar menjadi warna mendakan merah
bata. Ini menunjukkan kehadiran glukosa (gula penurun) dalam makanan.

Untuk mengkaji gula bukan penurun iaitu sukrosa dalam makanan, kita perlu
menggunakan asid hidroklorik cair dan natrium hidroksida. Asid hidroklorik digunakan untuk
memecahkan ikatan glikosidik dalam sukrosa menghasilkan glukosa dan fruktosa.
Kemudian, larutan natrium hidroksida pula dimasukkan untuk meneutralkan kembali asid
hidroklorik yang digunakan sebelum larutan Benedict dimasukkan untuk menguji kehadiran
glukosa yang telah dipecahkan dalam sukrosa.

Kehadiran protein dapat diuji dengan menggunakan reagen Millon atau ujian Millon.
Sekiranya terdapat protein dalam makanan, sampel makanan yang telah dicampur dengan
reagen Millon akan menunjukkan perubahan warna kepada warna mendakan merah bata.
Walaubagaimanapun, kuantiti protein yang sedikit dalam sampel makanan Mamee telah
menyebabkan sedikit perbezaan warna pada keputusan eksperimen.

Kehadiran lipid atau lemak dapat diuji dengan menggunakan dua cara iaitu,
mengggunakan kertas turas dan larutan etanol. Tompokan lutsinar pada kertas turas
menunjukkan kehadiran minyak dalam makanan. Minyak adalah lemak dalam makanan.
Bagi larutan etanol pula, kehadiran lemak dapat ditentukan apabila satu larutan emulsi
lemak terhasil dalam larutan apabila etanol dimasukkan dan tabung uji digoncang. Larutan
emulsi minyak berada terapung diatas permukaan larutan berbanding air kerana minyak
mempunyai ketumpataan yang lebih rendah berbanding air. Keputusan dalam sampel
makanan Mamee menunjukkan emulsi minyak kurang kelihatan dan tidak jelas kerana
kurang nutrisi lemak dalam sampel makanan tersebut.

Semasa menjalankan eksperimen ini, terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang


perlu diambil antaranya adalah dengan memastikan nyalaan api penunu Bunsen berwarna
biru untuk mempercepatkan proses pemanasan kukus air. Selain itu, kita hendaklah dengan
mengendalikan semua larutan dengan cermat kerana larutan kimia yang digunakan mengkin
beracundan boleh membahayakan anggota badan apabila disentuh secara langsung.
Sebagai contoh asid hidroklorik yang bersifat menghakis. Selain itu, pastikan tabung uji
dibilas dengan air suling selepas ianya dibasuh dengan air paip bagi menanggalkan kesan
kimia pada tabung uji tersebut. Akhir sekali, kita patut memanaskan tabung uji dalam kukus
air kerana pemanasan secara terus daripada api kepada tabung uji akan menyebabkan
suhu tabung uji terlalu tinggi dan akan memungkinkan tabung uji pecah.

KESIMPULAN :

i. Larutan iodin adalah untuk menguji kehadiran kanji, larutan Benedict adalah untuk
menguji kehadiran gula penurun, larutan Benedict,asid hidroklorik dan natrium
hidroksida adalah untuk menguji kehadiran gula bukan penurun, reagen Millon adalah
untuk menguji kehadiran protein dan kertas turas serta larutan etanol adalah untuk
menguji kehadiran lemak dalam makanan.

ii. Keropok Mamee mengandungi kanji, glukosa, protein dan lipid.


RUJUKAN

Adiana.(2014).http://dokumen.tips/documents/amali-01-ujian-makanan-topik-02-1.html
dicapai pada 11 Februari

Atifah Ruzana.(2014).http://www.slideshare.net/eepapoppins/laporan-amali-biologi-ujian-
makanan dicapai pada 11 Februari 2018

Gan Wat Yeat.(2012). Eksplorasi Biologi Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Lee Ching.(2008). SPM bilingual Biology Form 4. Selangor Darul Ehsan: Arah Pendidikan
Sdn Bhd

Nisa Adlina.(2015).http://documents.tips/documents/sce-3101-amali-2-ujian-makanan.html
dicapai pada 11 Februari 2018

You might also like