You are on page 1of 6

TAJUK : Keperluan asas tumbuhan

TUJUAN :

Mengkaji keperluan asas tumbuhan iaitu air, cahaya matahari dan udara.

TEORI :

Tumbuhan memerlukan cahaya, udara dan air untuk hidup. Dengan adanya elemen-elemen
ini tumbuhan akan dapat menghasilkan makanannya sendiri dengan melalui proses
fotosintesis.

cahaya
Karbon dioksida + air glukosa + oksigen

Nutrien-nutrien yang dihasilkan semasa proses fotosintesis dapat membantu tumbuhan


untuk membesar dengan sihat.

HIPOTESIS :

Air, udara dan cahaya matahari adalah keperluan asas tumbuhan.

PEMBOLEH UBAH

i) yang dimanipulasi :

ii) bergerak balas : Keadaan pokok selepas lima hari

iii) yang dimalarkan : Jenis anak pokok

BAHAN DAN RADAS :

PROSEDUR :

1. Empat anak pokok keembung dilabelkan sebagai A, B, C, dan D.


2. Pasu A, B, C, dan D diletakkan di luar bilik darjah.

3. Pasu A diambil dan diletakkan di dalam sebuah kotak gelap yang sudah ditebuk beberapa
lubang kecil.

4. Pasu B diambil dan diletakkan di dalam bungkusan plastik lutsinar.

5. Seterusnya, semua anak pokok keembung disiram kecuali di pasu C.

6. Perubahan setiap anak pokok diperhatikan dan pemerhatian bagi setiap anak pokok
diperhatikan selepas lima hari.

PEMERHATIAN :

Jenis pasu Keadaan anak pokok

A (ketiadaan cahaya matahari) Daun pokok menjadi kekuningan

B (ketiadaan udara) Anak pokok menjadi layu

C (ketiadaan air) Anak pokok menjadi layu

D ( pokok kawalan) Anak pokok subur

PERBINCANGAN :

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat terhadap eksperimen-eksperimen yang


telah dilaksanakan, terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan.

Dalam eksperimen ini, pokok di dalam pasu A bertukar menjadi kekuningan kerana
tiada kehadiran cahaya matahari. Ini menyebabkan proses fotosintesis tidak dapat
dijalankan. Fotosintesis merupakan proses biokimia anabolisme iaitu pembentukan zat
makanan atau tenaga yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan
klorofil, karbon dioksida dan air serta bantuan tenaga cahaya matahari. Maka, tanpa
kehadiran cahaya matahari, fotosintesis tidak dapat dijalankan.

Seterusnya, pokok di dalam pasu B menjadi layu kerana ketiadaan udara. Bagi
menjalankan proses fotosintesis, pokok memerlukan karbon dioksida. Hasil daripada proses
tersebut, pokok menghasilkan oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan.

Pokok di dalam pasu C pula menjadi layu kerana tidak mendapat air. Pokok
memerlukan air untuk membuat makanan iaitu fotosintesis serta mengangkut nutrien dari
tanah. Air juga dapat mengekalkan kesegahan sel dalam pokok serta mengelakkan anak
pokok menjadi layu.

Anak pokok dalam pasu D hidup dengan subur kerana mendapat semua keperluan
asas hidup tumbuhan iaitu udara, air dan cahaya matahari.

KESIMPULAN :

Haiwan memerlukan air, udara dan makanan untuk hidup.


TAJUK :

Mengkaji keperluan asas haiwan

TUJUAN :

Untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara, makanan dan tempat tinggal.

TEORI :

Haiwan adalah satu benda hidup seperti manusia. Haiwan memerlukan keperluan
asas hidup seperti udara, air, makanan dan tempat tinggal untuk hidup dan membesar
dengan sihat. Haiwan bernafas menggunakan udara(oksigen). Selain manusia, haiwan turut
mengalami proses respirasi dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, haiwan turut
memerlukan udara yang membantu mereka dalam proses respirasi yang dijalankan seperti
menghirup dan menghembus nafas. Haiwan juga turut memerlukan air dan makanan untuk
kelangsungan hidup mereka. Air diperlukan oleh haiwan untuk mengawal suhu badan,
membantu dalam proses penyingkiran bahan kumuh dalam badan dan dapat membantu
peredaran darah ke seluruh badan haiwan. Makanan diperlukan untuk membantu
tumbesaran haiwan, mendapatkan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian dan untuk kekal
sihat. Keperluan asas tempat tinggal juga diperlukan oleh haiwan. Haiwan memerlukan
tempat tinggal untuk melindungi diri mereka daripada gangguan musuh, bahaya dan
perubahan cuaca.

HIPOTESIS :

Air, udara, makanan dan tempat tinggal adalah keperluan asas bagi haiwan.

PEMBOLEH UBAH

i) yang dimanipulasi : kehadiran air, udara, makanan dan tempat tinggal

ii) bergerak balas : keadaan haiwan selepas lima hari

iii) yang dimalarkan : jenis haiwan

BAHAN DAN RADAS :

Lima bekas minuman, air, rumput, cengkerik, penitis, pisau, plastik, jarum, gunting, penutup
botol, getah.
PROSEDUR :

1. Lima bekas minuman yang sama saiz dipotong dua dengan menggunakan pisau.

2. Bekas minuman bahagian bawah diambil dan dilabelkan sebagai A,B,C,D dan E.

3. Kemudian, dua ekor cengkerik dimasukkkan ke dalam setiap bekas tersebut,

4. Tiga helai daun diletakkan ke dalam setiap bekas kecuali bekas A.

5. Seterusnya, air dititiskan ke dalam penutup botol dengan menggunakan penitis.

6. Penutup botol yang mengandungi air diletakkan ke dalam setiap bekas minuman
kecuali bekas minuman B.

7. Semua bekas minuman ditutup dengan menggunakan plastik yang berbentuk segi
empat dan getah diikatkan pada sekeliling plastik.

8. Lubang ditebuk pada semua plastik penutup bekas minuman dengan menggunakan
jarum kecuali pada bekas minuman C.

9. Bekas minuman A,B,C dan E diletakkan di dalam kelas, manakala bekas minuman D
diletakkan di tempat yang terbuka iaitu di luar kelas.

10. Bekas minuman D dijadikan sebagai kawalan.

11. Perubahan pada cengkerik diperhatikan selepas lima hari dan pemerhatian
direkodkan di dalam sebuah jadual.

KEPUTUSAN :

PERBINCANGAN :

KESIMPULAN :

Haiwan memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal untuk hidup.
N RADAS :

KAEDAH :

KEPUTUSAN :

KESIMPULAN :

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air, udara dan nutrien untuk hidup.

You might also like