You are on page 1of 11

SULIT Sains Thn4 [018/1]

Jawab semua soalan

1 Antara berikut yang manakah bukan kemahiran proses sains?

A. Mengelas
B. Mentafsir data
C. Membuat inferens
D. Merekod tempoh eksperimen

2 Antara alat berikut, yang manakah digunakan untuk mengukur tempoh masa yang paling singkat?

A. Jam randik
B. Tabung uji
C. Termometer
D. Silinder penyukat

3 Antara berikut yang manakah melanggar peraturan bilik sains?

A. Mengemas bilik sains sebelum keluar.


B. Menjalankan eksperimen mengikut arahan guru.
C. Membuang sampah ke dalam bakul sampah.
D. Makan dan minum dalam bilik sains.

4 Antara berikut yang manakah disingkirkan melalui peparu?

A. Karbon Dioksida
B. Urea
C. Peluh
D. Darah

5 Mengapakah manusia menjalankan perkumuhan dan penyahtinjaan?

A. Untuk mendapatkan tenaga.


B. Untuk mengekalkan suhu badan.
C. Untuk mengekalkan kesihatan badan.
D. Untuk bergerak balas terhadap rangsangan.

SULIT 1
SULIT Sains Thn4 [018/1]

6 Sebatang pokok di dalam pasu diletakkan di dalam sebuah bilik tertutup dengan tingkap terbuka seperti rajah

Rajah 1
Apakah inferens berdasarkan pemerhatian di atas?

A. Tumbuhan itu memerlukan udara untuk tumbuh


B. Tumbuhan itu memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh
C. Tumbuhan itu perlu diletakkan di dalam bilik untuk tumbuh
D. Tumbuhan itu tumbuh sihat tanpa air

7 Rajah 2 menunjukkan organ-organ utama manusia yang terlibat dalam pernafasan.

Rajah 2

Organ yang manakah menyerap oksigen semasa pernafasan?

A. P
B. Q
C. R
D. S

8 Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak membiak?

A. Manusia akan pupus.


B. Manusia akan bersaiz lebih kecil
C. Manusia akan berhenti membesar.
D. Manusia tidak akan mempunyai makanan.

9 Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas melalui insang?

SULIT 2
SULIT Sains Thn4 [018/1]

A. Nyamuk
B. Arnab
C. Berudu
D. Ular

10 Rajah 3 menunjukkan sejenis haiwan.

Rajah 3

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai organ pernafasan yang sama dengan haiwan di atas?

A. Buaya
B. Semut
C. Berudu
D. Labah-labah.

11 Antara haiwan berikut, yang manakah tidak bernafas melalui spirakel?

A. Lalat
B. Tikus
C. Pepatung
D. Lebah

12 Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri bagi haiwan X.

 Tidak mempunyai kaki


 Bernafas melalui peparu

Antara berikut yang manakah mungkin ialah haiwan X?

A. Ikan
B. Ular
C. Angsa
D. Ayam

13 Apakah gerak balas yang berlaku ke atas badan kita apabila menghadapi situasi rangsangan persekitaran yang
sejuk ?

SULIT 3
SULIT Sains Thn4 [018/1]

A. Menutup telinga
B. Hidung menjadi tersumbat
C. Badan menggigil
D. Menutup mata dengan segera.

14 Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang manakah ialah X?

A. Akar
B. Daun
C. Pucuk
D. Batang

15 Rajah 4 menunjukkan sepohon pokok semalu.

Rajah 4
Apakah yang akan berlaku jika daun-daun pokok itu disentuh dengan jari?

A. Daun-daun pokok ini akan gugur.


B. Daun-daun pokok ini akan menjadi kering.
C. Daun-daun pokok ini akan menguncup.
D. Daun-daun pokok ini akan mengeluarkan bau busuk

16 Apakah nama pigmen hijau pada daun tumbuhan yang diperlukan untuk proses fotosintesis?

A. Osmosis
B. Georofil
C. Klorofil
D. Brosifil

17 Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah bergerak balas terhadap cahaya matahari?

A. Buah
B. Daun
C. Pucuk
D. Akar

18 Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan sebabnya?

A. Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.

SULIT 4
SULIT Sains Thn4 [018/1]
B. Tumbuhan tidak mempunyai kaki.
C. Tumbuhan tidak membiak.
D. Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.

19 Rajah di bawah menunjukkan organ perkumuhan Q.

Antara yang berikut, yang manakah bahan kumuh bagi Q?

A. Peluh
B. Kencing
C. Wap Air
D. Karbon Dioksida

20 Maklumat berikut ialah organ-organ dalam struktur pernafasan manusia.

A – Peparu
B – Trakea
C - Hidung

A. A→B→C
B. B→C→A
C. C→B→A
D. B→A→C

21 Rajah di bawah menunjukkan bahan X yang digunakan untuk mengikat rambut

Apakah bahan yang boleh digunakan untuk membuat bahan X ?

A. Getah
B. Kertas
C. Plastik
D. Kayu

22 Rajah di bawah menunjukkan suatu penyiasatan.

SULIT 5
SULIT Sains Thn4 [018/1]

Berdasarkan pemerhatian di atas, bahan yang manakah sesuai digunakan untuk membuat baju hujan ?

A Bahan W
B Bahan X
C Bahan Y
D Bahan Z

23 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang biojisim ?

A. Biojisim memerlukan berjuta-juta tahun untuk dibentuk


B. Biojisim membekalkan tenaga untuk menggerakkan turbin dalam laut
C. Biojisim menggunakan bahan nuklear seperti uraniumuntuk menjana tenaga
D. Biojisim ialah bahan organik daripada tumbuhan dan haiwan yang membekalkan tenaga apabila
dibakar

24 Rajah di bawah merupakan carta pai yang menunjukkan penggunaan sumber tenaga di negara L.

Apakah nilai X ?

A. 15%
B. 35%
C. 75%
D. 100%

25 Mengapakah sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah lebih baik daripada sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui ?

SULIT 6
SULIT Sains Thn4 [018/1]
A. Sumber tenaga boleh diperbaharui mudah diubah
B. Sumber tenaga boleh diperbaharui boleh diperoleh di mana-mana
C. Sumber tenaga boleh diperbaharui menghasilkan tenaga yang berkualiti tinggi
D. Sumber tenaga boleh diperbaharui tidak mencemarkan alam sekitar

26 Mengapakah kita perlu menggunakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui secara berhemat ?

A. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui akan kehabisan dalam jangka masa tertentu
B. Harga sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui sangat mahal
C. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui tidak banyak digunakan
D. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui tidak boleh digantikan dengan sumber tenaga yang
lain

27 Antara berikut yang manakah ialah ciri bahan yang digunakan untuk membuat baju hujan?

A. Berat
B. Kalis air
C. Ringan
D. Lut sinar

28 Berikut ialah empat jenis objek.

K : Klip kertas L : Pembaris kayu


M : Paku tekan N : Botol plastik

Objek yang manakah merupakan konduktor elektrik?

A. K dan M
B. K dan N
C. L dan M
D. L dan N

29 Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang tarikan graviti bumi ?

A. Tarikan graviti bumi menarik semua objek ke pusat bumi


B. Objek yang ringan tidak mengalami tarikan graviti bumi
C. Burung yang terbang di langit tidak mengalami tarikan graviti bumi
D. Hidupan di dasar laut tidak mengalami tarikan graviti bumi

30 Apakah yang menyebabkan terjadinya kejadian siang dan malam ?

SULIT 7
SULIT Sains Thn4 [018/1]
A. Peredaran Bumi mengelilingi Matahari
B. Peredaran Matahari mengelilingi Bulan
C. Putaran Bumi pada paksinya
D. Putaran Bulan pada paksinya

31 Rajah di bawah menunjukkan Matahari dan Bumi.

Kawasan Bumi yang manakah akan mengalami waktu malam ?


A. P dan Q
B. P dan R
C. Q dan R
D. R dan S

32 Apakah yang akan berlaku jika Bumi tiada tarikan graviti ?

A. Tumbuhan tidak boleh menjalankan proses fotosintesis


B. Objek yang dilepaskan dari pegangan tangan akan jatuh ke lantai
C. Bumi tidak dapat menerima cahaya dan haba dari matahari
D. Semua objek di bumi tidak dapat berada pada kedudukan yang tetap.

33 Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk ?

A. Apabila cahaya dihalang menembusi objek legap


B. Apabila cahaya melalui bahan lut sinar
C. Apabila objek legap tidak boleh melalui cahaya
D. Apabila cahaya diperhatikan melalui salur getah yang bengkok

34 Rajah di bawah menunjukkan lubang pada kadbod yang disusun secara selari.

SULIT 8
SULIT Sains Thn4 [018/1]

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini ?

A. Cahaya bergerak dalam arah yang berlainan


B. Cahaya bergerak dalam garis lurus
C. Cahaya boleh melalui lubang
D. Nyalaan lilin sangat terang

35 Rajah 10 menunjukkan empat objek yang berlainan jenis.

Rajah 10
Antara berikut, yang manakah betul ?

Objek Sifat
A P Terapung di atas air
B Q Lut sinar
C R Mengalirkan elektrik
D S Menyerap air

36 Apakah yang dimaksudkan dengan mesin ringkas ?

SULIT 9
SULIT Sains Thn4 [018/1]
A Mesin yang diperbuat daripada logam
B Mesin yang dicipta oleh manusia dengan menggunakan motor
C Alat yang membantu manusia melakukan kerja dengan mudah dan cepat
D Alat yang memudahkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain

37 Jadual di bawah menunjukkan kegunaan empat mesin ringkas P,Q,R dan S.

Mesin ringkas yang manakah dipadankan dengan betul ?


A P dan Q

B P dan R

C Q dan R

D R dan S

38 Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen untuk menguji sama ada cahaya boleh menembusi tiga objek X,
Y dan Z.

SULIT 10
SULIT Sains Thn4 [018/1]

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan sifat objek itu?


X Y Z
A Legap Lut cahaya Lut sinar
B Legap Lut sinar Lut cahaya
C Lut sinar Legap Lut cahaya
D Lut cahaya Lut sinar Legap

39 Apakah kepentingan penciptaan mesin di bawah dalam bidang pembinaan ?

A Tenaga manusia yang ramai diperlukan untuk menyiapkan kerja


B Masa yang lama diperlukan untuk membancuh simen
C Kuantiti simen yang dibancuh meningkat dalam masa yang singkat
D Kerja membancuh simen menjadi lebih rumit dan kos penyelenggaraan meningkat

40 Apakah yang akan berlaku sekiranya mesin pengisar tidak dicipta sehingga kini ?

A. Kuantiti cili yang dihasilkan bertambah


B. Cili yang digiling lebih lumat daripada cili yang dikisar
C. Masa yang singkat diperlukan untuk menggiling cili
D. Masa yang panjang diperlukan untuk menggiling cili

(40 Markah)
____________________________________Soalan Tamat___________________________________

SULIT 11

You might also like