You are on page 1of 8

NAMA : …………………………………………… TINGKATAN:………………

SAINS
PAT (AR3)
NOVEMBER 2020
1 JAM 15 MINIT

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (AR3)


NOVEMBER 2020
SAINS
TINGKATAN 4
KERTAS 1
1 JAM 15 MINIT

Arahan/Instruction
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
2. Jawab semua soalan

Disediakan oleh Disemak oleh

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

1
ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN

1 Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah berfungsi untuk melindungi mata
daripada terkena bahan kimia?
A. Baju makmal
B. Gogal
C. Topeng muka
D. Kaca mata hitam

2 Umairah ditugaskan untuk mencampurkan asid pekat dan air semasa menjalankan satu
eksperimen di dalam makmal. Di manakah tempat yang sesuai digunakan oleh Umairah?
A. Di dalam singki
B. Di dalam kabinet aliran laminar
C. Di dalam kebuk wasap
D. Di atas meja makmal

3 Semasa menjalankan eksperimen kesan bendasing terhadap takat didih air, mata Zarif
terkena percikan larutan air garam. Sebagai ahli kumpulan Zarif, apakah tindakan yang perlu
anda lakukan?
P: Mengelap bahagian mata Zarif menggunakan tuala
Q: Memaklumkan guru
R: Membilas menggunakan penyiram mata
S: Meniup mata Zarif
A. P dan Q
B. P dan S
C. Q dan R
D. Q dan S

4 Antara bahan yang berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?
A. Air garam
B. Minyak masak
C. Asid hidroklorik pekat
D. Ammonia yang mempunyai pH 12

5 Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?


A. Bantuan kecemasan
B. Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa
C. Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa
D. Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan
hembusan ke dalam mulut  mangsa

6 Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan melakukan CPR?


A. Mengembalikan degupan jantung dan pernafasan
B. Memulihkan sistem pencernaan mangsa
C. Mengelakkan mangsa tercekik
D. Membantu mangsa untuk bercakap dengan lancar

7 Siapakah individu yang sepatutnya memberikan bantuan CPR?

A. Doktor sahaja
B. Paramedik sahaja
C. Guru sahaja
D. Semua individu yang tahu akan teknik yang betul memberikan bantuan CPR

8 Anda ternampak seorang lelaki rebah secara tiba-tiba lalu pengsan di pondok bas. Apakah

2
langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?
A. Telefon talian kecemasan 999
B. Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya
C. Terus berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut
D. Tinggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang lain

9 Berapakah suhu badan normal manusia?


A. 35.9°C
B. 36.9°C
C. 37.9°C
D. 38.9°C

10 Apakah maksud suhu?


A. Haba dalam badan seseorang
B. Darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan
C. Bahan yang disukat dengan termometer
D. Haba kepanasan badan

11 Rajah di bawah menunjukkan satu jenis termometer. Apakah jenis termometer itu?
A. Termometer klinik
B. Termometer makmal
C. Termometer rektal
D. Termometer inframerah

12 Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor yang menyebabkan suhu badan
melebihi normal?
A. Jangkitan
B. Tidur yang lama
C. Makan berlebihan
D. Minum berlebihan

13 Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Teknologi Hijau?


A. Meningkatkan penghasilan sisa
B. Membantu mengawal degradasi kualiti persekitaran
C. Meningkatkan gas rumah hijau
D. Meningkatkan penggunaan sumber asli

14 Apakah sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau?


A. Sektor Kewangan
B. Sektor Pengangkutan
C. Sektor Perbankan
D. Sektor Perikanan

15 Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada amalan kecekapan tenaga?

3
A. Peningkatan dalam penjimatan sumber tenaga
B. Menjejaskan ekonomi negara
C. Pertambahan penggunaan tenaga yang digunakan setiap tahun
D. Meningkatkan kos sara hidup

16 Berapakah bilangan kromosom seorang lelaki yang menghidap penyakit sindrom Down?
A. 24 + XY
B. 25 + XX
C. 45 + XY
D. 47 + XY

17 Jika induk TT mengalami kacukan dengan induk tt, apakah genotip yang akan terhasil?
A. TT
B. tt dan TT
C. Tt
D. tt dan Tt

18 Sebuah keluarga mempunyai empat orang anak. Kesemua anak mereka ialah lelaki. Apakah
kebarangkalian untuk mereka mendapat anak perempuan dalam kelahiran seterusnya?
A. 100%
B. 75%
C. 50%
D. 25%

19 Antara haiwan berikut, yang manakah menjalankan ekdisis?


A. Kura-kura
B. Kumbang tanduk
C. Kerang
D. Kambing

20 Rajah di bawah menunjukkan sistem rangka manusia. Antara A, B, C dan D, yang manakah
ialah humerus?

21 Rajah di bawah menunjukkan lengkung pertumbuhan organisma T.


Apakah organisma T?

4
A. Katak
B. Ketam
C. Kuda
D. Kura-kura

22 Apakah hormon yang mengawal aras gula di dalam darah?


A. Hormon antidiuresis
B. Hormon estrogen
C. Hormon insulin
D. Hormon adrenalina

23 Bagaimanakah dadah menjejaskan fungsi koordinasi tubuh manusia?


A. Menghalang organ deria daripada menerima rangsangan
B. Menghalang aliran oksigen dihantar ke otak
C. Melumpuhkan fungsi sistem deria
D. Melambatkan penghantaran oksigen ke otak

24 Apakah yang berlaku apabila seseorang terserempak dengan seekor buaya ketika sedang
mandi di sungai?
A. Hormon antidiuresis dirembeskan dan menjadi panik.
B. Hormon tiroksina dirembeskan dan saiz anak mata menjadi besar.
C. Hormon insulin dirembeskan dan pinggang berasa lemah dan lenguh.
D. Hormon adrenalina dirembeskan dan denyutan jantung bertambah.

25 Apakah jenis zarah di dalam air?


A. Molekul
B. Ion
C. Atom
D. Sebatian

26 Antara bahan berikut, yang manakah kesemuanya terbina daripada atom?


A. Sulfur, gas oksigen, gas nitrogen

5
B. Zink, ferum, karbon
C. Garam, gula, air
D. Minyak, alkohol, gas metana

27 Antara bahan berikut, yang manakah mengandungi unsur hidrogen dalam bentuk ion dan
molekul?
A. Garam dan asid hidroklorik
B. Garam dan gas klorin
C. Arang kok (karbon) dan gas karbon dioksida
D. Asid hidroklorik dan gas metana

28 Mengapakah duralumin digunakan untuk membina badan kapal terbang?


A. Lembut
B. Ringan
C. Berkilat
D. Mulur

29 Mengapakah aloi lebih kuat berbanding dengan logam tulen?


A. Aloi mempunyai kehadiran atom asing dalam susunan atom logamnya yang menghalang
lapisan atom daripada menggelongsor apabila daya dikenakan.
B. Aloi mempunyai ikatan silang antara atom logam yang menghalang lapisan atom daripada
menggelongsor apabila daya dikenakan.
C. Aloi membentuk ikatan kimia dengan lebih daripada satu unsur sama ada logam atau
bukan logam.
D. Aloi disadur dengan sejenis logam yang tidak boleh terkakis.

30 Sejenis aloi ini dikatakan sangat kuat, keras dan tahan kakisan. Aloi ini digunakan dalam
membuat struktur jambatan dan bangunan. Apakah campuran unsur dalam aloi berkenaan?
A. Kuprum dan zink
B. Kuprum dan timah
C. Besi dan karbon
D. Aluminium, magnesium dan kuprum

31 Pandangan manakah yang menunjukkan perubatan tradisional masih diperlukan dan


semakin popular dalam kalangan masyarakat?
A. Menggunakan teknologi yang lebih canggih
B. Tempoh penyembuhan yang lebih singkat dan tidak mengambil masa
C. Dapat menyembuhkan penyakit yang masih tidak dapat diubati secara perubatan moden
D. Penggunaan ubat bius yang tidak mendatangkan rasa sakit semasa sesi rawatan

32 Situasi manakah dalam rawatan perubatan moden yang sesuai menggunakan ubat antibiotik
dalam merawat pesakit?
A. Aminah yang berasa sakit kepala dan berkemungkinan mengalami migrain.
B. David yang mendapat jangkitan kuman pada alat kelamin akibat hubungan seks bebas.
C. Maisarah yang mengalami masalah kemurungan selepas terlibat dalam bencana tsunami.
D. Devi yang mengalami demam panas dan badan berasa menggigil.

33 Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang radikal bebas?


A. Radikal bebas yang mengambil elektron daripada sel-sel tubuh manusia boleh
menyebabkan perubahan dalam struktur DNA dan menyebabkan mutasi pada sel.
B. Radikal bebas mempunyai elektron yang berlebihan.
C. Radikal bebas terhasil di dalam badan sahaja.
D. Radikal bebas ialah bahan yang langsung tidak diperlukan oleh tubuh badan dalam
memastikan semua proses di dalam badan dapat berlaku dengan baik.

34 Bagaimanakah bahan antioksidan membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan?


A. Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk meneutralkan kesan radikal bebas

6
dengan mengisi kekosongan elektron pada radikal bebas.
B. Bahan antioksidan mempunyai keupayaan memastikan bilangan radikal bebas adalah
terkawal pada jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan.
C. Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk memecahkan lemak berlebihan dalam
tubuh badan.
D. Bahan antioksidan mempunyai keupayaan menghalang proses pengoksidaan pada
makanan.

35 Rajah di bawah menunjukkan lintasan yang dilalui oleh sebuah kereta dari P ke S.
Berapakah sesaran kereta itu?

A. 5.0 km
B. 6.8 km
C. 8.2 km
D. 9.0 km

36 Rajah di bawah menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu ayam yang sedang jatuh
bebas di dalam bekas vakum.
Kuantiti fizik yang manakah tetap?

A. Halaju
B. Pecutan
C. Momentum
D. Tenaga kinetik

37 Rajah di bawah menunjukkan keadaan pembonceng motosikal yang bergerak ke belakang


apabila motosikal mula memecut. Apakah konsep yang ditunjukkan oleh pergerakan
pembonceng itu ke belakang?

7
A. Inersia
B. Keseimbangan daya
C. Momentum
D. Pecutan

38 Rajah di bawah menunjukkan proses pembelahan nukleus bahan radioaktif. Apakah R?


A. Tenaga nuklear

A. Tenaga nuklear
B. Tenaga cahaya
C. Tenaga kinetik
D. Tenaga keupayaan kenyal

39 Apakah tujuan dinding konkrit tebal yang dipasang pada reaktor nuklear?
A. Mengukuhkan binaan reaktor
B. Menghalang kehilangan tenaga haba ke persekitaran
C. Melindungi reaktor daripada tekanan yang kuat dari dalam
D. Menghalang pelepasan sinaran radioaktif ke persekitaran

40 Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan penubuhan Agensi Nuklear Malaysia?
A. Menjalankan kajian tentang penggunaan bahan radioaktif dalam pelbagai bidang
B. Menjalankan kajian untuk menghasilkan bom atom
C. Menjalankan kajian dan pembangunan senjata nuklear
D. Menjana tenaga elektrik

You might also like