You are on page 1of 16

Bab 1

1. Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah berfungsi untuk melindungi mata daripada
terkena bahan kimia?

A. Baju makmal

B. Gogal

C. Topeng muka

D. Kaca mata hitam

2. Umairah ditugaskan untuk mencampurkan asid pekat dan air semasa menjalankan satu eksperimen di
dalam makmal. Di manakah tempat yang sesuai digunakan oleh Umairah?

A. Di dalam singki

B. Di dalam kabinet aliran laminar

C. Di dalam kebuk wasap

D. Di atas meja makmal

3. Semasa menjalankan eksperimen kesan bendasing terhadap takat didih air, mata Zarif terkena percikan
larutan air garam. Sebagai ahli kumpulan Zarif, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

P: Mengelap bahagian mata Zarif menggunakan tuala

Q: Memaklumkan guru
R: Membilas menggunakan penyiram mata
S: Meniup mata Zarif

A. P dan Q

B. P dan S

C. Q dan R

D. Q dan S
4. Antara bahan yang berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?

A. Air garam

B. Minyak masak

C. Asid hidroklorik pekat

D. Ammonia yang mempunyai pH 12

5. Pelupusan bahan sisa X:

 Dibalut dengan bahan penyerap


 Dibungkus dengan rapi dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku

Apakah bahan sisa X?

A. Jarum

B. Kaca

C. Agar-agar kering

D. Bangkai tikus yang digunakan dalam eksperimen

6. Nayli telah menjalankan eksperimen menggunakan darah ayam. Apakah yang perlu dilakukan oleh Nayli
untuk melupuskan sisa selepas dia habis menjalankan eksperimen?

A. Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dilupuskan terus ke dalam singki makmal

B. Dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku

C. Dimasukkan ke dalam bekas khas

D. Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya

7. Susun langkah menguruskan tumpahan bahan kimia di bawah dengan betul.


W: Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan
X: Kaut tumpahan bahan kimia
Y: Segera memberitahu guru

Z: Buang dengan selamat

A. W ➝X ➝Y ➝Z

B. Z ➝W ➝X ➝Y

C. Y ➝W ➝X ➝Z

D. X ➝W ➝Y ➝Z

8. Mengapakah merkuri berbahaya kepada manusia?

A. Merkuri boleh menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal

B. Merkuri boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat

C. Merkuri boleh menyebabkan strok

D. Merkuri boleh menyebabkan sawan


Bab 2
1. Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?

A. Bantuan kecemasan

B. Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa

C. Hembusan ke dalam mulut mangsa

D. Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke
dalam mulut mangsa

2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan melakukan CPR?

A. Mengembalikan degupan jantung dan pernafasan

B. Memulihkan sistem pencernaan mangsa

C. Mengelakkan mangsa tercekik

D. Membantu mangsa untuk bercakap dengan lancar

3. Siapakah individu yang sepatutnya memberikan bantuan CPR?

A. Doktor sahaja

B. Paramedik sahaja

C. Guru sahaja

D. Semua individu yang tahu akan teknik yang betul memberikan bantuan CPR

4. Anda ternampak seorang lelaki rebah secara tiba-tiba lalu pengsan di pondok bas.

Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?
A. Telefon talian kecemasan 999

B. Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya

C. Terus berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut

D. Tinggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang lain

5. CPR perlu dilakukan untuk mencegah kerosakan otak mangsa sementara menunggu bantuan
perubatan tiba. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak?

A. Tiada pengudaraan di otak

B. Kepala diketuk oleh rakan

C. Oksigen tidak sampai ke otak bagi suatu tempoh tertentu

D. Luka pada bahagian kulit kepala

7. Susun langkah bantuan kecemasan CPR dengan betul.

P: Hembuskan udara ke dalam mulut mangsa selama 1 saat setiap hembusan.


Q: Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya.
R: Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan mendengar bunyi hembusan nafas daripada
mulut dan hidung mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa.
S: Jika tiada tindak balas, minta bantuan orang lain di sekeliling untuk menelefon talian kecemasan 999.
T: Jika tiada pernafasan, lakukan teknik tekanan dada.
U: Ulangi langkah tekanan dada dan bantuan pernafasan sehingga bantuan tiba atau mangsa sedar.

A. P ➝Q ➝R ➝S ➝T ➝U

B. S ➝P ➝Q ➝R ➝T ➝U

C. Q ➝S ➝R ➝T ➝P ➝U

D. Q ➝P ➝R ➝S ➝T ➝U

7. Apakah dua teknik yang penting semasa melakukan CPR?


A. Menekan dada dan mengepam darah

B. Membuang objek tersumbat dan menekan dada

C. Memberikan bantuan pernafasan dan mengepam darah

D. Menekan dada dan memberikan bantuan pernafasan

8. Apakah maksud Heimlich Manoeuvre?

A. Bantuan kecemasan

B. Teknik tekanan di bahagian dada kepada seseorang mangsa

C. Bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik

D. Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke
dalam mulut seseorang mangsa
Bab 3
1. Berapakah suhu badan normal manusia?

A. 35.9°C

B. 36.9°C

C. 37.9°C

D. 38.9°C

2. Apakah maksud suhu?

A. Haba dalam badan seseorang

B. Darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan


C. Bahan yang disukat dengan termometer

D. Haba kepanasan badan

3. Rajah di bawah menunjukkan satu jenis termometer.


Apakah jenis termometer itu?

A. Termometer klinik

B. Termometer makmal

C. Termometer rektal

D. Termometer inframerah

4. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi
normal?

A. Jangkitan

B. Tidur yang lama

C. Makan berlebihan

D. Minum berlebihan

5. Termometer ini digunakan di dalam makmal untuk menyukat suhu cecair.


Pernyataan itu merujuk kepada kegunaan termometer X. Apakah termometer X?

A. Termometer klinik

B. Termometer rektal

C. Termometer inframerah

D. Termometer makmal

6. Antara individu berikut, yang manakah mempunyai kadar denyutan nadi yang paling tinggi?

A. Ahmad yang sedang berjalan

B. Sakinah yang sedang tidur

C. Akilah yang sedang berlari

D. Ramesh yang sedang membaca

7. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?

A. Termometer

B. Sonografmeter

C. Sfigmomanometer

D. Stetoskop

8. Bacaan tekanan darah yang tinggi dan berlarutan menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami
penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Apakah masalah kesihatan lain yang disebabkan oleh
masalah tekanan darah tinggi?

A. Strok dan serangan jantung

B. Kanser peparu dan diabetes melitus

C. Sakit jantung dan diabetes melitus


D. Diabetes melitus dan strok

9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara mengawal berat badan?

A. Makan sehingga betul-betul kenyang

B. Makan semua makanan yang telah dihidangkan

C. Makan apabila sangat lapar dengan kuantiti yang banyak

D. Mengambil pemakanan yang sihat dengan mengamalkan konsep suku suku separuh

Bab 4
1. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Teknologi Hijau?

A. Meningkatkan penghasilan sisa

B. Membantu mengawal degradasi kualiti persekitaran

C. Meningkatkan gas rumah hijau

D. Meningkatkan penggunaan sumber asli

2. Apakah sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau?

A. Sektor Kewangan

B. Sektor Pengangkutan

C. Sektor Perbankan

D. Sektor Perikanan

3. Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada amalan kecekapan tenaga?

A. Peningkatan dalam penjimatan sumber tenaga

B. Menjejaskan ekonomi negara

C. Pertambahan penggunaan tenaga yang digunakan setiap tahun

D. Meningkatkan kos sara hidup

4. Baca pernyataan di bawah.


A. Penghasilan gas rumah hijau yang tidak terkawal

B. Penghakisan disebabkan oleh penurunan hujan asid

C. Pembuangan sisa pepejal seperti plastik ke dalam sungai dan lautan

D. Peningkatan kadar kemasinan air laut di Artik dan Antartika

5. Rajah di bawah menunjukkan piramid mod pengangkutan hijau. Padankan jawapan yang betul.
A.

B.

C.

D.
Jawapan BAB 1

1. B

2. C

3. C

4. A

5. D

6. A

7. C

8. A

Jawapan BAB 2

1. D

2. A

3. D

4. B

5. C

6. C

7. D

8. C

Jawapan BAB 3

1. B

2. B

3. B
4. A

5. D

6. C

7. C

8. A

9. D

Jawapan BAB 4

1. B

2. B

3. A

4. A

5. B

You might also like