You are on page 1of 3

SMK DATO MOHD SAID

71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KOD SEKOLAH : NEE4100 TEL : 06-7991213 FAX : 06-7990839

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN SAINS,MATEMATIK DAN ROBOTIK


TAHUN 2016 (SESI PETANG)

Nama Program LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN SAINS ,MATEMATIK DAN


ROBOTIK
Hari Setiap Hari Rabu
Masa 11.00 hingga 12.30 tengah hari
Tempat Persekitaran SMKDMS
Guru Penasihat Pn. Nooraishah bt Kasiran
Pn. Mashitoh bt Ismail

Pelaksanaan Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016 ialah:
1. Mesyuarat Agong
2. Menghias Papan Kenyataan kelab
3. Pertandingan Sudoku
4. Kuiz Sains dan Matematik
5. Membina Menara Kestabilan
6. Merekacipta Payung Terjun
7. Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong
8. Membuat aiskrim Malaysia
9. Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan-Melukis dan Mewarna
10. Mengemaskini markah PAJSK

Laporan Aktiviti Kelab Sains dan Matematik telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun
2016. Setiap perancangan aktiviti tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
1. Mesyuarat Agong
-Telak dilaksanakan pada awal tahun. Perlantikan AJK baru telah dibuat.
Perancangan aktiviti tahunan juga telah ditetapkan pada perjumpaan kali
pertama ini.

2. Pertandingan Sajak sempena program PPDA


Pelajar dikehendaki mencipta sajak tentang kemerdekaan dan
mendeklamasikan dengan bersemangat. 3 orang pelajar yang terbaik akan
dipilih untuk mewakili iniform Puteri Islam ke pertandingan sajak antara
badan beruniform di peringkat sekolah.
3. Membina Menara Kestabilan Murid telah dibekalkan peralatan dan
bahan seperti straw,benang,pelekat dan gunting . Murid dikehendaki
membina menara paling tinggi dan stabil.

4. Menghias Papan Kenyataan Kelab


Aktiviti ini telah dijalankan pada awal tahun. Papan kenyataan kelab yang
disediakan oleh pihak sekolah telah dihiaskan dengan maklumat terkini
seperti carta organisasi, gambar aktiviti sepanjang tahun, visi, misi dan
sebagainya.

5. Program Melukis dan Mewarna sempena bulan kemerdekaan.


Pertandingan ini dijalankan pada peringkat sekolah dengan penyertaan
oleh semua kelab dan persatuan.

6. Membuat aiskrim Malaysia


Aktivi ini paling mendapat sambutan murid .Pelajar dibekalkan plastik
aiskrim,air kotak pelbagai perisa,garam ,ais dan bekas plastik. Setelah
meletakkan air kotak dalam plastik aiskrim,plastik tersebut dimasukkan
dalam bekas makanan yang berisi garam dan ais. Murid akan
menggoncangkan bekas makanan tersebut sehingga aisrim mengeras.

Kekangan Kehadiran ahli kurang memuaskan

Kekuatan Persatuan ini mempunyai guru-guru sains dan matematik yang mahir dan
berpengalaman dalam bidang sains dan matematik. Eksperimen dan pertandingan
yang diadakan boleh mengasah minda dan menambah ilmu pengetahuan pelajar.

Pencapaian Seatakat tahun ini ,tiada pencapaian yang membanggakan sama ada peringkat
daerah,negeri atau kebangsaan.

Penutup Aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan lancar. Diharapkan agar
penglibatan ahli kelab sains, matematik dan robotik akan meningkat bagi
memeriahkan lagi program yang dirancang.

Disediakan oleh:

(PN.NOORAISHAH BT KASIRAN)

Guru Penasihat Kelab Sains,Matematik dan Robotik

SMK Dato Mohd Said, Nilai.

You might also like