You are on page 1of 18

1

Bab 9: Kaedah Mengajar Pendidikan Moral

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:


membincangkan fokus dan langkah-langkah
pelaksanaan
pelbagai kaedah, kemahiran dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral
mengenal pasti kaedah, kemahiran dan teknik yang sesuai untuk
digunakan di dalam kelas yang mempunyai pelajar dengan minat
tertentu; dan
mengaplikasikan kaedah, kemahiran dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

9.1. Mukadimah
9.2 Kaedah-Kaedah dalam Pengajaran Pendidikan Moral
9.3 Kaedah Main Peranan
9.4 Kaedah Simulasi
9.5 Kaedah Bermain
9.6 Kaedah Bercerita
9.7 Kaedah Nyanyian dan Lakonan
9.8 Kaedah Pameran
9.9 Kaedah Lawatan dan Projek

Bab 1: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


Bab 2: Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral - 1
Bab 3: Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral - 2
Bab 4: Pemikiran Menakul Merentasi Pendidikan Moral
Bab 5: Pemikiran Kreatif & Inovasi Merentasi Pendidikan Moral
Bab 6: Dilema Real Life dalam Pengajaran Pendidikan Moral
Bab 7: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 1 & 2
Bab 8: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 3 & 4
Bab 9: Rancangan Mengajar Harian

9.1 Mukadimah

Bab ini akan membincangkan kaedah atau teknik mengajar yang boleh diaplikasikan
oleh guru dalam bilik darjah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Kaedah
didefinisikan sebagai satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986), satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran (Abu
Saleh, 1988) atau pun satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran. Antara kaedah-kaedah yang dibincangkan ialah kaedah main
peranan/simulasi, bermain dan bercerita, nyanyian dan lakonan, perbincangan, lawatan
dan projek, tunjuk cara, pameran, penyelesaian masalah, penyelesaian konflik dan
penyelidikan.

9.2 Pengenalan

Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang dicadangkan untuk menyemai
nilai-nilai moral di kalangan pelajar semasa proses pembelajaran berlaku. Kaedah
pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu.
Namun begitu, kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, umur, tempat dan
pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang sesuai dengan
keadaan masa, tempat dan pelajar. Malah, kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan
matlamat pelajaran, sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai, sesuai
dengan tabiat (nature) pelajaran dan mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh
guru.
Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan
pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu
terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung,
bermakna dan aktif. Diantara kaedah-kaedah pengajaran Pendidikan Moral yang akan
dibincangkan adalah seperti kaedah main peranan, simulasi, bermain dan bercerita,
nyanyian dan lakonan, pameran, lawatan dan projek.
Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja sebagai agen moral yang
membentuk keperibadian murid-murid, malahan kaedah yang digunakan guru semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting
bagi memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai.

9.3 Kaedah Main Peranan (Role Playing)

Kaedah Main Peranan adalah satu kaedah yang berasal daripada teater (atau drama) yang
digunakan dalam pengajaran pendidikan moral bagi membantu murid menghayati dilemma
atau konflik moral yang dihadapi individu atau masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini

juga boleh membantu dalam meningkatkan


minat pelajar dan meningkatkan penglibatan
murid, bukan sahaja dalam pembelajaran
tentang sesuatu perkara, malah pembelajaran
untuk mengintegrasikan pengetahuan ke dalam
tindakan dengan menyelesaikan masalah,
mengeksplorasikan alternative, dan melakukan
penyelesaian yang kreatif ( Blatner, 2002).
Menurut Brierly, Devonshire dan Hillman
(2002) dalam Pollock (2006), teknik Main
Peranan juga akan meningkatkan fungsi
pengetahuan; kombinasi pengetahuan asas,
pengetahuan tentang prosedur ( mengetahui
bagaimana memiliki kemahiran ) dan
pengetahuan kondisi ( mengetahui tentang Gambar 9.1 Pelajar terlibat dengan main
persekitaran untuk menggunakan kemahiran peranan dengan berlakon watak tertentu
tersebut). Kaedah Main Peranan mencipta satu
persekitaran yang menggambarkan realiti sebenar dan ia memudahkan pelajar untuk
menggunakan pemahaman mereka tentang sesuatu situasi. Murid-murid mendapat
gambaran sebenar dalam isu-isu yang dibincangkan dalam kelas seterusnya
memperkembangkan kemahiran praktikal profesional.
Kaedah main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting. Cara menggunakan kaedah ini ialah dengan memberi
pelajar sesuatu peranan dan menyuruh mereka bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Tindakan atau lakonan tersebut perlu
menggambarkan perasaan dan nilai yang terlibat atau berkaitan. Lazimnya, kaedah main
peranan ialah dramatisasi yang tidak melibatkan penghafalan skrip. Pelakon-pelakon
cuba menyelesaikan sesuatu atau menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain supaya
mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
Aktiviti main peranan memberi peluang kepada murid untuk melibatan diri secara aktif
dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan
murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki berlagak seperti watak yang
dibayangkan.
Apakah Faedah Kaedah Main Peranan?
Murid yang terlibat dengan kaedah main peranan berpeluang:
.. memahami perasaan orang lain
.. berpeluang membincangkan dan memikirkan masalah diri sendiri lalu
memahami diri
sendiri dengan mendalam.
.. untuk melakonkan pelbagai watak dengan mempamirkan berlainan tingakhah
laku
.. memahami pelbagai bentuk masalah sosial.
.. melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi watak.
.. menggalakkan murid pendiam untuk melibatkan diri yang dapat membina

keyakinan diri.
.. menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas.
.. membantu murid berkomunikasi secara berkesan.
.. melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.

Contoh Prosedur Pelaksanaan Kaedah Main Peranan

Rajah 9.1 Prosedur Pelaksanaan Kaedah Main Peranan

Tambahan pula, Kaedah Main Peranan akan memberi pelajar peluang untuk bercakap dalam
pelbagai konteks sosial. Dalam hal lain, Kaedah Main Peranan juga dapat membantu pelajar
yang malu untuk bercakap dengan lancar dalam sesuatu situasi. Hal ini kerana mereka perlu
mengenepikan rasa malu mereka yang hanya menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi.
Mereka akan turut serta secara aktif dalam proses pembelajaran dan menjadikan mata
pelajaran mereka menjadi lebih bermakna dimana pelajar mungkin terdedah kepada pelbagai
kaedah pembelajaran seperti mendengar, mengingat skrip, berbincang, menulis skrip dialog
dan Cue Card kemudian mempersembahkan peranan-peranan mereka berdasarkan permainan
dan penulisan.
Langkah-langkah pelaksanaan main peranan dalam kaedah improvisasi:
Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanakkanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem
yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar
Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang
lain dan berlainan dengan dirinya.
Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk
beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.
Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk
melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan
seperti :
- nama penuh watak
- umur
- latar belakang keluarga
- pekerjaan
- sikap dan tingkah laku
- hobi atau minat
- keadaan kesihatan dan
- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang dilakonkan

Untuk itu juga mereka digalakkan untuk;


- menulis diskripsi watak
- melukis potret
- membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama, dan seumpamanya
- membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

9.4 Kaedah Simulasi

Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi
membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,
kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan
memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan
yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar.Tujuannya ialah
untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan
untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur
dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang
ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang
rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai,
jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.
Terdapat dua kaedah simulasi: iaitu sosiodrama dan main peranan. Keadah main peranan
telah diterangkan di atas. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik,
ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu
berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah
merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip
lakonan akan disediakan lebih awal agar ianya dapat difahami, dibaca dan membuat
persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan suatu watak yang diberikan
oleh guru.
Tujuan-tujuan simulasi:
untuk menguasi kemahiran; simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti
lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan
sebutan yang tepat.
untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis kerana semasa menjalankan
aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur
untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.
untuk membina sikap positif ; melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu
dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf
yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.
untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif kerana melalui aktiviti simulasi
berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilainilai dan sikap orang lain.
untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah; misalnya, untuk
menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan watak pengundipengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.
untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran; simulasi merupakan suatu teknik
mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan
penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan .

Kelebihan simulasi:
memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan
dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.
simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan
membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan.
murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul.
mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.
selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi
kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik,

seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif.


dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat
ditunjukkan dalam bilik darjah.
secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.

Kelemahan simulasi:

perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada
pengelaman berlakon.
prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di
kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan
yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.
hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengelaman
secara langsung dan faedah-faedah berlakon.
penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan .

Walaubagaimanapun, kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh
digunapakai agar dapat menaikan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian
mereka pada pelajaran mereka.

9.5 Kaedah Bermain

Kaedah bermain adalah salah satu cara yang berkesan dalam mempelajari subjek Pendidikan
Moral. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Malah, Kebanyakan
aktiviti yang dijalankan dalam kaedah ini akan menggunakan pelbagai kemahiran pelajar, di
antaranya seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kaedah bermain mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini
diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan tersebut iaitu:

merangsang interaksi verbal pelajar;


menambah kefasihan dan keyakinan;
menyediakan konteks pembelajaran;
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan; dan
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.

Ada beberapa jenis permainan yang boleh dikendalikan di sekolah untuk mengajar,
mengamal dan menghargai nilai-nilai seperti kerjasama, semangat kumpulan atau pemikiran
rasional. Contohnya seperti permainan ular dan tangga, teka-teki, teka silangkata, permainan
simulasi dan kuiz. Permainan seringkali digunakan untuk mengukuhkan perkara-perkara yang
telah diajarkan menerusi sesuatu pelajaran.

Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada
pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran.
Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan kepada
perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip
yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri
situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang
dan boleh mempertingkat kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan
memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar
merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil
daripada kisah benar.

9.6 Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita pula merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Dengan itu, teknik bercerita merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan untuk menyampaikan nilai-nilai moral kepada pelajar. Ia juga dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar pada peringkat permulaan,


kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ianya harus
dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Pelajar-pelajar lazimnya mempunyai minat semula jadi untuk mendengar, membaca dan
memahami cerita. Oleh itu, bercerita akan memotivasikan pelajar untuk belajar. Jenis cerita
yang boleh diceritakan terdiri daripada cerita benar, iaitu cerita peristiwa dan cerita riwayat
hidup dan cerita rekaaan yang terdiri daripada cerita jenaka dan cerita binatang. Sebagai

contoh, jika objektif pengajaran guru pada hari tersebut adalah supaya murid dapat
menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap ahli keluarga; guru boleh
bercerita tentang kasih sayang seorang ibu yang dibalas oleh anak yang derhaka; contohnya
kisah Si Tanggang yang masyhur. Malah, guru juga boleh mengubah jalan cerita untuk
menjadikannya lebih menarik.

Garis panduan kaedah bercerita:

Rajah 9.2 Prosedur Pelaksanaan Kaedah Bercerita


Antara kebaikan bercerita dalam keadah mengajar pendidikan moral adalah seperti muridmurid berasa seronok belajar, boleh mengambil bahagian secara aktif, gambar-gambar yang
digunakan bersama cerita itu merangsangkan pelajar-pelajar, keadaan yang menarik dan
seronok menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan kekal dan interaksi di antara gurupelajar dan pelajar-pelajar dapat diwujudkan.
Terdapat tiga fasa penting yang harus diberi perhatian oleh guru di mana ketiga-tiganya
menuntut komitmen dan peranan yang tinggi daripada guru supaya kaedah bercerita dapat
dilaksanakan secara efektif.

Fasa pertama adalah fasa sebelum bercerita. Guru harus memastikan tempat
yang akan beliau gunakan untuk menjalankan kaedah bercerita adalah
bersesuaian. Keselesaan menjadi keutamaan. Adalah disarankan supaya
murid-murid dapat duduk mengelilingi guru yang bercerita jika ruang yang
digunakan kecil, guru tidak perlu melakukan banyak pergerakan dan bilangan
murid adalah sedikit. Walau bagaimanapun, jika bilangan murid adalah ramai
maka guru perlulah memberi perhatian terhadap aspek lain supaya suara beliau
dapat terus didengari oleh semua murid. Pastikan juga tiada apa-apa yang
menghalang murid daripada melihat guru yang bercerita. Guru perlu
memastikan semua murid telah bersedia dan memberikan perhatian sebelum

10

guru mula bercerita. Jika guru tidak mahu sebarang soalan atau gangguan
ketika bercerita, guru haruslah memaklumkan semua perkara tersebut terlebih
dahulu agar masa yang dirancang tidak terbuang begitu sahaja. Murid juga
boleh diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak
formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam.

Fasa kedua ialah semasa bercerita. Guru perlu bercerita menggunakan suara
yang kuat dan jelas. Nada suara juga harus disesuaikan mengikut jalan cerita
sama ada suara tinggi-rendah, perlahan -kuat atau kasar - nyaring. Ekspresi
muka juga perlu dipelbagaikan agar perasaan yang ingin disampaikan oleh
guru dalam sesebuah cerita dapat dirasai oleh murid-murid. Guru juga perlu
membenarkan murid-muridnya untuk mencatat nota sebagai persediaan untuk
perbincangan lanjut pada sesi pembelajaran seterusnya. Namun begitu, hal ini
bukanlah alasan bagi murid untuk tidak memberi perhatian terhadap
penceritaan guru. Guru boleh menyoal, meminta pandangan atau meminta
murid menyambung cerita yang disampaikan oleh guru supaya mereka
sentiasa berjaga-jaga dan terus memberi perhatian sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pandangan mata atau eye contact
haruslah sentiasa dititikberatkan oleh guru supaya komunikasi guru-murid
akan menjadi lebih berkesan.

Fasa terakhir ialah fasa selepas bercerita. Guru boleh meminta murid untuk
membuat kesimpulan daripada cerita yang disampaikan guru. Nilai-nilai murni
yang dipelajari beserta contohnya dalam kehidupan seharian juga boleh disoal
kepada murid-murid untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap
penceritaan guru.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam kaedah bercerita. Bila seorang
guru ingin menggunakan kaedah ini terdapat banyak aspek yang harus dititikberatkan untuk
memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, murid-murid dapat memahami isi pelajaran
dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan ia turut juga menguji kemampuan guru dalam
melaksanakan kaedah ini.

Bincangkan objektif menggunakan keadah bermain dalam bilik


darjah Pendidikan Moral.
Nyatakan masalah yang mungkin akan dihadapi guru apabila
menggunakan keadah bercerita dalam bilik darjah Pendidikan
Moral

11

9.7 Kaedah Nyanyian dan Lakonan

Kaedah nyanyian dan lakonan sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama
adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistic (jeda, nada dan
intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dan lain-lain) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaan kaedah nyanyian dan lakonan dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Lakonan dan
nyanyian berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran. Ianya dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

Manakala, kaedah nyanyian adalah satu aktviti


yang amat digemari oleh murid. Selain daripada
menghiburkan diri, seni kata lagu itu juga boleh
diterapkan unsur-unsur nilai moral. Seni kata
dan rentak lagu biarlah senang, menarik dan
sesuai dengan pelajar. Nyanyian lagu boleh
digunakan sebagai isi pelajaran, aktiviti
motivasi di peringkat permulaan dan aktiviti
pengukuhan di peringkat akhir pengajaran dan
pembelajaran.
Berikut adalah cara untuk menggunakan teknik nyanyian untuk mengembangkan nilai moral
di dalam kelas:

12

Lakonan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid di mana
murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi dan bakat sedia ada. Bagi lakonan
tanpa menggunakan skrip:

Pelajar yang akan berlakon perlu memahami cerita dan nilai-nilai yang berkaitan.
Pelajar secara sukarela bersetuju untuk melakonkan peranan yang berkaitan.
Guru boleh memberi tunjuk ajar atau nasihat jika perlu.
Pada akhir lakonan, satu perbincangan perlu diadakan tentang nilai-nilai yang
terdapat dalam cerita yang berkaitan dan nilai-nilai tersebut sepatutnya dikaitkan
dengan gaya kehidupan dan manusia.

Manakala, bagi lakonan yang menggunakan


skrip:
Pelajar perlu memahami kandungan
skrip.
Pelakon boleh dipilih.
Pelakon membaca dan melakonkan skrip
yang berkaitan.
Perbincangan tentang cerita dan nilainilai moral yang berkaitan perlu
diadakan.
Satu
ringkasan
perlu
dihasilkan.

Terdapat banyak kandungan dalam Pendidikan Moral yang boleh menggunakan keadah
lakonan adalah seperti keberanian, kerajinan dan keadilan.

13

9.8 Kaedah Pameran

Kaedah pameran ialah kaedah yang


menggunakan proses mendengar dan
melihat untuk memberi penjelasan
tentang bahan yang dipamerkan. Kaedah
pameran boleh digunakan oleh pelajar
untuk mempamerkan beberapa penemuan
atau pengetahuan kepada pelajar-pelajar
lain. Untuk menambahkan keberkesanan
semasa
proses
pengajaran
dan
pembelajaran, keadah pameran boleh
dijalankan dengan menggunakan proses
mendengar dan melihat untuk memberi
penjelasan mengenai beberapa prinsip
yang terdapat pada bahan yang
dipamerkan tersebut.
Untuk melaksanakan kaedah ini, terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian oleh
guru bagi memastikan kelancaran pengajarannya:
Perkara pertama ialah guru harus menentukan objektif pengajaran berdasarkan
kemahiran dan kecekapan pelajar. Ini bermakna, objektif yang ditentukan guru
boleh dicapai sesuai dengan kemampuan murid. Jika murid yang diajar
mempunyai tahap kecekapan yang agak rendah, guru bolehlah meletakkan
objektif untuk mengukuhkan lagi kecekapan yang sedia ada ataupun
mempelbagaikan kemahiran yang mereka miliki.
Perkara kedua ialah kepelbagaian jenis pameran perlu dipilih oleh guru untuk
dilaksanakan oleh murid-murid. Kepelbagaian jenis pameran bermaksud pelbagai
jenis bahan yang dipamerkan yang merangkumi bahan maujud, carta, bahan audio
dan video serta permainan yang berkaitan dengannya. Guru berperanan sebagai
fasilitator yang akan memantau perkembangan pameran ini. Malah, guru juga
berperanan untuk membantu murid dengan bersama-sama menyediakan bahan,
peralatan dan bekalan yang mempunyai kaitan dengan pameran. Langkah ini
penting untuk menjimatkan sumber yang digunakan serta memastikan setiap
bahan dan peralatan digunakan dengan betul dan berkesan. Setiap peralatan yang
terlibat dengan pameran haruslah diselenggarakan terlebih dahulu supaya
pameran dapat berlangsung dengan lancar. Selain itu, bantuan daripada guru juga
penting untuk memperbetulkan kekurangan yang terdapat pada bahan pameran
ketika proses pembikinnnya lagi.

14

Seterusnya, guru perlu membuat perancangan yang lengkap terutamanya sekali


mengenai pembahagian tugas dan menerangkan dengan jelas tentang peranan
setiap murid dalam pameran. Apabila semua murid telah jelas dengan tugas
masing-masing, kepincangan dalam proses membangunkan bahan pameran dapat
dielakkan. Langkah ini juga penting untuk memastikan semua murid terlibat dan
salah faham mengenai tugas dapat dielakkan.

Guru juga perlu mengenal pasti sejauh manakah penglibatan dirinya sendiri dalam kaedah
pameran ini supaya murid tidak terlalu bergantung kepada guru kerana tugas-tugas telah
diagihkan. Ini bermakna, setelah tugas dibahagikan kepada murid, guru akan bertindak
sebagai fasilitator yang akan memantau dan memberi bimbingan ketika perlu sahaja. Ini
membolehkan murid-murid lebih berdikari dan membuat tugasan dengan lebih cermat.
Selain itu, guru juga perlu berbincang dari semasa ke semasa dengan para muridnya untuk
memastikan kejayaan pameran yang dilaksanakan. Murid juga perlulah sentiasa berjumpa
dengan guru untuk meminta pendapat tentang tugasan yang telah diberikan. Sememangnya,
guru tidak terlibat secara langsung dalam kaedah pameran kerana murid lebih banyak
memainkan peranan kerana penglibatan yang aktif dalam sesuatu kaedah pengajaran
membolehkan murid lebih memahami apa-apa jua perkara yang diajari. Tambahan pula,
murid akan lebih mudah mengingati ilmu jika ia dapat dihayati menggunakan pancaindera
dan pengalaman mereka.
Ringkasnya, guru memainkan peranan yang penting untuk memberi bimbingan kepada murid
apabila kaedah pameran dipilih sebagai salah satu kaedah pengajaran moral. Ianya memberi
peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan
sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran.

Bincangkan peranan guru dalam keadah pameran dalam bilik darjah


PendidikanMoral. Kaitan perbincangan ini dengan satu standard kandungan
yang sesuai bagi keadah pameran.

15

9.9 Kaedah Lawatan dan Projek

Kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi
kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang
lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik
darjah. Malah, ianya juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan
tanggungjawab murid. Nilai moral yang diterapkan adalah lebih berkesan melalui kaedah
pengajaran ini. Lawatan sambil belajar boleh dilakukan ke tempat-tempat yang menarik di
mana pelajar dapat memerhati, mempelajari dan mungkin mempraktikkan idea-idea yang
berkaitan dengan nilai-nilai murni yang diajar dalam bilik darjah. Murid-murid boleh dibawa
ke rumah orang tua, rumah anak yatim, perpustakaan dan taman rekreasi.
Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral dengan menggunakan keadah
lawatan bergantung kepada persediaan sebelum
lawatan, semasa dan aktiviti susulan selepas
lawatan. Kaedah lawatan dapat menyediakan
pengalaman secara langsung kepada murid, malah
merupakan variasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini juga lebih
berkesan kerana ianya menggunakan pelbagai
deria seorang murid.
9.3 Lawatan ke Rumah Orang Tua

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil kira apabila seorang guru ingin
menjalankan kaedah lawatan yang berkesan dan amat berguna untuk memastikan
perkembangan moral seorang murid:

Aktiviti Sebelum Lawatan

Pilih satu tempat yang boleh membentuk pembelajaran nilai


yang berkesan atau nilai-nilai yang akan diberi penekanan.
Sediakan satu panduan berkaitan dengan perkara-perkara
yang perlu diberi penekanan oleh murid.
Terangkan kepada murid tentang perkara yang perlu
mereka perhatikan serta format penulisan laporan.
Format untuk laporan yang ditulis oleh murid perlu
merangkumi tempat yang dilawati, tarikh dan waktu, tujuan
lawatan, pemerhatian yang telah dibuat tentang aktivitiaktiviti, nilai-nilai yang telah dipelajari atau boleh dikongsi
bersama semasa lawatan dan kebenaran ibu bapa.

16

Aktiviti Semasa Lawatan

Aktiviti Semasa Lawatan

Memberi bimbingan dan mengawal pergerakan pelajar.


Memberitahu murid tentang perkara yang relevan seperti
kepekaan mereka terhadap keperluan orang lain terutama
jika melawat ke rumah anak yatim dan rumah orang tua di
mana disiplin dan tingkahlaku yang baik semasa lawatan
perlu diutamakan.
Guru hendaklah sentiasa mengawasi murid semasa lawatan.

Murid mengumpulkan gambar dan bahan daripada lawatan


itu dan pamerkannya di dalam bilik darjah.
Murid diminta menulis satu laporan atau ringkasan tentang
nilai-nilai yang telah dipelajari semasa lawatan ke tempat
tersebut.
Guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai
apa yang dilihat dan nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru
juga boleh menerapkan nilai-nilai tambahan sekiranya
perlu.

Kaedah projek pula memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai dan menghasilkan
sesuatu mengikut minat dan kebolehannya. Keadah ini boleh dijalankan secara berkumpulan
ataupun sebagai satu usaha secara individu. Malah, ianya boleh dilakukan samada di dalam
atau di luar kelas. Keadah projek boleh melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mencari bahan,
mengumpul, menyusun dan mempamerkannya.

Kaedah projek adalah aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang melibatkan murid merasai
sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara
hands-on dan minds-on. Kaedah projek juga
dapat melibatkan diri murid dalam perancangan
dan menghasilkan rancangan mereka di samping
dapat menerapkan nilai kerjasama dan
bertanggungjawab
bersama-sama
sekiranya
keadah ini dijalankan secara berkumpulan.
9.4 Kaedah Projek

17

Antara langkah-langkah yang harus diikuti oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan kaedah projek ini adalah:

Guru menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan.


Guru menentukan jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid dari segi
fizikal dan mental.
Guru menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu projek itu dapat
dijalankan.
Guru dan murid menentukan kumpulan kerja.
Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara terbimbing semasa aktiviti
berlangsung.
Hasil murid dikumpulkan dan dipamerkan serta dinilai.
Rumusan akhir dan refleksi diadakan di akhir aktiviti kaedah ini.

Dalam bilik darjah Pendidikan Moral, antara kandungan yang boleh diajar dengan keadah ini
adalah seperti meminta murid membersihkan bilik darjah secara beramai-ramai; mengumpul
dan menampal gambar pemimpin dan raja-raja di Malaysia di dalam buku skrap. Secara
ringkasnya, semasa menggunakan keadah ini dalam bilik darjah, seorang guru mestilah
memberikan penekanan kepada nilai-nilai yang ingin ditonjolkan , menentukan projek,
meneliti dan memberi penekanan serta pandangan dan bimbingan kepada murid apabila
diperlukan dan hasil projek perlulah dipamerkan di mana ringkasan tentang nilai-nilai yang
didapati dicatatkan dengan baik.

RINGKASAN:

Guru haruslah pandai memilih kaedah yang sesuai dengan keadaan masa, tempat
dan pelajar. Malah, kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran,
sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai, sesuai dengan tabiat (nature)
pelajaran dan mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.

Kaedah main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting.

Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid
untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.

Kaedah simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang
terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar.Tujuannya ialah
untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah.

Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada
pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau
kemahiran.

Kaedah bercerita pula merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.

18

Kaedah nyanyian dan lakonan sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan
kaedah yang berasaskan pendekatan induktif.

Kaedah pameran ialah kaedah yang menggunakan proses mendengar dan melihat
untuk memberi penjelasan tentang bahan yang dipamerkan.

Kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu
perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara
langsung di luar bilik darjah.

Keadah projek adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid
merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara hands-on dan minds-on.

RUJUKAN:
Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan pendidikan moral. Petaling Jaya, Selangor:
Fajar Bakti.
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral: Teori etika dan amalan moral.
Serdang: University Putra Malaysia.
Chang Lee Hoon. (2001). Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di
kalangan pelajar tingkatan empat. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan
kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 187). Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan moral: Siri pendidikan tinggi. Petaling Jaya:
Pearson Education Malaysia.
Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and womens development.
Cambridge, MA: Harvard University Press.
Koo, K.P. dan Tang, C.Y. (1990). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota, Department
of Children, Families & Learning and University of Minnesota.
Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education.
Berkeley: University of California Press.
Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge
University Press.

You might also like