You are on page 1of 3

Analisis sukatan pelajaran pendidikan moral

Semasa pelaksanaan KBSR pada tahun 1983, pendidikan moraltelah diperkenalkan


sebagai satu mata pelajaran teras di sekolah rendah. Pelaksanaan ini telah diteruskan
secara berperingkat dari setahun ke setahun sehingga selesai pada tahun 1989, mata
pelajaran pendidikan moral telah diperkenalkan di semua sekolah melalui pelaksanaan
KBSM.

Pada dasarnya, sukatan pendidikan moral mengambil kira isu-isu sosial yang

berlaku seperti ponteng sekolah, kurang rasa hormat terhadap golongan tua, tidak
menengar arahan, mengambil barang oprang lain tanpa kebenaran orang lain dan ingkar
arahan guru. Fungsi pelaksanaan mata pelajaran moral diharapkan dapat mengekalkan dan
menambahbaikan sikap moral masyarakat malaysia. Kesan daripada aspek ini dapat
mengukuhkan masayarakat malaysia daripada aspek politik, ekonomi dan sosial serta
meningkatkan integrity masyarakat majmuk di negara malaysia.
Kini KBSR telah ditukar kepada KSSR. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau
dikenali sebagai KSSR diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah
baik kurikulum sedia ada untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran
abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
bermula pada sesi persekolahan tahun 2010 bertujuan untuk meningkatkan minat murid
terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard
kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahuidan boleh
lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai,
manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Kandungan sukatan pelajaran bagi KSSR adalah seperti berikut.

Sukatan
pelajaran
pendidik
an moral

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Diri
saya

Saya
dan
keluarg
a

Saya
dan
sekolah

Saya
dan
jiran

Saya dan
masyaraka
t

Saya
dan
negara

Aspek ini melibatkan penghayatan dalam melaksanakan amalan agama,kepercayaa


n kepada Tuhan, dapat memupuk akhlak yang baik dan nilai-nilai murni didalam diri setiap
murid. Penghayatan ini dapat diaplikasikan menerusi aspek-aspek yang dinyatakan di atas
melalui mata pelajaran Pendidikan Moral bagi semua. Hal ini kerana ianya dapat
menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan kepercayaan dan kesyukuran
kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni
supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati
dan dapat membentuk jati diri yang Muslim yang sebenar
Analisis huraian sukatan pelajaran pendidikan moral
Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral ini ialah untuk membantu guru
merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan tahap kematangan pelajar. Ianya juga sebagai panduan guru melaksanakan
Kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan.
Menurut huraian sukatan pelajaran pendidikan moral KSSR, setiap huraian
dibahagikan kepada tiga lajur iaitu lajur nilai, objektif serta isu dan situasi untuk membantu
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam lajur nilai dimuatkan dengan nilai
utama dan pecahan nilai yang terdapat dalam sukatan pelajaran pendidikan moral. Nilai
yang yang dikemukakan diberikan penjelasan maksud. Nilai ini disusun tanpa mengikut

sebarang susunan tertentu. Maka nilai yang dikemukakan terdahulu tidak boleh diandaikan
lebih penting daripada nilai yang dikemukakan kemudiannya. Nilai ini boleh digunakan
dalam sebarang masa pengajaran mengikut rancangan dan kesesuaian dan kaitannya
dengan isu dan situasi yang dibincangkan.
Dalam lajur objektif dalam dokumen huraian sukatan pelajaran pendidikan moral,
disenaraikan objektif yang mencerminkan aspek emosi, sikap, tabiat, dan tingkah laku yang
diharap akan dihayati dan diamalkan oleh murid melalui proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Sesuatu objektif itu tidak hanya terbatas kepada mana-mana
pecahan nilai tetapi mengambil kira nilai utama sekali. Dalam perancangan guru, objektif
khas bagi satu waktu pengajaran dan pembelajaran boleh dihasilkan berdasarkan objektif
am.
Lajur ketiga dalam huraian pendidikan moral iaitu lajur isu dan situasi memberikan
cadangan dan contoh isu serta situasi untuk diguna pakai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Isu dan situasi yang dikemukakan bukan hanya berkaitan dengan
pengalaman diri murid, tetapi juga meliputi hubungan diri dengan keluarga, komuniti,
masyarakat

dan negara. Isu dan situasi tidak hanya terbatas kepada cadangan yang

terdapat dalam huraian tetapi boleh diambil daripada pelbagai sumber. Di sini mungkin
berlaku pertindihan di mana guru pendidikan moral menggunakan isu atau situasi yang
sama.

You might also like