You are on page 1of 1

Dua watak utama yang terdapat dalam kes kajian saya adalah bob dan guru bob.

Bob
merupakan seorang murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Dia suka mengasingkan
dirinya daripada rakan sekelas. Dia tidak suka untuk bergaul dengan mereka. Dia juga akan
duduk di belakang bilik darjah dan tidak akan menumpu perhatian semasa guru mengajar.
Selain itu, bob merupakan seorang anak murid yang nakal. Ini adalah kerana dia tidak suka
duduk diam dalam kelas dan suka menganggu rakan.

Dia akan terus bermula untuk

membuat bising selepas menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Selain itu, bob juga
tidak berpuas hati dengan rakan sekelasnya kerana dia yang selalu dipersalahkan walaupun
dia tidak bersalah. Bukan itu sahaja, bob tidak suka untuk mendengar arahan guru. Dia
selalunya engkar arahan guru dan akan mengulangi perbuatan yang tidak dilarang oleh
beliau.
Watak seterunya adalah guru bob. Beliau merupakan guru yang mengajar bob di sekolah.
Beliau telah memberi arahan dan mencuba pelbagai kaedah untuk mengubah tingkah laku
bob. Beiau juga perlu mengingatkan bob untuk menyiapkan kerja yang diberi. Perbuatan
bob yang berani engkar arahan satu perbuatan yang mencabar bagi beliau. Beiau telah
banyak sabar dengan perbuatan bob. Tetapi beliau juga telah meluahkan perasaan rasa
tidak puas hati terhadap bob dengan pelbagai cara. Walaubagaimanapun, semua usaha
tersebut gagal. Bukan itu sahaja, guru bob juga telah mencuba untuk melibatkan bob dalam
pengajaran dan pembelajaran. Tetapi bob masih tidak berubah.

You might also like