You are on page 1of 4

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safia Karim et,al 2008), morfologi adalah

bidang

ilmu

bahasa

yang

mengkaji

perkataan

dari

segi

struktur,

bentuk

dan

pergolongankata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa, samaada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata iaah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya. Kesimpulannya, morfologi bahasa melayu
ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan pengolongan kata dalam bahasa Melayu.
Abdullah Hassan, Morfologi, 2006 mengatakan bahawa morfologi merupakan satu bidang
ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Fakta ini disokong oleh Siti Hajar Abdullah. Beliau
juga mengatakan dalam Bahasa Melayu 1, 2008, bahawa morfologi merupakan bidang ilmu
bahasa yang mengkaji strukutur, bentuk dan golongan ayat.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), mendefinisikan bahawa morfologi adalah satu
bidang

dalam

kajian

bahasa

yang

mengkaji

tentang

perkataan

dan

cara-cara

pembentukannya. Marzuki Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993), menyokong dan
mendefinisikan morfologi adalah suatu kajian tentang strukutur dalaman kata-kata atau
bentuk kata-kata. Beliau juga menjelaskan bahawa morfologi adalah bidang ilmu bahasa
yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahanperubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Akhir sekali, menurut buku
Morfologi Bahasa Melayu Edisi Kedua, Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada bidang biologi yang bermaksud kajian
mengenai bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan.
Secara umumnya, setiap struktur terbina daripada unsur-unsur yang lebih kecil. Struktur
bahasa juga mempunyai unsurnya yang dicantum agar menjadi satu perkatan. Kajian
struktur perkataan dipanggil Morfologi. Terdapat dua unsur yang terlibat dalam membina
perkataan iaitu morfem dan kata.
Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan fungsi bahasa, Antara
unsur-unsur bahasa seperti ber-,ter-,ke-,me-,-nya,-kah,

-lah,-pun,-an tidak boleh

diperkecilkan lagi namun mempunyai fungsi seandainya digabungkan dengan perkataan lain
seperti bertanya dan juga memanfaatkan. Oleh yang demikian, unsur-unsur di atas
merupakan morfem.
Namun unsur-unsur yang lain seperti rumah, kereta, pokok, udara, jalan dan duduk tidak
boleh diperkecilkan lagi kerana ianya tidak akan memberi makna. Jika kata itu tidak boleh
diperkecilkan lagi dan akan menjadi tidak bermakna maka perkataan itu juga adalah unit

yang terkecil iaitu morfem. Kata juga merupakan unsur morfologi yang digunakan untuk
membentuk perkataan lain.
Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat
yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau
telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa
serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam
bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad
ke-20.
Menurut Tatabahasa Dewan, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan
dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang
bermakna.
Dalam buku Bahasa Melyu I, Edisi kedua yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, morfologi
mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata,
golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Dengan kata lain, morfologi
mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatikal atau makna yang dikibatkan oleh
perubahan bentuk kata itu. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu perkataan sakit dapat
menerbitkan pelbagai perkataan lain seperti pesakit, kesakitan, penyakit, disakiti,
sakit-sakit dan menyakitkan. Setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang berbeza
akibat penggabungan morfem. Perbezaan itu wujud apabila terdapat perubahan pada
bentuk kata akar atau kata dasar. Contoh ini menunjukkan bahawa bidang yang dikaji dalam
morfologi ialah morfem dan kata.
Mengikut pandangan Abdullah Hassan (Morfologi, 2006), morfologi merupakan satu bidang
ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Manakala, menurut Frank Parker dalam bukunya,
Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja
Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata.
Beliau menyatakan morphology itu berasal daripada bahasa Latin morphe yang
membawa maksud bentuk.
Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk
perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang
dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117).

Raminah

Hj.

Sabran

dan

Rahim

Syam

(Kajian

Bahasa

untuk

Pelatih

Maktab

Perguruan,1985) telah menerangkan bahawa morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa
yang mengkaji tentang perkataan cara pembentukannya.
Kesemua ini boleh dirumuskan bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang
mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem
dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.
PENGENALAN TERHADAP SINTAKSIS
Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa,
klausa dan ayat dibentuk. Bidang kajian sintaksis ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky
seperti yang dibicarakan oleh beliau dalam buku Syntatic Structure yang akhirnya
melahirkan pengajian am tatabahasa transformasi generative oleh Frank Parker (1994).
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan
dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Bidang sintaksis bukan sahaja melihat kehadiran jenis dan ragam ayat, tetapi juga
rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat.
Selain itu, terdapat juga cirri-ciri lain yang dipertimbangkan dalam pembinaan ayat, iaitu
penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan
ayat, termasuklah penanda kasus, penanda kala dan unsure keserasian. Dalam bahasa
Inggeris, penanda kasus memainkan peranan penting dalam menentukan kegramatisan
sesuatu ayat, tetapi bahasa Melayu tidak mempunyai unsur sedemikian.
Bahasa Melayu juga tidak mempunyai penanda kala atau masa seperti dalam
bahasa Inggeris, iaitu yang ditandai oleh past tense. Sebaliknya, bahasa Melayu
menggunakan perkataan sedang, sudah dan akan untuk menentukan kala atau waktu
sesuatu kata kerja itu dilakukan. Unsure keserasian juga penting dalam pembentukan ayat.
Tanpa memperlihatkan unsur keserasian ini ayat yang dibentuk tidak akan menjadi gramatis.
Satu lagi aspek yang termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayatayat yang tidak menentu maknanya atau binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam
menghasilkan ayat yang gramatis, seseorang itu perlu tahu dan mahir dalam beberapa
aspek seperti mematuhi struktur binaan ayat, memahami hukum tatabahasa Melayu itu
sendiri dan menyedari bahawa kegramatisan ayat itu mestilah bermakna.

You might also like