You are on page 1of 9

BML3103-

KULIAH MINGGU 3

DEFINISI CABANG LINGUISTIK


MORFOLOGI
MORFOLOGI

Morfologi merupakan satu bidang linguistik yang mengkaji struktur, bentuk


dan pergolongan kata. Kajian terhadap asas-asas pembentukan suatu kata
dengan mengenalpasti susunan unit-unit kata secara struktur, bagaimana
unit-unit kata bercantum hingga wujudnya struktur kata yang diucapkan
merupakan elemen penting dalam apa jua kajian bahasa. Ianya haruslah
didahulu dan diutamakan sebelum menceburi bidang linguistik yang lain
(‘Abduh al-RÉjiÍiy,1983).
SINTAKSIS
SINTAKSIS

Menurut  Nik Safiah Karim (2008)


- Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

- Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa
yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

-Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
- Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat
melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
FONOLOGI
FONOLOGI

Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada


linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam
atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad
(2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa
yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam
sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan
fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi
sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
SEMANTIK
SEMANTIK

Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menganalisis makna baik pada peringkat morfem,
kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi.  

Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur
kepada fikiran pendengar.  

Semantik atau makna merupakan situasi apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas
seperti yang dijangkakan daripada pendengar.  

Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata – mata, tetapi juga faktor lain seperti
intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan pendengar.  

Pendapat lain mengenai semantik mengikut pendapat tokoh, iaitu menurut Sperber dan Wilson (1980),
memberi pengertian semantik sebagai kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat
dari segi logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.

You might also like