You are on page 1of 31

Perbezaan Peringkat Analisis Fonetik dan Fonologi

Fonetik

Fonologi

Penghasilan bunyi bahasa

Sistem bunyi bahasa

Penciptaan simbol bunyi

Fitur distingtif

Inventori bunyi bahasa

Pelaksanaan rumus

Pemenggalan bunyi bahasa

Perbezaan makna

Deskripsi bunyi bahasa

Fungsi bunyi bahasa

Perbezaan Fonetik dan Fonologi


1.0

Pendahuluan

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu
satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau
berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa
bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat
ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi
kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

1.1

Definisi fonetik
Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan

tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar
dan diinterpretasikan.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek
yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyibunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa
dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakanfonetik ialah
kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan
sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala

bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun
bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah
bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang
kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah
bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam
pertuturan.

1.2

Cabang-cabang fonetik
Bidang

fonetik

terbahagi

kepada

tiga

cabang

utama,

iaitu fonetik

artikulasi,

fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan
oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu,
cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu
dikeluarkan oleh alat tutur.
Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan
menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam
kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan
cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod,
yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam
bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir
maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang
berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

1.3

Definisi fonologi
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan

ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut
berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan
menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.

Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik


deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik
Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu
bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut.
Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi mengkaji
sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan
(2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.
1.4

Perbezaan fonetik dan fonologi


Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang

mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi
tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi
bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun
dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji
fenomena

bunyi

atau pertuturan manusia yang

direalisasikan melalui lambang-lambang

tertentu. Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala
bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk
bunyi secara spesifik.
Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal
bunyi (fon) serta

proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori,

dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi
bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi
bahasa.
Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan
penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah
bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu
bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya
bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama
lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah
menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami
dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi
adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang
jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya.
2.0

Kepentingan kaedah fonetik kepada guru bahasa Melayu


Kaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang saintifik. Kaedah ini

dikenali juga sebagai kaedah Reform atau Kaedah Lisan. (Raja Mukhtaruddin, 1980). Melalui
kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan mendengar, kemudian bergerak
kepada latihan sebutan menurut susunan iaitu bunyi kepada perkataan, kemudian kepada
rangkaikata, dan seterusnya kepada ayat. Kemudian, semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog
dan cerita-cerita. Melalui kaedah fonetik, tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan
karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca.
Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar
dalam pembelajaran bahasa baharu. Kaedah ini membandingkan persamaan dan perbezaan
bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah dipelajari daripada segi bentukbentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi perbandingan daripada segi bentuk dan
fungsilah yang lebih diutamakan. Kaedah ini menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar
untuk mempelajari bahasa baharu daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan
perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui.
Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa pertuturan. Isi dan
bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara
bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang diajar. Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar
kepada pelajar disesuaikan dengan keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar.
(Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir)
Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-fungsi bahasa
kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan bahan-bahan pengajaran
yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur. Oleh kerana penyediaan bahan-bahan pengajaran
disediakan lebih awal oleh guru, maka kanak-kanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi

mengenal atau memahirkan bentuk-bentuk atau corak-corak ayat yang tertentu. Dengan demikian,
murid-murid mendapat asas bahasa yang kukuh. Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa
yang dipelajari dengan jelas dan tepat. Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat
ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa ibunda mereka
sendiri.
2.1

Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik


Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan pengajarannya

dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari, yang ada persamaan
dengan bahasa yang diketahui. Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang
dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah
yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa
ibunda kanak-kanak, misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar seperti b, r, j, d, itu
patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan. Oleh sebab
itulah

terdapat

kanak-kanak

Cina

menyebut baju sebagaimaju, bulu sebagai mulu, rumah sebagai lumah, rokok sebagai lokok
, jalansebagai yalan, dalam sebagai lalam dan lain-lain lagi.
Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran perbendaharaan
kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang
diketahui. Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan perkataan-perkataan
yang serupa. Antaranya ialah coffee dengan kopi, radio dengan radio, biscuit dengan biskut,
bag dengan beg, computer dengankomputer, dan yang seumpamanya.
Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa
yang diketahui perlulah didahulukan. Kemudian baharulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang tiada
atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya.
2.2

Konsep Membaca Kaedah Fonetik


Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku

kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya
yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca
menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan
kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.

Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik
memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan
teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak
untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana
kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.
Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya
tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca
melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.
Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam
bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih
daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan
pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut:

a.

Bunyi vokal

a
e
i
o
u
b.

aaa
eee
iii
ooo
uuu

Bunyi konsonan

b
c
d
f
g
h
j
k
l
m

beh
ceh
deh
feh
geh
heh
jeh
keh
el
em

n
p
q
r
s
t
v
w
y
z

en
peh
qeh
rer
sss
teh
vev
weh
yeh
zez

Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk


membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guruguru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai
sokongan.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka
tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru

digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi
latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.
3
berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan
dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam
menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam
menghasilkan bunyi. .0
KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ
tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya
mempunyai kedudukan dan fungsi yang
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan
ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat
dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara
keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi
bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya,
maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar
kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai
kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan
perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi
menyebut atau membaca perkataan itu.

http://abkar178.blogspot.com/2012/11/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html

Perbezaan fonetik dan fonologi


Bil. Fonetik

Fonologi

Fonetik
merupakan
subdisiplin
linguistik, iaitu kajian tentang bunyi
sebagai fenomena dalam dunia fizikal,
fisiologi,
anatomi,
neurologi
dan
psikologi
manusia
yang
menghasilkannya.

Fonologi merupakan subdisiplin linguistik


yang mengkaji bunyi bahasa iaitu tentang
fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi
sebagai item linguistik.

Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi
semula jadi, produksi dan persepsi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.
sistem tersebut secara umum. Segala
yang berkaitan dalam bahasa iaitu
pasangan
terkecil,
fonotaktik
dan
sebagainya.

Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga Kajian ini adalah berkaitan dengan
iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori hubungan antara butir-butir leksikal lain
dan fonetik auditori.
yang membentuk ayat.

Fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.

Fonetik menghasilkan transkripsi fonetik Fonologi menghasilkan


untuk semua bunyi dari semua bahasa. sesuatu bahasa.

Fonologi merupakan kajian yang berkaitan


dengan penelitian pola-pola intonasi.

sistem

ejaan

http://aranaz13.blogspot.com/2013/01/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html

http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

1. SET INDUKSI

2. DIALOG: MEMBERSIHKAN KELAS

3. KAD AKTIVITI KUMPULAN

4. LEMBARAN KERJA INDIVIDU

5. PENUTUP: LAGU-MEMBERSIHKAN KELAS

ANGAN PENGAJARAN HARIAN


Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran danpembelajaran
untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu
yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancanganpengajaran adalah
untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secaraberkesan, di samping
meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelummengajar, guru perlu
merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepadaSukatan
Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang
sesuatupengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat
danobjektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan
strategipengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu
persediaanpengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai
murid danperkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan
aktivitiguru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Rancangan
pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan denganlengkap.
Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap danteratur dapat
membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaranterutamanya di

kalangan murid bermasalah pembelajaran

BMM3107
SAAMAH BT UMIR
RASIMAH@IMAH BINTI ABD MOMEN
NOOR ERWINA BT MIAN

BMM3107

SAAMAH BT UMIR RASIMAH@IMAH BT ABD MOMEN

NOR ERWINA BT

Perbezaan Fonetik dan Fonologi


1.0

Pendahuluan

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu
satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau
berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa
bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat
ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi
kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

1.1

Definisi fonetik
Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan

tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar
dan diinterpretasikan.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek
yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyibunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa
dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakanfonetik ialah
kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan

sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala
bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun
bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah
bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang
kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah
bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam
pertuturan.

1.2

Cabang-cabang fonetik
Bidang

fonetik

terbahagi

kepada

tiga

cabang

utama,

iaitu fonetik

artikulasi,

fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan
oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu,
cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu
dikeluarkan oleh alat tutur.
Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan
menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam
kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan
cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod,
yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam
bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir
maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang
berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

1.3

Definisi fonologi
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan

ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut
berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan

menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.


Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik
deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik
Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu
bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut.
Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi mengkaji
sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan
(2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.
1.4

Perbezaan fonetik dan fonologi


Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang

mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi
tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi
bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun
dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji
fenomena

bunyi

atau pertuturan manusia yang

direalisasikan melalui lambang-lambang

tertentu. Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala
bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk
bunyi secara spesifik.
Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal
bunyi (fon) serta

proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori,

dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi
bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi
bahasa.
Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan
penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah
bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu
bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya

bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".
Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama
lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah
menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami
dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi
adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang
jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya.
2.0

Kepentingan kaedah fonetik kepada guru bahasa Melayu


Kaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang saintifik. Kaedah ini

dikenali juga sebagai kaedah Reform atau Kaedah Lisan. (Raja Mukhtaruddin, 1980). Melalui
kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan mendengar, kemudian bergerak
kepada latihan sebutan menurut susunan iaitu bunyi kepada perkataan, kemudian kepada
rangkaikata, dan seterusnya kepada ayat. Kemudian, semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog
dan cerita-cerita. Melalui kaedah fonetik, tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan
karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca.
Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar
dalam pembelajaran bahasa baharu. Kaedah ini membandingkan persamaan dan perbezaan
bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah dipelajari daripada segi bentukbentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi perbandingan daripada segi bentuk dan
fungsilah yang lebih diutamakan. Kaedah ini menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar
untuk mempelajari bahasa baharu daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan
perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui.
Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa pertuturan. Isi dan
bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara
bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang diajar. Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar
kepada pelajar disesuaikan dengan keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar.
(Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir)
Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-fungsi bahasa
kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan bahan-bahan pengajaran
yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur. Oleh kerana penyediaan bahan-bahan pengajaran

disediakan lebih awal oleh guru, maka kanak-kanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi
mengenal atau memahirkan bentuk-bentuk atau corak-corak ayat yang tertentu. Dengan demikian,
murid-murid mendapat asas bahasa yang kukuh. Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa
yang dipelajari dengan jelas dan tepat. Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat
ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa ibunda mereka
sendiri.
2.1

Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik


Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan pengajarannya

dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari, yang ada persamaan
dengan bahasa yang diketahui. Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang
dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah
yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa
ibunda kanak-kanak, misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar seperti b, r, j, d, itu
patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan. Oleh sebab
itulah

terdapat

kanak-kanak

Cina

menyebut baju sebagaimaju, bulu sebagai mulu, rumah sebagai lumah, rokok sebagai lokok
, jalansebagai yalan, dalam sebagai lalam dan lain-lain lagi.
Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran perbendaharaan
kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang
diketahui. Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan perkataan-perkataan
yang serupa. Antaranya ialah coffee dengan kopi, radio dengan radio, biscuit dengan biskut,
bag dengan beg, computer dengankomputer, dan yang seumpamanya.
Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa
yang diketahui perlulah didahulukan. Kemudian baharulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang tiada
atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya.
2.2

Konsep Membaca Kaedah Fonetik


Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku

kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya
yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca
menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan

kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.


Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik
memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan
teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak
untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana
kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.
Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya
tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca
melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.
Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam
bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih
daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan
pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut:

a.

b.

Bunyi vokal
a

aaa

eee

iii

ooo

uuu

Bunyi konsonan
b

beh

en

ceh

peh

deh

qeh

feh

rer

geh

sss

heh

teh

jeh

vev

keh

weh

el

yeh

Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk


membentuk suku kata, dan seterusnya kepada
pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi
untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan.
m

em

zez

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka

tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru
digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi
latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.
3.0

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ
tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya
mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun
demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi
mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan
merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan
ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat
dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara
keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi
bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya,
maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar
kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai
kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan
perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi
menyebut atau membaca perkataan itu.

Rujukan

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik: Suatu pengenalan konsep dan bidang

kajian secara toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.


Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Nik

Hassan
Basri
Nik
Ab.
Kadir. (2005). Teori
bahasa: Implikasinya
pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

terhadap

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980). Kaedah dan teknik mengajar bahasa:
Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu.

Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011). Modul PGSR: WAJ3104 Literasi
bahasa. IPG Kampus Kota Bharu.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
MIAN

Artikulasi dan Artikulator


Artikulasi Vokal
FONOLOGI
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi
itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila
dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna
itu ialah bunyi bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat
artikulasi. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik.
Fonetik: Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk
ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan:

KAJIAN
FONETIK
1) Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi

2) Sifat bunyi atau fonetik akustik


3) Pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori

Fonemik: Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian
tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Fonem: Fonem ialah
bunyi
bahasa
yang
menunjukkan
perbezaan
erti. Misalnya
kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. Tentulah bunyibunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan
transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.
Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonem-fonem yang
berasingan.
tabah - tapah

tekak

- tegak

sabun - sabung

baru

- balu

wang - bang

siang - tiang

Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua
perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan pasangan
minimal atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang
minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang
berlainan tetapi merupakanalofon dari satu fonem. Keadaan ini disebut variasi atau kelainan
bebas. Contoh: /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/.
Fonem Vokal: Terdapat enam (6) fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, / /, /e/, /u/, /o/. Cuba
lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh perkataan yang menunjukkan
penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.

Bil.

Fonem

Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)


Awal
Tengah
Akhir
[abu]
[sah]
[uda]

1.
/a/
2.
/e/*
3.
/e/*
4.
/i/
5.
/o/
6.
/u/
* Fonem /e/ di atas terdiri daripada /e/ pepet dan /e/ taling. Kenal pasti yang mana
bentuk /e/ bagi perkataan emas dan yang mana cerek.

Fonem Konsonan: Terdapat 25 fonem konsonan dalam bahasa Melayu seperti yang terdapat
dalam jadual. Lengkapkanlah jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh perkataan yang
menunjukkan penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.

Bil. Huruf Fonem

Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)


Awal
Tengah
Akhir

1.

/b/

[buku]

2.

/c/

3.

/d/

4.

/f/

5.

/g/

6.

gh

/x/

7.

/h/

8.

/j/

9.

/k/

10.

kh

/x/

12.

/l/

13.

/m/

14.

/n/

15.

ng

/n/

16.

ny

/n/

17.

/p/

18.

/q/

19.

/r/

[tebu]

[adab]

Bil. Huruf Fonem

20.

/s/

21.

/s/

22.

/t/

23.

/v/

24.

/w/

25.

/z/

Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)


Awal
Tengah
Akhir

Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang
menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paruparu dipam ke organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan
pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu,
aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi
bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organorgan ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.

1. bibir atas
2. bibir bawah
3. gigi atas
4. gigi bawah
5. gusi

6. lelangit keras
7. lelangit lembut
8. anak tekak
9. hujung lidah
10. hadapan lidah
11. tengah lidah
12. belakang lidah
13. akar lidah
14. epiglottis
15. pita suara
16. rongga tekak
17. rongga hidung
18. rongga mulut
19. rahang

Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara
keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau
kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat
artikulasi ini.
Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru?
Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran yang anjal/ elastik yang
terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti pita yang melekat pada dinding peti suara
dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa
halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.
Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara
kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan
penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara
tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh
menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak
berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi
yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan
bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.

Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak udara
boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Manakala lelangit manusia
terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakanlelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali
sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut
dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan
hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan
melalui rongga oral. Oleh itu a ialah bunyi oral.Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan
melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup
dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.
Fonem Segmental: Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting yang
menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut diperjelaskan organ sebutan
yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.
Bunyi Vokal: Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah bunyi bersuara.
Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan. Sifat vokal ini
ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada
tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Rajah 3 memperlihatkan kedudukan
bunyi vokal.
Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam
mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara
keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang
fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah
dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].

Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda akan
merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga
diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah 4). Bagi vokal belakang,
sebutlah bunyi akhir dalam kata batu. Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula,
bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba letakkan
tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Pasti ada perbezaan kerana vokal [o]
juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari menghasilkan bunyi [u].

Rajah 4: Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].
Vokal tengah [] : Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa Melayu, iaitu
[]. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibir
dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai
kelainan bagi [e] iaitu [
dan
].
Vokal dinasalkan: Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan melalui rongga oral,
lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokal-vokal yang dikeluarkan melalui
rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi), iaitu ketika lelangit
lembut diturunkan. Vokal ini ditandakan dengan [~] atas lambang vokal. Contohnya [nani],
semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila
[n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~]
diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na].
Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut
secara berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada
satu puncak. Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu sebagaimana diperlihatkan pada Rajah
5:

Rajah 5: Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong


Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada
kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak
setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai].
Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk
vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula
dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan
kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar.
Contoh, [amboi].

Konsonan: Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima


sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau
hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

Rajah 5: Carta konsonan bahasa Melayu


Konsonan Letupan: Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan
dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.
Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada
dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan
konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita
suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga
dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses
sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah
bunyi letupan gusi bersuara [d].

Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut
bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk
menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi
menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi
konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan
pita suara.
Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk
membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung.
Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita
suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Untuk
menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.
Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara
yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara
tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.
Konsonan geseran
[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa
ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke
rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyigeseran gusi tak bersuara.
[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut berkeadaan seperti
sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan
dihasilkan.
Konsonan getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah
bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi
bersuara [r].
Konsonan getaran
[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara
bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyisisian gusi
bersuara [l].
Konsonan sengauan (nasal): Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Apakah yang
membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang
berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.
[m] - dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].

[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkan sengauan gusi bersuara [n].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan lelangit
keras bersuara [n].
[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkan sengauan lelangit
lembut bersuara [n].
Separuh Vokal: Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak
dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang dimaksudkan itu adalah
seperti yang berikut.
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang
lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
[j]

Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras
bersuara.

Konsonan Pinjaman: Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang
dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan dalam
kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam
bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada
yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu
ialah bunyi-bunyi geseran.
[f]

dan

[v]

-bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga


apabila
udara
melalui
terdapat
geseran. Lelangit
lembut
dinaikkan. Pita
suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi
tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang
menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.

[z] bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila pita
suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.
[s] pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan
ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan
geseran gusi lelangit keras.
Fonem Suprasegmental: Unsur-unsur bahasa yang kita bicarakan sebelum ini ialah unsur-unsur
segmental, kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus
tuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada. Kadangkadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapkan sama rata atau
mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu kita perhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan
panjang-pendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental.

Tekanan: Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau
lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah
//. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam
bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.
3

2
Nada: Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada
ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi sekali. Ayat penyata biasanya
dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1.
Contoh: Saya hendak balik.
Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifatsifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
Jeda: Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur
linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah #
. Unsur ini boleh membezakan makna.
Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi #
ema?].
Panjang-pendek: Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu
diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang
sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah
setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna.

1.
2.
3.
4.

Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling


Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997). Pengajian Melayu 1, Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur:
PTS Professional Sdn. Bhd.
Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://januri42.blogspot.com/2011/07/artikulasi-dan-artikulator.html
Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang
menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paruparu dipam ke organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan
pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu,
aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi

bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organorgan ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.
http://januri42.blogspot.com/2011/07/artikulasi-dan-artikulator.html

Perbezaan artikulasi dan artikulator.

Bil. Artikulasi

Perbezaan

Artikulator (alat artikulasi)

Artikulasi merupakan alat-alat


yang terlibat dalam proses Definisi
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa

Artikulator merupakan
yang
menghasilkan
bahasa

Bahagian yang disentuh oleh Kedudukan Alat yang menyentuh


artikulator

Gigi atas, gusi, lelangit keras dan Contoh


lelangit
lembut,
rongga
mulut,rongga hidung

Lidah,anak tekak, bibir dan gigi


bawah

Bersifat statik kerana tidak boleh Sifat


bergerak.

Tidak bersifat
boleh bergerak

statik

organ
bunyi

kerana

http://aranaz13.blogspot.com/2013/01/perbezaan-artikulasi-dan-artikulator.html

ARTIKULATOR AKTIF
o Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator
aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat
artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi
bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah
bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan
sesuatu bunyi bahasa.
ARTIKULATOR PASIF

o Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak.
Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti
gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum),
gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia),
mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal
cavity).
o Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat
pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan
menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran
yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara
contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang
disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi
adalah seperti gigi atas, gusi atas,
bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut.
Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan
bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara,
geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai
contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah
bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial
(bi bermakna dua dan labial bermakna bibir). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.
Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi
o Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan
perihal fonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka
tentang fonetik artikulasi adalah seperti yang berikut:
Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa
fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alatalat artikulasi.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik
artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah
artikulasi bagi bertutur.
Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang
kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat
bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ
pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi.
Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan
sebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut
dan pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai
pemerhatian dan/ atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat
pergerakan pita suara dengan menggunakan alat laryngoscopic, manakala alat
electromyography pula digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil
potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan
dalam terusan ujaran. (Contoh gambar tentang alat-alat itu yang boleh diperoleh

http://sunburst88.blogspot.com/2011/02/fonetik-artikulasi.html

You might also like