You are on page 1of 42

BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Linguistik , Fonetik dan Fonologi Bunyi Vokal Asli dan

an Konsonan Asli Bahasa Melayu Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia 18 Pola Keselarasan Vokal

SITI RUPIAH BINTI MARSI @ HUSSIN (D20112052680) KUMPULAN UPSI 08 AT05 : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3 SEM 4, SESI 2013/2014

PENSYARAH: DR. NORUL HAIDA BTE HJ. REDUZAN

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI TARIKH SERAH : 15 NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

HALAMAN 34

1.0

Pendahuluan

2.0

Definisi Linguistik Dan Cabang Ilmu Linguistik

4-5

3.0

Fonetik Dan Fonologi

5-8

4.0

Matlamat Pengajian Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

9 - 11

5.0

Bunyi-bunyi Bahasa Melayu

11 - 14

6.0

Penghasilan Bunyi Vokal Asli Dan Konsonan Asli Bahasa Melayu 6.1 Bunyi Vokal Asli Bahasa Melayu 6.2 Bunyi Konsonan Asli Bahasa Melayu

14 - 27

7.0

Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia 1972

27 - 28

8.0

Penyelarasan Dan Ejaan Baharu

28 - 33

9.0

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

33 - 35

10.0

Pola Keselarasan Huruf Vokal

35 - 40

11.0

Rumusan

41

Rujukan

42

1.0

Pendahuluan

Pengajaran bahasa merupakan tugas amali yang kompleks. Untuk menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran khususnya persoalan tentang apa yang hendak diajarkan kepada murid-murid dan bagaimana murid-murid dapat mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Seseorang guru bahasa perlu dan wajib menggunakan pengetahuan-pengetahuan daripada displin-displin lain seperti ilmu linguistic, psikologi, sosiologi dan pendidikan. Sejak akhir-akhir ini ilmu linguistic telah berkembang dengan pesat sehingga merangkumi bidang psikilogi dan bidang sosiologi. Oleh itu , pengajaran bahasa mempunyai hubungan yang amat rapat dengan displin-displin yang terdapat dalam ilmu linguistik, khususnya linguistik terrorist, psikolinguistik dan

sosiolinguistik.

Seseorang guru bahasa Melayu perlu mempunyai pengetahuan dalam dua perkara penting sebelum menghadapi murid-murid di dalam kelasnya. Pertama, guru tersebut perlu mempunyai pengetahuan tentang bahan bahasa yang hendak diajarkan kepada muridmurid. Keduanya, guru tersebut perlu juga berkebolehan untuk memilih prosedur mengajar yang paling berkesan bagi membolehkan murid-murid menguasai bahan bahasa yang diajarkannya.

Pengajaran bahasa banyak menggunakan pengetahauan daripada displin-displin lain khasnya ilmu linguistik, psikologi, sosiologi dan pendidikan. Di antara displin ini pengajaran bahasa mempunyai hubungan yang amat rapat dengan displin linguistic kerana perkara pokok yang dibincangkan dalam kedua-dua bidang ini adalah sama iaitu, bahasa.

Walaupun demikian tujuan kajian linguistik berbeza dengan pengajaran bahasa. Ilmu linguistic teoretis bertujuan untuk mengkaji bahasa dan membentuk teori bagi menghuraikan unsur-unsur bahasa yang dikaji. Sementara tujuan pengajaran bahasa pula ialah untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai bahasa supaya mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Tegasnya tujuan ilmu linguistik berbentuk formal dan mujarad. Sebaliknya, tujuan pengajaran bahasa pula lebih praktis dan fungsian.

Bidang-bidang linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hubungan ini merupakan hubungan saling balas; iaitu maklumat daripada satu bidang berguna kepada bidang yang lain dan begitu jugalah sebaliknya. Oleh kerana bahasa merupakan satu fenomena social, guru-guru bahasa perlu memikirkan fungsi social bahasa ketika mengajar bahasa, khususnya ketika memilih bahan dan prosedur

pengajaran. Sebaliknya, bidang pengajaran bahasa amat penting kepada ilmu linguistic kerana bidang ini dapat mengemukakan masalah-masalah yang tepat bagi menguji teori dan huraian-huraian linguistic yang telah dikemukanan.

2.0

Definisi Linguistik Dan Cabang Ilmu Linguistik

Perkataan linguistic berasal daripada perkataan Latin, lingua yang membawa maksud bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal dari bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (langue, langage), atau bahasa Sepanyol (lengua) atau dalam bahasa Inggeris (linguistic). Perkataan linguistic berasal daripada perkataan bahasa Inggeris linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis linguistique. Dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, linguistik boleh didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Linguistik juga diterjemahkan sebagai satu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984). Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistic memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Menurut David Crystal (1991), linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Haruko Momma (2001) pula berpendapat bahawa ilmu linguistik ialah displin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian bahasa sebagai sains.

Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen, atau falsafah. Terdapat beberapa cabang ilmu linguistic termasuk etimologi, fonologi, leksikologi, morfologi, semantic dan sintaksis serta sosiolinguistik. Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa.Fonetik dan fonologi bahasa Melayu berada di bawah cabang dan bidang Linguistik Deskriptif. Linguistik Deskriptif menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana system bahasa itu digunakan dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu. Ia hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji dari sudut sejarah bahasa itu sendiri.

Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vocal, konsonan, diftong, sistem sukukata, perkataan, frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat perbandingan antara system ini dengan system bahasa Inggeris, bahasa Jepun dan bahasa Cina. Manusia

menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain antara anggota masyarakat. Bahasa juga menjadi alat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam dan bagaimana seseorang itu bercakap, cara ia menyebut perkataan serta bunyi perkataan.

3.0

Fonetik Dan Fonologi

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama Lain. Walaubagaimanapun terdapat definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan dua bidang ini. Secara umumnya seseorang itu perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Fonologi pula ialah kajian tentang system bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi system tersebut secara umum. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan system bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotatik.

Menurut Adrian Akmajian dalam bukunya Linguistik Pengantar Bahasa dan Komunikasi yang diterjemahkan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien telah memberi pengertian mengenai fonologi seperti berikut; Fonologi ialah subbiding linguistic yang mengkaji struktur dan permulaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara iaitu; dari satu segi fonologi ialah sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi lain pula, fonologi dirujuk sebagai tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal system bunyi semulajadi. (1995:112). Sementara itu Frank Parker dalam Linguistik Untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan; Fonologi merupakan satu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. (1974:112). Menurut Abdullah Hassan pula dalam Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana , 1984:61) menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Selain itu, World Book Of Dictionary (Barnhart dan Barnhart, 1981:1567) menyatakan ilmu fonologi sebagai the system of sounds used in a language. Menurut Clark dan Yallop (1995:5),

menyatakan bahawa phonology is concerned with the organitation of speech within specific language. Berdasarkan definisi yang dinyatakan ilmu fonologi dapat ditakrifkan sebagai ilmu linguistic yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik.

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat. Bidang fonologi juga mengkaji pola-pola intonasi dan menghasilkan system ejaan sesuatu bahasa. Manakala bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi dan menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia disebut sebagai Fonetik. Ianya akan memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Ia juga merupakan asas kepada kajian fonologi tetapi tidak dapat memberikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia serta tidak dapat menghuraikan system bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. (Siti Hajar Abd. Aziz. 2008:90). Merujuk kepada Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksa, 1984:51), fonetik ialah ilmu yang menyelidiki penghasilan penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Ahmad Mahmood Musanif dalam Kamus Pelajar Karisma pula menyatakan, fonetik merupakan cabang ilmu linguistik yang mempelajari tentang alat pertuturan serta bunyi yang dihasilkan dalam sesuatu bahasa.

Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu juga fonetik boleh didefinisikan sebagai

mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan symbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975). Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambing kepada bunyi-bunyi tersebut.

Sebahagian daripada cabang ilmu bahasa struktural ialah bidang fonetik. Kajian bunyi bahasa yang dikaji dalam bidang fonetik lebih menekankan kepada bunyi bahasa itu sendiri, iaitu bagaimana bunyi-bunyi yang dihasilkan itu melalui pertuturan bagi tujuan berkomunikasi antara seseorang dengan seseorang yang lain. Terdapat tiga aspek kajian atau pendekatan yang dilakukan oleh ahli pengkaji fonetik ketika melakukan kajian iaitu

Fonetik Artikulasi, Fonetik Akuistik dan Fonetik Auditori. Peta minda di bawah menjelaskan ketiga-tiganya.

Mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian artikulator yang terlibat dalam penghasilan bunyi serta mengkelaskan alat tutur seperti lidah, bibir, lelangit keras dan lembut, anak tekak dan sebagainya.

Fonetik Akuistik
Mengkaji tentang sifat fizikal bahasa iaitu bunyi unjuran yang dihasilkan pita suara. Gelombang bunyi dapat diukur menggunakan alat spectrogram dan osiliskop Mengkaji tentang cara bunyi ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan oleh otak. Proses yang paling kompleks kerana proses ini bersifat mujarad.

Fonetik Artikulasi

Fonetik Auditori

Gambarajah 1: Cabang-cabang Fonetik

Fonetik Artikulasi iaitu fonetik yang secara khusus menumpukan kepada cara-cara terbentuknya bunyi bahasa oleh alat-alat pertuturan. Ia berkaitan dengan mempelajari caracara bagaimana mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan kepada artikulasi dalam anggota manusia.

Fonetik Akustik pula ialah bidang fonetik yang secara khusus mempelajari bagaimana cara-cara penghasilan bunyi dari mulut seorang penutur hingga dapat didengari oleh orang lain atau pendengar. Ia lebih bersifat mengkaji bunyi yang dilakukan dengan menganalisis bunyi yang dirakam dengan menggunakan alat-alat tertentu. Bidang ini juga mempelajari hakikat bunyi dan klasifikasi bunyi.

Fonetik Auditori merupakan satu pendekatan dalam mempelajari cara-cara menyalurkan bunyi yang diterima oleh telinga hingga mencapai saraf bicara dalam otak pendengar. Pendekatan fonetik ini lebih kepada mengkaji bunyi melalui pendengaran dalam

membezakan bunyi-bunyi bahasa seperti kasar, lantang, halus, lunak, garau, nyaring dan sebagainya.

Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain antara anggota masyarakat. Bahasa juga menjadi alat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam dan bagaimana seseorang itu bercakap, cara ia menyebut perkataan serta bunyi perkataan. Untuk membunyikan sebutan bunyi sengauan, letupan, geseran, letusan, getaran dan sebagainya, tumpuan seharusnya diberikan tentang alat-alat sebutan yang mampu menghasilkan bunyi bahasa. Oleh yang demikian pengkaji fonetik memfokuskannya sebagai sesuatu yang amat penting untuk diterjemahkan dengan tepat, betul dan dapat diterima penggunanya. K.L. Pike, (1943) di dalam bukunya yang berjudul Phonetics, telah mengkaji cara bunyi bahasa diucapkan, iaitu melalui gerak geri otot dalam pengajaran bunyi.

Antara aspek penting dalam mengkaji fonetik ialah pendengaran, penyebutan dan penelitian. Kenyataan ini disokong kuat oleh kepakaran ahli-ahli pengkaji fonetik Inggeris seperti Henry Sweet yang mampu mengenali 72 jenis bunyi yang berlainan manakala Daniel Jones pula mengenali sebanyak 58 jenis bunyi vocal yang berbeza.

Alat-alat fonetik seperti palatogram, laringoskopi dan letromiografi digunakan bagi menentukan sifat atau mengukur bunyi bahasa yang diucapkan dalam menentukan sifatsifat sesuatu bunyi dan juga cara-cara penghasilan bunyi bahasa yang dituturkan.

Proses penghasilan bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa dan bunyi yang dihasilkan terbentuk melalui alat artikulasi yang terdapat pada manusia. Makna artikulasi yang tercatat di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Jilid 3 ialah satu cara atau satu proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas atau penyataan idea atau perasaan terutamanya dengan kata-kata yang lebih menjurus kepada penghasilan bunyi perkataan.

Secara ringkasnya dapatlah dinyatakan bahawa Fonetik Artikulasi dikenali juga sebagai fonetik penyebutan merupakan satu kajian tentang bunyi melalui sebutan dan mengkaji penglibatan organ-organ atau bahagian-bahagian yang membunyikan bunyi itu dapat dituturkan seperti bahagian pita suara, lidah, palatal, paru-paru, velum, alveolar, velar, gigi dan bibir. Organ-organ tersebut memainkan peranan yang amat penting bagi penutur bahasa dalam menghasilkan bunyi sesuatu bahasa.

4.0

Matlamat Pengajian Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai system bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa Melayu perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenainya.Dengan memiliki ilmu yang luas dalam bidang ini, maka ia akan dapat membantu pembakuan bahasa Melayu. Ini adalah kerana bahasa baku berfungsi untuk menyatukan semua dialek dan variasi yang lain di mana seterusnya akan dapat menyatukan semua daerah di kawasan yang berlainan. Bahasa Melayu baku ini merupakan bahasa Melayu yang sudah mempunyai system yang mantap dari segi sebutan, ejaan dan tatabahasa. Bahasa Melayu baku ini digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa penradbiran dan bahasa pengantar khususnya dalam bidang pendidikan.

Bahasa melayu baku yang berkait rapat dengan aspek sebutan merupakan satu bahasa yang dapat menarik minat dan perhatian sebilangan besar murid-murid. Murid-murid akan mudah teransang terutamanya pancaindera mereka dengan sebutan yang terang.Penyebutan bahasa Melayu baku yang sempurna dan mantap akan dapat

melengkapkan dan memancarkan kesempurnaan dan juga meneguhkan kejituan dalam aspek tertentu. Oleh itu sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sangat relevan kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap pembinaan dan pengayaan kosa kata dan juga struktur tatabahasa. Bahasa Melayu baku juga telah berupaya untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Bahasa Melayu baku juga berupaya untuk menjadi pemangkin pengajaran ilmu di antara guru-guru serta murid-muridnya.

Dalam bidang pendidikan pula, ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu guruguru untuk memperbaiki dan membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa. Selain itu juga ianya amat penting untuk membantu dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah seperti gagap semasa bertutur.Terapi pertuturan merupakan salah satu aktiviti yang membantu murid yang mempunyai masalah dcengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertamanya melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Sebagai contoh jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa sekiranya terapi yang dijalankan berterusan dengan jadual yang sistematik. Ianya akan membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Ini bermakna, terapi pertuturan ini dapat membantui murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Didapati kebanyakkan murid

yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan melaksanakan terapi pertuturan murid akan dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih bermakna.

Apabila pengetahuan guru-guru bertambah dalam bidang fonetik dan fonologi maka sudah pastinyalah akan dapat mengetahui pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid-murid. Keadaan ini akan membolehkan seseorang guru itu secara terus membetulkan kesilapam murid dengan kadar segera, tepat dan berkesan seterusnya dapat membimbing murid agar mahir membunyikan dan menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Fonologi yang berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan fonologi, dimana fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal.

Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bvermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa.

Sebagai kesimpulannya, seperti yang telah disebutkan di atas tadi, fonologi adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa. Oleh yang demikian banyak faedah yang diperolehi dengan mempelajari fonetik dan fonologi ini.Diantara faedahfaedahnya ialah:

i.

Memberi pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu untuk diaplikasikan secara praktik.

ii. iii.

Mengetahui serta memahami mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Mengetahui dengan lebih jelas bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dituturkan serta mengenali alat-alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

iv.

Pemantapan pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya akan membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid-murid. Ini akan menjadikan seseorang guru itu lebih berilmu

10

dan berkemahiran membimbing murid-murid untuk mahir membunyikan dan bertutur dengan betul dan jelas. v. vi. vii. viii. Melatih sebutan yang betul-betul baku. Mengenalpasti bunyi suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Membantu murid yang mengalami gangguan afasia 9salah sebutan). Guru dapat membantu murid menguasai system ejaan baharu.

ix.

Huruf boleh menghasilkan ejaan bahasa.

5.0

Bunyi-bunyi Bahasa Bahasa Melayu

Proses oral Proses sebutan (artikulasi) Proses penghasilan bunyi (fonasi) Proses pengaliran udara (menghembus dan menghirup) paru-paru

Proses Penghasilan Bunyi

Bunyi bahasa merupakan gelombang bunyi yang berlaku pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang keluar itu akan

11

mengenai pada bahagian gegendang telinga yang mana akhirnya akan didengari sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Ianya merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna. Bunyi bahasa merupakan bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana gambar rajah di bawah:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

bibir atas bibir bawah gigi atas gigi bawah gusi lelangit atas lelangit lembut anak tekak hujung lidah hadapan lidah tengah lidah belakang lidah akar lidah epiglottis pita suara rongga tekak rongga hidung rongga mulut rahang tenggorok

Gambarajah 2 : Organ Artikulasi

Fungsi alat-alat artikulasi ini dihuraikan seperti berikut:

i.

Lidah. Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian iaitu hujung, tengah dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis bunyi.

ii.

Gigi. Peranan gigi adalah aktif. Kedudukannya statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.

iii.

Bibir. Terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan serta berperanan

12

mengeluarkan berbagai bunyi. Ia juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. iv. Gusi. Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat sekatan.

v.

Lelangit. Lelangit dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras pula bermula dari sempadan gusi di hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut. Sekiranya mulut tertutup, udara keluar melalui rongga hidung.

vi.

Rongga hidung. Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Ia boleh dibuka dan ditutup, bergantung kepada keadaan anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

vii.

Pita suara. Terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting untuk menghasilkan bunyi. Ianya terdiri daripada dua keeping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Apabila pita suara kendur dan reggang udara lalu tanpa halangan. Ruang yang reggang itu dipanggil glottis. Keadaan glottis terbuka sewaktu bernafas dan sesetengah bunyi seperti /s/ dan/p/ iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat glottis tertutup, udara tidak dapat keluar tetapi dapat menghasilkan bunyi letusan glottis/?/. Jadi pita suara menentukan bunyi bersuara atau tidak bersuara.

viii.

Anak tekak. Terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran lelangit lembut dan ia bersambungan dengan lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan yang menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak. Anak tekak boleh diturun naikkan.

13

ix.

Rahang. Rahang penting dalam pembunyian vocal. Keadaan terbuka antara atas dan bawah rahang sempit sewaktu membunyikan vocal [i] dan [u] tetapi terbuka luas ketika membunyikan vocal [a] dan [e].

6.0

Penghasilan Bunyi Vokal Asli Dan Konsonan Asli Bahasa Melayu Secara umumnya, bunyi dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga golongan iaitu

vocal, konsonan dan diftong. Bunyi vocal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Bunyi vocal dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit. Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Bunyi konsonan pula dihasilkan apabila terdapat gangguan oleh alat-alat artikulasi sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung.Selain daripada bunyi vokal dan konsonan terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong. Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas [a] dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]. 6.1 Bunyi Vokal Asli Bahasa Melayu

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara dan jika dibunyikan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan. Bunyi-bunyi vocal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Menurut Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic. Vokal ialah bunyi bersuara yang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran. Berdasarkan pentakrifan tersebut dapat dinyatakan di sini bahawa vocal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan. Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.

Menurut Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vocal dalam bahasa Melayu iaitu: empat vocal depan iaitu [i], [e], [], dan [a] dan tiga vocal belakang iaitu [u], [o], dan [] dan satu vokal tengah iaitu []. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu: i. ii. Vokal hadapan Vokal tengah

14

iii.

Vokal belakang

Jika dilihat dari segi tulisan dan penyebutan standard, vocal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis. Namun begitu di dalam pertuturan, terdapat Sembilan jenis vocal yang sering dihasilkan. Jenis-jenis vokal tersebut boleh diperhatikan menggunakan carta vocal di bawah:

Jenis Vokal

Lambang

Nama Vokal

Vokal Hadapan

[I]

Vokal hadapan sempit

[e] [] []

Vokal hadapan separuh sempit

Vokal hadapan separuh luas

Vocal hadapan luas

Vokal Tengah

[] []

Vokal tengah pendek

Vokal tengah panjang

Vokal Belakang

[] [] []

Vokal belakang sempit

Vokal belakang separuh sempit

Vokal belakang separuh luas

Gambarajah 3: Jenis-jenis Vokal Bahasa Melayu

15

6.1.1

Vokal Hadapan

Gambarajah 4: Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu

Rajah di atas menunjukkan keratin rentas lidah. Garis-garis melintang menunjukkan ketinggian lidah. Melalui rajah tersebut menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vocal dihasilkan.

i.

Vokal hadapan sempit [i]

Hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya udara keluar menggetarkan selaput suara. Contoh kata: [ikan] awal kata, [lihat] tengah kata dan [topi] akhir kata.

16

ii.

Vokal hadapan separuh sempit [e]

[e]

Hadapan lidah berada di tengah, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara dirapatkan. Contoh kata: dinaikkan dan pita suara dirapatkan. Contoh kata: [elo?] awal kata, merah] tengah kata, kol] - [elo?] awal kata, merah] tengah kata, kol] akhir kata.

iii.

Vokal hadapan separuh luas []

[]

Hadapan lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara bergetar. Contoh kata: [mak] awal kata, [pmbli] tengah kata.

17

iv.

Vokal hadapan luas

Terletak jauh di bawah, mulut hampar dan terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit kearah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung, pita suara bergetar. Merupakan vocal paling banyak digunakan dalam bahasa Melayu. Contoh kata: [ahli] awal kata, [nnas] tengah kata, [mm] akhir kata.

6.1.2

Vokal Belakang

Gambarajah 4: Kedudukan rahang, bibir dan lidah untuk hasilkan [a] , [u] , [i]

18

i.

Vokal belakang sempit [u]

Belakang lidah dinaikkan kearah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga


[u] mulut lelangit dan anak tekak dinaikkan, pita suara bergetar. Contoh kata: [baru],

[bubuh].

ii.

Vokal belakang separuh sempit [o]

[o]

Belakang lidah dinaikkan separuh sempit kea rah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara digetarkan. Contoh kata: [oleh], [tolol]

19

iii.

Vokal belakang separuh luas []

[]

Belakang lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan suara digetarkan. Merupakan vokal yang paling luas sekali dalam bahasa Melayu. Contoh kata: [ra], [bra].

6.1.3

Vokal tengah

i.

Vokal tengah pendek []

[]

Bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah antara lelangit keras dan lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya suara bergetar apabila udara melaluinya. Vokal ini hanya terdapat diawal dan tengah suku kata sahaja. Contoh kata: [prahu], [tmpat].

20

ii.

Vokal sengauan/dinasalkan

Rongga hidung, lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan tidak tinggi untuk tidak menutup rongga hidung supaya udara keluar dari rongga hidung dan mulut. Semasa kata dituturkan udara tidak keluar seratus peratus. Tanda [ ] sebagai lambing di atas vokal berkenaan. Contoh kata: [mkan] , [i].

6.2 Bunyi Konsonan Asli Bahasa Melayu

Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara, manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Ketika mengeluarkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan sengau, iaitu vocal disengaukan oleh konsonan itu.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasi mengikut cara dan daerah sebutannya seperti dalam jadual berikut: Daerah Sebutan Cara Sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Geseran Sisian Separuh Vokal Bibir p , b m w Gigi , Gusi t , d n s r l c Lelangit Keras , (ny) y j Lelangit Lembut k , (ng) g Glotis h -

Carta Konsonan Bahasa Melayu

21

KONSONAN ASLI
Terdapat lapan belas konsonan asli termasuk dua konsonan vokal. Konsonan bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.

KONSONAN
KONSONAN PINJAMAN
Merupakan kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan pinjaman telah diganti dengan konsonan Melayu tetapi bunyi asalnya masih dikekalkan.

Jenis-jenis konsonan

Merujuk kepada gambarajah jenis-jenis konsonan di atas bunyi konsonan asli bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh iaitu:

i.

Konsonan letupan

[p]

[b]

[t ]

Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, udara tersekat pada dua bibir kemudian dipaksa keluar, jika mulut cepat dibuka maka keluarlah bunyi [p], kerana pita suara tidak bergetar dan ia dinamakan letupan dua bibir tak bersuara. Jika pita suara bergetar terhasillah bunyi [b] iaitu letupan dua bibir bersuara. Udara disekat dengan merapatkan dua bibir, hujung lidah kena pada gusi, lelangit lembut dinaikkan, jika proses sekatan ini dilepaskan terdengarlah bunyi [t] letupan gusi tak bersuara.

22

Jika pita suara digetarkan pula terbitlah bunyi letupan gusi bersuara iaitu [d]. Bunyi letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Untuk menghasilkan bunyi ini beakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat udara. Anak tekak dan lelangit lembut dirapatkan ke rongga hidung. Apabila pita suara dirapatkan arus udara keluar melalui rongga mulut untuk menggetarkan pita suara. Maka akan kedengaran bunyi [g].

[g ] [d]

[k ]

Bunyi [c] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras menyekat arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang. Arus udara tidak menggetarkan pita suara tetapi udara perlu dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] iaitu letupan lelangit lembut bersuara. Proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.

Hentian [?]: hentian glottis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk menyekat udara ke rongga hidung, pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar tersekat dirapatan pita suara menyebabkan pita suara tidak bergetar, maka hentian glottis terhasil.

[?]

23

ii.

Konsonan Letusan

[c] [j ]

Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Ketika ini pita suara diregangkan. Udara dilepaskan secara perlahan-lahan dan tidak menggetarkan pita suara. Bagi menghasilkan konsonan [j] pula, pita suara digetarkan.

iii.

Konsonan Geseran

[s]

Bahagian hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara diregangkan tanpa bergetar, terhasillah bunyi [s] iaitu bunyi geseran tidak bersuara. Apabila udara melalui pita suara yang reggang, rongga mulut seperti semasa mengeluarkan bunyi vocal, bunyi [h] pun terhasil, iaitu geseran glottis tidak bersuara.

24

iv.

Konsonan Getaran

Untuk menghasilkan [r], hujung lidah diletakkan dekat dengan gusi sehingga udara melalui antara lidah, gusi serta lidah bergetar. Lelangit lembut pada ketika [r ] ini dinaikkan. Ini dinamakan getaran gusi bersuara.

v.

Konsonan Sisian

[l]

Untuk membunyikan huruf [l] hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut ditinggikan dan pita suara bergetar. Udara keluar di tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara.

25

vi.

Konsonan Sengauan (Nasal)

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Perbezaannya hanya berlaku pada kawasan udara disekat yang mana ia berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Bunyi [m] dua bibir dirapatkan, bunyi yang terhasil dinamakan sengauan dua bibir bersuara. Bunyi [n] pula terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara. Bunyi [] pula terhasil apabila bahagian tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan keras bersuara. Bunyi [] terjadi apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut, bunyi yang dihasilkan dipanggil bunyi sengauan lelangit lembut bersuara.

[m ]

[]

[]

vii.

Separuh Vokal Untuk menghasilkan bunyi separuh vocal, kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak membuat luncuran. Terdapat dua jenis separuh vocal iaitu [w], dimana pada permulaannya lidah seperti membunyikan [u]. Kemudian bergerak pada vocal lain. Bunyi ini dinamakan separuh vocal dua bibir bersuara.

26

Huruf [y] pula kedudukan lidah seperti membunyikan [j] kemudian bergerak kedudukan vocal lain. Bunyi ini dinamakan separuh vocal lelangit keras bersuara.

[w]

[j ]

7.0

Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia Tahun 1972

Menurut Abdul Hamid Mahmood (2004, perubahan ejaan kerap berlaku sejak tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey, Ejaan Rumi J. Horison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812). Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Sweetenham (1881), Ejaan Rumi Maxwell (1882), Ejaan Wilkinson (1904) dan Sistem Ejaan Rumi Zaaba (1927). Menurut Harun Aminurrashid (1996:74) Sistem Ejaan Rumi diperkenalkan oleh pihak orientalis |nggeris yang menyusun atur ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi menurut kaedah bahasa Inggeris yang seterusnya diiktiraf sebagai system ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu. Sistem Ejaan Rumi Zaaba digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah. Sistem ini menjadi terkenal dalam lingkungan guru-guru dan murid-murid sekolah sehingga dikenali sebagai satu system ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlakunya perubahan system ejaan baharu.

Pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Allahyarham Tun Hussien Onn dan Menteri Pendidikan kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua Negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Kemuncak daripada segala usaha menyempurnakan Sistem Ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan

27

bahasa Indonesia pada 16 Ogos1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini.

Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini menunjukkan bahawa hamper 41 tahun ejaan baharu dilaksanakan dan digunakan terutamanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia. Satu badan telah ditugaskan menyelaraskan ejaan tersebut iaitu Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa tersebut diletakkan di bawah Dewan Bahasa Dan Pustaka. Segala perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu pengguna bahasa Melayu mengeja dan menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan tepat. Apa yang ketara ialah Sistem Ejaan Baharu ini telah banyak membantu mempertingkatkan lagi martabat bahasa Melayu itu sendiri (Allen Waqn Asim 2009:109).

Kejayaan pelaksanaan sistem ejaan ini adalah hasil kerjasama yang jitu antara Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir Bin Ismail dengan Kumpulan Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W Rudjati Muljadi (Ensklopedia Malaysia, 0000:00). Dengan kerjasama ini maka, terhasillah satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supransional yang menjadi asas bagi pembinaan dan

pengembangan bahasa Melayu serantau untuk seterusnya. Sebagai system ejaan yang dirancang untuk memenuhi keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berbeza latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya. Ejaan Rumi Baharu dirumuskan dengan harapan agar dapat diterima oleh senmua golongan pengguna. Rumusan Ejaan Rumu Baharu memperlihatkan prinsip linguistic, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta standard yang tinggi berbanding system yang lama. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan system wahana yang cekap dan mudah untuk system ejaan rumi yang akan datang.

8.0

Penyelarasan dan Pelaksanaan Ejaan Rumi

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos

28

1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Berikut adalah abjad system ejaan yang dsempurnakan dalam kesepakatan tersebut.

Huruf Aa a

Bunyi Nn

Huruf en

Bunyi

Bb

be

Oo

Cc

ce

Pp

pe

Dd

de

Qq

ki

Ee

Rr

er

Ff

ef

Ss

es

Gg

ge

Tt

te

Hh

ha

Uu

Ii

Vv

fe

Jj

je

Ww

we

Kk

ka

Xx

eks

Ll

el

Yy

ye

Mm

em

Zz

zet

29

Sistem ejaan yang telah diselaraskan adalah seperti berikut:

i. ii. iii. iv.

Huruf Vokal : a , e , i , o , u Huruf diftong : ai , au , oi Huruf konsonan : huruf selain huruf vocal Huruf konsonan gabungan : gh , kh , ny , ng , sy

8.1

Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vocal standard. Hurufhuruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a , e , i , o , u seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Huruf

Fonem

di depan

di tengah

di belakang

[a] [] [e]

sapi

badi

lupa

emak enak

sena petak

Imperialism tauge

[i]

itu

simpan

sini

[o]

oleh

kota

pidato

[u]

usang

tunas

siku

30

8.2

Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah:

Bunyi

Huruf

di depan

di tengah

belakang

/b/

bahasa

sebut

adab

/c/

cakap

kaca

Mac

/d/

dua

ada

Abad

/f/

fakir

tafsir

maaf

/g/ //

guna

tiga

beg

gh

ghaib

maghrib

mubaligh

/h/

hari

saham

tuah

/j/

jalan

manja

kolej

/k/

kami

paksa

katak

/x/

kh

khusus

akhir

tarikh

/l/

lekas

alas

kesal

/m/

maka

kami

diam

/n/ //

nama

anak

daun

ng

ngilu

angin

pening

31

//

ny

nyata

hanya

/p/

pasang Quran

apa

siap

/q/

wuquf

buraq

/r/

raih

bara

putar

/s/

sampai

asli

Lemas

//

sy

syarat

isytihar

Quraisy

/t/

tali

mata

rapat

/v/

vitamin

universiti

/w/

wanita

hawa

/y/

yang

payung

/z/

(i) (ii)

z x

zaman

lazat -

lafaz -

xenon

32

8.3

Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti rajah di bawah:

Bunyi

Huruf

di depan

di tengah

di belakang

/ai/

ai

asing

ghairah trailer

pandai

/au/

au

aurat auditorium

saudara

harimau

/oi/

oi

oidium

Boikot

amboi

9.0

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal disifatkan sebagai suatu yang mudah dihuraikan tetapi perlu dikaji dengan mendalam. Ini kerana terdapat pelbagai isu dan masalah jika tidak diteliti dengan baik. Tulisan Rumi bahasa Melayu memiliki abjad yang diserap daripada abjad tulisan bahasa Inggeris yang terdiri dari 26 huruf Roman. Susunan huruf besar, huruf kecil dan nama huruf dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (SERBBM) adalah hampir sama. Perbincangan di dalam tugasan ini ialah mengenai Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia tahun 1972. Huraian adalah berkenaan 18 pola keselarasan vokal ejaan tersebut beserta contoh-contoh yang relevan.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2008, keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vocal ini berlaku dengan syarat yang berikut:

i. ii.

Keselarasan di antara dua huruf vocal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

33

iii.

Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan tentang system keselarasan huruf vocal ini dikenakan pada dua suku kata yang terakhir sahaja, iaitu suku kata pra akhir dengan suku kata akhir tertutup.

Merujuk kepada huraian di atas , system keselarasan huruf vocal membawa maksud , antaranya adalah seperti di bawah:

i.

Huruf vokal e taling atau o kata ekasuku tidak berubah apabila kata tersebut diimbuhi awalan yang mengandungi huruf vocal e pepet. Contohnya:

bom syor

: :

mengebom bukan mengebum mengesyorkan bukan mengesyurkan

ii.

Huruf vokal e taling atau o di mana-mana suku kata terbuka tidak berubah sekiranya digunakan huruf vokal a , e pepet, i atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya:

belerang

anggota

daerah

gelora

kaedah

kelopak

kecewa

kuno

mereka

pidato

pendekar

sekolah

selera

semboyan

temberang

semoga

34

iii.

Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal e taling atau o di suku kata sebelumnya. Contohnya:

e-a

beta meja reka sewa

cetak dewan dendang semak borang hormat johan rosak

gelanggang selempang selendang terendak berontak gelombang kerongsang terompah

o-a

goda kota noda rongga

iv.

Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e e , e o dan o o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vocal a , e pepet, I , atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya: ee eo oe oo

cerewet , kelengkeng , tempeleng

kerekot , pelecok , selekoh

celoreng , kerobek , temponek

ceroboh , kelompok , pelapor

35

10.0

Pola Keselarasan Huruf Vokal

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat 18 pola keselarasan huruf vocal yang utama separti yang berikut:

Bil

Pola Keselarasan Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup a

Contoh Penggunaan

1.

asah , balak , halaman

2.

alih , balik , sumbangsih

3.

asuh , datuk , lembayung

4.

e pepet

emas , kelam , cemerlang

5.

e pepet

lebih , betik , sembelih

6.

e pepet

telur , tempuh , temenggung

7.

e taling

elak , dewan , belerang

8.

e taling

e taling

leceh , gelek , selekeh

9.

e taling

esok , telor , selekoh

10.

ingat , kilang , selinap

11.

intip , selisih , belimbing

12.

riuh , tidur , periuk

13.

otak , boring , sekolah

36

14.

e taling

oleh , boleh , celoteh

15.

obor , borong , kelompok

16.

ubat , tumpang , ketupat

17.

usik , kuih , gerusih

18.

untuk , tunduk , tengkujuh

Daripada 18 pola keselarasan vokal seperti yang ditunjjukkan di atas tadi, terdapat lapan pola yang merupakan pola-pola yang berubah daripada Sistem Ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya, hendaklah digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet , i atau u di suku kata praakhir.

Bil

Ejaan Rumi Lama

Ejaan Rumi Kini

Pola Ejaan

Contoh

Pola Ejaan

Contoh

1.

a - e taling

aleh

a - i

alih

2.

a - o

batok

a -u

batuk

3.

e pepet - e taling

lebeh

e - i

lebih

4.

e pepet

- o

tempoh

e - u

tempuh

5.

i - e taling

pileh

i - i

pilih

37

6.

i - o

tidor

i - u

tidur

7.

u - e taling

usek

u - i

usik

8.

u - o

untong

u - u

untung

Antara kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h , k , ng atau r.

Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah dari system ejaan lama. Dasar keselarasan huruf vocal menetapkan agar digunakan huruf vocal e taling atau o di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vocal e taling atau o juga di suku kata praakhir seperti rajah di bawah:

Bil

Pola Ejaan

Contoh

1. 2. 3. 4.

e taling - e taling e taling - o o - e taling o - o

loceh , gelek , keledek , selekeh tempoh , belok , telor , selekoh , kerekot oleh , boleh , ponteng , celoteh , celoreng obor , pokok , borong , kelompok , seloroh

Di samping 18 pola keselarasan vocal tersebut, dalam Sistem Ejaan Rumi sekarang terdapat juga lapan pola keselarasan huruf vocal seperti yang digunakan dalam system ejaan lama iaitu bagaimana untuk mengeja kata-kata yang diserap daripada bahasa asing. Bahasa asing tersebut khususnya seperti bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain serta beberapa bahasa di Nusantara seperti bahasa Jawa dari Indonesia. Beberapa kata serapan daripada bahasa serumpun (bahasa Jawa) tidak ditulis menurut pola keselarasan. Namun begitu pengejaan kata-kata tersebut tidak salah kerana diterima sebagai kekecualian yang disepakati bersama-sama bagi bahasa Melayu dan bahasa

38

Indonesia. Ejaan kata serapan daripada bahasa serumpun yang dikecualikan adalah seperti berikut:

Bil

Pola Vokal

Contoh

1.

a - e taling

aneh , awet , capek , kaget , kakek , keraeng , karet , laden , pamer , panen , raden

2.

a - o

barong , calon , caplok , lapor , keratin , pamong , perabot , rampok

3.

e pepet - e taling

gembleng

4.

e pepet

- o

bendok , jempol , semprot

5.

i - e taling

imlek

6.

i - o

ijon , pilon , primbon

7.

u - e taling

tulen , ulet

8.

u - o

bunglon , buron , lelucon

9.

a - e pepet

kaper , pakem

10. e taling - i

11. e taling - u

demdem , pepet

12. e pepet

- e pepet

iseng

13. i - e pepet

14. o - i

39

15. o - u

lumer

16. u - e pepet

17. e taling

- e pepet

18. o - e pepet

Terdapat beberapa kata tertentu yang lain (selain bahasa serumpun) yang dieja sebagai bentuk yang dikecualikan daripada system keselarasan huruf vocal. Antaranya termasuklah : apek , awet , kamceng , kaleng , palen , panglong dan samseng.

Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi di Malaysia dan Indonesia, namun beberapa masalah kecil mengenai ejaan tersebut dirasakan adalah perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Oleh yang demikian , beberapa masalah kecil mengenai ejaan tersebut telah dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh Jawatankuasa yang dibentuk yang mana dikenali sebagai Majlis Bahasa IndonesiaMalaysia. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia dalam persidangannya yang kelima yang telah diadakan di Johor Baharu pada 2 hingga 4 Disember 1974, telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lengkap bagi kegunaan kedua-dua Negara. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan telah dirasmikan pada 27 Ogos 1975.

40

11.0

Rumusan

Sebagai rumusannya, fonologi sebagai bidang khusus dalam linguistik iaitu pengamatan terhadap bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya untuk membezakan makna leksikel. Untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa beberapa unsur dan alat-alat sebutan terlibat secara langsung. Alat-alat sebutan atau disebut sebagai alat artikulasi begitu penting untuk menghasilkan bunyi yang difahami , betul dan tepat. Bunyi yang bermakna bermaksud itu adalah bunyi bahasa. Melalui bunyi bahasa manusia lebih mudah berinteraksi sesame mereka. Antara bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia adalah bunyi vocal dan bunyi konsonan. Semua bunyi vocal ialah bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara da nada yang tidak bersuara.

Kajian tentang bahasa memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap penghasilan dan penggunaan bahasa itu sendiri. Ianya termasuklah dari yang sekecilkecilnya seperti penglibatan alofon dalam fonem. Namun demikian apabila fonem berada di dalam ayat ia akan melalui beberapa proses khususnya intonasi, nada, jeda , panjang pendek. Bunyi-bunyi bahasa ini juga mempunyai lambing-lambang tertentu yang menggambarkan sebutan.

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang pertama di Tanah Melayu telah diperkenalkan oleh R. J Wilkinson pada tahun 1902. Kemudian system ejaan rumi mengalami perubahan kepada system ejaan rumi Zaaba yang telah diguna pakai di sekolah-sekolah dan juga sebagai ejaan rasmi kerajaan dalam tempoh yang agak lama. Akhirnya, system ejaan Zaaba telah diganti dengan system ejaan rumi bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang nyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini ialah perubahan 8 pola keselarasan vocal daripada 18 pola sedia ada kesemuanya. Namun demekian perubahan dalam aspek-aspek lain dalam Ejaan Baharu ini amat perlu difahami dengan baik agar dapat menyediakan diri kea rah penulisan (ejaan) bahasa Melayu yang tepat dan betul. Sekiranya perhatian yang sewajarnya diberikan terhadap perubahan Ejaan Rumi bahasa Melayu, maka tidak ada masalah yang besar untuk menguasai bahasa Melayu ini. Ringkasnya , jika mahu dikatakan bahawa bahasa melayu itu terlalu rumit maka andaian itu tidak benar sama sekali. Ejaan bahasa Melayu adalah antara yang termudah di dunia kerana hamper seratus-peratus bersifat fonemik.

41

Rujukan:

Abdul Hamid Mahmood (2004). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu melalui Latihan. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Allen Waqn Asim (2009). Sistem Ejaan: Pengenalan Kepada Huruf Vokal. Diperoleh pada 31 Oktober 2013, daripada http://www.slideboom.com

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:Penerbitan Sarjana.

Asmah Haji Omar (2004). Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina Bahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahasa Melayu: Sistem Keselarasan Huruf Vokal. Diperolehi pada 16 Septemper 2013 daripada http://www.scribd.comdoc19227154bahasa-melayu-pola-keselarasan-vokal

Harun Aminurrashid (1996). Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Melayu.

Hashim Musa (1997). Perkembangan Bahasa melayu Dalam Sejarah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik Dan Fonologi. Kuala Lumpur. Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (2000). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu. Affluent Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

42

You might also like