You are on page 1of 23

Jaliha Suut 670418-13-5088 1.

0 PENGENALAN

Tugasan projek untuk kursus Pengantar Linguistik Bahasa Melayu (BMM3107) dilaksanakan secara individu. Tugasan ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang merangkumi huraian bidang linguistik, membanding beza antara dua bidang linguistik dan menghuraikan pemikiran ahli linguistik.

Linguistik menurut J.Lyon (1968) dalam Linguistik Am (2007) ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan teratur mengikut rumus-rumus yang tertentu. Bahagian pertama merupakan huraian bidang-bidang linguistik yang merangkumi linguistik am, linguistik gunaan, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual. Kesemua bidang linguistik ini merupakan bidang utama ilmu linguistik.

Bahagian yang kedua pula ialah membuat banding beza antara dua bidang linguistik. Dalam bahagian ini, mana-mana dua bidang linguistik dipilih untuk dibuat banding beza. Banding beza tersebut adalah untuk melihat persamaan dan berbezaan antara dua bidang linguistik yang dipilih. Bahagian ketiga pula ialah berkenaan dengan huraian pemikiran linguistik melalui ahli linguistik seperti Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Ferdinand De Saussure. Ketiga-tiga tokoh ini merupakan ahli linguistik yang mempunyai pemikiran yang berbeza tentang ilmu linguistik.

Kesimpulannya, bidang linguistik ini bukan sahaja mempelajari bahasa semata-mata. Namun, bidang ini juga mengkaji banyak perkara tentang bahasa yang terkandung dalam ilmu linguistik ini.

Jaliha Suut 670418-13-5088 2.0 BIDANG-BIDANG LINGUISTIK

Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2009), Abdullah Hassan mendefinisikan linguistik sebagai suatu sains yang mengkaji bahasa. Dalam bidang linguistik ini, mengandungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisis bahasa dan ahli bahasa yang mempelajari teori dan teknik tersebut. Linguistik merupakan kajian bahasa secara saintifik kerana kaedah yang digunakan bersifat empirikal. Dalam ilmu linguistik, bahan kajiannya adalah bahasa. Berikut merupakan bidang-bidang linguistik:

Bidang linguistik

Linguistik Am

Linguistik Gunaan

Linguistik Sejarah

Linguistik Perbandingan

Linguistik Kontekstual

Rajah 1: Bidang linguistik

2.1 Linguistik Am

Linguistik am ialah bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu Linguistik secara umum. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2009), antara perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah penubuhan konsepkonsep yang meliputi soal-soal mendefinisikan aspek-aspek dan daerah kajiannya secara am, soal-soal yang menentukan sifat-sifat am yang ada pada semua bahasa secara sejagat dan hal yang menentukan cara-cara dan kaedah-kaedah tertentu yang boleh digunakan dalam penghuraian bahasa secara deskriptif. Antara ciri-ciri linguistik am ialah mengkaji bahasabahasa pada sesuatu ketika yang tertentu sahaja, membuat huraian secara umum untuk bahasa-bahasa tertentu dan antara semua bahasa serta linguistik ini mengkaji bahasa untuk tujuan sendiri.

Jaliha Suut 670418-13-5088 Ilmu linguistik am ini juga mengkaji teori-teori dan kaedah bagi menganalisis bahasa iaitu dari segi fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia, manakala fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi sesuatu bahasa. Seterusnya morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataanperkataan. Sintaksis pula kajian bagaimana perkataan digabungkan untuk membentuk ayat yang bertatabahasa. Semantik ialah kajian makna perkataan dan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk

membentuk ayat-ayat yang bermakna.

2.2 Linguistik Gunaan

Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Ianya lahir melalui gabungan ilmu linguistik dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Kamus Linguistik (1997) telah mendefinisikan linguistik gunaan sebagai penerapan ilmu linguistik dalam bidang yang berkaitan seperti linguistik pedagogi, leksikografi, psikolinguistik dan terjemahan. Menurut Arbak Othman (1986), linguistik gunaan ialah apabila seseorang pengkaji itu berusaha menggunakan teori linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu yang lain.

Manakala Abdullah Hassan (2005) berpendapat bahawa linguistik terapan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam

pengajaran bahasa. Linguistik terapan memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menullis buku-buku teks. Geoffrey Finch (2005), the study of language teaching. You will sometimes find that stylistics and comparative linguistics are treated as sub-brunches of applied linguistics. Kesimpulannya, linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk pelbagai bidang yang lain.

Antara ciri-ciri linguistik gunaan adalah bidang yang merupakan sekumpulan beberapa displin yang berhubungan. Istilah ini pada mulanya 3

Jaliha Suut 670418-13-5088 digunakan di dalam ilmu linguistik umum merujuk kepada bidang linguistik yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Kesimpulannya, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan diguna oleh masyarakat dan orang ramai. Linguistik gunaan juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya. Cabang linguistik gunaan ialah psikolinguistik dan sosiolinguistik. Menurut Aitchison (1987:119), psikolinguistik sering kali ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi. Bidang kajian ini menyelidik apa yang berlaku dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasil dan menyimpan unsur-unsur

kebahasaan. Manakala sosiolinguistik pula menurut Abdullah Hassan (2007) ialah kajian bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat. Di mana ia melihat kepada penggunaan bahasa oleh ahli masyarakat dalam konteks yang berlainan.

2.3 Linguistik Sejarah

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2009), linguistik sejarah cabang linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya sehingga ke suatu tahap yang tertentu. Secara ringkasnya, linguistik ini mengkaji perubahan dan perkembangan bahasa dalam sesuatu jangka masa. Zulkifley Hamid (2007) berpendapat bahawa linguistik sejarah ialah mengkaji bahasa secara diakronik iaitu dengan melihat perubahan dan perkembangan dalam tempoh masa tertentu. Ia juga mengkaji perubahanperubahan dan asal-usul (etimologi) bahasa. Antara ciri linguistik sejarah ialah menggunakan kesamaan bentuk dan makna sebagai pantulan daripada sejarah warisan yang sama. Contohnya, dalam Bahasa Melayu, padi yang sudah digiling dipanggil beras manakala dalam Bahasa Tagalog pula ialah bigas. Kedua-dua bahasa ini mempunyai pertalian sejarah dan terpancar dari sumber purba yang sama dan boleh menghasilkan perkataan yang hampir sama bagi maksud yang sama.

Jaliha Suut 670418-13-5088 Selain itu juga, linguistik sejarah juga menekankan soal kesamaan bentuk dan makna atau dinamakan bentuk kognat daripada bahasa sekerabat. Dalam linguistik sejarah, perbandingan dibuat daripada pelbagai segi termasuklah fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan dan sebagainya.

2.4 Linguistik Perbandingan

Menurut Jose Daniel Parera (1994), linguistik bandingan adalah satu pendekatan dan metode yang membandingkan seperingkat korespondensi bunyi, leksikon, morfem, frasa serta kalimat antara bahasa yang serumpun atau beberapa tempoh dalam perkembangan bahasa. Manakala Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2009), berpendapat bahawa linguistik ini ialah kajian perbandingan antara bahasa yang sekeluarga atau berlainan rumpun. Menurut Abdullah Hassan (2007), Asmah Haji Omar berpendapat linguistik perbandingan ialah melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa daripada segi bunyi, perkataan dan imbuhan, ayat dan makna.

Antara ciri-ciri bidang linguistik ialah perbandingan merangkumi beberapa aspek sahaja ataupun secara keseluruhan. Ia mempunyai hubungan yang erat dengan linguistik huraian kerana sebelum proses perbandingan dijalankan, huraian yang lengkap mengenai aspek-aspek bahasa perlu dibuat untuk melihat secara keseluruhan aspek yang dibandingkan. Kesimpulannya, linguistik perbandingan ini membuat

perbandingan antara bahasa yang sekeluarga dengan mengambil kira beberapa aspek yang tertentu untuk dibandingkan.

2.5 Linguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang linguistik yang berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Linguistik kontekstual merangkumi sosiolinguistik, linguistik antropologikal dan antropologi linguistik.

Sosiolinguistik merupakan gabungan antara bahasa dan masyarakat. 5

Jaliha Suut 670418-13-5088 Menurut Abdullah Hassan (2007), bidang ini melihat bagaimana ahli masyarakat menggunakan bahasa dann konteks yang berlainan. Secara prinsipnya, sosiolinguistik mengkaji aspek linguistik yang melibatkan bahasa, struktur dan penggunaan yang berhubungan dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir). Kajiannya juga merangkumi dialek, bentukbentuk pertuturan yang berbeza mengikut status dalam masyarakat. kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik.

Manakala antropologi linguistik adalah satu cabang linguistik yang menelaah hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat tindakan bermasyarakat. Antropologi juga dikenali sebagai atnolinguistik iaitu kajian mengenai bahasa lebih menekankan penggunaan atau fungsi bahasa tersebut dalam konteks situasi sosial budaya. Manakala linguistik

antropoligikal ialah mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya di mana ia mengkaji aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

Jaliha Suut 670418-13-5088 3.0 MEMBANDING BEZA LINGUISTIK

Setiap bidang linguistik mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk membezakannya antara satu sama lain. perbezaan ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Namun begitu, terdapat juga persamaan yang boleh dilihat antara satu bidang linguistik dengan bidang linguistik yang lain. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan perbandingan yakni perbezaan dan persamaan antara linguistik perbandingan dengan linguistik sejarah.

Jadual 1: Perbandingan antara linguistik perbandingan dan linguistik sejarah Linguistik perbandingan - Satu cabang linguistik sejarah yang menbandingkan bahasabahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. - Dikenali sebagai linguistik komparatif. - Perbandingan antara bahasa sekeluarga atau kekerabatan. Perbezaan Aspek Konsep Linguistik sejarah - Linguistik sejarah ialah perkembangan sesuatu bahasa pada zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. - Menurut Zulkifley Hamid (2007), kajian bahasa secara diakronik. - Menurut Abdullah Hassan (2007), perubahan dan perkembangan dalam tempoh masa yang tertentu. - Mengkaji perubahanperubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. - Mengkaji asal-usul (etimologi) bahasa. - Mengadakan rekonstruksi bahasa-bahasa yang ada pada waktu yang kini kepada bentuk bahasa protonya. - Mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.

- Untuk melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa dari segi bunyi, perkataan dan imbuhan, ayat dan makna (Asmah Haji Omar). - Melihat ciri-ciri perubahan dan persamaan antara bahasa seketurunan daripada bahasa induk. (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir). - Menentukan perubahan yang berlaku pada bahasa yang telah didokumenkan. - Membuat pengelompokan ke atas bahasa-bahasa sama ada dalam suatu rumpun atau induk bahasa yang sama atau tidak. - Teknik asas perbandingan iaitu kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikon.

Tujuan

Ciri-ciri

- Menggunakan kesamaan bentuk dan makna sebagai pantulan daripada sejarah warisan yang sama. - Menekankan soal kesamaan

Jaliha Suut 670418-13-5088


- Untuk bahasa yang berasal daripada leluhur yang jauh dikaji menggunakan kaedah leksikal masa dan kaedah glotokronologi. - Perbandingan dilakukan sama ada antara aspek tertentu sahaja ataupun seluruh aspek bahasa. - Mempunyai hubungan erat dengan linguistik huraian. Melalui huraian yang lengkap perbandingan dapat dibuat. - Menggunakan pengelompokan untuk mengenal pasti rumpun atau induk bahasa tersebut. Contohnya Bahasa Melayu, Indonesia, Jawa, Sunda, Batak, Tagalog, Bugis dan Banjar merupakan bahasa yang berasal dari rumpun Melayu. bentuk dan makna atau dinamakan bentuk kognat daripada bahasa sekerabat.

Persamaan - Aspek kajian kedua-dua bidang linguistik ini adalah sama iaitu mengkaji fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. - Melihat perubahan dan perkembangan dalam sesuatu bahasa tersebut setelah dikaji. - Berkait rapat dengan masa dan sejarah antara bahasa.

Merujuk kepada Jadual 1, dapat dilihat bahawa perbandingan untuk bidang linguistik tersebut adalah di antara linguistik bandingan dan linguistik sejarah. Jika dilihat secara umumnya, kedua-dua bidang ini kelihatan hampir sama kerana kedua-dua menggunakan kaedah perbandingan untuk mengenal pasti perkembangan, perbezaan dan perubahan dalam sesuatu bahasa tersebut. Tambahan pula, aspek kajian dalam bahasa juga adalah sama iaitu mengkaji aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan sebagainya. Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua bidang linguistik ini.

Antara perbezaan tersebut ialah linguistik sejarah lebih menekankan perbandingan bahasa antara zaman, manakala linguistik perbandingan pula menekankan perbandingan antara bahasa sekeluarga tersebut. Jika dilihat dari aspek tujuan pula, linguistik sejarah bertujuan untuk mengkaji asal-usul (etimologi) bahasa tersebut berbanding linguistik perbandingan yang membuat perbandingan untuk mengenal pasti rumpun bagi setiap bahasa. Dari aspek ciri pula terdapat sedikit perbezaan yang dapat dilihat di mana teknik atau kaedah untuk membuat perbandingan adalah berbeza. Untuk linguistik perbandingan, ia 8

Jaliha Suut 670418-13-5088 menggunakan kaedah perbandingan bagi membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon digunakan bagi setiap bidang linguistik ini adalah berbeza. Namun begitu, untuk bahasa yang mempunyai leluhur yang jauh, terdapat dua kaedah boleh digunakan iaitu kaedah leksikal masa dengan cara menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh perkembangan-perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasa-bahasa yang lebih kurang serupa.

Kaedah

glotokronologi

pula

mencadangkan

penggunaan

formula

matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Manakala perbandingan untuk linguistik sejarah pula ialah menggunakan kesamaan bentuk dan makna sebagai pantulan daripada sejarah warisan yang sama. Kesimpulannya, walaupun kedua-dua bidang linguistik ini mempunyai banyak perbezaan berkenaan dengan perbandingan bahasa, namun terdapat beberapa persamaan yang boleh diihat di antara kedua-dua bidang linguistik ini.

Jaliha Suut 670418-13-5088 4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

4.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah dan Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadu terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum Masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

Tokoh hebat dalam kajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah

menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum Masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. 10 Beliau memperkembang dan

Jaliha Suut 670418-13-5088 memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

Zaman Iskandariah bermula pada abad ketiga tahun Masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Sejarah perkembangan linguistik zaman Rom bermula apabila orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

4.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab dan Zaman India

Sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka 11

Jaliha Suut 670418-13-5088 bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Pada zaman Arab, bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Pada zaman India pula, bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

4.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa 12

Jaliha Suut 670418-13-5088 berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasabahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Pada zaman moden sekitar abad ke-20, pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut memperkenalkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

13

Jaliha Suut 670418-13-5088 5.0 PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

Pandangan tokoh-tokoh linguistik merupakan salah satu elemen penting untuk memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu linguistik. Setiap tokoh mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza antara satu sama lain. Melalui perbezaan ini, kelemahan dan kekuatan setiap pemikiran mereka dapat dikenal pasti dan dapat dibuat penilaian untuk menggunakan pemikiran paling relevan dan sesuai untuk pembelajaran bahasa. Antara tokoh yang paling terkenal yang sering dikaitkan dengan ilmu linguistik pada abad-20 ialah Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Ferdinand De Saussure. Ketiga-tiga tokoh ini mempunyai pemikiran yang tersendiri dengan ilmu linguistik.

5.1 Edward Sapir Edward Sapir (18841939) merupakan seorang ahli linguistik Amerika yang pertama mengkaji dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi. Skop pengkajian yang dilaksanakan oleh Sapir ialah mengenai klasifikasi bahasa-bahasa suku etnik Indian di Amerika Syarikat. Dalam bidang linguistik, Edward Sapir menyumbang kepada aspek antropologi dalam bahasa yang dipertuturkan oleh manusia serta naskhah Language yang sebahagian besarnya meliputi tripologi bahasa. Linguistik Sapir tidak terhenti pada pengkajian struktur bahasa, tetapi juga meliputi beberapa lapangan, iaitu sastera, agama, budaya dan metodologi.

Edward Sapir juga memperkenalkan Hipotesis Sapir-Whorf, hasil gabungan pemikiran dengan anak murid beliau, Benjamin Lee Whorf. Hipotesis Sapir-Whorf menekankan beberapa hubungan yang mempunyai peri penting dalam aliran linguistik yang dibawakan oleh mereka, iaitu bahasa, pemikiran dan budaya. Sapir dan Whorf tidak menulis hipotesis tersebut secara formal berserta formula-formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam menerusi penulisan perakara-perkara berkaitan dengan linguistik, dan akhirnya mereka menemui dua idea yang menjadi tunjang kepada aliran mereka ini. Kedua-dua ahli linguistik ini bersepakat bersetuju bahawa budaya yang menentukan bahasa. Selain itu, Sapir juga 14

Jaliha Suut 670418-13-5088 menekankan fonem sebagai satuan psikologi kerana bahasa dapat melahirkan perkataan-perkataan yang terkandung lambang dan makna pada setiap ujaran.

Dua idea tersebut ialah teori linguistik penentuan atau determinism dan relatif atau relativism. Teori linguistik penentuan ialah teori yang menyatakan bahasa yang digunakan oleh manusia akan menentukan kaedah untuk menginterpretasikan dunia sekeliling sesebuah masyarakat. Manakala, teori linguistik relatif merupakan teori yang lebih lemah menyatakan bahasa bahasa mempunyai sedikit kesan dalam

mempengaruhi pemikiran manusia terhadap realiti dunia dan serta kehidupan sesebuah masyarakat.

Mengupas hal bahasa, Sapir berpendapat bahasa bersifat distingtif, iaitu membezakan makna daripada perkataan-perkataan yang diujarkan. Perbezaan makna persekitaran ini lahir daripada individu interpretasi individu Selain itu, terhadap turut

seseorang

tersebut.

Sapir

mengemukakan teori struktural yang menyentuh aspek struktur bahasa. Teori yang dikemukakan ini merangkumi pola dan pembinaan sesuatu ayat. Bahasa juga dikatakan sebagai satu aktiviti rohani, iaitu suatu proses kejiwaan yang berulang-ulang untuk membentuk gagasan atau pemikiran melalui bunyi yang berartikulasi. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan yang tersendiri, iaitu bahasa merupakan lambang jiwa, suatu tabiat manusia dan menjadi sifat sesuatu bangsa yang menjadi alat perhubungan antara satu sama lain.

5.2 Leonard Bloomfield

Tokoh yang pertama ialah Leonard Bloomfield atau lebih dikenali sebagai American Structruralism. Beliau merupakan pakar linguistik yang berasal dari Amerika dan juga ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. 15

Jaliha Suut 670418-13-5088 Menurut beliau lagi, kemampuan berbahasa manusia adalah berbantukan persekitaran iaitu lingkungan keluarga dan masyarakat tempat dibesarkan.

Konsep yang dibawa oleh beliau telah dijadikan sebagai aliran struktural. Beliau berpendapat setiap apa yang dilafazkan mempunyai struktur. Contohnya, jika menyebut rumah, maka strukturnya ialah [rumah] bukan [hamur] atau [maruh]. Pandangan Bloomfield berasaskan teori Behaviorisme, iaitu yang beranggapan bahawa tingkah laku manusia dapat ditanggap oleh indera. Setiap rangsangan (stimulus) akan mewujudkan tindak balas (respon). Hasil daripada pengaruh teori linguistik Bloomfield ini, sebahagian ahli bahasa mengaitkan aliran struktural dengan nama Bloomfield iaitu Teori Linguistik Bloomfield bersamaan dengan Teori Linguistik Struktur.

Bloomfield berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain. Ini bermakna beliau mentafsirkan bahasa sebagai tingkah laku yang berpunca dengan adanya rangsangan (stimulus) yang akan mendorong kepada berlakunya gerak balas (respon) terhadap rangsangan tersebut. Contohnya, ucapan yang terlahir daripada mulut seseorang dianggap rangsangan untuk memberikan respon oleh pendengar yang mendengar ujaran tersebut. Berikut

merupakan rajah yang menunjukkan Skema Pengunaan Bahasa Bloomfield.

r-s

Rajah 2: Skema Penggunaan Bahasa Bloomfield

Melalui rajah ini, Bloomfield telah menerangkan bahawa S merupakan rangsangan yang praktis iaitu menyebabkan seseorang bercakap (r). Hasil yang diterima oleh s akan segera menyebabkan pendengar melahirkan gerak balas yang praktis (R). Contohnya:

16

Jaliha Suut 670418-13-5088


Jack (lelaki) dan Jill (perempuan). Jill yang berasa lapar tiba-tiba ternampak sebiji epal (s). Jill lalu membuat bising dengan menggunakan tenggorok (larynx), lidah dan bibir (r). Jack mendengar bunyi yang dihasilkan oleh Jill (s) lalu memetik epal yang diminta oleh Jill (r).

Melalui contoh yang diberikan, dapat dilihat bahawa tindak balas yang terhasil adalah rangsangan yang diberikan. Teori struktur diasaskan pada data yang dapat diuji untuk menghuraikan suatu contoh sampel sesuatu bahasa tetapi bukannya menghurai seluruh bahasa tersebut. Antara sebab perkara ini berlaku adalah kerana ucapan yang dilahirkan tidak mungkin dapat dikaji. Bloomfield juga berpendapat terdapat isyarat atau tanda yang merujuk kepada unsur vokal (fitur bunyi) yang dinamai bentuk linguistik. Bloomfield lebih menekankan kaedah untuk menghuraikan bentuk linguistik secara eksplisit berbanding makna dalam bahasa tersebut. Bloomfield juga berpendapat bahawa semua ujaran adalah bentuk dan tidak semua bentuk adalah ajaran. Ujaran terdiri daripada segmen-segmen fitur vokal yang merupakan bentuk. Ringkasnya setiap ujaran secara keseluruhan terdiri daripada bentuk-bentuk.

Kompleks

Terikat

Bebas

Bentuk linguistik

Rajah 3: Bentuk-bentuk linguistik mengikut Bloomfield

Bloomfield telah membezakan setiap bentuk ini iaitu bentuk terikat merupakan bentuk yang tidak dapat diucapkan secara bersendirian. Manakala bentuk bebas yang diucapkan secara bersendirian dan bentuk kompleks pula ialah bentuk yang mempunyai persamaan fonetik dan semantik dengan bentuk yang lain. Lihat contoh di bawah: 17

Jaliha Suut 670418-13-5088

Bentuk terikat

ke

Bentuk bebas

meja aku

Bentuk kompleks

olahraga ibu bapa

Rajah 4: Contoh bagi setiap bentuk linguistik

5.2.1 Hubungan Pemikiran Bloomfield dan Proses Pembelajaran

Untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu haruslah megetahui kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Bloomfield merupakan salah seorang tokoh pemikir linguistik di mana asas pemikiran merangkumi bahasa lahir daripada pengalaman, pemikirian mimetic (meniru) dan pengaruh persekitaran iaitu keluarga dan masyarakat. Bloomfield juga terkenal dengan teori behaviorisme iaitu kelakuan.

Melalui pemikiran ahli linguistik ini, perkara yang ditekankan ialah rangsangan dan gerak balas dalam proses penggunaan bahasa. Untuk mengaplikasikannya, seseorang guru boleh mengadakan satu aktiviti di mana terdapat rangsangan untuk melahirkan gerak balas daripada murid-murid di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dengan adanya rangsangan. Contohnya, guru boleh membawa bahan maujud seperti makanan. Tajuk pelajaran pada hari tersebut ialah Kuih Tradisional. Makanan yang dibawa oleh 18

Jaliha Suut 670418-13-5088 guru berkenaan iaitu kuih tradisional akan menjadi salah satu rangsangan kepada murid-murid untuk belajar. Apabila sudah menunjukkan rangsangan tersebut, guru boleh menyuruh murid-murid menceritakan serba sedikit mengenai kuih tersebut. Murid-murid akan memberikan respon yang baik memandangkan bahan ataupun rangsangan yang dibawa oleh guru tersebut telah berjaya untuk menghasilkan gerak balas daripada murid-murid.

Selain itu, pengajaran ini berkaitan dengan pengalaman murid tersebut. Murid hanya boleh bercakap dan berbincang mengenai kuih berkenaan sekiranya mereka pernah mempunyai pengalaman

berkenaan dengan kuih tersebut. contohnya, murid tersebut pernah membantu ibu mereka membuat kuih, murid tersebut pernah makan tersebut dan sebagainya. Ini boleh dikaitkan dengan asas pemikiran Bloomfield iaitu bahasa lahir daripada pengalaman.

5.3 Ferdinand De Saussure Ferdinand De Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden kerana beliau merupakan pengasas kepada linguistik moden. Beliau merupakan individu yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronik dan diakronik. Linguistik sikronik mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu manakala linguistik diakronik mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. Beliau juga merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

Selain itu, beliau mementingkan lisan daripada tulisan sama ada bahasa formal atau tak formal. Ini kerana, individu perlu mahir dalam kemahiran lisan sebelum mahir dalam kemahiran menulis. Bagi Ferdinand, beliau berpendapat, tulisan hanyalah sampingan yang mewakili setiap 19

Jaliha Suut 670418-13-5088 ujaran kita. Tanpa ujaran, tulisan tidak akan wujud. Beliau juga menekankan perbezaan antara hubungan di antara asosiatif dan sintagmatis dalam bahasa. Hubungan asosiatif atau paradigmatis ialah hubungan antaa satuan bahasa dengan satuan yang lain kerana ada persamaan bentuk atau makna manakala hubungan sintagmatis pula ialah hubungan antara satu pembentuk sintagma dengan mempertentangkan satu satuan dengan satuan yang lain yang mengikuti atau mendahului.

Teori ini mementingkan sistem tanda yang bersisi dua, terdiri daripada significant (penanda) dan signifie (petanda). Bahasa merupakan satu sistem bahasa daripada tanda-tanda ini. Untuk lebih memahaminya, ia boleh dilihat melalui rajah berikut.

Rajah : Teori Ferdinand de Saussure

Ferdinand amat menekankan aspek proses iaitu proses yang sebenar berlaku apabila dua individu A dan B berinteraksi menerusi media bahasa. Beliau menggariskan perbezaan di antara aspek pengetahuan bahasa (langue) dan aspek penggunaan bahasa (parole). Seseorang dianggap cekap menggunakan sesuatu bahasa jika mampu untuk menggunakan unsur-unsur bahasa dalam keadaan atau situasi komunikasi yang sebenar. Beliau amat mementingkan huraian tentang hubungan di antara simbol atau lambang bahasa dan para pengguna simbol atau lambang tersebut. Beliau menyedari kewujudan hubungan di antara simbol-simbol dan para pengguna. Menurut beliau, proses pengajaran dan pembelajaran bahasa mestilah mengarah kepada pembentukan kemahiran berkomunikasi yang 20

Jaliha Suut 670418-13-5088 cekap dalam pembelajaran pelbagai situasi komunikasi. Proses pengajaran harus mengarah kepada pemupukan dan

kemahiran

berkomunikasi iaitu kebolehan murid menggunakan pelbagai aspek kebahasaan untuk mencapai pelbagai kehendak atau tujuan suatu proses komunikasi.

5.3.1 Hubungan Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Proses Pembelajaran

Memandangkan pemikiran ini lebih mementingkan kemahiran lisan berbanding tulisan, jadi kaedah yang paling sesuai digunakan ialah kaedah komunikatif. Untuk aktiviti yang boleh dijalankan bagi kaedah ini ialah guru boleh menyediakan satu kad situasi di mana murid-murid akan berinteraksi antara satu sama lain untuk memainkan peranan dalam kad situasi yang diberikan. Contohnya, situasi di kedai makan. Guru boleh meminta murid-murid memainkan peranan sebagai peniaga dan pelanggan yang ingin memesan makanan. Selain itu, guru boleh melihat kemahiran bertutur dan mendengar murid-murid ini. Contohnya, murid A akan bercakap manakala murid B akan mendengar, seterusnya murid B akan bercakap manakala murid A akan mendengar. Proses ini akan berterusan sehingga mereka habis berbual. Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja dapat berinteraksi antara satu sama lain, malahan interaksi yang dilaksanakan adalah dalam situasi yang sebenar.

Selain itu juga, guru boleh melaksanakan aktiviti perbincangan antara murid-murid. Aktiviti perbincangan bukan sahaja dapat menjadi pemikiran mereka malahan boleh meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi antara mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran melalui teknik-teknik ini amat berkesan bagi melihat tahap komunikasi antara murid-murid tersebut. Guru juga boleh meminta murid-murid berlakon menggunakan dialog mereka sendiri. Melalui teknik ini, muridmurid berpeluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan cara memegang watak mereka masing-masing. Teknik ini juga 21

Jaliha Suut 670418-13-5088 merupakan salah satu teknik yang boleh menimbulkan interaksi antara murid.

Kesimpulannya, pemikiran beliau ini lebih mementingkan kemahiran lisan daripada tulisan. Bagi mengaplikasikan teori atau pemikiran ini, guru haruslah mengambil langkah pengajaran yang menggunakan langkah yang akan melibatkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid.

22

Jaliha Suut 670418-13-5088 6.0 RUMUSAN

Linguistik merupakan sebuah bidang ilmu yang belum difahami sepenuhnya. Bidang linguistik merupakan salah satu bidang yang sangat penting untuk diterokai. Bidang linguistik berkait rapat dengan aktiviti hidup kita, khususnya lakuan bahasa, iaitu dalam penyampaian dan pemahaman maksud.

Linguistik dapat dibahagikan kepada beberapa bidang termasuklah linguistik am dan linguistik gunaan, linguistik sejarah dan linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual. Semua bidang ini mempunyai ciriciri yang tertentu dan berbeza antara satu sama lain. Namun begitu, tidak dinafikan, terdapat persamaan antara bidang-bidang ini. Malahan, kajian berkenaan bidang ini amat luas. Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai sudut berdasarkan aspek-aspek tertentu. Berdasarkan aspekaspek ini, perbezaan dan perbezaan telah dapat dikenalpasti antara bidangbidang linguistik ini.

Selain mengkaji bidang linguistik, pengkajian berkenaan dengan tokoh linguistik juga haruslah diambil kira. Ini adalah kerana, setiap tokoh mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza-beza. Perbezaan inilah yang memberi variasi dalam linguistik. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat pandangan dan pemikiran yang kurang sesuai diaplikasikan dan terdapat juga pandangan yang sangat sesuai untuk diaplikasikan.

Kesimpulannya, untuk memahami linguistik dengan lebih mendalam, kajian terhadap bidang-bidang ini hendaklah dilaksanakan. Ahli-ahli linguistik juga perlu menyumbang pandangan dan pengetahuan luas dalam bidang ini.

23

You might also like